Showing posts with label Ubat kencing manis. Show all posts
Showing posts with label Ubat kencing manis. Show all posts

Friday, July 28, 2017

Bagaimana Vivix Shaklee Bantu Turunkan Paras Gula Dalam Darah Dengan Berkesan

Sejak saya baca buku Say No To Diabetes, hasil tulisan Patrick Holford, saya pegang satu prinsip yang berbeza, pesakit kencing manis boleh BEBAS KENCING MANIS jika ubah cara hidup dan pemakanan.

Banyak topik yang Patrick Holford bincangkan. Dan paling mengujakan, dalam buku tersebut ada membincangkan perihal resveratrol dalam membantu menurunkan gula dalam darah.

Dan Vivix Shaklee mengandungi resveratrol dan 15 polifenol yang sangat power.

Sebenarnya, Vivix Shaklee dah bantu ramai sangat orang turunkan gula dalam darah.

Nak tahu macam mana?
Saya kongsikan di sini. 

Nak tahu, 1 dari 5 orang dewasa di Malaysia, adalah pesakit kencing manis.

sumber : Google


Sebenarnya ada beberapa sebab orang Malaysia ni, ramai yang kencing manis. Antaranya,
1. Cara pemakanan yang tidak sihat. Pemgambilan gula yang berlebihan.
2. Stress
3. Obesity
4. Kurang bersenam
5. Pengambilan ubat ubatan.

90% orang yang ada kencing manis biasanya type II, asalnya normal tetapi disebabkan diet yang tidak seimbang, gaya hidup yang tidak sihat ----> insulin tidak dapat berfungsi dengan baik.

 Bagaimana Kencing Manis Boleh Terjadi?

Apabila kita makan, karbohidrat akan di cernakan menjadi glukosa, glukosa seterusnya akan masuk ke salur darah untuk diagihkan kepada sel organ yang memerlukan---> sumber tenaga kita.
Hormon Insulin secara automatik akan dihasilkan oleh pankreas untuk membenarkan glukosa masuk ke dlm sel organ.
Insulin berperanan macam gatekeeper atau kunci antara salur darah dan sel organ.
Apabila insulin buka pintu, glukosa akan masuk ke dalam sel, bekalkan tenaga untuk jalankan fungsi sel.

Diabetes/kencing manis terjadi apabila insulin tak dapat buka pintu antara sel organ dan salur darah,
Glukosa akhirnya terkumpul dalam darah---> glukosa yang tinggi dalam darah menyebabkan kencing manis

Cara Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Vivix. Dalam Vivix Ada Resveratrol


Mengikut kajian, ada 5 mekanisme bagaimana resveratrol dapat bantu kurang metabolik sindrom akibat kencing manis dalam badan.

1. Resveratrol bantu memperbaiki keseimbangan glukosa dalam darah==> jadi elok balik ikut sistem yang betul macam body kita patut buat.

2. Resveratrol Bantu Kurangkan rintangan insulin==> vivix tolong betulkan fungsi "kunci dan mangga" tadi supaya glukosa boleh masuk dalam sel dan tak terkumpul di salur darah sahaja

3. Resveratrol Bantu Melindungi pankreas==> kita nak nourish balik pankreas yang dah rosak dan terbeban tadi, supaya boleh berfungsi semula dengan baik. 
Kita tak nak cucuk insulin tiruan. Kita nak hasilkan sendiri insulin oleh pankreas kita. Vivix akan reduce radang di pankreas-->protect sel di pankreas--> supaya insulin akan increase ke normal semula.

4. Resveratrol Bantu Membaiki rembesan insulin ==> bila sel pankreas dah normal, insulin akan dihasilkan secara normal oleh badan kita.

5. Resveratrol Bantu Membaguskan Keseimbangan Metabolisme- fungsi tubuh.


Ini saya kongsi pengamal Vivix yang darahnya turun setelah amalkan Vivix.


InsyaAllah, dengan pengambilan Vivix yang consistent, pesakit kencing manis boleh kembali tersenyum

Nak cuba?

hubungi daya segera di http://wasap.my/60126891597

Thursday, December 11, 2014

Bahaya Ubat Diabetes/Kencing Manis dan Darah Tinggi

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia.
Pengambilan ubat diabetes dan darah tinggi untuk tempoh terlalu lama boleh menyebabkan risiko yang lain. 
Hari ini saya nak kongsikan pengalaman seorang blogger Cikgu Hairul tentang bapa saudara yang menghadapi kencing manis dan kesan pengambilan ubat terhadap tubuh bapa saudaranya. Cerita ini boleh diambil sebagai pengajaran.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Penyakit paling ditakuti abad ini ialah penyakit tiga serangkai. Darah tinggi, diabetes dan sakit jantung. Semua penyakit tu datang dari Allah asbab cara hidup kita. Seringkali di usia muda, kita tidak terlalu mengambil berat tentang kesihatan. Bila umur mencecah 30-an pelbagai penyakit mula menjenguk.
Saya bukan nak jual insurans. Ayat mukadimah macam orang nak jual insurans je kan.. hehehe. Dah banyak kali terdengar ceramah percuma dari ejen insuran guna ayat macam tu. Tapi jangan risau. Saya tak jual insurans, cuma nak cerita apa yang salah seorang ahli keluarga saya alami.
Hujung minggu lepas saya melawat pak sedara yang dikatakan sakit. Memang sebelum ni dia dah berulang alik masuk hospital akibat kencing manis dan darah tinggi. Nasib baik sakit jantung tak ada. Jadi khabar berita sedih dan lain macam sakitnya kali ni membuatkan kami sekeluarga datang ziarah.
Keadaannya sangat menyedihkan kami. Seluruh badannya bengkak. Bila bercakap sepatah dua, mula tercungap-cungap kepenatan. Mengikut ceritanya dia jadi macam tu sebab kedua-dua ginjalnya telah rosak dan tidak dapat mencuci darah. Badannya yang bengkak adalah akibat dari bahan yang dimakan tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna. Manakala bila cakap cepat penat tu sebabnya dia betul-betul mengawal pemakanan sehingga tidak mengambil sedikit pun nasi dan manisan. Takut diabetisnya menyerang katanya. Akibatnya badannya tak ada tenaga.
Paling menyedihkan, dia juga hilang kenikmatan tidur. Baring pun tak boleh, menyandar pun tak selesa. Senang cerita duduk, baring dan berdiri akan mengakibatkan dia penat. Kadang-kadang tu pengsan tiba-tiba. Apa pun tak boleh.
Setelah dia cerita satu persatu, penyakit ini bermula lama dulu dah. Diabetis dan darah tingginya dikesan seawal umur 40-an. Sejak itu, ubat yang doktor bekalkan diambil secara tetap tanpa gagal. Bila masuk usia pencen, ginjal mula mengalami kerosakkan teruk. Saluran kencing juga tersumbat. Kebergantungan kepada ubat kencing manis dan darah tinggi memberi kesan besar dalam kehidupannya.
Sekarang, dia hanya menunggu pembedahan untuk pemasangan alat yang membolehkan dia mencuci darahnya setiap minggu. Walau bagaimanapun, hospital kerajaan memerlukan masa yang lama untuk menunggu. Sedangkan darah dalam badannya perlu dicuci untuk mengelakkan bengkak badannya menjadi semakin parah. Hospital swasta juga tidak berani menjalankan pembedahan berisiko tersebut. Kami dalam kebuntuan….

Insaf.

Sebagai anak sedara, tiada daya usaha yang mampu saya lakukan kecuali berdoa semoga pakcik selamat dan dikurniakan ketabahan. Di samping itu perkara ini perlu dijadikan pengajaran supaya menjaga kesihatan sebaik-baiknya agar tragedi seperti ini tidak menimpa kita satu hari nanti.
Mungkin anda ada cerita di sebalik penggunaan ubat diabetis dan darah tinggi yang boleh dikongsikan bersama. Saya bukanlah pakar dalam membuat analisa penggunaan sesuatu ubat-ubatan. Tetapi berdasarkan kepada pemerhatian dua-tiga orang yang pernah saya dengar ceritanya, itulah yang diperkatakan.

Perhatian kepada penghidap diabetes

Untuk nasihat yang lebih profesional berdasarkan ilmu, jumpalah doktor pakar. Saya cuma kongsikan akibat penggunaan ubat diabetis dan darah tinggi berdasarkan pengalaman orang-orang terdekat dengan saya. Bukan kongsi berdasarkan kepada ilmu perubatan.
.......................................................................................................................................................
Betul ubat sangat diperlukan untuk merawat kesakitan namun ubat bukanlah jalan terbaik untuk mencegah

penyakit diabetes ini. 

Friday, November 21, 2014

Risiko Kencing Manis Yang Buat Anda Tak Senang Hidup

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!

Semalam saya sempat menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Antara topik yang menarik perhatian saya ialah kesan buruk terhadap penglihatan kepada pesakit kencing manis. Sebenarnya banyak sangat risiko kencing manis yang berbahaya pada tubuh.

Sejak saya mula membaca buku Say No To Diabetes hasil tulisan Patrick Holford, saya mahu mengetahui lebih lanjut tentang penyakit kencing manis sebab penyakit ini bukan lagi hanya penyakit tetapi ia satu penyakit yang semakin menular atau boleh dipanggil epidemic dieseas.

Apa yang lebih memeranjatkan saya, mengikut Doktor yang memberi penerangan tentang kesan penglihatan terhadap pesakit kencing manis, kini, sebanyak 3.5 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah kencing manis!!

Ini menjadikan Malaysia sebagai tempat PERTAMA di Asia Tenggara yang mempunyai pesakit kencing manis paling ramai dan tempat ke EMPAT di Asia!

Allahu akhbar...Terlalu ramai yang terseksa dengan penyakit ini sebenarnya.

Sebenarnya, terlalu banyak risiko atau kesan berbahaya jika penyakit kencing manis ini tidak diubati. Terlalu banyak dan ianya terlalu seksa untuk dihadapi.

Di sini saya kongsikan risiko dan kesan kencing manis terhadap kesihatan para pesakit kencing manis. 

We just have one short life and let make it to the fullest!




Kesan dan Risiko Kencing Manis


Paras gula dalam darah yang tidak terkawal untuk jangka masa yang panjang, boleh mengakibatkan kesan-kesan (komplikasi) akibat kencing manis (diabetes). Komplikasi ini terbahagi kepada dua iaitu kesan kepada salur darah yang besar (macrovascular) dan kesan kepada salur darah yang kecil (microvascular).

Kesan kepada salur darah yang besar (macrovascular complication) :

  • Serangan jantung
  • Halangan kepada laluan pembuluh salur darah (arteri) di kaki
  • Lumpuh (stroke) – samada sepenuhnya (tidak boleh berjalan, bercakap atau makan) atau lumpuh separuh badan


Kesan kepada salur darah yang kecil (microvascular complication):

  • Kegagalan fungsi buah pinggang. Jika kegagalan kedua-dua fungsi buah pinggang adalah sepenuhnya, pesakit tersebut memerlukan dialysis.
  • Mata yang kabur dan buta. Tiada jalan untuk sembuh daripada buta disebabkan oleh kencing manis (diabetes).
  • Saraf yang kurang rangsangan (terutamanya di bahagian hujung tangan dan kaki). Pesakit biasa akan merasa kebas pada hujung kaki dan tangan. Dia juga mungkin kurang deria rasa (sakit/ panas) pada kaki dan tangan. Oleh itu, mereka kadangkala tidak perasan dan tidak sedar jika terpijak benda tajam atau berdiri di atas permukaan yang terlalu panas. Ini akan menyebabkan mereka mendapat luka yang tidak disedari di tapak kaki.
  • Boleh juga mengakibatkan mati pucuk.





 
Kesan-kesan lain:

  • Jangkitan kulat pada kulit. Biasanya terjadi kepada mereka yang mempunyai resistant terhadap insulin dan orang yang obese.
  • Mudah mendapatkan apa jua jenis jangkitan termasuk jangkitan paru-paru.
  • Jangkitan dan ulcer pada kaki. Disebabkan saraf yang kurang rangsangan, mereka mudah mendapat luka di kaki. Jika paras gula sentiasa tinggi di dalam darah, luka sudah pasti sukar untuk sembuh. Luka yang tidak sembuh disertai dengan jangkitan dan paras gula yang tinggi, menyebabkan jangkitan mudah untuk merebak. Apabila jangkitan merebak ke tulang di bahagian kaki, ini akan menyebabkan kaki dipotong untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke bahagian lain dalam badan.

Jika kita lihat kesan-kesan ini semua adalah sangat teruk. Mata buta, lumpuh, kaki dipotong dan buah pinggang gagal berfungsi sehingga menyebabkan dialysis adalah perkara yang kita sama sekali tidak mahu terjadi kepada diri sendiri mahupun ahli keluarga yang lain. Oleh itu, bermula daripada sekarang, pilihlah untuk mencegah diabetes. Jika anda sudah pun mempunyai diabetes, pilihlah untuk mengawalnya dengan bijak. Buat pilihan yang bijak, pilih untuk sihat tanpa perlu ada komplikasi diabetes. 

Cegah sebelum parah!

sumber

Jika anda menghadapi kencing manis, lihat di SINI

Monday, November 17, 2014

Pesakit Diabetes atau Kencing Manis Boleh Sembuh Dengan Cepat Jika Ikut Cara Patrick Holford

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!

Saya sangat seronok apabila suami bersetuju untuk ke Pesta Buku Bad Wolf di Time Square Penang tahun lepas. Antara buku yang sempat saya grab ialah Say No To Diabates hasil tulisan Patrick Holford.
Buku yang hanya RM 8 ini adalah sangat priceless dari segi ilmu dan pengetahuan yang dikongsi dalam buku ini.




Apa yang menarik dalam buku tulisan Patrick Holford, beliau membantu pesakit diabetes untuk kembali normal tanpa menggunakan ubat-ubatan atau dadah!

Bermaksud, pesakit diabetes BOLEH SEMBUH sepenuhnya tanpa menggunakan ubat-ubatan.

Sudah beribu pesakit beliau telah berjaya sembuh sepenuhnya dari diabetes atau kencing manis tanpa pengambilan ubat!!

Sentiasa ada harapan baru untuk pesakit kencing manis!







Saya suka cara Patrick kerana ia selamat dan ia adalah langkah ke arah mendapat kesihatan yang lebih baik!

Apa yang penting Patrick mmebuat kajian dan membaca a lot of reseacrh paper yang berkaitan dengan kesihatan dan turn them into sesuatu yang praktikal.

InsyaAllah saya akan kupaskan topik diabetes pada entry yang akan datang.

Tak sabar rasanya nak bantu semua pesakit kencing manis di seleruh Malaysia ini.

Anda semua mampu sembuh!

Friday, June 27, 2014

Harga Vivix Shaklee Yang Berbaloi Untuk Ubati Kencing Manis Cepat

Penyakit kencing manis boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tak kira lelaki atau perempuan . Tak kira badan gemuk atau kurus.

Antara produk Shaklee yang boleh membantu untuk kurangkan kadar kencing manis ialah Vivix Shaklee.





\

Di sini saya sertakan beberapa testimonial Vivix yang digunakan untuk ubati kencing manis








Jika ahli keluarga anda menghidapi kencing manis, marilah cuba Vivix. InsyaAllah ia akan membantu.