Showing posts with label Kurangkan Kolestrol. Show all posts
Showing posts with label Kurangkan Kolestrol. Show all posts

Monday, October 24, 2016

Kurangkan Kolestrol Dengan Aloe Vera dan Arctic Sea Supaya Tidak Diserang Sakit Jantung

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia.

Dalam tahun ini, saya telah menerima 2 berita kematian disebabkan serangan jatung. 

Tahukah anda penyakit serangan jantung dan strok secara tiba-tiba kerap kali terjadi di kalangan orang lelaki. Ini berpunca dari kolestrol yang tinggi dalam salur darah.  






Kolestrol Baik dan Kolestrol Jahat


Kolestrol terbahagi kepada dua iaitu kolestrol baik HDL dan kolestrol jahat LDL.  Kolestrol jahat yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat manakala kolestrol baik HDL akan membawa pembuluh darah untuk di bawa ke hati dan seterusnya dikeluarkan dari tubuh. 

3 Cara Untuk Mengurangkan Kolestrol Dengan Cepat Secara Semulajadi

1. Sterol Tumbuhan

Sterol tumbuhan yang turut dikenali dengan phytosterol atau stanol adalah sebatian yang ada dalam tumbuhan dan dapat merendahkan kolestrol dengan cepat. Pengambilan tumbuhan yang mempunyai sterol dapat menurunkan kolestrol sebanyak 10-15 %. 

Gambar di bawah menunjukkan bagaimana tumbuhan yang mempunyai strerol membantu untuk mengurangkan penyerapan kolestrol ke dalam salur darah.Tumbuhan yang mempunyai sterol secara aktif akan menghalang kolstrol dari diserap ke dalam salur darah dan hapuskannya dari tubuh badan.




2. Oat
Oat bijirin yang mengandungi serat larut iaitu beta glukan yang terbukti merendahkan tahap kolestrol mereka yang mengamalkannya. 





3. Minyak ikan

Minyak ikan mmepunyai asid lemak Omega 3. Ia berfungsi untuk mengekalkan paras kolestrol baik dalam pembuluh darah dan menyahkan kolestrol jahat ke hati untuk disingkirkan. Secara tidak langsung ia melakukan pembersihan salur darah dari plak yang terkumpul.


Kurangkan Kolestrol Dengan Cepat Menggunakan Produk Forever Living

Produk Forever Living juga boleh membantu mengurangkan kolestrol dengan cepat. Lagi bagus ia menggunakan bahan semulajadi.

1. Aloe vera gel.
Aloe vera gel merupakan tumbuhan yang mempunyai sterol secara semulajadi. Kewujudan sterol di dalam aloe vera ini membantu untuk menurunkan paras kolestrol jahat dalam darah.

2. Artic sea
Artic sea merupakan gabungan minyak ikan dan minyak zaitun yang mmepunyai omega 3 dan omega 9. Gabungan 2 asid lemak ini membantu untuk menghapuskan kolestrol dengan lebih pantas. 

3. Garlic Thyme
Bawang putih tanpa bau ini membantu untuk mengawal tekanan darah supaya ia menjadi normal. 


Jika anda mempuyai paras kolestrol yang tinggi, jangan tunggu lagi. Hapuskan segera. 

Jangan biarkan strok dan serangan jantung mengganggu anda.

Whatsapp Daya ke 012-6891597

Wednesday, August 8, 2012

Petua Kurangkan Kolestrol di Hari Raya Dengan Lecithin dan Omega

Hari raya hampir tiba tidak lama lagi. Memang tidak dapat dinafikan, hidangan lazat seperti lemang, ketupat, rendang, kuah kacang, soto, sate,lontong, laksa, kuih muih memang susah nak tolak. Orang cakap, setahun sekali :) Namun, ramai yang dek terlalu ikutkan nafsu, makan secara berlebihan di hari raya. Lebih bahaya, makanan yang disantap itu kebanyakkannya adalah yang berlemak dan berminyak!!!



Saya pun tidak ketinggalan. Memang suka sangat masakan Melayu lama seperti rendang Palembang dan lontong berlemak masakan ibu. Ish..Tak mampu rasanya nak tolak makanan seperti itu di musim raya...Makanan kegemaran katanya :) Tapi memikirkan lemak dan minyak yang ada dalam makanan tersebut, rasa takut nak makan kan...ye lah nanti kolestrol naik, berat pun naik!! Macam mana tu....

Jangan risau. Anda semua boleh menikmati juadah hari raya dengan tenang kerana saya kongsikan bagaimana produk Shaklee boleh membantu untuk mengatasi masalah itu..

1) Lecithin atau Omega
Lecithin dikenali sebagai pengelmusi lemak semulajadi.  Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, ia membantu untuk mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubun.Ini kerana lecithin boleh membantu lemak bertukar menjadi bentuk cecair (emulsify). Secara tidak lansung, ia menghalang lemak-lemak melekat pada salur-salur darah dan membuatkan salur darah ini tersumbat. Lecithin sangat bermanfaat dalam membantu fungsi kardiovaskular dalam badan. Kandungan kolina dalam lecithin berupaya memecahkan kolesterol dan bermanfaat dalam sistem neuron di dalam badan. Disebabkan fungsi lecithin sebagai pembakar lemak, ia membantu untuk menghalang tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis dan menggalakkan peredaran darah

Omega Guard mengandungi EPA, DHA dan ALA. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis dan melicinkan saluran darah. Ia sangat efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal. Selain itu ia boleh merendahkan kolestrol dan menghindar pembekuan darah dalam badan dan membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL. 





2. Herblax/Alfalfa

HerbLax/Alfalfa berfungsi sebagai agen detox untuk membuang segala lemak, toksin dan lendir yang melekat di dinding usus. Ia dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Ia juga dapat mengatasi masalah sembelit yang sering dihadapi bagi sesetengah orang setiap kali musim perayaan. HerbLax tidak digalakkan diambil oleh ibu yang menyusukan anak.




Jadi anda tak perlu risau!! 

Jadikan Lecithin/Omega/HerbLax/Alfalfa teman baik anda ketika beraya nanti.

Yang mana produk sesuai untuk anda dan budget anda?Boleh hubungi saya di 012 6891597 atau hidayazakaria@yahoo.com untuk maklumat lanjut.


Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Friday, May 11, 2012

Lecithin Bantu Kembali Kurus (Testimoni)

Jom ikuti kisah Puan Hasmah yang berjaya mengurangkan berat badan beliau dengan mengamalkan lecithin dan alfalfa.
************************************************************************************************************

Salam..
Sebelum saya mula berkongsi mari tengok gambar ni dulu ye..


 Ini lah saya sebelum dan selepas (sekaranglah tu)..
 Saya mula sedar yang badan naik sejak anak ke 2 saya berumur 6bln..selera makan membuak2..dan badan juga bagai dipam2..lagilah saya ni menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya tak boleh nak diet beria2..jadi saya bedal je apa makanan yang terlintas difikiran ni nak makan..yang sangat sedihnya bila seluar Jeans saya yang saiz 34 tu dah tak muat lagi..huhu...

Jadi saya mula berazam nak muatkan semula seluar Jeans yang saiz 34 tu..sebab saya sayangkan seluar tu..dan tambah lagi saya sayangkan badan saya yang slim masa anak dara dulu..ceh..slim ke..haha..

Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul2 dietnya dari bulan 6 2011 ni lah..

1) Saya kurangkan makan Nasi. Mula2 makan dalam jumlah yang sedikit..ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bln macam tu lah..memang susah nak biasakan tapi lama2 saya jadi terbiasa..
2) Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau..
3) Saya kurangkan fastfood. (No KFC, No Pizza)
4) Saya bersenam dalam rumah je..senaman ape yang saya buat ye..saya skipping dan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek2 kat pinggang tu lah.. ;) memang berpeluh..mula2 saya digelakkan oleh anak2 dan suami..huhu..
5) Saya mula AEROBIC kat Tmn Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah..baru mula 2 bln..saya ambil program "Shape Your Body"..buat ape dengan program ni..sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemok dengan beraerobic..memang terbaekkk..
6) Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti meehoon sup..mula2 memang tak seleralah nak makan tapi "alah bisa tegar biasa"..
7) Saya banyakkan minum AIR MASAK..sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita..
8) Saya KAWAL NAFSU MAKAN saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api..haha..maklumlah saya orang N9..
9) Saya menjalani PROSES DETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE..sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyikiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam2 terima jenis makanan..
10) Saya ISTIQAMAH makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya..dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29..macam tak caye je..tapi kene percaya... ;)

Memang lambat untuk saya daptkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga..tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan2 je..berat saya masa pakai baju oren kat atas tu lebih kurang 74kg..BMI terlebih berat badan..saya cuma nak dapatkan berat ideal je..dan sekarang berat saya lebih kurang 60kg..BMI berat normal..tinggi tak lah tinggi mane pun 159cm..rasanya dah cukup kot berat takat ni..xmo kurus lagilah sebab banyak baju lama dah tak boleh pakai kene kecikkan..huhu..

SABAR adalah kunci utama untuk DIET ni..sebab badan nak ambil masa sehari untuk gemok dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus...biar lambat asalkan selamat..jom saya sharekan info produk Shaklee yang boleh anda pilih untuk DIET..Ianya cuma saranan..terpulang pada anda dan juga bajet ye..tiada paksaan..sebab kalau tengok 10 perkara yang saya buat 2 je bantuan dari Supplement..yang 8 lagi silalah baca..hehe..

************************************************************************************************************
Betul cakap Puan Hasmah, nak kuruskan badan perlu bersabar dan bertekad.

Berminat untuk cuba Set Kurus?? Cepat hubungi saya segera!!

*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!



Thursday, May 10, 2012

Apa itu Lecithin?

Assalamualaikum wrt wbt,

Seorang junior saya pernah membeli produk soy lecithin untuk projek Final Year beliau. Katanya, fungsi lecithin adalah sebagai pengikat molekul air dan minyak supaya ia boleh terikat bersama. Umum semua tahu bahawa, air dan minyak tidak boleh bercampur. 
Namun, setelah mengenali Shaklee, saya agak terkejut kerana salah satu produk yang Shaklee ada adalah Lecithin. Eh, ni,macam lecithin untuk kegunaan makmal je, fikir saya. Boleh makan ke Lecithin ni? Saya faham masih ramai lagi di luar sana yang tidak tahu fungsi lecithin untuk tubuh kita? 
Jom kita berkenalan dengan lecithin.
                                      


Lecithin adalah pengemulsi lemak (reduce from an oily substance to milky fluid). Dalam badan kita, lecithin hadir dalam hempedu yang dihasilkan dalam hati dan disimpan dalam gall bladder untuk membantu penghadaman. Lemak akan diserap oleh usus kecil. Lecithin ni mengekalkan asid lemak dari bercampur dengan molekul organik yg lain dalam hempedu.

Selain itu, lecithin ni dapat membakar lemak. Lemak yang dimakan akan masuk ke dalam hati dan dicernakan untuk dijadikan sebagai sumber tenaga untuk badan. Jika lemak ini tidak dipecahkan secara sempurna, lemak ini akan berkumpul dan akan jadi radikal bebas yg akan memusnahkan sel-sel hati. Kehadiran lecithin membantu lemak-lemak tadi dipecahkan dengan sempurna. (proses fat metabolism di dalam hati). Secara tidak lansung, dengan pengambilan lecithin, ia boleh membuang lemak di dalam badan.

Lecithin juga membantu lemak bertukar menjadi bentuk cecair (emulsify). Jadi, ia menghalang lemak-lemak ini melekat pada salur-salur darah dan membuatkan salur darah ini tersumbat. Jadi, lecithin sangat bermanfaat dalam membantu fungsi2 kardiovaskular dalam badan.

Apa yang menarik lagi? Kandungan phosphatidyl choline (kolina) dalam lecithin berupaya memecahkan kolesterol dan bermanfaat dalam sistem neuron di dalam badan. Namun, badan tidak menghasilkan kolina ini. Badan mendapat sumber kolina dari pemakanan yang kita ambil setiap hari. 

Antara kebaikan kolina adalah ia boleh meningkatkan kesihatan otak, hati, sistem kardivaskular dan sistem pembiakan.

Nak cuba Lecithin? Ia sangat berbaloi!!!




Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!

Wednesday, May 9, 2012

Kolestrol Pembunuh Dalam Diam

Dalam setahun mungkin beberapa kali kita akan bertemu dengan juadah ini namun hanya hari raya sahaja yang kita dapati meriah sekali.
                            

Dalam kita seronok menjamah juadah raya, adakah kita prihatin dengan apa yang kita makan? Masih ingat lagi 14 tahun dahulu, arwah abah saya di serang strok pada malam raya yang kedua. Beliau mempunyai masalah darah tinggi secara kebetulan sehari sebelum raya arwah sangat suka makan satay. Rupa-rupanya dalam diam kadar kolestrolnya meningkat dan menyebabkan tekanan darah meningkat seterusnya merosakkan saraf dalam otaknya maka arwah paralyse selama 2 minggu sebelum terus meninggalkan kami 8 beranak buat selama-lamanya.



Kisah ini menjadikan iktibar buat saya dan suami. Bila nak makan rendang, lemang atau pulut, kami tak berani nak makan banyak sebab tahu kesannya ke atas kolestrol dan jantung. Makan berpada-pada. Sejak awal perkahwinan, keluarga mertua akan pastikan vitamin utama untuk mengurangkan kolestrol wajib ada untuk menampung seluruh keluarga.Kami akan makan vitamin tersebut dan fokus pada kolestrol terutama musim perayaan yang banyak dengan jemputan rumah terbuka.


                    

 Tanpa kita sedari ada sesetengah juadah boleh menyebabkan kandungan lemak jahat dalam salur darah makin meningkat. Apakah vitamin yang sekurang-kurangnya ada demi mengawal kandungan kolestrol dalam darah terutama dalam mengawal kolestrol jahat iaitu LDL.


                

                         Atau jika anda berkemampuan lebih berkemampuan


                           




Secara ringkasnya kepentingan vitamin yang dinyatakan ialah :



Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.

Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).  Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
GLA Complex ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.

Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.Menguatkan imuniti tubuh.Memperlahankan proses penuaan.



Kredit: Blog Kak N

Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


  • Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!