Friday, October 16, 2015

Pengedar Aloe Vera di Shah Alam dan Seluruh Malaysia

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Saya sangat teruja untuk bagitahu semua saya kini pengedar/agen produk Forever Living di Shah Alam dan seluruh Malaysia.

Apa itu Forever Living Product?
Syarikat Forever Living adalah syarikat yang menghasilkan produk berasaskan  aloe vera. Produk ini sangat bagus untuk detox, cuci usus kecil, untuk kulit dan seluruh badan.



Nak jadi ahli forever dan cuba bisnes?

Untuk jadi ahli biasa Forever Living, hanya rm 90 sahaja dan anda secara automatik mendapat Aloe Vera Gel secara PERCUMA. Kemudian, untuk pembelian seterusnya, anda akan mendapat diskaun 15 % untuk semua produk.

Untuk menjadi ahli VIP, anda perlu membuat pembelian  barang sebanyak RM 1300 dan secara automatik anda mendapat 1 FREE AVG, dan mendapat diskaun 35 % untuk semua produk. Ianya sangat berbaloi. Sesuai untuk anda yang ingin buat bisnes.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut di 012-6891597.

Saya akan berkongsi bagaimana untuk memulakan perniagaan bersama Forever Living.

Nak walk in daftar sendiri di Center di Malaysia? Boleh hubungi saya segera!

Tuesday, September 1, 2015

Pengedar Madu Asli dan Aloe Vera Forever Shah Alam

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat saya update blog. Syukur :)

Hari ini saya nak kongsi cerita macam mana saya boleh terjebak jadi pengedar produk Forever ni. Syarikat Forever Living merupakan syarikat dari US. Syarikat ini berkongsi tentang kebaikan aloe vera dan madu melalui produk-produknya. Yang paling tengah popular ialah Aloe Vera Gel yang sangat baik untuk detox.

Namun saya terjebak bukan sebab Aloe Vera tetapi madu aslinya!
Kekadang saya terfikir juga beriya benar orang Amerika ni promote madu. 
Kita yang muslim ni lah sepatutnya beriya makan madu kan. Sebab dah sebut dalam Al-Quran. Ishh...rugi kalau tak amalkan.

Actually saya dah lama cari madu asli yang betul-betul berkualiti sebab sebelum ini rasa kurang yakin dengan madu yang berada di pasaran. Banyak yang tidak asli. Hari tu suami saya ada bawa balik madu. Saya dengan penuh excited buka madu tersebut nak try. Alangkah terkejutnya saya bila bukak botol madu tu, bau tengik meresap masuk dalam hidung. Aduhh....sedih sekejap. 

Alhamdulillah, satu hari, nature call disahut! Saya lihat kawan saya post satu gambar madu di FB. Saya tengok gambar madu tersebut dan ada tulisan ===>100 % natural honey.

 Tanya punya tanya, cari maklumat. Alhamdulillah, saya jumpa 100 % madu asli. Saya beli, terus cuba. Wahhhhh...sedap sangat. Berbaloi dengan harga retail RM 63 sebanyak 0.5 kg! Banyak tu.

Saya bagi anak-anak saya makan 1 sudu sehari. Tapi masalahnya, anak-anak kecilku ini nak lagi...nak lagi.Aduh...kena beli 2 botol la sebulan nampaknya.

Saya bawa balik kampung, minta mak dan kakak saya rasa. Alhamdulillah mereka pun suka.

Jadi saya nak berkongsi kebaikan madu asli dari Gurun Sonoran, Arizona ni.

Kehebatan madu asli "Forever Bee Honey" adalah terletak kepada ladang-ladang lebahnya yang terletak jauh daripada sebarang pencemaran. Terletak berhampiran gurun yang memiliki ribuan bungaan liar yang mengandungi pelbagai khasiat, lebah-lebah dari ladang Forever Living pastinya menghasilkan madu asli yang terbaik dari segi kualiti dan khasiat. 

Sebotol madu lebah asli Forever Bee Honey mengandungi 500g madu asli yang berkhasiat. Madu asli mempunyai pelbagai unsur hebat seperti vitamin A, B1, B2, B3, C, D, E, K dan pelbagai mineral seperti kalsium, natrium, kalim, fosforus, mangan dan lain-lain lagi.

Madu memang hebat untuk menyah toksik, menyembuh dan meningkatkan kecergasan tubuh. Ia adalah ejen yang sangat bagus untuk memperbaiki pelbagai kerosakan dalam tubuh badan. Madu juga berperanan penting untuk mencergaskan otak dan menguatkan daya ingatan. Selain itu, madu juga berperanan sebagai bahan ejen anti penuaan. 


Forever Bee Honey

sumber

Honestly, saya memang excited dengan madu ni. Saya ada post di FB dan ramai juga yang PM berminat nak cuba. Maka jadilah saya ahli untuk berkongsi 1001 kebaikan madu ni.

Actually terdapat pelbagai madu di pasaran. Madu kelulut, madu gurun dan sebagainya. Apa pun sekarang madu kegemaran saya ialah Forever Bee Honey yang berasal dari Gurun Sonoran. 

Saya ada buat pelbagai bacaaan tentang madu. Subhanallah, banyak kajian menunjukkan madu mampu mengelakkan penyakit dan madu ialah antibiotik semulajadi. Saya mesti sebarkan perkara baik ini. Masih ramai lagi tak tahu tentang kebaikan madu ini.

Jika anda berminat nak mendapatkan madu ni, boleh hubungi saya di 012-6891597 type " Madu asli 100%".

Pasti berbalaoi :)

Friday, June 5, 2015

Hikmah Berpuasa Yang Baru Kita Tahu

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia.

Alhamdulillah, tak lama lagi sudah nak masuk bulan Ramadhan. Moga kita dapat sampai ke bulan yang penuh rahmat ini.

Disebalik kemeriahan untuk masuk ke dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini, ingin saya kongsikan hikmah berpuasa yang mungkin ada yang belum tahu. Ada sesetengah orang berpendapat, berpuasa boleh menyebabkan jatuh sakit. Sebenarnya penyakit boleh menyerang sekiranya kiat mengamalkan pemakanna yang kurang sesuai, tidak kira ketika bersahur mahupun berbuka puasa.

Manusia normal boleh tahan berpuasa selama 50-75 hari berturut-turut. Itu adalah hasil kajian yang dilakukan oleh pensyarah psikologi dari University of Chicago. Mengikut kajian tersebut, berpuasa boleh memberi ruang proses detoksifikasi . Proses ini amat penting supaya toksin-toksin yang diperoleh daripada makanan yang diambil tidak dikumpul dalam badan. Ketika berpuasa, badan dapat mengkoordinasi bahan kimia dan mengurangkan toksin sekali gus meningkatkan lagi fungsi setiap sel dalam badan kita. Bagus kan hikmah puasa yang telah Allah tetapkan. Allah Maha Mengetahui. Allah tahu ramai hambanya suka makan.

Apa yang terjadi ketika kita berpuasa

Hari Pertama dan Kedua
Badan rasa letih. Perut rasa sangat lapar. Semua ketidakselesaan ini wujud kerana kadar glukosa yang rendah dalam darah.

Hari Ketiga-14

Ketika ini nafas akan berbau, badan semakin lesu dan kurang selera makan. Namun jangan risau, kita akan back on track bila dah berbuka.

Hari ke-15 sehingga selesai
Pada saat ini, keadaan kita akan kembali seperti asal. Selera bertambah baik, dan tiada lagi nafas berbau. Tenaga juga kembali pulih dan kadar glukosa menjadi normal. Fizikal dan mental pun menjadi semakin optimum. Ia boleh terjadi bagi mereka yang benar-benar boleh kawal makan.

Dari kesan pyscologi, seseorang boleh menjadi lebih tenang dan sabar. Dari segi fisiologi, ia membantu  merendahkan kolestrol, paras gula dan tekanan darah sistolik.

Thursday, June 4, 2015

Cara Pengambilan dan Kelebihan B Complex Shaklee

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!

Ramai takut nak makan B Complex sebab dikatakan bila makan B Complex badan jadi gemuk?
Betul ke kenyataan ini?
Teruskan baca artikel ini jika anda ingin tahu tentang isu B Complex ini.


Kelebihan Vitamin B Complex

Vitamin B Complex, seperti yg kita ketahui adalah vitamin B yg lengkap dengan 8 jenis vitamin B kesemuanya. Vitamin-vitamin B ni bekerja sama antara satu sama lain utk membantu kita mengekalkan kesihatan.
Apa faedahnya Vitamin B ni ye? Adakah hanya utk ibu hamil & merancang nak hamil supaya anak tak kena spina bifida?
Betul ke kalau makan vitamin B complex nanti berat badan akan naik?

Faedah Vitamin B
1) Mengurangkan risiko katarak. Katarak ni bila terjadi selaput dalam mata & mengganggu pengelihatan.
2) utk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut
3) menguatkan imuniti tubuh dengan membantu menjaga sel darah putih.
4) Vitamin anti stress
5) Membantu metabolisma badan terutama hemosystin dan mengurangkan risiko sakit jantung.
6) menjaga kesihatan tiroid

B Complex adalah vitamin yg agak 'panas' jadi kita perlu minum air dengan kadar kauntiti yang banyak (2-3L sehari). 

B Complex boleh buat jadi gemuk?


Sebenarnya bila kita mula mengambil suplemen secara amnya atau B Complex khusunya, kita memang perlu minum banyak. Kalau tak minum air nanti kita akan rasa lapar sebab otak kita terima isyarat "lapar" bila sel badan kita perlukan air. Itulah sebab nya selera kita jadi bertambah. Sebab otak kita terima siganl ==>> LAPAR.
Jadi, kena MINUM AIR yang cukup.

Cara Pengambilan B Complex Shaklee
Lagi satu, waktu yang sesuai untuk mengambil vitamin adalah pada waktu pagi iaitu selepas sarapan sebanyak 1 biji. pastikan sarapan dulu tau, jangan makan dengan perut kosong. nanti boleh jadi muntah. Mesti sarapan dulu sebelum makan vitamin.

Cara Nak Jaga B Complex Supaya Sentiasa Fresh


Cara nak jaga B complex supaya tak busuk adalah dengan menyimpannya di tempat yg teduh dan sejuk, seperti dalam almari bertutup dan dalam peti sejuk. Jangan letak di tempat panas dan terbuka.. Nanti ia akan berbau busssssuuuuukkkk.

B complex ni adalah salah satu vitamin yang wajib diamalkan. murah je satu botol boleh tahan 4 bulan

Nak dapatkan B Complex Shaklee?


Taip "B Comp" ke 012-6891597. 

Saya akan pos, selepas pembayaran di lakukan. Zasss....semudah itu :) InsyaAllah

smile emoticon

Cara Hilangkan Selsema dan Bersin Kuat Tanpa Ubat Mengantuk

Assalamualaikum WBT dan salam senatero dunia.

Ramai orang sering dapat selsema pada waktu pagi. Ye ada yang memang sensitif dengan suhu sejuk pada waktu pagi. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang perlu bangun awal pagi dan rumah tak de water heater. Fuh..senang sangat bersin, kemudian jadi selsema.

Saya faham sangat perasaan bila asyik bersin tak sudah-sudah. Pastu tambah lagi selsema datang. Fuhhh....Kebanyakkan ubat selsema yang ada di pasaran boleh mendatangkan kesan mengantuk. Susahlah kan kalau nak kena telan setiap pagi, nanti tak pasal-pasal mengantuk di tempat tidur pastu Bos pulak nampak kita tersengguk atau terlelap kat meja. Aduhh...

Kalau ada yang hadapi masalah ni, boleh cuba Vitamin C Sustained Release Shaklee. Vitamin C Shaklee bantu mengurangkan selsema dan bersin.

Vitamin C Bantu Kurangkan Selsema

Secara umumnya, Vitamin C bantu meningkatkan sistem imun badan kita. 
Vitamin C Shaklee mempunyai Bioflavonoids.  Apa itu Bioflavonoids?

Mengikut blog kesihatan ini, bioflavonoids dikenali dengan nama vitamin P. Ia sebenarnya bukan termasuk kelas vitamin tetapi sering disebut vitamin untuk memudahkan pengkelasan nutrien yang terkandung di dalamnya. Istilah bioflavonoid merujuk pada beberapa jenis zat seperti hesperin, hesperidin, eriodictyol, quercetin, quercertrin, rutin, myricetin, apigenin, luteolin, catechin, onyx, luteolin, dan flavonoid lain. Nutrien ini tidak boleh dibuat oleh badan dan perlu didapatkan dari makanan.

Apa Manfaat Bioflavonoid?

Bioflavonoid  berkesan bekerja bersama vitamin C. Bioflavonoid membantu fungsi vitamin C iaitu:
  • menjaga kekuatan pembuluh kapilari darah
  • menjaga collagen (pelekat antara sel) agar tetap dalam keadaan sihat
  • membantu penyerapan vitamin C
  • mencegah kerosakan vitamin C kerana pengoksidaan
  • mengurangkan hipertensi
  • mengurangkan pendarahan
  • mencegah kerosakan kapilari dan rangkaian penghubung
  • membentuk pelindung terhadap jangkitan

Testimonial Vitamin C Bantu Kurangkan Selsema





Cara Pengambilan Vitamin C Shaklee Untuk Selsema

Jika anda mengalami selsema pada waktu pagi, digalakkan ambil sebanyak 2 biji selepas sarapan dan 2 biji selepas makan malam. Vitamin C Shaklee jenis sustained release bermaksud ia akan dikeluarkan ke dalam darah megikut jam. Jadi tiada isu terlebih makan vitamin. Apa yang penting ia adalah dari bahan semulajadi dan tanpa pewarna berbahaya. Jangan terkejut jika melihat Vitamin C Shaklee berwarna putih krim kerana tidak mengandungi pewarna.

Jadi, kalau dah tak larat nak tanggung selsema yang mengganggu hari anda, cepat-cepat dapatkan Vitamin C untuk selesaikan masalah anda.

Hantarkan SMS/Whatsapp dengan " Vit C 4 Selsema" Ke 012-6891597.
Zasss....terus saya pos ke rumah anda selepas pembayaran.


Tuesday, May 12, 2015

13 Amalan Untuk Didik Anak Nakal

Assalamualaikum WBT.

Pagi ni sroll Fb dan ada kawan share tentang panduan didik anak nakal.

Sharing is caring

Anak-anak yang nakal semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang bijaksana. Jadi tukar paradigma tentang anak anda itu. Fikiran dan kata-kata ibubapa adalah DOA YANG MAKBUL.
Sabda Nabi SAW:
Allah SWT bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambaNya. Nabi pesan, anak berumur 1 – 7 tahun, didik dengan kasih sayang dan banyak bergurau. Jadi bagi sesiapa yang selalu memukul anak, mulai hari ini jangan lagi memukul anak anda itu. Besar kemungkinan dia RASA CEMBURU KEPADA ADIK. Sejak ada adik, ibubapa banyak melebihkan adik tanpa sedar. Dia rasa terbiar. Pada abang atau kakak ni, kena marah atau pukul adalah PERHATIAN DARIPADA IBUBAPA! Amat sedih bila ini berlaku!
Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak anda yang nakal untuk mendengar cakap dan terlalu manja:
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam.Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga
kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatihah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hiperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring ke kanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang. Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5),Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
“Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini. Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Selamat beramal dan moga berjaya, WASSALAM
Sumber Inspirasi Dan Motivasi: Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.

Monday, April 20, 2015

Atasi Rambut Gugur Selepas Bersalin Dengan Produk Shaklee

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!

Ramai ibu-ibu yang mengalami rambut gugur yang teruk selepas bersalin. Hati tak tenang apabila setiap hari lantai di rumah atau di bilik air penuh rambut. Mana tak nya, selepas bersalin selalunya, ibu akan kehilangan 100 helai rambut sehari. Aduh, banyaknya. Rambut menjadi nipis dan kulit kepala pun boleh nampak. 

Mengikut majalah PaMa, ada 9 perkara yang ibu-ibu perlu tahu, mengapa hal ini terjadi.


1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, ibu tidak perlu panik kerana ibu tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, 5-15 % dari lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut  berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika ibu menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa mama perlu lakukan?

Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

Kurangkan Rambut Gugur Dengan Shaklee


Terdapat 2 cara untuk mengurangkan risiko rambut gugur menggunakan produk Shaklee.

1. Menambah nutrisi yang penting ke dalam pemakanan harian. Energyzing Soy Protien dan Zinc Complex membantu untuk menguatkan rambut.

2. Menggunakan rangkaian shampoo untuk rambut gugur khas dari Shaklee. Set rambut Prosante mampu mengurangkan rambut gugur.



Testimonial Set Atasi Rambut Gugur Menggunakan Shaklee





 Bertindak sekarang wahai ibu. Jangan biarkan dirimu diperli suami akibat rambut hampir botak seperti Gollum dalam cerita The Lord Of The Ring. Sila hubungi saya Daya di 012- 6891597. InsyaAllah saya boleh share pengalaman saya menggunkan shampoo ini dan supplement ESP dan zinc.




Tuesday, April 14, 2015

Pengedar Shaklee di Pulau Pinang

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia :)

Alhamdulillah, kini ramai yang berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan terjun dalam bisnes Shaklee. Ramai yang kini sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan.

Saya ingin perkenalkan pengedar Shaklee di bawah Ultimate Victory Family.
Jika anda berada di Pulau Pinang dan mahu COD or mahu produk secepat mungkin, boleh hubungi pengedar Shaklee di bawah.






                     
                           Puan Rozita Ibrahim (ID Shaklee : 1064504)
                                      No. Tel: 010-2324186

COD : Masjid Negeri, Georgetown, SMKA Al Mashoor, Air Hitam, Farlim
Blog: http://ummualfarhaini.blogspot.com





Salmiah Md Zain (ID Shaklee : 1081104)
No. Tel: 012-9283726
COD : USM, Sungai Dua, Sungai Nibong, Batu Uban, Bukit Gambir, Bukit Jambul, Queensbay

Wednesday, March 18, 2015

Ubat Hilangkan Mengantuk Paling Berkesan

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia.

Biasa tak keadaan macam ni. Tidur dah cukup 8 jam tapi bila tersedar dalam pukul 6 pagi mata masih mengantuk lagi. Lepas itu, masa memandu kereta untuk ke tempat kerja masih menguap walaupun dah mandi pagi. Agak-agak apalah ubat hilangkan mengantuk paling cepat berkesan untuk atasi mengantuk yang melampau.

Hari ini saya mahu kongsikan tip nak atasi masalah mengantuk dan letih yang melampau ini. Jika anda rasa anda golongan yang sering mengantuk waktu siang, anda wajib baca 
artikel ini.







Tip Atasi Rasa Penat dan Mengantuk

1.Pengambilan magnesium

Mungkin anda telah mendengar nasihat, pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang. Pemakanan yang seimbang boleh memastikan tubuh menerima vitamin dan mineral sepatutnya. Namun, sekiranya anda merasakan diri sentiasa keletihan, boleh jadi anda kekurangan magnesium. Pakar-pakar nutrisi berpendapat magnesium penting dan diperlukan untuk sekurang-kurangnya 300 tindak balas bio kimia dalam tubuh.


Kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Nutrisi Manusia, Jabatan Pertanian di Grand Forks, Nakota Utara mendapati, wanita yang kekurangan magnesium akan memiliki kadar degupan jantung yang lebih tinggi dan memerlukan lebih banyak oksigen untuk melakukan kerja-kerja fizikal. Kesannya, tubuh terpaksa bekerja lebih keras dan membuatkan anda lebih penat.


Pengambilan harian magnesium yang disyorkan untuk wanita adalah sebanyak 300 miligram manakala 350 miligram untuk kaum lelaki. Pengambilan makanan semula jadi seperti badam, kacang hazel, ikan dan bijirin penuh juga membantu.


2. Berjalan


Pada saat anda keletihan, anda masih boleh berjalan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Pakar-pakar kesihatan berkata dengan meningkatkan aktiviti fizikal, secara semula jadinya tenaga dalam tubuh turut mengalami peningkatan. 


Tidak memerlukan banyak latihan mahupun peralatan, berjalan adalah sesuatu yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Beberapa eksperimen yang dijalankan oleh Robert Thayer dari Universiti California State menunjukkan, berjalan selama 10 minit bukan sahaja meningkatkan tenaga bahkan kesannya boleh bertahan selama dua jam. Apabila aktiviti itu diteruskan selama tiga minggu, tahap tenaga dan mood turut mengalami perubahan positif.


3. Tidur sebentar


Kajian membuktikan otak yang penat boleh menjejaskan tahap tenaga dalam tubuh. Tetapi, Institut Kesihatan Mental Nasional Amerika mendapati, tidur sebentar iaitu sekitar 60 minit boleh membantu mengubah kesan negatif dan mengekalkan apa yang telah dipelajari serta diserap otak.


4. Jangan tinggalkan sarapan pagi


Mereka yang mengambil sarapan pagi memiliki mood yang lebih baik dan penuh bersemangat serta bertenaga sepanjang hari. Berbuka selepas semalaman berpuasa dapat membekalkan tenaga yang diperlukan seharian.


Kajian yang disiarkan dalam jurnal Nutritional Health, Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, kecenderungan meninggalkan hidangan tetap boleh mengakibatkan seseorang terasa letih sepanjang hari.


5. Kemarahan dan tekanan


Pakar psikologi terkemuka, Paul Baard pernah berkata, salah satu perosak semangat terbesar seseorang adalah tekanan.


“Tekanan adalah hasil daripada keresahan. Keresahan akan menggunakan keseluruhan tenaga kita”, tambah Baard yang merupakan seorang pakar psikologi sukan di Universiti Fordham, di Bronx, New York.


Tekanan boleh membuatkan anda terasa penat dari aspek mental dan fizikal biarpun anda menghabiskan sepanjang hari terlantar di atas katil. Tekanan pada tahap kronik mahupun tidak kronik boleh menjejaskan kadar tenaga yang seterusnya memberi kesan kepada produktiviti dan perasaan anda.


Akan tetapi, berita baiknya ialah kita boleh mengawal pembunuh tenaga ini dengan merancang aktiviti lebih rileks dalam kehidupan kita. Aktiviti senaman boleh menghilangkan kesan kimia tekanan dan kemarahan.


Selain itu, alternatif kepada senaman termasuklah mendengar muzik, membaca novel berunsur romantik atau sekadar bersembang dalam telefon.


6. Banyakkan minum air dan kurangkan alkohol


Anda mungkin sudah sedia maklum tentang perbezaan antara kelaparan yang disebabkan dahaga atau keperluan sebenar terhadap makanan. Tetapi tahukah anda kedahagaan juga boleh bertopengkan keletihan?


Adakalanya, dehidrasi yang amat sedikit pun boleh meninggalkan anda dengan perasaan letih dan penat. Pengarang buku, The Uncle Sam Diet yang juga seorang pakar nutrisi, Keith Ayoob, pernah berkata: “Jalan penyelesaiannya mudah sahaja – segelas air suam sudah memadai untuk memberi tenaga selepas senaman. Pada ketika itu, tubuh amat mendahagakan cecair.”


Sebaliknya, jika anda mendapati diri sering berasa letih selepas memperoleh tidur mencukupi semalaman, alamatnya sudah tiba masanya anda mengurangkan pengambilan alkohol pada sebelah malam.


7. Banyakkan bijirin dan kurangkan gula


Apabila anda mengambil makanan manis, kandungan gula dalam darah akan meningkat dan memberi anda tenaga. Namun, apabila kandungan gula dalam darah merosot secara mendadak, ia boleh menjejaskan perasaan anda sekali gus.


Tahap tenaga anda akan bertambah secara perlahan-lahan apabila anda memilih makanan yang kaya dengan bijirin penuh. Ini bermakna anda dapat mengekalkan tahap konsistensi tenaga sepanjang hari.


Satu kajian yang diterbitkan dalam sebuah jurnal Amerika, Clinical Nutrition mendapati, pemakanan yang kaya dengan bijirin penuh dapat membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin dan membolehkan pembebasan secara perlahan tetapi stabil.


8. Snek


Snek hebat bermakna snek yang menggabungkan protein, sedikit serat dan lemak seperti biskut penuh bijirin atau dadih dipenuhi kekacang. Karbohidrat dan protein meningkatkan kadar tenaga manakala lemak pula mengekalkan tahap tenaga itu.


9. Hasilkan latte


Kafein yang digabungkan dengan kebaikan protein daripada latte rendah lemak boleh membekalkan anda dengan tenaga tambahan serta kalsium ekstra. Jika boleh, gabungkan juga dengan sedikit kacang badam sebagai hadiah bagi memanjakan diri sepanjang tahun baru ini.


10. Fungsi tiroid dan sel darah merah


Jika anda sentiasa terasa letih biarpun sudah memperoleh rehat yang mencukupi, adalah baiknya anda berbincang dengan doktor tentang alternatif yang boleh dicuba. Ujian darah untuk ketidakupayaan fungsi tiroid dan anemia adalah antara inisiatif yang boleh diambil.
Masalah tiroid merupakan satu isu bagi kaum wanita. Biasa berlaku selepas kelahiran bayi, masalah ini juga membelenggu mereka di peringkat peri menopaus. Ujian darah yang ringkas boleh mengenal pasti masalah ini dan andainya anda didiagnosis dengan keupayaan tiroid yang rendah, perubatan boleh menjadi penyelesaiannya.
Bagi kes anemia pula, pengurangan sel-sel darah merah bermakna tubuh anda kekurangan oksigen yang diperlukan untuk mengekalkan tahap tenaga. Disebabkan itu, anda mudah menjadi letih.

Ubat Hilangkan Mengantuk Paling Berkesan

Memang ada banyak cara nak atasi rasa menagntuk ni tapi ada cara paling mudah dan paling berkesan untuk hilangkan tahan mengantuk. Nak tahu, tonton video ini.


Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.


Puan Maria mengamalkan Energy Tea Mix. Tea ini mampu meningkatkan kadar metabolisme kita, Ia Ia mengandungi bahan-bahan seperti berikut:

Matcha Green Tea Powder
Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrient yang terdapat dalam daun the termasuk serat, mineral dan antioksidan.

Red Tea Extract

Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam the merah, yang dikenali sebagai polifenol-pejuang kanser yang kuat.

Polifenol membantu kerosakn badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh haling daripada merebak.

White Tea Extract

Juga dikenali sebagai the hijau  muda dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding the hijau

Rooibos Red tea Extract

Tumbuhan unik yang berasal di Afrika Selatan, kaya dengan sebatioan polifenol –antioksidan.

Antara kelebihan Teh merah ini ialah:

Matcha Green Tea Powder
Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrient yang terdapat dalam daun the termasuk serat, mineral dan antioksidan.

Red Tea Extract

Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam the merah, yang dikenali sebagai polifenol-pejuang kanser yang kuat.

Polifenol membantu kerosakn badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh haling daripada merebak.

White Tea Extract

Juga dikenali sebagai the hijau  muda dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding the hijau

Rooibos Red tea Extract

Tumbuhan unik yang berasal di Afrika Selatan, kaya dengan sebatioan polifenol –antioksidan.



Cepat bertindak sekarang. Jangan biarkan mata mengantuk menghantui hidup anda lagi.

Inginkan konsultansi secara PERCUMA? Hubungi saya di 012-6891597 sekarang!

Saturday, March 14, 2015

10 Tip Mudah Bersalin Supaya Ibu Tidak Cuak

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia :)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya telah selamat bersalin anak ke 3 pada 28hb Februari yang lalu. 

Syukur Allah mudahkan segalanya. 

Pengalaman bersalin anak nombor 3 agak berbeza dengan anak nombor 1 dan nombor 2. Bukan apa, sebab saya hanya berada lebih kurang 1 minit dalam labour room sebelum bersalin. 

Sangat singkat.

Hari ini saya ingin kongsikan CARA MUDAH BERSALIN yang mungkin ibu-ibu yang tengah hamil boleh amalkan berdasarkan pengalaman 3 kali bersalin. This is based on my experience ye (a part of it).

1. Peka dengan "show"

Perkara pertama yang ibu-ibu kena tahu ialah kehadiran "show". Samada show datang dari

1. Darah bersama lendir (Warna merah atau coklat)
2. Air ketuban yang pecah.
3. Kontraksi

==> Kalau air ketuban yang pecah dulu

Seharusnya apabila air ketuban sudah pecah or rasa air banyak keluar, ibu perlu terus ke hospital. Ini kerana apabila air ketuban sudah pecah, bayi sudah tiada medium untuk berbertahan lebih lama. Apa yang mebimbangkan takut ada jangkitan kuman atau bayi lemas. Jadi, ibu perlu terus ke hospital. Tapi jangan terkejut, jika tanpa air ketuban sudah keluar tanpa ibu-ibu sedar. Ini memang pernah berlaku. Selalunya ia berlaku bila ibu rasa terlalu kerap nak terkencing sampai tak perasan yang keluar tu adalah air ketuban. Saya pernah baca kisah seorang mommy yang terkejut apabila sampai di hospital Doktor bagitau air ketuban beliau sudah kering dan selepas bersalin beliau perlu "on" antibitik selama 5 hari kerana takut ada jangkitan kuman.

Sepanjang tiga kali bersalin, saya belum pernah dapat "show" dari air ketuban.

==>Kalau darah atau lendir yang "show" dulu

Selalunya, apabila darah atau lendir yang keluar terutama bila waktu due memang dah nak sampai, itu bermaksud waktu nak bersalin hampir tiba. Berdasarkan pengalaman saya, apabila kalau darah yang keluar, the next 2 days baru akaan bersalin dan kalau ikut standard lebih kurang 9 hari berikutnya akan bersalin or else ibu perlu hadir ke hospital selepas 9 hari walaupun tiada kontraksi.

==> Bermula kontraksi yang kerap

Ada sesetengah ibu hamil, mereka tidak mengalami show berupa darah atau pecahan air ketuban, tetapi terus mengalami kontraksi. Saya mengalami perkara tersebut ketika bersalin anak kedua. No darah, no air ketuban. Tiba-tiba kontraksi datang selang 10 minit.

Jadi, ibu-ibu perlu peka dengan "show" okay.

2. Pernafasan Ketika Menahan Kontraksi

Kontraksi di awal-awal tanda untuk bersalin, selalunya tidak sakit sangat. Ia masih boleh ditahan. Namun, semakin kerap kontraksi sebagai tanda kelahiran hampir tiba, memang agak intense sakitnya. Lebih-lebih lagi, jika air ketuban telah dipecahkan. Ketika kontaksi agak memuncak (selalunya dan 4-7 cm dah terbuka) ibu perlu pandai curi pernafasan. Bila kontraksi bermula, sedut nafas melalui hidung dan lepas melalui mulut. Jujur saya katakan, pernafasan ini bantu melegakan kontraksi yang memuncak. Apa yang penting, jangan difikirkan rasa sakit itu. Jangan stress sgt. Fikirkan yang indah-indah dalam minda.

Berdialog lah dalam diri..."Tak lama lagi nak jumpa baby".
"Sakit ini akan berakhir beberapa saat lagi". "Sakit ini sekejap aje".

Fikir yang positif, banyangkan yang indah-indah sahaja.
Saya pernah terbaca, ada ibu-ibu hamil yang hampir bersalin, akibat tak tahan kontraksi, ibu tersebut berguling atas lantai wad. Terpaksalah Dr dan nurse angkat ibu tersebut.

 Jadi, ibu-ibu perlu tahu kawal rasa sakit. Jangan menjerit kuat-kuat tapi lebihkan berzikir dan ingat Allah.

Antara zikir yang boleh dilafazkan

Lailahailaanta subhanakainnikuntuminazolimin, Istigfar, Takbir atau Tahmid.

Bila kita ingat Allah, bila kita berserah pada Allah, bila kita redha dengan kesakitan yang kita alami, percayalah, kita boleh hadapi semuanya.



3. Kawal Pernafasan Ketika Meneran Nak Bersalin

Bila kontraksi dah kuat sangat, selalunya bukaan dah sampai 7-8 cm. Waktu ini lah, ibu akan ditolak masuk ke dewan bersalin. Pengalaman semua orang tidak sama. Ada orang tunggu berjam-jam nak dapat bacaan 4 cm ke 8 cm. Ada orang hanya tunggu 1 jam atau kurang dari itu. Memang depends pada ibu.

Bila kontraksi dah kuat dan kepala bayi mula nampak (bukaan dalam 8 cm-10 cm), selalunya Dr akan beri arahan untuk teran atau bertahan. Ketika itu, dengar dan ikut arahan Dr atau bidan. Kalau Dr bagitau suruh teran, baru teran. Jangan teran sesuka hati kerana takut pangkal rahim mengalami bengkak atau keradangan. Take note ye.

Jika anda mempunyai penyakit seperti asma, sila bagitau Dr atau nurse. Kerana pernafasan ketika hendak meneran sangat penting. Salah cara bernafas, buat anda rasa cepat penat dan letih.

Mengikut baby centre,

Semasa fasa kedua pelahiran, ibu akan menolak bayi  keluar. Ramai wanita yang menahan nafas dan meneran sepanjang mana yang boleh. Kaedah ini kini tidak digalakkan kerana tiada bukti yang menunjukkan bernafas dan meneran dalam cara ini berfaedah bagi anda dan bayi, dan ia juga mungkin meningkatkan risiko koyakan. 

Baby center juga mencadangkan kaedah-kaedah berikut:



  • Tarik nafas dalam-dalam apabila kontraksi bermula.
  • Bernafas atau hembus nafas perlahan-lahan ketika anda meneran.

Kaedah ini dapat mengelak daripada tekak anda rosak dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat, dan seterusnya anda dapat meneran dengan efektif.

Turuti naluri anda dan teran seberapa banyak kali setiap kontraksi sebanyak mana yang anda rasa baik. Anda mungkin dapati bahawa anda rasa hendak meneran sedikit tiga hingga lima kali bagi setiap kontraksi, dengan mengambil nafas beberapa kali di antaranya.

Bernafas dan bukan meneran

Kadang-kala wanita akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat sukar! 

Anda boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda, punggung anda di arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila kontraksi bermula, berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi nafas pendek dan seterusnya. 

Anda juga boleh berulang menyatakan dengan tegas frasa "Saya tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil bernafas pantas. Antara kontraksi, bernafaslah dengan normal. 



Antara amalan-amalan yang digalakkan dilakukan semasa hamil untuk mudahkan bersalin


1. Mengambil Virgin coconut oil atau minyak kelapa dara. Dari pengalaman saya sendiri, pengambilan VCO memang sangat membantu. VCO dikatakan membantu melicinkan pangkal rahim lalu memudahkan proses kelahiran

2. Banyakkan baca Al-Quran.

3. Banyakkan baca surah Maryam.

4. Dihujung kehamilan, banyakkan berjalan

5. Pergi ke kelas latihan untuk bersalin. Selalunya, hospital besar kerajaan ada anjurkan kelas ini

6. Tonton video cara bersalin yang berkaitan di Internet supaya ibu boleh dapat gambaran awal cara bersalin dengan betul. Ia penting terutama kepada first time mother.

7. Banyakkan solat sunat Taubat, Tahajud, Hajat dan Witir. Mohonlah pada Allah supaya dimudahkan proses bersalin dan kekuatan untuk menahan kesakitan yang mendatang. Kalau ibu tekad nak bersalin normal, berdoalah ketika di awal kelahiran supaya dapat bersalin normal.

Memang sakit menahan kontraksi memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Yakinlah kekuatan itu datang dari Allah dan mohonlah padanya. Berdasarkan pengalaman saya, sakit menangung kontraksi bagi ketiga-tiga anak memang berlainan. Tidak sama. Namun, saya yakin apa yang Allah takdirkan sebenarnya kita mampu menghadapinya.

Ibu-ibu kena yakin dengan diri sendiri. Jangan mudah mahu ambil ubat-ubatan. Percayalah ibu kuat dan boleh melaluinya. Kerana di situlah terletaknya nikmat melahirkan. Setiap sakit yang kita alami, Allah gugurkan dosa-dosa kita.