Thursday, November 6, 2014

Ubat dan Rawatan Untuk Asma atau Lelah di Kalangan Kanak-Kanak Yang Disyorkan Oleh Doktor

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Dunia,

Di bulan November ini, hujan lebat lebih kerap turun. Cuaca sejuk sebegini adakalanya memberi kesan terhadap kanak-kanak terutama sekali bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma atau lelah. Bila cuaca sejuk begini, ibu bapa kena lebih peka terhadap kesihatan anak-anak.




Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit. Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.

 Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.

Ramainya kanak-kanak yang kena asma atau lelah ni.

Kalau ikut pengalaman saya, sejarah keluarga kami memang ada asma. Alhamdulillah, saya tak kena pula asma. Namun begitu, anak saya Muhammad Iman Haikal pada usia 6 bulan telah disyaki mempunyai asma. Masa tu, anak saya kena acute bronchitis dan ditahan di Hospital Pulau Pinang (GH). Sedih betul terutama masa nak bagi Iman Nebulizer. Terseksanya tengok. Mungkin sebab dia rasa lemas dengan peralatan nebulizer. 

Selang 2 bulan lepas tu kena lagi acute bronchitis. Waktu tu saya dapatkan rawatan di Hospital Lam Wah Ee, Jelutong, Pulau Pinang di bawah pengawasan Dr Cheang. Waktu tu yang Dr cakap kemungkinan besar Iman akan dapat asma. Terkejut juga saya tapi bila tengok sejarah keluarga memang asma tu adalah genetik keluarga kami.


Gambar kenangan di Hospital Pulau Pinang. Waktu ni Iman berusia 6 bulan.







Lepas Iman berumur 1 tahun, saya memberanikan diri untuk cuba bagi Iman ambil Omega Guard Shaklee sebab saya pernah terdengar perbualan seorang Doktor di Pusat Sejahtera USM tentang pengambilan minyak ikan dapat mengurangkan simpton asma.

Alhamdulillah, kini di usia 4 tahun, Iman sihat tanpa asma. Syukur sangat sebab saya tahu kanak-kanak yang ada asma amat terhad aktiviti mereka terutama sekali untuk bermain lari-lari. Ye lah, kanak- kanak mana yang tidak suka berlari kan. Kalau lari mesti semput.




Iman dan Najla main pasir di rumah Opah. Amboi..seronok ye main pasir..hehe..ibu layan je


Apa yang lebih menarik, satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan. 

Alhamdulillah, memang betul la cakap Doktor di Pusat Sejahtera USM tu. Minyak ikan membantu untuk jadi ubat atau rawatan untuk asma di kalangan kanak-kanak dan dewasa.

Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil. Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

Secara amnya, ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan 

Antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

Kelebihan Omega Guard Shaklee


1) Proses penghasilan minyak ikan 
Bagaimana minyak ikan dikeluarkan dan apakah standard kualiti yang digunakan oleh pengilang? Standard yang digunakan oleh para pengilang seharusnya menggunakan standard yang diiktiraf oleh badan-badan farmaseutikel. Omega Shaklee mengikut standard yang ditetapkan


2) Bau 
Adakah minyak ikan berbau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan adalah disebabkan minyak ikan itu telah mula merosot dari segi kualiti dan selaunya ia menjadi tengik.  Minyak ikan  yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir. Omega Guard Shakleee tidak berbau hanyir. Anak-anak boleh telan terus

3) Rasa 
Adakah minyak ikan berasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi yang tidak berasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa yang benar-benar kuat atau bahan tiruan ditambah ke dalamnya. Ini kerana berkemungkinan besar pengilang cuba untuk menyembunyikan rasa hanyir minyak ikan yang telah menjadi tengik.

Dos  Minyak Ikan perlu diambil?


ISSFAL (Persatuan Antarabangsa bagi Kajian Lipid dan Asid Lemak) telah ditubuhkan minimum berikut disyorkan dos carta:

>>Bayi (1-18 bulan):
0-15 lbs: 32 mg / lb EPA + DHA

>>Kanak-kanak (1,5-15 thn):
15 mg / lb EPA + DHA

>>Dewasa (15-115 tahun):
500 mg EPA + DHA

(Dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)

>>Wanita hamil dan menyusu:
300 mg DHA setiap hari


 Untuk ibu-ibu yang masih mencari rawatan alternatif untuk rawat asma di kalangan kanak-kanak, saya memang syorkan untuk mengambil Omega Guard. Berilah yang terbaik untuk anak-anak kerana mereka adalah amanah dan penyejuk hati kita.


Nak borak-borak dengan saya untuk share kisah asma di kalangan kanak-kanak, boleh hubungi saya. Jom kita sharing-sharing ya..

Daya
012-6891597
hidayazakaria@gmail.com

2 comments:

  1. nice sharing

    jemput ke

    http://supplementsaya.blogspot.com/2015/07/sawan-dalam-kalangan-kanak-kanak-adakah.html

    ReplyDelete
  2. anak saya pon kes sama ade ashma. sekarang makan 2 biji omega guard

    ReplyDelete