Friday, June 5, 2015

Hikmah Berpuasa Yang Baru Kita Tahu

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia.

Alhamdulillah, tak lama lagi sudah nak masuk bulan Ramadhan. Moga kita dapat sampai ke bulan yang penuh rahmat ini.

Disebalik kemeriahan untuk masuk ke dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini, ingin saya kongsikan hikmah berpuasa yang mungkin ada yang belum tahu. Ada sesetengah orang berpendapat, berpuasa boleh menyebabkan jatuh sakit. Sebenarnya penyakit boleh menyerang sekiranya kiat mengamalkan pemakanna yang kurang sesuai, tidak kira ketika bersahur mahupun berbuka puasa.

Manusia normal boleh tahan berpuasa selama 50-75 hari berturut-turut. Itu adalah hasil kajian yang dilakukan oleh pensyarah psikologi dari University of Chicago. Mengikut kajian tersebut, berpuasa boleh memberi ruang proses detoksifikasi . Proses ini amat penting supaya toksin-toksin yang diperoleh daripada makanan yang diambil tidak dikumpul dalam badan. Ketika berpuasa, badan dapat mengkoordinasi bahan kimia dan mengurangkan toksin sekali gus meningkatkan lagi fungsi setiap sel dalam badan kita. Bagus kan hikmah puasa yang telah Allah tetapkan. Allah Maha Mengetahui. Allah tahu ramai hambanya suka makan.

Apa yang terjadi ketika kita berpuasa

Hari Pertama dan Kedua
Badan rasa letih. Perut rasa sangat lapar. Semua ketidakselesaan ini wujud kerana kadar glukosa yang rendah dalam darah.

Hari Ketiga-14

Ketika ini nafas akan berbau, badan semakin lesu dan kurang selera makan. Namun jangan risau, kita akan back on track bila dah berbuka.

Hari ke-15 sehingga selesai
Pada saat ini, keadaan kita akan kembali seperti asal. Selera bertambah baik, dan tiada lagi nafas berbau. Tenaga juga kembali pulih dan kadar glukosa menjadi normal. Fizikal dan mental pun menjadi semakin optimum. Ia boleh terjadi bagi mereka yang benar-benar boleh kawal makan.

Dari kesan pyscologi, seseorang boleh menjadi lebih tenang dan sabar. Dari segi fisiologi, ia membantu  merendahkan kolestrol, paras gula dan tekanan darah sistolik.

1 comment:

  1. Bagusnya diwajibkan berpuasa untuk umat islam kan..

    http://fatinsoho.com/pince-and-pints-tempat-makan-best-kl/

    ReplyDelete