Showing posts with label Produk Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Produk Shaklee. Show all posts

Saturday, July 14, 2012

Testimonial: Makan Vitamin Shaklee

Alhamdulillah, saban hari semakin ramai orang meyakini produk Shaklee dalam menambahbaik dari segi kesihatan mereka. Syukur. Bak kata orang putih "Health is Wealth". Sukeeee.....

Betul kan =)

Tapi sebenarnya masih ramai orang sanggup untuk keluarkan duit untuk barang-barang mahal-kasut, telefon, sport rime, barang kemas dan lain-lain tapi tak sanggup belanja duit untuk kesihatan. 

Saya masih ingat pada minggu lepas, jumpa seorang pak cik di Pusat Sejahtera, USM. Kat USM, kami tak panggil Pusat Kesihatan tapi kami panggil Pusat Sejahtera.

Pak cik tu duduk sebelah saya. Saya senyum. Tengok kat sebelah dia ada banyak ubat. Berkepuk-kepuk. Saya pun bertanya" Pak cik sakit apa ye, banyak nyer ubat kene makan" Ye la...kita tahu kan ubat-ubat ni kan dari drug..Kalau pak cik tu bergantung pada drug untuk terus hidup, saya rasa sedih sangat. Actually pak cik tu mengingatkan saya kepada arwah ayah saya...
Pak cik tu pun jawab " Banyak dik. Pak cik ada kencing manis, sakit jantung bla bla..dan  10 tahun dah bergantung kat ubat ni"

10 tahun? Ni cakap dalam hati je la... Ya Allah, terkejut saya. Lamanya nya....Kesian saya tengok Pak Cik ni. Sayu...

Saya saja tanya "Pak Cik tak try apa-apa supplement ke untuk penyakit pak cik ni?" 

"Herb ke..."Tu la, kalau herb ni untuk MAINTAIN kan kesihatan. Tapi pak cik ni ni dah KENA banyak penyakit, kena lah makan ubat". Sayu je dia cakap. Dan  banyak juga kami berkongsi cerita..Kemudian tak dapat borak lama sebab isteri dah sampai.

Begitulah lebih kurang perbualan kami. 
Saya sayu sebab ia mengingatkan pada arwah abah.

Bila tengok keadaan Pak Cik tu, saya bertekad untuk lebih menjaga kesihatan. Memang ajal di tangan Allah Taala. Tapi, badan kita ini adalah satu amanah yang perlu kita pertanggungjawabkan. Rasa lebih berazam untuk menjaga kesihatan dan menyebarkan maklumat tentang kesihatan diri dan bumi. Bumi kita pun perlu sihat.

Betul kata pak cik tu.. Bila kita sihat, kita perlu makan SUPPLEMENT, untuk MAINTAIN kan kesihatan...bila kita sakit kita makan UBAT, untuk cure kan penyakit. Tapi ramai orang yang rasa dia sihat, tapi tak nak maintain kan kesihatan. KERETA pun perlukan mantainance...apetah lagi kita, manusia...

Ye, saya tahu. Nak sihat tak semestinya makan Shaklee..betul..sangat betul...Terpulang pada diri masing-masing. Ada berlambak produk kesihatan, pilih lah yang anda suka...

Saya memilih Shaklee, kerana dia dekat dan serasi dengan saya. Kenapa saya cakap ia dekat dengan saya.

1) Kebanyakkan produk Shaklee adalah based on research. Saya tengah buat research (master) dan saya yakin setiap kajian yang dilakukan adalah mempunyai bukti. Lagi pun ia telah diuji terhadap manusia. Shaklee ada buat clinical test. Bila ia mempunyai bukti, ia adalah selamat digunakan as long as ikut saranan.

2) Shaklee sentiasa mesra alam- Satu tanggungjawab saya untuk menjaga alam sekitar. Eh, bukan saya je, kita semua perlu bertanggung jawab terhadap alam sekitar =). Tiap kali tengok sabun yang ada SLS, saya rasa masih belum cukup kesedaran rakyat Malaysia terhadap isu alam sekitar. 

3) Semua produk Shaklee tidak mempunyai PERASA TIRUAN, PEMANIS TIRUAN, PEWARNA TIRUAN, TIADA BAHAN KIMIA BERBAHAYA, dan pembungkuan juga adalah bebas bis-phenol-A, ftalat dan dakwat toksik. Pernah berborak dengan kawan saya yang ambil PhD dalam bidang Kimia+ Farmasi (tak ingat term dia apa). Dia cakap, kita kan banyak makan benda yang ada pewarna, selalunya pewarna yang ada adalah dari bahan kimia. Bahan tu semua boleh stuck kat hati sebab dia suah untuk dibuang. Bayangkan dari kita kecil, berapa banyak air sirap, air oren yang bermacam pewarna kita makan...macam mana lah rupa hati kita kan..sebab tu sekarang memang cuba untuk minimize makanan yang ada pewarna. Since prouduk Shaklee tidak menggunakan pewarna tiruan, ia adalah selamat untuk hati kita.

Apapun...semua pilihan di tangan masing-masing.

Tapi saya yakin bila anda sudah mengenali Shaklee dan merasai ke"best"an nya, anda pasti menjadi pengguna tegar. InsyaAllah :)


Nak kongsi juga pengalaman orang lain dah menggunakan SHAKLEE.
Alhamdulillah, ramai yang berpuas hati. Perkongsian ini adalah dari customer2 dari group EKSKLUSIF kami....

 *terdapat sebaris ayat yang terpaksa di padam untuk kebaikan semua..=)

Mereka dah merasainya...anda bila lagi....??

Change your brand, you can change your life...

~Daya IbuIman~


Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke             012 6891597      . Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Jom, tempah sekarang!!

Sunday, April 15, 2012

Meal Shakes, Minuman Berkhasiat Untuk Semua!

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualikum wrt,

Anda nak tahu, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua vitamin dan ia sesuai dimakan seisi keluarga. Meal Shakes ni boleh jadi alternatif untuk sarapan terutama kepada sesiapa yang sibuk dan selalu tak sempat nak sarapan. Sebab walaupun sesibuk mana pun kita, sarapan jangan ditinggalkan kerana kita memerlukan tenaga untuk memulakan hari kita.

Lagi, secara amnya, di sebabkan Meal Shakes ni sangat berkhasiat, ia boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Ahli sukan, ibu mengandung, kanak-kanak,dan warga emas. Bau harum French Vanilla dari serbuk Meal Shakes ini sangat mengujakan sesiapa sahaja.

6 Fakta tentang Meal Shakes Yang Anda Perlu Tahu.


1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.
Apa yang penting Meal Shakes tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.
Jom cuba, tak rugi pun. Seisi rumah boleh merasa. JIMAT!!
Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA.


Tuesday, March 6, 2012

Set Vitamin Shaklee Untuk Ibu Hamil

Tahniah kepada ibu-ibu yang hamil pada tahun ini. Alhamdulillah. Rezeki tahun ini. Sebagai seorang ibu juga, berita tentang kehamilan sangat meriangkan saya, suami dan keluarga. Anakkan satu anugerah Allah. Kehadiran anak dalam kehidupan setiap pasangan, mestilah sesuatu yang dinanti. Pengalaman mengandung anak pertama amat mematangkan saya terutama dari segi pemakanan. Empat bulan pertama mengandung, saya memang tidak lalu makan. Oh, sangat merugikan orang seperti saya yang sememangnya suka makan. Pada bulan ke-3 mengandung, saya berpeluang ke Brunei untuk menghantar kakak saya pulang setelah lama bercuti di Malaysia. Abang ipar saya yang bekerja sebagai Chef di Hotel Rizqun mempelawa kami untuk makan malam di hotel. Oh, itu satu peluang keemasan. Vitamin F la katakan. Vitamin FREE. Siapa yang nak tolak. Tapi apa yang mendukacitakan saya, saya lansung tidak mampu untuk menjamah satu makanan pun di situ. Semua rasa loya dan nak muntah. Semua makanan saya tidak makan. Hanya makan sedikit kek sahaja. Namun, selepas 4 bulan mengandung, nafsu makan sangat dasyat sekali. Saya lansung tidak berkira makan sehingga satu hari ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kerajaan, jururawat mengatakan saya perlu minum air gula sebab berat badan sudah naik secara berlebihan. Minum air gula bukanlah satu pengalaman yang manis untuk wanita hamil. Tapi ia amat memberi pengajaran pada saya supaya beringat untuk tidak terlebih makan.

Pemakanan sewaktu hamil perlu dititikberatkan oleh wanita mengandung kerana nutrisi setiap makanan membantu dalam proses tumbesaran janin dalam rahim. Dalam masa yang sama, kesihatan ibu perlu berada dalam keadaan yang optimum bagi memastikan aktiviti harian tidak terjejas. Setiap kali pergi pemeriksaan bulanan di Klinik Kerajaan atau swasta, ibu hamil akan dibekalkan oleh jururawat dengan beberapa vitamin. Antaranya, obimin. Sewaktu hamil, ibu memang memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk memastikan kandungan sihat dan tumbesaran adalah normal.

Apa yang ibu hamil perlukan?
Kal Kalori- Pengambilan kalori harus ditambah 300- 400 kkal per hari selama masa kehamilan. Idealnya, 55% kalori adalah sumber karbohidrat, 35% dari lemak, 10% dari protein dan selebihnya dari sayur-sayuran dan buah-buahan.
Asid Folik. Pada beberapa minggu sebelum dan setelah awal kehamilan, embrio janin memerlukan asid folik yang banyak untuk pembentukan sistem syaraf dan sel-sel. Tambahan 400 mikrogram asid folik per hari diperlukan selama trimester pertama kehamilan. Kekurangan asid folik dapat mengakibatkan janin tidak berkembang sempurna dan boleh membawa kepada kecacatn seperti anenchephaly (tanpa batok kepala), spina bifida (tulang belakang tidak bersambung) dan bibir sumbing. Asid Folik terdapat dalam beras perang, sayuran hijau dan buah-buahan.
Protein. Selain sebagai sumber kalori, protein juga diperlukan untuk pembentukan sel dan darah. Ibu hamil memerlukan protein sebanyak 60 gram per hari (lebih banyak 10 gram dari biasanya), yang dapat diperoleh dari daging, ikan, putih telur, kacang-kacangan, tahu dan tempe.
Kalsium. Pengambilan kalsium 1000 mg/hari diperlukan untuk menjaga pertumbuhan tulang dan gigi, kontraksi otot dan sistem syaraf.
Vitamin A. Vitamin A bermanfaat untuk pemeliharaan kulit, fungsi mata dan pertumbuhan tulang. Namun, pengambilan vitamin A tidak boleh berlebihan karena boleh mengganggu pertumbuhan embrio.
Zat Besi. Zat besi banyak diperlukan untuk pembentukan darah. Kekurangan zat besi akan mengakibatkan anemia yang berbahaya bagi ibu dan bayinya. Suplemen zat besi mungkin diperlukan mulai minggu ke-20 kehamilan, terutama bila ibu hamil memperlihatkan tanda-tanda anemia. Ibu hamil memerlukan zat besi 30 mg/hari atau dua kali lipat dari biasanya.
Vitamin C. Vitamin C bermanfaat memudahkan penyerapan zat besi oleh tubuh, selain untuk menjaga kesihatan gigi dan gusi.
Vitamin D. Vitamin D berguna untuk pembentukan tulang karena membantu penyerapan kalsium.
Setiap trimester, pemakanan ibu hamil adalah berbeza. Ibu hamil tidak digalakkan mengambil karbohidrat yang berlebihan sewaktu trimester yang terakhir kerana ditakuti akan menggemukkan ibu dan boleh mencetuskan pelbagai penyakit lain seperti darah tinggi dan diabetis.

Jom saya kongsikan vitamin yang asas Shaklee yang diperlukan untuk ibu hamil.

Vitamin Asas Trimester Pertama

Vitamin untuk Trimester ke 2 dan ke 3


Sumber Protien Sepanjang Kehamilan


Namun begitu, sekiranya anda mempunyai penyakit ketika hamil, anda perlu merujuk kepada pengamal perubatan sebelum mengambil apa-apa vitamin. Namun, kenapa saya tidak risau mengamalkan vitamin Shaklee adalah kerana ia dari sumber semulajadi dan ia adalah halal. Semoga ibu-ibu semua sihat sepanjang hamil. Boleh hubungi saya jika mahukan penjelasan lanjut tentang vitamin Shaklee.


Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA.

Monday, March 5, 2012

Produk Tambah Susu Badan

Entri akhir-akhir ni semua pasal breastfeeding. Hehehe. Maaf kepada pembaca lelaki. Saya sebagai seorang ibu yang menyusukan anak sangat faham apabila ibu kekurangan susu. Saya sendiri mengalaminya. Saya pernah jumpa pakar laktasi untuk berbincang tentang penyusuan. Beliau berkata, bukan salah kamu jika kamu tak berjaya menyusui anak sepenuhnya, sebenarnya, masyarakat dan orang sekeliling turut main peranan dalam menjaya penyusuan. Ha..betul tu. Memanglah seorang ibu yang menyusukan anak, tapi orang sekeliling perlu menyokong ibu yang menyusu. Suami, ibu, ibu mentua, majikan, kawan-kawan sekeliling dan lain-lain lagi. Oh, saya tidak bermaksud untuk menunding jari pada siapa-siapa, cuma apa yang saya nak tekankan adalah budaya penyusuan bayi itu perlu diperluas agar orang lain juga memberi sokongan dan dorongan. Bukan susah pun kan.

Saya ingat lagi, lepas saya balik semula ke USM, saya terus hubungi kawan saya Paa untuk bertanyakan produk tambah susu. Saya berterima kasih pada Paa kerana telah memperkenalkan Shaklee kepada saya. Paa sangat memberi sokongan pada saya. Ya, sokongan inilah yang saya perlukan untuk seorang ibu anak pertama dalam penyusuan. Paa bagi solution pada saya. Nak banyakkan susu, makan Fenugreek dan nak pekatkan susu amalkan Shaklee.

Alhamdulillah. Ia sangat berbaloi.

Vitamin tersebut ialah: Vitamin C, B Complex, Vita-Lea, Alfalfa Complex, Energizing Soy Protien, Ostematrix.

Vitamin C 500mg (Sustained Released)

~untuk kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan. ~membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi.

~membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka.

~membina kalogen untuk kulit yang sihat.

~bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan

~meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging

B-Complex ( Bersama Asid Folik dan Biotin)

~membantu mengurangkan tekanan dan kelesuan

~membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran

~membantu dalam sintesis DNA dan sel-sel baru

~membantu dalam pemeliharaan sel darah merah

~menukarkan makanan kepada tenaga

~menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein,

~membatu mencegah barah serviks,penyakit jantung dan kecacatan spina

~menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular

Vita-Lea (Multivitamin dan Multimineral)

~mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral utama

~membantu mempertingkatkan kesihatan badan dalam jangka masa yang panjang

~membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya

Energizing Soy Protein (ESP)

~membekalkan tenaga pada masa yang panjang

~maintain milk supply,

~pertumbuhan kulit yg sihat dan cantik, tumbesaran bayi yg sihat dan normal

~ membantu kurangkan kulit kendur

~rendah lemak, tidak mengandungi kolestrol dan laktosa (ibu-ibu yang alergik pada laktosa boleh makan ye)

Alfalfa

~bertindak sebagai “milk booster”

~penawar allergy, asma dan resdung

~berfungsi sebagai fiber dan dapat mengurangkan sembelit

~mengurangkan keputihan untuk wanita

OsteMatrix(Calsium-Magnesium)

~membantu membina tulang dan gigi yang kuat

~membantu mengekalkan paras tekanan darah menjadi normal

~membantu kontraksi muscle (otot) dan transmisi saraf) dan mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

Mungkin ada yang rasa terlalu banyak nak makan dan mungkin mahal. Betul tak. Tapi percayalah ia sangat berbaloi kerana dengan pembelian full-pack, ia tahan selama empat bulan. Kira dalam setahun, hanya 2-3 kali sahaja perlu beli. Lagipun, bahan-bahan dalam vitamin Shaklee adalah semulajadi dan ia tiada kesan sampingan selagi diambil mengikut dos dan syarat yang ditentukan. Saya tidak pernah menyesal menggunakan Shaklee malah bersyukur kerana ia memberi saya kesihatan yang lebih baik berbanding dulu. Yelah, kalau suami sendiri puji, takkan tak nak mengaku kot. ;)..Jom cuba sekali, pasti tak rugi. InsyaAllah. Apepun, kita hanya berusaha, Allah jugalah yang mengizinkan

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 012-6891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA.

Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Testimonial Set Penyusuan Shaklee

Set vitamin Penyusuan Shaklee memang diakui memberi kesan positif kepada ibu yang menyusu. Perkenalan saya dengan Shaklee juga disebabkan set vitamin penyusuan Shaklee. Alhamdulillah. Ia sangat membantu ketika saya menyusukan Iman Haikal, anak lelaki comel saya. Jom saya kongsikan kisah seorang ibu yang juga berpuas hati dengan set vitamin penyusuan Shaklee:

*******************************************************************************

Selalu saya cerita tentang kebaikan vitamin dan juga produk Shaklee... Tapi kali ini berbeza... Saya nak cerita sendiri tentang pengalaman saya dengan supplement....

Saya mula mengenali Shaklee ketika melawat blog seorang ibu menyusu... Dari situ, saya mengenali Blog mamafaiz ni. Ketika itu sekitar November 2010. Saya pun mula mengulangkaji blog ni... saya baca entry by entry mengenai kebaikan vitamin yang dikongsikan oleh Kak Cery... Akhirnya sekitar Disember saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Menyusu...

Mengapa saya mencuba set menyusu? Sedangkan ketika itu, saya tidak menghadapi masalah untuk supply susu untuk anak yang berumur 7 bulan... hasil pam harian mmg cukup untuk menampung kepeluan baby saya.. Malah kadang-kadang boleh simpan buat stok... Dan kalau anda nak tahu, ketika itu, saya juga memiliki stok lebih kurang 750 Oz dalam DF saya!!!

Stok dalam DF

Jawapannya adalah, kerana saya ingin mencuba!!! Untuk maintain milk production saya demi meneruskan perjalanan penyusuan yang masih jauh dan dalam masa yang meningkatkan kesihatan saya sendiri... Mengapa saya kata begitu??? Tentu ibu-ibu bekerja maklum, menguruskan keluarga, anak-anak, suami disamping bekerja dan menjalankan rutin harian rumah tentu amat meletihkan... Tentu ramai yang kata, "aku pun kerja, aku pun ader anak dan suami"... yer, saya tak nafikan semua tu dan memang ramai yang mengalaminya.... Namun bagi saya, apa salahnya saya keluarkan sedikit duit untuk kesihatan saya sendiri, dan secara tidak langsung dapat menguruskan rumah tangga dengan baik... Malah saya sendiri sedar, pemakanan seharian saya tidak mampu menampung keperluan mineral, zat dan nutrien harian saya... Yerlah, kebanyakkan amalan memasak kita terutama hidangan melayu telah memusnahkan sebahagian besar zat dalam makanan itu... Menggoreng, menggunakan suhu melampau, masakan berlemak dsb. Oleh itu, mana mungkin kita mampu menampung keperluan nutrien badan kita...

Kesannya selepas saya mengamalkan vitamin-vitamin ni... Saya semakin bertenaga... Bangun pagi lebih ceria, tak mengantuk... proses penghadaman dan nyahtinja berjalan dengan lancar sekali... kat ofis pun saya segar jer.. takderlah layu2 nak tido... penyusuan berjalan dengan baik sekali dan production memang maintain.... hubungan suami isteri semakin baik kerana saya sentiasa 'bersedia berkhidmat'... hahhaha..... Malah masalah rambut gugur yang sering dialami oleh ibu2 yang melahirkan anak juga berjaya diselesaikan... Malah, saya yang dahulu agak kurang minum air masak, kini menjadikan air masak peneman setia... bukankah itu juga satu kelebihan dan kebaikan???

Ramai yang persoalkan, perlu ke vitamin untuk ibu menyusu??? Jawapan saya memang perlu... tapi bukan kerana penyusuan semata-mata, ia adalah untuk kesihatan diri kita sendiri... bukan bermakna setelah berhenti menyusukan anak kita tidak perlu lagi vitamin-vitamin ini... ia seharusnya diteruskan demi menjaga kesihatan kita... Ia dinamakan set penyusuan bagi memudahkan ibu-ibu menyusu memilih vitamin yg diperlukan... kerana tidak semua vitamin sesuai diambil oleh ibu menyusu... bukan kerana wajib diambil oleh semua ibu menyusu... saya dan Group Euphoria hanya berkongsi apa yang kami makan dan apa yang kami rasa... kami tidak memaksa semua orang untuk membeli dan makan vitamin... kerana kesihatan kita tanggungjawab kita, bukan orang lain....

Sejak dari itu, saya memang berazam untuk meneruskan pengambilan vitamin ini... dari segi kos, memang nampak macam mahal sket... sebab kita kira harga untuk sebulan, 2 bulan, 3 bulan... tapi cuba kita bahagikan kepada hari... nilainya tak setinggi mana... saya jamin setakat vitamin basic seperti untuk penyusuan, nilai harian lebih kurang RM3-4, manakala untuk Set optimum lebih kurang RM5-6... mahal ker??? Harga itu adalah untuk Vitalea (Multivitamin), B-Comp, Vita-C, Alfalfa, Ostematrix (Kalsium/Magnesium) & Soy Protein... Cuba bayangkan, untuk kalsium kalau kita minum susu segar, sekotak dah harga RM4.++.. tu baru kalsium... macam mana dengan vitamin-vitamin lain???... so, fikir-fikirkan lah sendiri dan nilailah sendiri yer...

****************************************************************************

Saya bersependapat dengan Puan Syuhada. Pengambilan vitamin sebenarnya sangat berbaloi. Kita bukan sahaja menjaga kesihatan kita, malah kita juga mampu memberi susu yang berkualiti pada bayi. Apakah vitamin yang sesuai untuk ibu menyusu.

Jom berikan diri anda satu percubaan untuk menggunkan produk Shaklee.

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA.

Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Tuesday, February 28, 2012

Mengapa Perlu Minum Banyak Air Apabila Mengambil Supplemen


Setiap orang yang mengambil supplement Shaklee (tak kira jenis apa) dinasihatkan minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 3L sehari. Kenapa begitu banyak?

Lebih-lebih lagi bila mengambil vitamin untuk tambah susu, kenapa kena minum air banyak? Bukankah nak banyakkan susu memang kena minum banyak air? Kalau dah memang kena minum banyak air buat apa ambil supplement lagi? :)

Fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan supplement semulajadi Shaklee:

  1. Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
  2. Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?

Oleh itu, apabila mengambil supplement Shaklee, takat pengambilan air mestilah ditambah, melebihi kadar biasa. Biasanya kami mencadangkan 3L air sehari. Saya sendiri minum 2L air kosong hanya sebelum waktu tengah hari. Jadi bolehlah bayangkan berapa banyak air saya minum sehari. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tak mengambil sebarang supplement, dinasihatkan agar tidak meminum air dengan kadar sedemikian, kerana ia boleh mencairkan nutrient dalam tubuh. Dalam beberapa keadaan, air yang berlebihan boleh mengurangkan susu badan.

Kredit: vitaminsemulajadi.com


Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA.


Monday, February 20, 2012

Set Vitamin Penyusuan Shaklee

Sahabat Yang Dihormati,

Perjalanan penyususan bagi setiap ibu-ibu yang menyusu memang berbeza. Tidak semua ibu-ibu bertuah mempunyai susu yang banyak. Dan tidak semua ibu-ibu yang menyusu dikelilingi oleh orang menyokong penyusuan susu ibu. Namun semua itu bukanlah satu penghalang untuk semua ibu menjayakan penyususan khas untuk anak mereka. Jom saya kongsikan set penyususan vitamin Shaklee yang menjadi pilihan ibu-ibu menyusu di Malaysia.

Empat set itu ialah

1. Set B (Set Penyusuan Bersama Alfalfa)

  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.
2. Set Eu Four Pack ( Set Penyusuan Bersama Kalsium, Tanpa Alfalfa)


  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.
3. Set E (Set Penyusuan Bersama Kalsium dan Alfalfa)


  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.


4. Set 3M

  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan Energizing Soy Protien.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.


Sudah tahu yang mana kalian perlukan.

Jom tempah sekarang! Ia pasti berbaloi.

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247, anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA.

~Kita hanya mampu berusaha, Allah jualah yang mengizin segalanya~


Thursday, February 16, 2012

DTX Complex

DTX Complex

Shaklee DTX ComplexTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok.

Satu gabungan Shaklee yang unik di mana formula ini mengandungi ekstrak benih milk thistle yang ditunjukkan dalam satu penyelidikan ia dapat menyokong keupayaan badan untuk membentuk protein-protein yang diperlukan dalam regenerasi pembentukan semula sel-sel hati. Ia juga mengandungi cendawan Reishi dan Schizandra Chinensis yang mempunyai ciri-ciri antioksidan serta Dandelion, Kunyit dan Artichoke untuk membantu memelihara aliran hempedu.*


• Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, warna-warna, atau bahan pengawet tambahan.