Thursday, December 11, 2014

Bahaya Ubat Diabetes/Kencing Manis dan Darah Tinggi

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia.
Pengambilan ubat diabetes dan darah tinggi untuk tempoh terlalu lama boleh menyebabkan risiko yang lain. 
Hari ini saya nak kongsikan pengalaman seorang blogger Cikgu Hairul tentang bapa saudara yang menghadapi kencing manis dan kesan pengambilan ubat terhadap tubuh bapa saudaranya. Cerita ini boleh diambil sebagai pengajaran.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Penyakit paling ditakuti abad ini ialah penyakit tiga serangkai. Darah tinggi, diabetes dan sakit jantung. Semua penyakit tu datang dari Allah asbab cara hidup kita. Seringkali di usia muda, kita tidak terlalu mengambil berat tentang kesihatan. Bila umur mencecah 30-an pelbagai penyakit mula menjenguk.
Saya bukan nak jual insurans. Ayat mukadimah macam orang nak jual insurans je kan.. hehehe. Dah banyak kali terdengar ceramah percuma dari ejen insuran guna ayat macam tu. Tapi jangan risau. Saya tak jual insurans, cuma nak cerita apa yang salah seorang ahli keluarga saya alami.
Hujung minggu lepas saya melawat pak sedara yang dikatakan sakit. Memang sebelum ni dia dah berulang alik masuk hospital akibat kencing manis dan darah tinggi. Nasib baik sakit jantung tak ada. Jadi khabar berita sedih dan lain macam sakitnya kali ni membuatkan kami sekeluarga datang ziarah.
Keadaannya sangat menyedihkan kami. Seluruh badannya bengkak. Bila bercakap sepatah dua, mula tercungap-cungap kepenatan. Mengikut ceritanya dia jadi macam tu sebab kedua-dua ginjalnya telah rosak dan tidak dapat mencuci darah. Badannya yang bengkak adalah akibat dari bahan yang dimakan tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna. Manakala bila cakap cepat penat tu sebabnya dia betul-betul mengawal pemakanan sehingga tidak mengambil sedikit pun nasi dan manisan. Takut diabetisnya menyerang katanya. Akibatnya badannya tak ada tenaga.
Paling menyedihkan, dia juga hilang kenikmatan tidur. Baring pun tak boleh, menyandar pun tak selesa. Senang cerita duduk, baring dan berdiri akan mengakibatkan dia penat. Kadang-kadang tu pengsan tiba-tiba. Apa pun tak boleh.
Setelah dia cerita satu persatu, penyakit ini bermula lama dulu dah. Diabetis dan darah tingginya dikesan seawal umur 40-an. Sejak itu, ubat yang doktor bekalkan diambil secara tetap tanpa gagal. Bila masuk usia pencen, ginjal mula mengalami kerosakkan teruk. Saluran kencing juga tersumbat. Kebergantungan kepada ubat kencing manis dan darah tinggi memberi kesan besar dalam kehidupannya.
Sekarang, dia hanya menunggu pembedahan untuk pemasangan alat yang membolehkan dia mencuci darahnya setiap minggu. Walau bagaimanapun, hospital kerajaan memerlukan masa yang lama untuk menunggu. Sedangkan darah dalam badannya perlu dicuci untuk mengelakkan bengkak badannya menjadi semakin parah. Hospital swasta juga tidak berani menjalankan pembedahan berisiko tersebut. Kami dalam kebuntuan….

Insaf.

Sebagai anak sedara, tiada daya usaha yang mampu saya lakukan kecuali berdoa semoga pakcik selamat dan dikurniakan ketabahan. Di samping itu perkara ini perlu dijadikan pengajaran supaya menjaga kesihatan sebaik-baiknya agar tragedi seperti ini tidak menimpa kita satu hari nanti.
Mungkin anda ada cerita di sebalik penggunaan ubat diabetis dan darah tinggi yang boleh dikongsikan bersama. Saya bukanlah pakar dalam membuat analisa penggunaan sesuatu ubat-ubatan. Tetapi berdasarkan kepada pemerhatian dua-tiga orang yang pernah saya dengar ceritanya, itulah yang diperkatakan.

Perhatian kepada penghidap diabetes

Untuk nasihat yang lebih profesional berdasarkan ilmu, jumpalah doktor pakar. Saya cuma kongsikan akibat penggunaan ubat diabetis dan darah tinggi berdasarkan pengalaman orang-orang terdekat dengan saya. Bukan kongsi berdasarkan kepada ilmu perubatan.
.......................................................................................................................................................
Betul ubat sangat diperlukan untuk merawat kesakitan namun ubat bukanlah jalan terbaik untuk mencegah

penyakit diabetes ini. 

No comments:

Post a Comment