Tuesday, November 25, 2014

13 Punca Kencing Manis Atau Diabetes Yang Ramai Tak Tahu

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia.

Kita sering berpendapat punca utama kencing manis adalah disebabkan berat badan berlebihan atau faktor keturunan. Sebenarnya, terdapat 13 punca utama penyakit kencing manis yang menyebabkan ia semakin menular. Teruskan membaca kerana mungkin anda telah mengamalkan salah satu faktor yang boleh menyebabkan kencing manis.

Kebanyakan poin ini saya dapatkan dari Buku Say No To Diabetes hasil tulisan Patrick Halford.


13 Punca Utama Anda Boleh Dapat Kencing Manis


1. Pengambilan gula dan makanan/minuman bergula yang tinggi

Memang tidak dapat dinafi pengambilan gula boleh menyebabkan penyakit diabetes. Namun begitu, ia tidak semestinya gula semata-mata. Ia juga termasuk madu, raisin, gula-gula, pastri, pisang, kurma dan anggur iaitu makanan yang mempunyai glisemik indeks yang tinggi. Semua makanan ini mengandungi gula yang dibebaskan dengan cepat di dalam darah. Ia dipanggil "fast-releasing". Kebanyakkan minuman di pasaraya telah dimaniskan dengan menggunakan glukosa atau sirap jagung yang mempunyai fruktosa yang tinggi. Bukan lansung tak boleh ambil semua makanan ini, cuma jumlahnya perlu dipantau.

2. Pengambilan "refined carbs" yang banyak
Ini termasuk pengambilan roti, cereal, pastri, pasta dan beras putih yang banyak. Proses untuk mendapatkan "Refined carbs" telah mengurangkan mineral seperti kromium. 

3. Tidak beraktivivti
Individu yang tidak aktif, tidak buat senaman berisiko untuk dapat berat berlebihan  dan kencing manis. 

4. Tekanan yang kronik dan masa tidur yang tidak cukup
Apabila kita tertekan atau stress, ia akan meningkatkan kortisol. Hal ini menyebabkan insulin tidak dapat digunakan di dalam badan. 

5. Peningkatan saiz di bahagian tengah tubuh (pinggan dan perut)
Gula yang berlebihan dalam darah "dibuang" oleh insulin ke dalam hati, yang kemudian bertukar menjadi lemak. Lemak-lemak ini mudah disimpan di sekitar pertengahan. Jika anda dapati lilitan saiz pinggan anda semakin bertambah, ia menunjukkan petanda yang buruk.

6. Merokok
Orang yang merokok juga berisiko untuk mendapat diabetes

7. Tidak mengambil sayur dan buah yang mencukupi 
Individu yang kurang mengambil sayur dan buah berisiko untuk dapat kencing manis.

8. Tidak mengambil ikan dalam pemakanan
Pengambilan ikan yang kurang menyebabkan kurang Omega 3 dalam tubuh. Ini kerana minyak ikan boleh mebantu untuk melindungi kita dari kencing manis

9. Tidak mengambil supplemen
Ramai yang menyangka pengambilan supplemen adalah membazir. Namun dalam buku Say No To kencing manis, mengatakan mengambilan supplemen mampu mengurangkan risiko kencing manis.

10. Pengambilan ubat-ubatan
Ramai yang tidak sedar, pengambilan ubatan-ubatan sebenarnya boleh meningkatkan risiko kencing manis. Ini termasuk "corticosteroid drugs". Ubatan "Corticosteriod" biasanya untuk mengurangkan keradangan kerana ia berfungsi untuk mengurangkan bengkak pada laluan udara di paru-paru. Ubat ini selalunya diberi kepada pesakit asma dan arthritis. Pengambilan dalam tempoh yang panjang boleh menggangu keseimbangan hormon dan kortisol iaitu sejenis hormon adrenal yang mempunyai kaitan dengan kawalan gula dalam darah. Thiazide diuretic yang digunakan untuk tekanan darah tinggi juga meningkatkan risiko untuk dapat kencing manis


11. Sejarah keluarga  
Jika ahli keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis, risiko anda untuk mempunyai kencing manis adalah tinggi. Jika ibu anda mempunyai diabetes type 2, anda mempunyai 40 % peluang untuk mempunyai kencing manis dan jika kedua-dua orang tua anda mempunyai diabetes, risiko anda adalah 80 %. Namun begitu penyakit kencing manis ini boleh berbalik, Maksudnya, boleh kembali normal semula

12. Umur
Tidak dapat dinafi, semakin usia meningkat, semakin tinggi risiko untuk mendapat kencing manis. Namun, bukanlah kerana usia, anda mendapat kencing manis. Ini kerana orang muda pun ada yang dapat kencing manis.

13. Kerintangan insulin

Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadap insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan kencing Manis. Kesan dari rintangan insulin boleh menyumbang kepada "sindrom metabolik". Sindrom metabolik ini adalah satu kluster yang hadir bersama dan meningkatkan risiko kencing manis juga masalah jantung dan strok.


Kesimpulannya, hidup dengan cara hidup yang sihat. Life is too short to waste time in this suffer diasease.

Luv,
Daya Rudy

Friday, November 21, 2014

Risiko Kencing Manis Yang Buat Anda Tak Senang Hidup

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!

Semalam saya sempat menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Antara topik yang menarik perhatian saya ialah kesan buruk terhadap penglihatan kepada pesakit kencing manis. Sebenarnya banyak sangat risiko kencing manis yang berbahaya pada tubuh.

Sejak saya mula membaca buku Say No To Diabetes hasil tulisan Patrick Holford, saya mahu mengetahui lebih lanjut tentang penyakit kencing manis sebab penyakit ini bukan lagi hanya penyakit tetapi ia satu penyakit yang semakin menular atau boleh dipanggil epidemic dieseas.

Apa yang lebih memeranjatkan saya, mengikut Doktor yang memberi penerangan tentang kesan penglihatan terhadap pesakit kencing manis, kini, sebanyak 3.5 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah kencing manis!!

Ini menjadikan Malaysia sebagai tempat PERTAMA di Asia Tenggara yang mempunyai pesakit kencing manis paling ramai dan tempat ke EMPAT di Asia!

Allahu akhbar...Terlalu ramai yang terseksa dengan penyakit ini sebenarnya.

Sebenarnya, terlalu banyak risiko atau kesan berbahaya jika penyakit kencing manis ini tidak diubati. Terlalu banyak dan ianya terlalu seksa untuk dihadapi.

Di sini saya kongsikan risiko dan kesan kencing manis terhadap kesihatan para pesakit kencing manis. 

We just have one short life and let make it to the fullest!




Kesan dan Risiko Kencing Manis


Paras gula dalam darah yang tidak terkawal untuk jangka masa yang panjang, boleh mengakibatkan kesan-kesan (komplikasi) akibat kencing manis (diabetes). Komplikasi ini terbahagi kepada dua iaitu kesan kepada salur darah yang besar (macrovascular) dan kesan kepada salur darah yang kecil (microvascular).

Kesan kepada salur darah yang besar (macrovascular complication) :

  • Serangan jantung
  • Halangan kepada laluan pembuluh salur darah (arteri) di kaki
  • Lumpuh (stroke) – samada sepenuhnya (tidak boleh berjalan, bercakap atau makan) atau lumpuh separuh badan


Kesan kepada salur darah yang kecil (microvascular complication):

  • Kegagalan fungsi buah pinggang. Jika kegagalan kedua-dua fungsi buah pinggang adalah sepenuhnya, pesakit tersebut memerlukan dialysis.
  • Mata yang kabur dan buta. Tiada jalan untuk sembuh daripada buta disebabkan oleh kencing manis (diabetes).
  • Saraf yang kurang rangsangan (terutamanya di bahagian hujung tangan dan kaki). Pesakit biasa akan merasa kebas pada hujung kaki dan tangan. Dia juga mungkin kurang deria rasa (sakit/ panas) pada kaki dan tangan. Oleh itu, mereka kadangkala tidak perasan dan tidak sedar jika terpijak benda tajam atau berdiri di atas permukaan yang terlalu panas. Ini akan menyebabkan mereka mendapat luka yang tidak disedari di tapak kaki.
  • Boleh juga mengakibatkan mati pucuk.





 
Kesan-kesan lain:

  • Jangkitan kulat pada kulit. Biasanya terjadi kepada mereka yang mempunyai resistant terhadap insulin dan orang yang obese.
  • Mudah mendapatkan apa jua jenis jangkitan termasuk jangkitan paru-paru.
  • Jangkitan dan ulcer pada kaki. Disebabkan saraf yang kurang rangsangan, mereka mudah mendapat luka di kaki. Jika paras gula sentiasa tinggi di dalam darah, luka sudah pasti sukar untuk sembuh. Luka yang tidak sembuh disertai dengan jangkitan dan paras gula yang tinggi, menyebabkan jangkitan mudah untuk merebak. Apabila jangkitan merebak ke tulang di bahagian kaki, ini akan menyebabkan kaki dipotong untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke bahagian lain dalam badan.

Jika kita lihat kesan-kesan ini semua adalah sangat teruk. Mata buta, lumpuh, kaki dipotong dan buah pinggang gagal berfungsi sehingga menyebabkan dialysis adalah perkara yang kita sama sekali tidak mahu terjadi kepada diri sendiri mahupun ahli keluarga yang lain. Oleh itu, bermula daripada sekarang, pilihlah untuk mencegah diabetes. Jika anda sudah pun mempunyai diabetes, pilihlah untuk mengawalnya dengan bijak. Buat pilihan yang bijak, pilih untuk sihat tanpa perlu ada komplikasi diabetes. 

Cegah sebelum parah!

sumber

Jika anda menghadapi kencing manis, lihat di SINI

Wednesday, November 19, 2014

5 Tip Pikat Hati Suami Khas Untuk Suri Rumah: Pengajaran Dari Kisah Mah dan Suami Mah Yang Curang

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!

Dalam minggu ni sungguh viral kisah Mah yang dicurangi oleh suami kerana berbadan dan berambut busuk, selekeh dan gemuk. Secara jujur, alasan yang diberi oleh oleh Mat kerana Mah dah tak mengancam lalu berterusan terlanjur dengan seorang janda adalah sesuatu yang tidak muhasabah.

Namun, bila saya baca artikel tersebut buat kali ke-2, ia bagaikan *wake-up call* untuk kita para isteri agar sentiasa menjaga menampilan diri di rumah.

Saya sendiri bagaikan tersentak dengan surat si Mat tu. Pengakuan dari Mat tentang isterinya yang tidak menjaga menampilkan diri itu saya ambil pengajaran untuk diri saya juga. Saya tidak menyalahkan Mah, namun bagi saya banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini.

Memang secara fitrah lelaki dan perempuan memamg suka yang cantik, hensem, bersih dan wangi. Betul tak? Saya pun, kalau tengok suami kemas dan segak, laju je mulut ni nak puji :)

Jadi, marilah kita, kaum isteri menjaga penampilan agar kita tetap menjadi pujaan sang suami sampai bila-bila.

Di sini saya ingin beri tips para isteri yang ada masalah macam Mah seperti yang dikatakan suami.



1. Atasi Masalah Badan berbau


Kita orang perempuan memang selalu ada di dapur untuk memasak (bagi isteri yang selalu masak ler). Bau bawang/ kari/ikan memang berbau kuat. Badan juga berpeluh bila kita bermain dengan anak-anak. Memang secara semulajadi badan akan jadi berbau. Jadi, make sure selepas siap masak dan bermain dengan anak-anak,  kita mandi semula atau tukar baju yang lain dan sembur sikit minyak wangi agar kita tetap wangi. Jangan lupa pakai deoderant.

Jika para isteri memang dalam keadaan semula jadi mempunyai badan berbau yang kuat,  saya galakan ambil Alfalfa Complex dan Herblax. Dua makanan tambahan ini membantu untuk membuang toksik dalam bdan dan usus. Makan dengan konsisten agar toksik betul-betul clear dari badan anda. Bila toksik kurang, insyaAllah senang zat-zat nutrien untuk diserap.





Alternatif lain:

Pergi Spa
Badan juga perlu rawatan luaran. Rawatan Spa adalah yang paling sesuai untuk tujuan itu. Saya sangat galakan kita para isteri pergi ke Spa at least 2-3 bulan sekali. At least kita ada *me* time kan. Orang kata masa untuk manjakan diri. Dengan urutan dan servis Spa yang diberikan seharusnya akan memberi isteri ketenangan minda dan tubuh. Selain itu, servis sauna yang ada di Spa juga membantu membuang toksik dalam badan. Bila toksik dah dibuang, insyaAllah masalah bau badan dapat dikurangkan.

Kalau boleh pergi salon rambut juga. 

Semua ni memang kena bincang dengan suami. Saya yakin kalau kita terangkan betul-betul tujuan kita, insyaAllah suami akan bagi. 

Satu lagi, tetapkan setiap bulan masa untuk ke spa supaya kita tidak terlepas pandang.

Cuba check di sini Spa dan Salon Kecantikan di Malaysia

2. Atasi Masalah Kulit Kusam


Kulit kusam terjadi apabila sel-sel dalaman tidak sihat dan bila kita penat. Nak cantikkan balik kulit kusam ni, paling membantu adalah dengan mengambil protein.  Protien berfungsi untuk membina sel-sel baru dan membaiki sel-sel lama. Protien ini ibarat makanan untul sel. Bila dalaman kita sihat, insyaAllah ia akan terzahir melalui luaran.

Selain itu, vitamin-vitamin yang membantu untuk cantikkan kulit ialah Energizing Soy Protien, Vitamin C, B Complex, Vitamin E dan Collagen.

Pengambilan supplement ni tak amik masa pun. Boleh buat sambil-sambil. Contoh, selepas sarapan terus je amik supplement. Jadikan ia habit. Apa yang best, kulit cantik, badan pun sihat.

Tak susah kan?

Alternatif lain:

Buat Facial

Tidak dapat dinafi disebabkan terdedah dengan asap dapur ia menjadikan kulit para isteri kering dan tidak sekata. Untuk mengatasi masalah ini, lebih baik jika para isteri membuat facial 2 bulan sekali. Kulit muka lebih lembut dari kulit dibahagian lain memang sensitif. Jadi, pastikan para isteri membuat facial di tempat yang sesuai.

Memang nak buat facial ni ada cost tertentu. Tapi apa salahnya belanja duit ke arah sesuatu yang memberi faedah, betul tak?

Si isteri yang tidak bekerja, kalau suami dah bagi duit tu, ha..pandai-pandai lah nak invest kat mana ye..

3. Ketatkan Miss V


Memang tidak dapat dinafi hal-hal seksual adalah antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh para isteri. Bila dah beranak, memang akan beri kesan longgar terhadap miss V. Jadi jangan ambil mudah kerana disitulah terletaknya kesukaan suami. So kena lah pikat suami dengan keadaan miss V yang ketat dan mantap.

Banyak produk yang boleh membantu.  Alfalfa Complex antara herba yang boleh diambil. Alfalfa Complex bukan sahaja boleh membantu mengetatkan faraj malah boleh mengurangkan keputihan yang busuk.

Kebersihan faraj mestilah sentiasa dijaga. Bulu-bulu perlu dirapikan setiap hari agar bila suami hendak bersama, kita dalam keadaan bersedia dengan penuh keyakinan. Tak de la nanti bila suami nak bersama..."jap bang, nak shave dulu". Tak ke mengganggu mood!

Kalau tak dapat nak rapikan setiap hari, at least seminggu sekali. Sekali lagi, buatlah jadual agar kita tidak terlepas pandang atau tetapkan sendiri hari apa untuk merapikan keadaan di bawah tu.

4. Atasi Masalah Badan Gemuk


Tidak dapat dinafi apabila sudah berkahwin dan umur semakin meningkat kadar metabolisme seorg isteri memang akan menurun. Hal ini serba sedikit memberi peluang kepada lemak-lemak untuk bermaharajalela ditubuh. Lebih memeritkan lagi keadaan, apabila si isteri tidak ada masa nak bersenam. Lalu bertambah lah masalah berat badan.

Jangan risau, masalah ini boleh di atasi berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Perkara basic untuk turunkan berat ialah:
1. Ada target nak turun berapa kg berat dalam masa tertentu.
2. Mengambil makanan yang kurang minyak, gula dan garam
3. Kurangkan kalori. Banyakkan sayur dan buah-buahan.
4. Lakukan senaman at least 30 minit di waktu pagi dan petang.

Antara benda basic yang perlu dilakukan adalah mengurangkan kadar kalori. Kalau betul nak turunlan berat, elak mengambil makanan seperti nasi lemak, nasi arab, nasi yang penuh lemak-lemak secara terselindung.Makanan berminyak seperti pisang goreng, cekodok pisang dan lain-lain.

Antara meal replacement yang boleh diambil adalah Energizing Soy Protien, Cinch Mix Shake. 

Kedua-dua protien based ini mampu mengenyangkan perut kita dan iannya sangat rendah kalori.

Anda boleh menggunakan fitness pal apps untuk mengesan berapa banyak kalori yang anda ambil setiap hari. Dari situ kita boleh detect berapa banyak kalori yang sudah diambil pada hari tersebut.

Satu lagi, senaman mudah boleh dibuat di rumah even tgh masak.
Check di YouTube video untuk kecikkan peha, kempiskan perut dan lain-lain lagi.
Antara video favorite saya ialah dari Tiffany Rothe. Exercise yang beliau anjurkan sangat mudah untuk dilakukan. Reverse 15-30 minit untuk lakukan senaman. 






5. Bersosial dengan kawan-kawan.


Bila berumah tangga, memang tumpuan kita banyak pada keluarga. Kita dah kurang contact dengan sahabat-sahabat kita yang dahulu.

Bila dah kahwin, mempunyai support group dari kalangan isteri adalah sgt penting. Ini kerana hanya isteri boleh memahami bagaimana sudah menjadi isteri. Buatlah support group di Whatsapp khas untuk bincangkan hal-hal parenting, hal-hal rumah tangga dan kecantikan.

Saya yakin ramai sahabat-sahabat kita yang memang expert bab ni.
Saya bertuah kerana mempunyai banyak support group dan saya banyak belajar dari sahabat-sahabat saya. Mereka semua terror bab mencantikkan diri. Kekadang pasal pemilihan minyak wangi pun saya tanya kawan-kawan. 


Kesimpulan.

Saya juga seorang isteri.  Saya sangat memahami keadaan isteri yang duduk di rumah dan menjaga anak-anak kecil. Hanya Allah sahaja tahu betapa penat dan lelah nak menguruskan semuanya.

Namun begitu, bagi saya, kita seharusnya sayang diri kita sendiri dulu.
Kita juga perlu tanya pendapat suami apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Si suami pun kena bagitau isteri jika ada perkara yang tidak berkenan di mata. Lakukan komunikasi dua hala. Saya yakin para isteri boleh terima setiap teguran suami.

Jika isteri buat dek je, ha, si suami pandai-pandai la belikan perfume, make-up yang simple2, lipstick dan sebagainya. Faham lah nanti si isteri tu.

Rumah tangga yang bahagia terletak pada rasa tanggungjawab pada isteri dan suami untuk saling membahagiakan.

Sama-sama muhasabah balik keadaan rumah tangga kita agar tidak berakhir macam kisah Mah, Mat dan Zulaika.

Jom jadi isteri bak permaisuri di mata suami :)

Monday, November 17, 2014

Pesakit Diabetes atau Kencing Manis Boleh Sembuh Dengan Cepat Jika Ikut Cara Patrick Holford

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!

Saya sangat seronok apabila suami bersetuju untuk ke Pesta Buku Bad Wolf di Time Square Penang tahun lepas. Antara buku yang sempat saya grab ialah Say No To Diabates hasil tulisan Patrick Holford.
Buku yang hanya RM 8 ini adalah sangat priceless dari segi ilmu dan pengetahuan yang dikongsi dalam buku ini.




Apa yang menarik dalam buku tulisan Patrick Holford, beliau membantu pesakit diabetes untuk kembali normal tanpa menggunakan ubat-ubatan atau dadah!

Bermaksud, pesakit diabetes BOLEH SEMBUH sepenuhnya tanpa menggunakan ubat-ubatan.

Sudah beribu pesakit beliau telah berjaya sembuh sepenuhnya dari diabetes atau kencing manis tanpa pengambilan ubat!!

Sentiasa ada harapan baru untuk pesakit kencing manis!







Saya suka cara Patrick kerana ia selamat dan ia adalah langkah ke arah mendapat kesihatan yang lebih baik!

Apa yang penting Patrick mmebuat kajian dan membaca a lot of reseacrh paper yang berkaitan dengan kesihatan dan turn them into sesuatu yang praktikal.

InsyaAllah saya akan kupaskan topik diabetes pada entry yang akan datang.

Tak sabar rasanya nak bantu semua pesakit kencing manis di seleruh Malaysia ini.

Anda semua mampu sembuh!

Sunday, November 16, 2014

Part 2: Jom Kurus 1 Malaysia bersama Kevin Zahri

Assalamualaikum WBT.

Tahniah diucapkan kepada sahabat JK1M saya, Mohd Firdaus kerana merangkul tempat pertama dalam Jom Kurus 1 Malaysia Musim #3. Firdaus berjaya mengurangkan 16 kg berat sepanjang 6 minggu.

Sangat hebat!

 Bawah ni gambar Firdaus dengan Kevin Zahri..



Tahniah, Daus!! Vangga sebab Penang menang! Mesti Coach Elfiq seronok!!

Bila tengok Daus menang, rasa teruja nak share pengalaman JK1M Part 2 pulak!
Setelah berkongsi Part 1 JK1M, rasa rugi pulak kalau tak smbung erk.


Saya masih ingat antara aktiviti sepanjang minggu Pertama JK1M. 

Anda peralatan  yang saya beli

1. Periuk Ajaib dari kawan  Yani (Geng JK1M)
2. Raket Badminton di Tesco

Dalam support group Whatsapp, Coach kami dah bagitau resepi macam mana yang boleh buat...sarapan nak makan apa...lunch dan dinner nak buat apa..banyak yang Coach Elfiq suggest.

Saya pun mula berjinak-jinak dengan clean recepi
i
Ini lah hasilnya..ayam (breast) perap bersama lada hitam dan daun sup. Resepi syok sendiri tapi clean okayyy...no garam...no ajinamoto

dan start dari hari minggu tu memang masak sendiri.




Aktiviti

Antara aktiviti minggu pertama adalah bermain badminton dan circuit training (training hari bekerja)

Circuit training dalam bahasa mudahnya ialah kita buat senaman ringkas di satu point dalam beberapa reps (ulangan) dan kemudian pergi ke point satu lagi sambung buat senaman ringkas yang lain dengan beberapa reps dan seterusnya tanpa henti. Apabila semua senaman sudah lengkap, kita boleh rest dalam 1-2 minit dan kemudian ulang balik semua CT dalam 3-4 set.

Perkara baru yang saya baru belajar ialah bagaimana membuat SQUAT, LUNGES dan LEG RAISE.



Video di atas adalah bagaimana nak buat SQUAT dengan betul



Setelah 4 tahun tidak bersenam, agak-agak apa terjadi bila nak start balik?
Yes, I feel the pain dan rasa sakit sangat!!!!!! Tak tahu nak cakap macam mana.
Masa Coach Elly dan Coach Syafiq ajar buat Squat, saya tanya dengan jujur…"Coach, kenapa peha saya rasa sakit bila buat Squat"
Coach cakap, kalau first time buat memang rasa macam tu.
Fuhhh..nak nagis..Sakit gile. Rasa macam ada org tarik dan rentap urat kita. 

Yes, bila rasa sakit masa buat Squat, ia menunjukkan kita buat dengan betul. Kalau rasa tak sakit memang something wrong somewhere!

The bitter of fitness is the pain dan soreness but the sweet things is the RESULT!!

In the same day, Coach Elly ajar buat LUNGES dan LEG RAISES.

Lunges ok sebab tak susah sangat tapi…

LEG RAISES sangat mencabar!!!!!!!


Video Untuk Buat Leg Raises

Nak tahu kenapa? Sebab saya tak berjaya pun nak angkat kaki ke atas!!!! Langsung tak! Rasa kaki macam berat sangat-sangat! Sedih jugak rasa tapi Coach Elly cakap first time buat memang macam ni. Daya kena practice,lama-lama ok lah nanti.

 Memang a bit frust sikit.

Bila balik rumah, malam tu dah rasa soreness atau sakit-sakit peha dan lutut.

Obvious sangat kan dah lama tak excersize, so bila excersise terus je soreness dengan dasyat sekali. Saya stop lebih kurang seminggu untuk recover balik muscle sebab lutut dah sakit.

Masa tu pulun minum ESP Shaklee dan pakai bandage.

The things yang paling best after 6 weeks ialah saya mampu buat Leg Raises 20 reps tanpa henti dan my abs...ish ish..jgn imagine..bahaye! Huhu..

Bagaimana saya boleh berada di tahap itu?




Saya akan sambung di Part seterusnya. Tunggu......(amboi..macam melodi pulak)

Apa yang best masuk JK1M ini adalah kami ada Coach yang sangat berwibawa dan penuh komitmen serta ada support group di Whatsapp. Semua benda nak shout out, ada benda tak faham, direct boleh tanya my beloved Coach.

Besttt sgttttt....

Rugi woo sapa tak join (* *)




Thursday, November 13, 2014

18 Tip Pikat Hati Suami Tanpa Modal Besar!

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, hari ini saya nak kongsi tip pikat hati suami yang mudah dan tanpa memerlukan modal yang besar!

Perlu ke nak pikat hati suami? Kan dah kawin!

Ehhh...mesti lah. Hati suami perlu dipikat sepanjang perkahwinan agar semarak kasih sayang itu berpanjangan sampai ke akhir hayat.

Jom para isteri, kita pikat suami agar kita menjadi permaisuri di hati suami sampai bila-bila.





1. Sentiasa taat pada suami .
Taat pada suami tu perintah Allah. Jangan selalu melawan. Jika ada perkara yang tidak puas hati, jangan memberontak. Bawa lah berbincang.

2. Berkelakuan baik terhadap suami
Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang 'melegakan' setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka.

3. Jangan bebankan suami
Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri. 

4. Sentiasa bersolek untuk suami
Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.

5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami
Jangan biar malaikat melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami. Selagi terdaya, penuhi permintaan suami. Jika ada masalah berbangkit, bawalah berbincang.

6. Sentiasa mendapatkan izin pada suami
Minta izin pada suami jika mahu kemana-mana dan jika ingin membeli barang. Ini membuatkan suami rasa lebih beliau penting di mata isteri.

7. Hormat pada suami
Tak kira suami bergaji kecil dari isteri atau punyai kekurangan, isteri mesti hormat pada suami. Jangan biasa tengking suami. Berlembut lah dengan suami.

8. Jangan membelakangkan suami
Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.

9. Jaga harta suami
Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.

10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah / menderhaka pada suami
Jadikan ia amalan biasa dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk minta maaf. Sesungguhnya isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.

11. Solat bersama suami
Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan mengelakkan menderhaka kepada suami.

12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa
Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.

13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami
Isteri sedemikian akan dimuliakan di akhirat. Cubalah amalkan setiap hari. Ceria-ceriakan hari suami kita.

14. Pandang muka suami bila bercakap
Lihat dan tenung dengan penuh kasih sayang. Ia lebih dekat di hati. Bukan bercakap membelakangkan atau sambil buat kerja.

15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga
Jangan biar suami berubah hati dan mencari wanita lain. Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana ada benda yang tidak ada pada isteri.

16. Jangan terlalu kongkong suami
Beri kebebasan dengan batasan yang wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada privasi.

17. Urut badan/manjakan suami selepas balik kerja
Walaupun penat tetapi satu-satunya cara memikat suami ialah dengan memberi sentuhan pada suami.

18. Jaga makan minum suami
Rajin-rajin masak untuk suami. Ketahui masakan kegemaran suami. Mesti suami seronok

Nah...tak de la susah sangat nak pikat hati suami kan!! hehehe..

Apa yang penting suburkan kasih sayang terhadap suami kita. InsyaAllah suami sentiasa terpikat pada kita!



Monday, November 10, 2014

18 Tanda-Tanda Migrain Yang Buat Anda Terkejut!

Assalamualaikum WBT dan Salam Seantero Dunia!

Sejak kebelakang ini suka pula nak kongsi tentang migrain. Banyak lagi tanda-tanda awal yang menunjukkan kita telah menghadapi migrain.

Nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca!



ubat migrain




1. Pancaran cahaya
Jika anda menjadi sensitif terhadap visualisasi aura / pancaran cahaya seperti lampu berkelip, tompok, atau berbentuk garis, anda mungkin hadapi migrain.

2. Berasa cepat tertekan
Penyelidik Belanda baru-baru ini melaporkan kemungkinan ada hubungan genetik antara kemurungan dan migrain. Jika anda berasa cepat tertekan, anda mungkin hadapi migrain

3. Tidur tidak nyenyak
Bangun tidur masih merasa lelah atau mengalami kesukaran tidur adalah masalah umum dengan seseorang yang mempunyai migrain. Penyelidikan telah menunjukkan adanya hubungan antara tidur kurang nyenyak, kekerapan, dan intensitas migrain. Ketika migrain menyerang, sukar untuk mendapatkan tidur malam yang baik. "Banyak orang akan menderita insomnia akibat migrain mereka," kata Edmund Messina, MD, pengarah perubatan dari Klinik Sakit kepala Michigan, di East Lansing

4. Hidung tersumbat atau mata berair
Beberapa orang dengan migrain mempunyai gejala sinus, seperti hidung tersumbat, kelopak mata murung, atau berair. Satu kajian mendapati bahawa, di antara orang-orang yang mengadu sakit kepala sinus, hampir 90% daripada mereka mempunyai migrain. 

5. Mengidam
Sebelum serangan migrain berlaku, beberapa orang mengidamkan makanan tertentu. "Makanan yang umum diidamkan adalah coklat," kata Dr Messina.

6. Sakit berdenyut pada satu atau kedua sisi kepala
Sakit berdenyut adalah tanda klasik migrain. Denyutan yang sering dirasakan pada satu sisi kepala. Dalam sebuah kajian oleh National Headache Foundation mendapati bahawa 50% "sentiasa" mempunyai denyutan pada satu sisi bahagian kepala, sementara 34% dari mereka berkata "sering" mempunyai gejala ini.

7. Sakit Mata
Kesakitan migrain sering bersembunyi di belakang mata dan menyebabkan mata sakit

8. Sakit leher 
Gejala migrain bermula di leher atau pengidap akan mengalami sakit berdenyut pada bahagian belakang leher mereka." Dalam sebuah kaji selidik dalam talian, National Headache Foundation mencari 38% dari pesakit migrain "selalu" mempunyai sakit leher dan 31% "sering "mengalami sakit leher selama sakit kepala migrain.

9. Sering buang air kecil
Jika sering buang air kecil, itu boleh bermakna migrain akan datang. Ini adalah salah satu gejala yang dialami banyak orang sebelum migrain. Tanda-tanda amaran ini, juga dikenali sebagai fasa prodome dari migrain, boleh datang sekurangnya satu jam atau sebanyak dua hari sebelum bermulanya sakit kepala.

10. Selalu menguap
Menguap terlalu banyak adalah salah satu tanda bahawa migrain telah datang untuk menyerang.  Dalam satu kajian tahun 2006 di jurnal Cephalalgia, kira-kira 36% daripada pesakit migrain melaporkan bahawa menguap adalah salah satu tanda dari datangnya migrain.

11. Rasa kesemutan
Beberapa orang yang mempunyai migrain mempunyai aura deria. Mereka mengalami rasa sesemut, biasanya pada satu bahagian badan, yang bergerak dari hujung jari melalui lengan dan wajah.

12. Mual atau muntah
Menurut data dari American Migraine Study II, sebuah survey yang melibatkan lebih dari 3.700 pesakit migrain, 73% diantaranya mengalami mual dan 29% mengalami muntah. 

13. Cahaya, bunyi, atau bau cepat menggangu
Dalam pergolakan serangan migrain, pesakit migrain cenderung mencari perlindungan di tempat yang gelap dan tenang. Lampu terang dan suara keras boleh mencetuskan migrain atau malah makin memburukkan sakit tersebut. Hal yang sama juga berlaku pada bau tertentu.

14. Aktiviti harian yang menggangu
Aktiviti rutin seperti berjalan atau naik tangga boleh mencetuskan serangan asing atau malah membuat kesakitan migrain makin parah. Beberapa migrain disebabkan oleh latihan (lari, angkat berat) atau aktiviti seksual.

15. Kesukaran Berbicara
Tidak boleh mengeluarkan kata-kata? Kesulitan dalam bercakap boleh menjadi tanda lain bahawa migrain telah datang pada anda.

16. Kelemahan pada salah satu bahagian tubuh
Ketika lengan anda tiba-tiba terasa letih, mungkin itu menjadi salah satu tanda anda terkena migrain. Beberapa orang mengalami kelemahan otot pada satu sisi tubuh sebelum serangan migrain. Hal ini juga boleh menjadi tanda strok, bagaimanapun, rujuk pada doktor untuk mengenal pasti punca yang lain.

17. Vertigo atau penglihatan ganda
Salah satu jenis migrain, disebut migrain jenis basilar, boleh menyebabkan pusing, penglihatan berganda, atau kehilangan penglihatan. Beberapa orang dengan migrain mungkin mengalami masalah keseimbangan juga.

18. Keletihan, lemah hingga sukar kepekatan
Setelah migrain berlalu, seseorang mungkin merasa tubuhnya sakit seperti telah dipukul. Dalam kajian terbaru, penyelidik menemubual pesakit migrain dan mencari bahawa mereka sering mengalami gejala seperti keletihan, kesulitan menumpukan perhatian, lemah, pening ringan, dan kehilangan tenaga selama tempoh pasca-migrain. 

sumber


Adakah anda pengidap migrain?

Sunday, November 9, 2014

Tanda-Tanda Anda Kena Migrain!

Assalamualaikum WBT dan Salam Seantero Dunia! 

Orang Malaysia ramai yang hidapi sakit migrain. Bagi yang tidak pernah mengalaminya, mungkin tidak tahu betapa sakitnya apabila migrain datang. 


Saya dahulu megidap migrain. Dapat detect semasa saya belajar di USM. Masa tu, saya rasa sakit kepala yang amat. Sangsi dengan keadaan itu, saya lakukan CT Scan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, kelantan di bawah seliaan Profesor Jafri Malin.


Terkejut juga masa Dr cakap saya ada migrain. Jika anda sering sakit kepala, dan kurang pasti sama ada tanda-tanda itu migrain atau tidak, jom teruskan baca entry ini.


Di sini saya nak kongsi serba sedikit info tentang migrain yang ditulis oleh Dr Zubaidi



APA ITU MIGRAINE?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.





APA PENYEBAB MIGRAINE?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.

APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?
Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda-tanda penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.

BAGAIMANA MIGRAINE ITU DIDIAGNOSA?
Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migraine jika :
  1. Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
  2. Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
  3. Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.
BAGAIMANA IANYA DIRAWAT ?
Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.

Adakah anda juga mempunyai tanda-tanda migrain?


Jika ada, pastikan ada dapat konsultansi dari Dr. Takut-takut migrain yang anda hadapi sebenarnya berada ditahap kritikal!!!