Friday, November 21, 2014

Risiko Kencing Manis Yang Buat Anda Tak Senang Hidup

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!

Semalam saya sempat menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Antara topik yang menarik perhatian saya ialah kesan buruk terhadap penglihatan kepada pesakit kencing manis. Sebenarnya banyak sangat risiko kencing manis yang berbahaya pada tubuh.

Sejak saya mula membaca buku Say No To Diabetes hasil tulisan Patrick Holford, saya mahu mengetahui lebih lanjut tentang penyakit kencing manis sebab penyakit ini bukan lagi hanya penyakit tetapi ia satu penyakit yang semakin menular atau boleh dipanggil epidemic dieseas.

Apa yang lebih memeranjatkan saya, mengikut Doktor yang memberi penerangan tentang kesan penglihatan terhadap pesakit kencing manis, kini, sebanyak 3.5 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah kencing manis!!

Ini menjadikan Malaysia sebagai tempat PERTAMA di Asia Tenggara yang mempunyai pesakit kencing manis paling ramai dan tempat ke EMPAT di Asia!

Allahu akhbar...Terlalu ramai yang terseksa dengan penyakit ini sebenarnya.

Sebenarnya, terlalu banyak risiko atau kesan berbahaya jika penyakit kencing manis ini tidak diubati. Terlalu banyak dan ianya terlalu seksa untuk dihadapi.

Di sini saya kongsikan risiko dan kesan kencing manis terhadap kesihatan para pesakit kencing manis. 

We just have one short life and let make it to the fullest!




Kesan dan Risiko Kencing Manis


Paras gula dalam darah yang tidak terkawal untuk jangka masa yang panjang, boleh mengakibatkan kesan-kesan (komplikasi) akibat kencing manis (diabetes). Komplikasi ini terbahagi kepada dua iaitu kesan kepada salur darah yang besar (macrovascular) dan kesan kepada salur darah yang kecil (microvascular).

Kesan kepada salur darah yang besar (macrovascular complication) :

  • Serangan jantung
  • Halangan kepada laluan pembuluh salur darah (arteri) di kaki
  • Lumpuh (stroke) – samada sepenuhnya (tidak boleh berjalan, bercakap atau makan) atau lumpuh separuh badan


Kesan kepada salur darah yang kecil (microvascular complication):

  • Kegagalan fungsi buah pinggang. Jika kegagalan kedua-dua fungsi buah pinggang adalah sepenuhnya, pesakit tersebut memerlukan dialysis.
  • Mata yang kabur dan buta. Tiada jalan untuk sembuh daripada buta disebabkan oleh kencing manis (diabetes).
  • Saraf yang kurang rangsangan (terutamanya di bahagian hujung tangan dan kaki). Pesakit biasa akan merasa kebas pada hujung kaki dan tangan. Dia juga mungkin kurang deria rasa (sakit/ panas) pada kaki dan tangan. Oleh itu, mereka kadangkala tidak perasan dan tidak sedar jika terpijak benda tajam atau berdiri di atas permukaan yang terlalu panas. Ini akan menyebabkan mereka mendapat luka yang tidak disedari di tapak kaki.
  • Boleh juga mengakibatkan mati pucuk.





 
Kesan-kesan lain:

  • Jangkitan kulat pada kulit. Biasanya terjadi kepada mereka yang mempunyai resistant terhadap insulin dan orang yang obese.
  • Mudah mendapatkan apa jua jenis jangkitan termasuk jangkitan paru-paru.
  • Jangkitan dan ulcer pada kaki. Disebabkan saraf yang kurang rangsangan, mereka mudah mendapat luka di kaki. Jika paras gula sentiasa tinggi di dalam darah, luka sudah pasti sukar untuk sembuh. Luka yang tidak sembuh disertai dengan jangkitan dan paras gula yang tinggi, menyebabkan jangkitan mudah untuk merebak. Apabila jangkitan merebak ke tulang di bahagian kaki, ini akan menyebabkan kaki dipotong untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke bahagian lain dalam badan.

Jika kita lihat kesan-kesan ini semua adalah sangat teruk. Mata buta, lumpuh, kaki dipotong dan buah pinggang gagal berfungsi sehingga menyebabkan dialysis adalah perkara yang kita sama sekali tidak mahu terjadi kepada diri sendiri mahupun ahli keluarga yang lain. Oleh itu, bermula daripada sekarang, pilihlah untuk mencegah diabetes. Jika anda sudah pun mempunyai diabetes, pilihlah untuk mengawalnya dengan bijak. Buat pilihan yang bijak, pilih untuk sihat tanpa perlu ada komplikasi diabetes. 

Cegah sebelum parah!

sumber

Jika anda menghadapi kencing manis, lihat di SINI

No comments:

Post a Comment