Showing posts with label Kesuburan Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Kesuburan Lelaki. Show all posts

Sunday, November 9, 2014

Kesan Soya Terhadap Kesuburan Lelaki

Assalamulaikum WBT dan Salam Seantero Dunia,

Ramai orang lelaki takut nak makan soya kerana beranggapan soya boleh menurunkan kesuburan mereka. Namun disebalik benarkah. Teruskan membaca untuk penerangan tentang isu ini.

Soya dan hormon estrogen

Kacang soya adalah sumber protein dan sumber bagi hormone kesuburan wanita,estrogen. Namun begitu hormone wanita yang terhasil adalah sumber tumbuhan (plant-derived) yang dinamakan phytoestrogen dan ianya di’subclass’kan sebagai isoflavones.




Isoflavone juga mempunyai beberapa jenis yang mempunyai kesan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun kesan phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dangan kesan hormone estrogen yang sebenar. Ia juga kadang kala memberikan kesan antiestrogen yang membantu gejala menopause dan menghentikan pertumbuhan pertumbuhan sel-sel kanser.

Adakah soya memberikan kesan kepada kesuburan ?
Tidak ada banyak kajian mengenai ini. Namun ada yang berpendapat bahawa di negara pengeluar soya pun di mana pengambilan soya dalam diet pemakanan amat banyak sekali, kadar kelahiran tidak berkurang berbanding negara lain yang tidak mengamalkan pemakanan soya.Dalam erti kata yang lain, tiada kajian yang sah menunjukkan soya memberikan kesan kemandulan.
Namun ada beberapa kajian yang cuba mengaitkan pengambilan soya dalam pemakanan akan mengurangkan kesuburan wanita. Kajian yang diterbitkan oleh  American Journal of Clinical Nutrition, menyebut  pengambilan soya yang tinggi akan memanjangkan kitar haid , mengurangkan FSH dan mengurangkan LH.
Namun begitu kita harus faham bahawa kandungan soya yang terlalu tinggi sebegitu, mustahil diamalkan oleh kita.
Kajian oleh American Family Physician dalam majalah rasminya memberitahu bahaya pengambilan soya dalam makanan tidak seharusnya dianggap punca utama kemandulan bagi wanita. Ini adalah kerana kemandulan mempunyai pelbagai sebab dan pengambilan soya hanyalah faktor kecil yang menyebabkan kemanduan itu.
Kajian di American Journal of Clinical Nutrition menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan, malah tidak menjejaskan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak.

Bagaimana isu ini bermula?

Satu kajian yang agak kontroversi telah dijalankan oleh Dr Jorge Chavarro dan rakan-rakannya dari Harvard School of Public Health, Brigham dan Women’s Hospital, Massachusetts General Hospital, dan Harvard Medical School. Ianya diterbitkan dalam Journal Human Reproduction.
Kajian ini merupakan kajian cross-sectional, di mana ia cuba mengaitkan masalah kesuburan pada lelaki (bilangan sperma yg rendah) dengan pengambilan soya dalam diet.
Mereka telah melakukan kajian ini sepanjang tahun 2000-2006 di sebuah klinik kesuburan di Massachusetts General Hospital Fertility Centre dengan menjemput 598 orang lelaki untuk mengambil bahagian.
Daripada 598 orang yang dijemput, hanya 99 orang saja yang mengambil bahagian. Mereka kemudian diminta menyerahkan sampel air mani untuk dianalisa jumlah air mani (ejaculation volume), jumlah sperma, kepekatan sperma, pergerakan sperma dan struktur sperma. Pemeriksaan kesihatan juga dilakukan.
Namun bagaimana pun peserta-peserta itu hanya diberikan kertas soalan yang berbentuk questionnaire bagi menentukan kekerapan mereka mengambil soya. Kebanyak peserta ini adalah org Eropah  Caucasian dan berumur secara purata 36.4 tahun.
Di manakah kelemahan kajian ini?
Daripada 99 lelaki yang mengambil bahagian, majoriti mereka (72%) adalah berlebihan berat badan (over weight), 74% tidak pernah merokok. Kajian sperma pula mendapati  42% adalah normal, 10% mempunyai bilangan sperma yang rendah (kurang daripada 20 juta/ml). Hanya 55%  lelaki yang mempunyai pergerakan sperma yang lemah.
Manakala lelaki yang mempunyai sperma 42 juta/ml menafikan mengambil soya dalam pemakanan mereka.
Berdasarkan pemerhatian ini Dr Jorge Chavarro merumuskan bahawa mereka yang mengambil soya dalam pemakanan mempunyai bilnagn sperma yang kurang.
Walau bagaimana pun kajian ini telah mendapat kritikan dari beberapa pengkaji yang lain. Antara alasan mereka ialah ;
  1. Isipadu kajian ini adalah kecil, iaitu 99 orang sahaja yang mengambil bahagian. Apabila bilangan peserta kecil, maka sedikit perubahan dalam data akan memberikan peratusan yang tinggi dalam analisa. Sebagai contoh jika hanya 2 orang memberikan data yang berlainan, sebanyak 2% perubahan dalam pengumpulan data. Ini berbanding jika bilangan peserta erjumlah 1000 orang. Perubahan data yang diberikan oleh dua orang hanya merubahkan 0.2% dalam pengumpulan data yang dilakukan analisa.
  2. Teknik kajian cross-sectional tidak sesuai dalam kajian ini kerana mustahil boleh mengaitkan kualiti dan bilangan sperma dengan diet pemakanan. Para pengkritik bertanya adakah pengambilan soya menjadi sebab utama kepada masalah kesuburan itu, sedang para peserta ketika menjawab questionaire itu mungkin tidak mengingati jumlah pengambilan soya atau tidak mencatat (rekod) setiap kali mengambil soya. 
  3. Kebanyakan peserta mempunyai berat yang berlebihan (overweight), sedang para saintist mengetahui bahawa berat badan yang berlebihan sememangnya mempengaruhi kesuburan, walaupun tidak mengambil soya di dalam pemakanan. Maka kajian ini tidak boleh mengaitkan kesuburan dan pengambilan soya dalam diet pemakanan untuk lelaki yang mempunyai berat yang ideal.
Ada beberapa kritikan yang diberikan, termasuk pertanyaan yang menjadi tandatanya, iaitu di kalangan penduduk Asia, ramai lelaki yang mengambil soya sebagai diet pemakanan kerana ianya adalah sumber protein yang murah.
Namun pengambilan soya tidak menjejaskan langsung penduduk India yang mengambil soya sebagai minuman, penduduk China yang mengambil taufu dalam makanan dan penduduk Indonesia (Jawa) yang mengambil tempe sebagai hidangan minuman petang mahu pun lauk dalam menu makanan tengah hari dan malam.
Maka para pengkritik yang terdiri daripda ahli sains dan doktor perubatan menolak idea/kajian ini. Seharusnya kemandulan lelaki dikaitkan dengan konteks yang lebih luas lagi iaitu cara hidup (termasuk rokok dan alkohol), kegiatan seksualnya, kesihatan mereka secara menyeluruh dan aspek diet yang lebih memudaratkan ialaitu diet pemakanan yang mempunyai banyak lemak dan karbohidrate.
Bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesuburan, soya tidak akan memberikan kesan yang drastik. Maksudnya mereka tidak akan menjadi mandul semata-mata kerana mengambil soya atau produk soya dalam makanan.
Pengambilan soya secara sederhana semestinya digalakkan dan ianya tidak akan memberikan kesan kemandulan. Pengambilan secara berlebihan mana-mana makanan juga tidak digalakkan, termasuk pengambilan soya. Harus juga diingatkan soya juga memberikan kesan positif yang lain pada tubuh dalam aspek kesihatan secara menyeluruh.


Fakta dah ada. Jangan sempitkan pemikiran kita dengan perkara viral yang tiada bukti.
Apa yang penting anda dapatkan soya yang berkualiti iaitu bersumber dari Non-GMO.
Nak tahu lebih lanjut, hubungi saya segera

Daya Rudy
012-6891597

Thursday, May 24, 2012

Fungsi Zink Untuk Kesuburan Lelaki

Setelah mendalami ilmu nutrisi dan setelah banyak membaca tentang vitamin dan mineral, saya boleh katakan lelaki tidak boleh hidup tanpa zinc. Zinc yang saya maksudkan di sini, bukalah "atap zink" kat rumah tu, bukan "zinger" burger KFC atau seangkatan dengannya. Tidak sama sekali. ;). Hehe ;)


Zinc yang dimaksudkan adalah unsur surih iaitu "Zink" dalam bahasa Melayu dan "Zinc" dalam Bahasa Inggeris.


Zink merupakan sejenis unsur dalam Jadual Berkala. Ia biasanya dirujuk sebagai logam peralihan. Sebenarnya, badan manusia hanya memerlukan sejumlah kecil Zink untuk mendapatkan kesihatan yang optimum. Antara peranan Zink dalam tubuh kita ialah membantu dalam meningkatkan sistem imun dan mencegah dari jangkitan di sistem pernafasan. Malah, zink juga digunakan dalam rawatan malaria dan penyakit lain yang disebabkan oleh parasit. Pengambilan juga mampu untuk mempercepatkan proses pemulihan luka.


Mengapa saya katakan lelaki tidak boleh hidup tanpa Zink?

Lelaki dan Zink
Salah satu fungsi zink yang paling penting dalam badan lelaki ialah ia membantu dalam meningkatkan kualiti sperma. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai tahap zink yang rendah dalam badan, mempunyai sperma yang kurang kualiti, manakala lelaki yang mengambil suplemen zink, mempunyai sperma yang berkualiti dan subur.

Kesihatan Prostat
Satu lagi peranan penting zink di dalam badan adalah bahawa ia membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat dan membantu mengurangkan potensi mendapat kanser prostat dan pembesaran prostat.

Tahap Testosteron
Bekalan zink dalam badan juga membantu dalam peningkatan paras testosteron dalam badan yang penting untuk kehidupan seksual yang baik. Faedah lain zink termasuk mengelakkan rambut gugur, mengurangkan kemandulan dan mencegah mati pucuk. Tahukan anda, pengambilan zink juga membantu menghalang pertumbuhan hormon wanita dalam badan lelaki dan secara lansung merencatkan pertumbuhan buah dada pada lelaki.

Tips Pengambilan Zinc Complex
 1) Digalakkan mengambil Vitamin A seiring dengan Zinc
2) Zink menjadi lebih efektif dengan kawan-kawan nya iaitu Vitamin A, Fosforus dan Kalsium
3)Zinc dan Iron tidak digalakkan untuk diambil serentak.

Lelaki di luar sana, jom jadikan Zinc Complex sahabat anda. Ingin mencuba??


*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!

Vitamin dan Mineral Untuk Kesuburan

Sejak kebelakangan ini ramai yang bertanyakan saya tentang produk Shaklee untuk kesuburan atau untuk hamil. Aha, ramai yang inginkan anak kedua selepas tengok anak pertama sudah besar. Saya juga begitu. Iman dah setahun tujuh bulan. Apa salahnya kan, kalau Iman dah nak dapat adik ;).Huhu.

Mengikut pengetahuan saya, kesuburan seseorang lelaki dan wanita sangat mempengaruhi potensi setiap pasangan untuk mendapatkan anak. Namun, ada juga yang sudah mendapatkan rawatan doktor-doktor pakar dan sudah dikatakan subur dan normal, namun susah untuk si isteri mengandung. Mengapa?

Sebagai seorang Muslim kita perlu yakin dan percaya kepada ketentuan Allah. Seperti mana jodoh, rezeki dan kematian, mendapat cahaya mata juga merupakan satu ketetapan. Tidak dapat dinafi, ramai pasangan diluar sana yang sudah lama mendirikan rumah tangga, namun masih belum mendapat cahaya mata. Ada juga yang inginkan anak yang kedua, ketiga dan seterusnya, namun belum sampai rezeki. Bagi saya, apa yang penting, jangan berputus asa. Dalam hidup kita ini, jangan sekali-kali kita berputus asa. Kita perlu berusaha dan terus berusaha serta berdoa. Itu semua ujian dari Allah. Jom kita terus berusaha ;)

Jom saya kongsikan serba sedikit tentang makanan tambahan yang dapat membantu meningkatkan kesihatan suami dam isteri dalam masa yang sama meningkatkan kesuburan. InsyaAllah.

Vitamin Asas Untuk Semua

Energizing Soy Protein- Fungsi utama protein untuk membaiki sel-sel dalam badan dan menggantikan sel-sel yang rosak. Apabila sel kita sihat, ia memudahkan penyerapan nutrien. Selain itu ia akan memudahkan proses berkaitan pensenyawaan dan perlekatan telur.

Vita-Lea (Multivitamin dan Multimineral)-Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Vita-Lea membantu untuk proses pertumbuhan dan keupayaan reproduktif. Selain itu ia berfungsi sebagai nutrient kepada sel-sel. Bila sel-sel badan sihat, ia akan mengoptimumkan kesihatan seseorang.

 Vitamin C- Dalam buku "Nature's Vitamin and Minerals oleh John Heinerman, vitamin C dikatakan sangat membantu dalam meningkatkan "kelakian" seseorang lelaki. Mengikut kajian yang dilakukan, 35 pesakit lelaki yang tidak dapat mengandungkan isteri mereka mempunyai paras asid askorbik (Vitamin C) yang rendah iaitu 0.2 mg per dL darah. Paras yang normal adalah, 0.6-0.8 mg per dL darah. Untuk lelaki (terutama yang merokok), anda perlu mengambil 1000-3000 mg vitamin C setiap hari untuk mendapatkan anak. Kekurangan Vitamin C juga dikatakan boleh merosakkan DNA dalam sperma dan menyebabkan masalah genetik.

B-Complex- membantu memberi tenaga dan ketenagan kepada suami isteri. Ia juga dapat mengurangkan stress. Antara vitamin B yang membantu dalam kesuburan ialah Vitamin B12. Vitamin B12 dapat membantu untuk meningkatkan kualiti dan pengeluaran sperma. Vitamin B6  pula membantu untuk meningkatkan kesuburan wanita. Jika salah seorang dari suami atau isteri dikatakan kurang subur, beliau harus bermula dengan vitamin B tambahan. Jika anda tidak pasti, atau kedua-dua pasangan kurang subur, kedua-duanya harus bermula dengan B Complex.

Vitamin Kesuburan Lelaki

Vitamin E dan Selenium-Terkenal sebagai vitamin untuk hubungan seks. Ini kerana ia membantu meningkatkan kelakian (virility) dan menyuburkan reproduksi lelaki dan wanita. Ia sangat membantu untuk membangkitkan perasaan cinta suami isteri. Vitamin E Shaklee sungguh istimewa kerana ia datang bersama selenium. Kaum lelaki amat memerlukan selenium kerana ia meningkatkan kesuburan dengan meningkatkan penghasilan sperma dan pergerakan sperma.

Zink Complex-Zink antara mineral yang paling diperlukan oleh kaum lelaki. Zink adalah nutrien yang paling banyak dikaji dari segi kesuburan bagi kedua-dua lelaki dan wanita. Ia adalah merupakan komponen penting dalam bahan genetik. Kekurangan zink boleh menyebabkan perubahan kromosom, mengurangkan kepada kesuburan dan meningkatkan risiko keguguran. Zink adalah perlu untuk badan kita untuk mengekalkan hormon reproduktif, estrogen dan progesteron. Zink didapati dalam kepekatan yang tinggi di dalam sperma. Ia diperlukan untuk membuat lapisan luar dan ekor sperma. Oleh itu, ia penting untuk kesihatan sperma. Beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa mengurangkan zink dalam diet seorang lelaki juga akan mengurangkan jumlah sperma.

Calsium (OsteMatrix)-Satu kajian yang disiarkan dalam isu 2010 November "Jurnal Nasional Andrologi," jurnal perubatan di China, menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan kalsium dapat meningkatkan pergerakan sperma, halaju garis lurus sperma serta kepadatan sperma. Hal ini membantu meningkatkan potensi untuk sel telur ditembusi oleh sperma yang enegertik.

GLA Complex-GLA Complex mengandungi asid lemak yang membantu untuk meningkat kesuburan wanita. Perlu diambil untuk wanita sahaja. Selain, itu ia juga dikatakan membantu untuk memelihara kesihatan wanita sepanjang kitaran haid setiap bulan. Asid Linolenik Gamma juga tmembantu wanita menghasilkan "cervical mucus" yang berkualiti.

Alfalfa Complex-Alfalfa Complex sering diambil oleh wanita kerana ia membantu untuk mengurangkan keputihan. Ia juga turut membantu dalam hubungan suami isteri. Bagi wanita yang sering rasa sakit ketika bersama, pengambilan Alfalfa Complex dikatakan mampu mengatasi masalah tersebut.

Perhatian: Semua vitamin yang dianjurkan untuk diambil tidak menjamin 100 % bahawa anda akan hamil. Banyak faktor yang mempengaruhi kehamilan. 

Jika anda ingin mencuba produk-produk di atas yang bertujuan untuk kehamilan, saya sangat menggalakkan anda untuk menghantar emel kepada saya di hidayazakaria@yahoo.com. Ini memudahkan saya untuk mengetahui tahap kesihatan anda suami isteri. Saya bukan ahli perubatan ya, cuma mahu berkongsi ilmu yang saya tahu dan berkongsi kehebatan vitamin semulajadi ini. InsyaAllah, kita berusaha, Allah jugalah yang menentukannya.


*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!