Showing posts with label Kesuburan (Fertility). Show all posts
Showing posts with label Kesuburan (Fertility). Show all posts

Thursday, May 24, 2012

Fungsi Zink Untuk Kesuburan Lelaki

Setelah mendalami ilmu nutrisi dan setelah banyak membaca tentang vitamin dan mineral, saya boleh katakan lelaki tidak boleh hidup tanpa zinc. Zinc yang saya maksudkan di sini, bukalah "atap zink" kat rumah tu, bukan "zinger" burger KFC atau seangkatan dengannya. Tidak sama sekali. ;). Hehe ;)


Zinc yang dimaksudkan adalah unsur surih iaitu "Zink" dalam bahasa Melayu dan "Zinc" dalam Bahasa Inggeris.


Zink merupakan sejenis unsur dalam Jadual Berkala. Ia biasanya dirujuk sebagai logam peralihan. Sebenarnya, badan manusia hanya memerlukan sejumlah kecil Zink untuk mendapatkan kesihatan yang optimum. Antara peranan Zink dalam tubuh kita ialah membantu dalam meningkatkan sistem imun dan mencegah dari jangkitan di sistem pernafasan. Malah, zink juga digunakan dalam rawatan malaria dan penyakit lain yang disebabkan oleh parasit. Pengambilan juga mampu untuk mempercepatkan proses pemulihan luka.


Mengapa saya katakan lelaki tidak boleh hidup tanpa Zink?

Lelaki dan Zink
Salah satu fungsi zink yang paling penting dalam badan lelaki ialah ia membantu dalam meningkatkan kualiti sperma. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai tahap zink yang rendah dalam badan, mempunyai sperma yang kurang kualiti, manakala lelaki yang mengambil suplemen zink, mempunyai sperma yang berkualiti dan subur.

Kesihatan Prostat
Satu lagi peranan penting zink di dalam badan adalah bahawa ia membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat dan membantu mengurangkan potensi mendapat kanser prostat dan pembesaran prostat.

Tahap Testosteron
Bekalan zink dalam badan juga membantu dalam peningkatan paras testosteron dalam badan yang penting untuk kehidupan seksual yang baik. Faedah lain zink termasuk mengelakkan rambut gugur, mengurangkan kemandulan dan mencegah mati pucuk. Tahukan anda, pengambilan zink juga membantu menghalang pertumbuhan hormon wanita dalam badan lelaki dan secara lansung merencatkan pertumbuhan buah dada pada lelaki.

Tips Pengambilan Zinc Complex
 1) Digalakkan mengambil Vitamin A seiring dengan Zinc
2) Zink menjadi lebih efektif dengan kawan-kawan nya iaitu Vitamin A, Fosforus dan Kalsium
3)Zinc dan Iron tidak digalakkan untuk diambil serentak.

Lelaki di luar sana, jom jadikan Zinc Complex sahabat anda. Ingin mencuba??


*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!

Vitamin dan Mineral Untuk Kesuburan

Sejak kebelakangan ini ramai yang bertanyakan saya tentang produk Shaklee untuk kesuburan atau untuk hamil. Aha, ramai yang inginkan anak kedua selepas tengok anak pertama sudah besar. Saya juga begitu. Iman dah setahun tujuh bulan. Apa salahnya kan, kalau Iman dah nak dapat adik ;).Huhu.

Mengikut pengetahuan saya, kesuburan seseorang lelaki dan wanita sangat mempengaruhi potensi setiap pasangan untuk mendapatkan anak. Namun, ada juga yang sudah mendapatkan rawatan doktor-doktor pakar dan sudah dikatakan subur dan normal, namun susah untuk si isteri mengandung. Mengapa?

Sebagai seorang Muslim kita perlu yakin dan percaya kepada ketentuan Allah. Seperti mana jodoh, rezeki dan kematian, mendapat cahaya mata juga merupakan satu ketetapan. Tidak dapat dinafi, ramai pasangan diluar sana yang sudah lama mendirikan rumah tangga, namun masih belum mendapat cahaya mata. Ada juga yang inginkan anak yang kedua, ketiga dan seterusnya, namun belum sampai rezeki. Bagi saya, apa yang penting, jangan berputus asa. Dalam hidup kita ini, jangan sekali-kali kita berputus asa. Kita perlu berusaha dan terus berusaha serta berdoa. Itu semua ujian dari Allah. Jom kita terus berusaha ;)

Jom saya kongsikan serba sedikit tentang makanan tambahan yang dapat membantu meningkatkan kesihatan suami dam isteri dalam masa yang sama meningkatkan kesuburan. InsyaAllah.

Vitamin Asas Untuk Semua

Energizing Soy Protein- Fungsi utama protein untuk membaiki sel-sel dalam badan dan menggantikan sel-sel yang rosak. Apabila sel kita sihat, ia memudahkan penyerapan nutrien. Selain itu ia akan memudahkan proses berkaitan pensenyawaan dan perlekatan telur.

Vita-Lea (Multivitamin dan Multimineral)-Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Vita-Lea membantu untuk proses pertumbuhan dan keupayaan reproduktif. Selain itu ia berfungsi sebagai nutrient kepada sel-sel. Bila sel-sel badan sihat, ia akan mengoptimumkan kesihatan seseorang.

 Vitamin C- Dalam buku "Nature's Vitamin and Minerals oleh John Heinerman, vitamin C dikatakan sangat membantu dalam meningkatkan "kelakian" seseorang lelaki. Mengikut kajian yang dilakukan, 35 pesakit lelaki yang tidak dapat mengandungkan isteri mereka mempunyai paras asid askorbik (Vitamin C) yang rendah iaitu 0.2 mg per dL darah. Paras yang normal adalah, 0.6-0.8 mg per dL darah. Untuk lelaki (terutama yang merokok), anda perlu mengambil 1000-3000 mg vitamin C setiap hari untuk mendapatkan anak. Kekurangan Vitamin C juga dikatakan boleh merosakkan DNA dalam sperma dan menyebabkan masalah genetik.

B-Complex- membantu memberi tenaga dan ketenagan kepada suami isteri. Ia juga dapat mengurangkan stress. Antara vitamin B yang membantu dalam kesuburan ialah Vitamin B12. Vitamin B12 dapat membantu untuk meningkatkan kualiti dan pengeluaran sperma. Vitamin B6  pula membantu untuk meningkatkan kesuburan wanita. Jika salah seorang dari suami atau isteri dikatakan kurang subur, beliau harus bermula dengan vitamin B tambahan. Jika anda tidak pasti, atau kedua-dua pasangan kurang subur, kedua-duanya harus bermula dengan B Complex.

Vitamin Kesuburan Lelaki

Vitamin E dan Selenium-Terkenal sebagai vitamin untuk hubungan seks. Ini kerana ia membantu meningkatkan kelakian (virility) dan menyuburkan reproduksi lelaki dan wanita. Ia sangat membantu untuk membangkitkan perasaan cinta suami isteri. Vitamin E Shaklee sungguh istimewa kerana ia datang bersama selenium. Kaum lelaki amat memerlukan selenium kerana ia meningkatkan kesuburan dengan meningkatkan penghasilan sperma dan pergerakan sperma.

Zink Complex-Zink antara mineral yang paling diperlukan oleh kaum lelaki. Zink adalah nutrien yang paling banyak dikaji dari segi kesuburan bagi kedua-dua lelaki dan wanita. Ia adalah merupakan komponen penting dalam bahan genetik. Kekurangan zink boleh menyebabkan perubahan kromosom, mengurangkan kepada kesuburan dan meningkatkan risiko keguguran. Zink adalah perlu untuk badan kita untuk mengekalkan hormon reproduktif, estrogen dan progesteron. Zink didapati dalam kepekatan yang tinggi di dalam sperma. Ia diperlukan untuk membuat lapisan luar dan ekor sperma. Oleh itu, ia penting untuk kesihatan sperma. Beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa mengurangkan zink dalam diet seorang lelaki juga akan mengurangkan jumlah sperma.

Calsium (OsteMatrix)-Satu kajian yang disiarkan dalam isu 2010 November "Jurnal Nasional Andrologi," jurnal perubatan di China, menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan kalsium dapat meningkatkan pergerakan sperma, halaju garis lurus sperma serta kepadatan sperma. Hal ini membantu meningkatkan potensi untuk sel telur ditembusi oleh sperma yang enegertik.

GLA Complex-GLA Complex mengandungi asid lemak yang membantu untuk meningkat kesuburan wanita. Perlu diambil untuk wanita sahaja. Selain, itu ia juga dikatakan membantu untuk memelihara kesihatan wanita sepanjang kitaran haid setiap bulan. Asid Linolenik Gamma juga tmembantu wanita menghasilkan "cervical mucus" yang berkualiti.

Alfalfa Complex-Alfalfa Complex sering diambil oleh wanita kerana ia membantu untuk mengurangkan keputihan. Ia juga turut membantu dalam hubungan suami isteri. Bagi wanita yang sering rasa sakit ketika bersama, pengambilan Alfalfa Complex dikatakan mampu mengatasi masalah tersebut.

Perhatian: Semua vitamin yang dianjurkan untuk diambil tidak menjamin 100 % bahawa anda akan hamil. Banyak faktor yang mempengaruhi kehamilan. 

Jika anda ingin mencuba produk-produk di atas yang bertujuan untuk kehamilan, saya sangat menggalakkan anda untuk menghantar emel kepada saya di hidayazakaria@yahoo.com. Ini memudahkan saya untuk mengetahui tahap kesihatan anda suami isteri. Saya bukan ahli perubatan ya, cuma mahu berkongsi ilmu yang saya tahu dan berkongsi kehebatan vitamin semulajadi ini. InsyaAllah, kita berusaha, Allah jugalah yang menentukannya.


*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!

Wednesday, May 23, 2012

Tips Cepat Hamil Dengan GLA Complex Shaklee

Menimang cahaya mata memang menjadi impian semua pasangan yang sudah berkahwin. Anak-anak yang bakal dilahirkan, insyaAllah akan menjadi pewaris keluarga. Tidak dapat dinafi, bukan semua pasangan berjaya mendapatkan anak pada tahun pertama berkahwin. Ada yang menunggu sehingga 10 tahun dan lebih. Namun kita sebagai manusia perlulah berusaha. Contohnya, pergi jumpa Doktor dan periksa tahap kesuburan suami isteri dan banyakkan berdoa.


Antara produk Shaklee yang boleh membantu meningkatkan kesuburan wanita ialah GLA Complex. Bagaimana GLA Complex membantu kehamilan? Jom saya kongsikan.



 GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.


Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA(gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.


Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^
Jadi, puan-puan yang masih belum dikurniakan rezekia anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan dan kering, itu petanda yang kurang baik kerana ia boleh menghalang persenyawaan.
Jadi, penting untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.
Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur :P.


Betul, anak itu rezeki. Tapi sudah sunnatullah, kalau nak sesuatu tu, kita perlu berusaha...Nak cuba...Hubungi saya segera.
Kredit: Blog MommyLyna



*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya dihidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA