Showing posts with label Tips Susu Banyak. Show all posts
Showing posts with label Tips Susu Banyak. Show all posts

Saturday, December 20, 2014

Kisah Ibu Menyusu Tak Cukup Susu. Apa Yang Beliau Buat Sehingga Mampu Kumpul Stok Susu?

Assalamualaikum WBT dan salam senatero dunia.

Sejak kebelakangan ini, ramai ibu-ibu menyusu hubungi saya mengatakan masalah mereka tentang susu badan makin kurang.

Saya juga dahulu begitu. Waktu first time bersalinkan Iman Haikal, saya rasakan susu amat sedikit sehingga saya mula nak campur formula.




Sebenarnya waktu di awal-awal kelahiran perut bayi hanyalah sebesar guli dan cukup sebulan perut bayi hanya sebesar sebiji telur. Jadi, ibu-ibu jangan risau. Berikan susu ikut demand. Jika bayi kerap menangis mungkin bukan kerana susu ibu sikit atau susu tak cukup. Mungkin ada sebab lain.

Namun, jika ibu merasa cik B tidak penuh dan susu tidak memancut jika ibu memicit puting susu, mungkin penghasilan susu ibu kurang memberansangkan.

Di sini saya kongsikan kisah seorang ibu yang mempunyai masalah penyususan dan bagaimana beliau selesaikan masalah beliau.


  

Tips lagi untuk ibu nak tingkatkan penghasilan susu ibu


1. Yakinkan diri ibu boleh menyusukan anak. Kalau ibu sendiri tak yakin, memang tidak kemana! 
Ibu boleh praktikkan skin to skin contact! 
5. Minta sokongan suami! Insya Allah. Kalau ibu rasa letih, minta si dia picit-picit belakang bahu ibu. Insya Allah. Bila ibu tenang dan tidak stress susu mudah terhasil. Banyakkan berehat ya! 



2. Konsep asas penyusuan MORE DEMAND MORE SUPPLY. Kerapkan mengosongkan breast. Kosongkan breast. Kosongkan breast! Nanti otak akan beri signal supaya susu dihasilkan sebab breast kosong. Konsep asas ini WAJIB dipatuhi jika ibu ingin menyusukan anak.
Tempoh ideal kekerapan 8-12 kali. Itu yang diukur. Tetapi secara praktikal ibu tidak perlu pun mengukur masa. Anak nak susu bagi. Kalau taknak menyusu tu check semula pampers, perut, urut-urut anak.
Sembilan bulan dalam perut, sunyi sepi. Dengar jantung ibu sebagai halwa telinga, tiba-tiba bayi dah lahir memang la terkejut sebab dengar macam-macam bunyi. Bagi masa pada bayi.

3. Ibu, anak yang baru lahir atau umur lebih kurang sebulan, tidak perlu susu beroz-oz. Berliter-liter! Susu ibu cukup untuk keperluan anak kita. Perut pun baru sebesar sebiji guli. Ok?

4. Pastikan cara penyusuan yang betul. Kalau puting tu dah crack atau luka, masa inilah ibu mudah berputus asa sebab tak sanggup nak menghadapi ZAMAN KELUKAAN gituww!

5. Ibu jangan lupa banyakkan minum air kosong ye. Kalau boleh 3 Liter sehari supaya ibu kekal terhidrat.

Jika ibu mahu mencuba set penyusuan Shaklee dan tip-tip penyusuan, boleh baca di sini.



Inginkan konsultasi secara percuma tentang penyusuan. Saya sedia membantu anda!

Jangan malu, jangan segan.. Whatsapp saya di 012-6891597 (Daya)

Monday, April 22, 2013

Tips Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu


Semangatttttt!!!
Alhamdulilah!!
:)
Itu lah yang saya jerit dalam hati bila dapat susukan baby Najla dengan susu ibu yang mengalir dari dalam tubuh ini. Setiap hari, saya berdoa moga Allah murahkan rezeki baby Najla untuk dapat susu terbaik dari ibunya.
Jom, hari ni nak kongsikan tips tingkatkan susu ibu dari blog Puan Yati
Moga beri manfaat :)
*****************************************************************

~Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa.
~ Periksa jika pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yang membuatkan susu semakin kurang.

~ Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buathyperstimulation atau power-pumping dengan menggunakan pam yang ada double-pumping.

~ Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri.

~ Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi.

~ Bagi bayi yang belum memulakan solid food elakkan suplemen seperti air masak, formula dan jus buah untuk pastikan anak terus menyusu susu badan.

~ Banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan.

~ Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan. Bayi yang kenyang akan kurang minum susu.

~ Banyakkan minum air masak ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup bagi si ibu.

~ Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama.

~ Perbanyakkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok.

~ Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang. Jimatkan masa dengan menggunakan hands-free.

~ Elakkan penggunaan botol susu ketika anda berada bersama bayi. Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.

~ Elakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit.

~ Langkah terakhir ambil galactagogues. Elakkan daripada mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium

**********************************************************************

Moga semua ibu-ibu lebih peka untuk buat check list ni dalam usaha untuk tingkatkan susu. yang penting SEMANGATTTT!!!

Puan Daya @ Ibu Iman,
012-6891597
hidayazakaria@yahoo.com
FB: Norhidaya Zakaria
Fan Page: Sihat Itu Nikmat