Showing posts with label Omega Guard. Show all posts
Showing posts with label Omega Guard. Show all posts

Saturday, March 10, 2018

Omega Shaklee dan Polisterine? Boleh Bocorkan Perut?


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.


Kecoh bila ada demonstrasi minyak-minyak ikan, ada minyak ikan yg tidak beri kesan pada cawan styrofoam (polisterin) dan ada minyak ikan yg 'makan' cawan-cawan ni!
Yang paling mengejutkan, Omega Guard Shaklee adalah antara minyak ikan yg melubangkan cawan styrofoam.
Adakah benar sedemikian reaction Omega Guard dlm badan kita? 
Habis rosak dan bocor segala saluran pemakanan bahana Omega Guard?

Sanggupkah anda menghadapi ahli keluarga dan diri sendiri yg mengalami saluran pemakanan akibat makan Omega Guard?

Begitu sekali kesannya?

Ya, kalau perut dan usus anda dibuat daripada styrofoam, sila berhenti makan minyak ikan Shaklee sebelum anda kehilangan kedua-duanya. Tak ada perut macamana nak makan nasik?




Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan berkepekatan tinggi yang bergred farmaseutikal. Utk mendapatkan gred sebegini, minyak ikan mesti terdiri dari lebih 80% omega-3.

Utk mendapatkan minyak ikan tulen sebegini, minyak ikan di Shaklee menjalani prosee 'molecular distillation' utk membuang segala bahan logam yg ada dlm ikan seperti merkuri, PCB, racun dan sebagainya. 

Proses ini membuang 'tulang belakang glyecerol' dalam minyak ikan & terhasillah minyak ikan dalam bentuk ethyl ester yang sangat pekat kandungan omega-3 nya.

Minyak ikan dlm bentuk ethyl ester adalah yg terbaik & bergred tinggi (farmaseutical grade) dan ia melarutkan cawan polisterin yg sama chemical polarity dgnnya.

Seperti gula larut dalam air yg sama chemical polarity-nya, cawan polisterin kita larut dalam omega-3 yg berkepekatan tinggi.

Semoga tiada yang keliru.

Nak dapatkan Omega Guard? Whatsapp 012-6891597



.

Thursday, November 6, 2014

Ubat dan Rawatan Untuk Asma atau Lelah di Kalangan Kanak-Kanak Yang Disyorkan Oleh Doktor

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Dunia,

Di bulan November ini, hujan lebat lebih kerap turun. Cuaca sejuk sebegini adakalanya memberi kesan terhadap kanak-kanak terutama sekali bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma atau lelah. Bila cuaca sejuk begini, ibu bapa kena lebih peka terhadap kesihatan anak-anak.




Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit. Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.

 Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.

Ramainya kanak-kanak yang kena asma atau lelah ni.

Kalau ikut pengalaman saya, sejarah keluarga kami memang ada asma. Alhamdulillah, saya tak kena pula asma. Namun begitu, anak saya Muhammad Iman Haikal pada usia 6 bulan telah disyaki mempunyai asma. Masa tu, anak saya kena acute bronchitis dan ditahan di Hospital Pulau Pinang (GH). Sedih betul terutama masa nak bagi Iman Nebulizer. Terseksanya tengok. Mungkin sebab dia rasa lemas dengan peralatan nebulizer. 

Selang 2 bulan lepas tu kena lagi acute bronchitis. Waktu tu saya dapatkan rawatan di Hospital Lam Wah Ee, Jelutong, Pulau Pinang di bawah pengawasan Dr Cheang. Waktu tu yang Dr cakap kemungkinan besar Iman akan dapat asma. Terkejut juga saya tapi bila tengok sejarah keluarga memang asma tu adalah genetik keluarga kami.


Gambar kenangan di Hospital Pulau Pinang. Waktu ni Iman berusia 6 bulan.







Lepas Iman berumur 1 tahun, saya memberanikan diri untuk cuba bagi Iman ambil Omega Guard Shaklee sebab saya pernah terdengar perbualan seorang Doktor di Pusat Sejahtera USM tentang pengambilan minyak ikan dapat mengurangkan simpton asma.

Alhamdulillah, kini di usia 4 tahun, Iman sihat tanpa asma. Syukur sangat sebab saya tahu kanak-kanak yang ada asma amat terhad aktiviti mereka terutama sekali untuk bermain lari-lari. Ye lah, kanak- kanak mana yang tidak suka berlari kan. Kalau lari mesti semput.




Iman dan Najla main pasir di rumah Opah. Amboi..seronok ye main pasir..hehe..ibu layan je


Apa yang lebih menarik, satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan. 

Alhamdulillah, memang betul la cakap Doktor di Pusat Sejahtera USM tu. Minyak ikan membantu untuk jadi ubat atau rawatan untuk asma di kalangan kanak-kanak dan dewasa.

Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil. Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

Secara amnya, ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan 

Antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

Kelebihan Omega Guard Shaklee


1) Proses penghasilan minyak ikan 
Bagaimana minyak ikan dikeluarkan dan apakah standard kualiti yang digunakan oleh pengilang? Standard yang digunakan oleh para pengilang seharusnya menggunakan standard yang diiktiraf oleh badan-badan farmaseutikel. Omega Shaklee mengikut standard yang ditetapkan


2) Bau 
Adakah minyak ikan berbau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan adalah disebabkan minyak ikan itu telah mula merosot dari segi kualiti dan selaunya ia menjadi tengik.  Minyak ikan  yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir. Omega Guard Shakleee tidak berbau hanyir. Anak-anak boleh telan terus

3) Rasa 
Adakah minyak ikan berasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi yang tidak berasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa yang benar-benar kuat atau bahan tiruan ditambah ke dalamnya. Ini kerana berkemungkinan besar pengilang cuba untuk menyembunyikan rasa hanyir minyak ikan yang telah menjadi tengik.

Dos  Minyak Ikan perlu diambil?


ISSFAL (Persatuan Antarabangsa bagi Kajian Lipid dan Asid Lemak) telah ditubuhkan minimum berikut disyorkan dos carta:

>>Bayi (1-18 bulan):
0-15 lbs: 32 mg / lb EPA + DHA

>>Kanak-kanak (1,5-15 thn):
15 mg / lb EPA + DHA

>>Dewasa (15-115 tahun):
500 mg EPA + DHA

(Dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)

>>Wanita hamil dan menyusu:
300 mg DHA setiap hari


 Untuk ibu-ibu yang masih mencari rawatan alternatif untuk rawat asma di kalangan kanak-kanak, saya memang syorkan untuk mengambil Omega Guard. Berilah yang terbaik untuk anak-anak kerana mereka adalah amanah dan penyejuk hati kita.


Nak borak-borak dengan saya untuk share kisah asma di kalangan kanak-kanak, boleh hubungi saya. Jom kita sharing-sharing ya..

Daya
012-6891597
hidayazakaria@gmail.com

Sunday, May 11, 2014

Tip Kurangkan Sakit Sendi Lutut Dengan Cepat Menggunakan Produk Shaklee



Sejak akhir-akhir ini, ramai yang hubungi saya untuk minta konsultansi tentang sakit sendi dan sakit lutut menggunakan produk Shaklee. Kebanyakkan mereka adalah anak-anak yang soleh dan solehah. Kenapa saya cakap begitu, sebab mereka mahu ibu mereka cuba produk Shaklee untuk kurangkan sakit sendi dan sakit lutut ibu mereka. Saya terharu tau. Ramai anak-anak yang sangat penyayang yang saya jumpa. Alhamdulillah.

Jika ibu atau ayah anda menghadapi sakit lutut atau sendi yang kronik, sila bawa berjumpa Doktor terlebih dahulu. Dapatkan punca mengapa ibu atau ayah kena sakit sendi. Jika Doktor kata sakit sendi atau sakit lutut disebabkan kurang pelincir, anda boleh 3 produk Shaklee seperti gambar di atas.

Set Kesihatan Sendi ini terdiri dari Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard dan Ostematrix.

Ingin mencuba? Saya akan beri konsultation terbaik untuk anda.



Friday, February 14, 2014

Kurangkan Mengantuk Dengan Vitalea dan Omega Guard Shaklee

Ramai orang "layu" atau cepat mengantuk bila waktu pagi. Mengapa boleh jadi hal sebegini? Bukan ke sepatutnya bila dah tidur selama 5-7 jam, kita akan rasa cergas bila dah bangun.

Punca kuat mengantuk di siang hari adalah disebabkan bada kita tidak mempunyai nutrisi yang lengkap. Semua orang makan setiap hari. Tapi saya pasti tidak ramai yang pasti adakah 100 % dari nutrisi  yang ada dalam makanan diserap masuk ke dalam sel-sel darah.



Selain itu, jika anda selalu mengantuk dan merasa letih, anda mungkin mengalami anemia. Anemia merupakan penyakit kekurangan sel darah merah atau hemoglobin atau keduanya, sehingga kemampuan darah mengangkut oksigen berkurang.
Ada bermacam-macam anemia, namun yang paling sering dijumpai di negara berkembang adalah anemia yang disebabkan kekurangan zat besi, yaitu anemia yang disebabkan oleh kurangnya persediaan zat besi untuk pembentukan sel darah merah dan hemoglobin.

Produk Shaklee Bantu Kurangkan Mengantuk: Vita-Lea dan Omega Guard

Antara produk yang boleh mengatasi masalah mengantuk di siang hari atau masalah mudah mengantuk ialah Vitalea dan Omega Guard.
Vita-Lea Shaklee

Vitalea Shaklee adalah multivitamin dan multimineral yang sangat lengkap. 

Kelebihan Vitalea Shaklee

Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Vitalea ini ada mengandungi Vitamin A, B (semua jenis vitamin B), C, D, Asid Folik, Biotin, Kalsium, Fosforus, Iodin, zat besi, magnesium, copper, selenium dan zinc.


Apa yang menarik, Vitalea Shaklee adalah diformula dengan zat besi. Zat besi sangat penting untuk pembentukan sel darah merah dan hemoglobin.



Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  
Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 



Omega Guard

Kandungan DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan,
 menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Ya, Omega Guard mampu menggalakan fungsi otak dan sistem saraf. Bila fungsi otak dan sistem saraf kita baik, ia membantu kita merasa cergas.
Selain itu, Omega Guard juga bantu menstabilkan hormon.

Nak cuba, boleh hubungi saya di:




Friday, January 3, 2014

Set Slimming Shaklee Bantu Pecahkan Lemak Degil Anda

Nak kurus atau slim dengan produk Shaklee?

Anda perlu BUANG, BAKAR dan BINA.
Apa yang dibuang, dibakar dan dibina tu?
Sebelum itu, suka saya nak ingatkan, untuk turunkan berat badan, bukan hasil satu malam. Dan barangsiapa yang mahu menguruskan badan harus faham kalori. Kalori yang tak digunakan itu yang menjadikan badan kita bertambah gemuk!

BUANG

Buang di sini dalam ertikata detox. Detox di sini adalah dengan mengeluarkan toksin dan kotoran dalam usus kita, membersihkan sekaligus memudahkan untuk penyerapan nutrient.
Untuk detox ini antara produk pilihan adalah:
Herb-Lax
Herb-Lax adalah detox usus, mengadungi daun senna yang digunakan oleh Rasulullah sebagaimana dinyatakan dalam Tibb An-Nabawi:
Rasulullah s.a.w bersabda “Apa yang kamu gunakan untuk melancarkan pergerakan usus besar dan menggalakkan pengaliran daripada perut?” Aishah r.a. menjawab, “Euphorbia”. Baginda bersabda lagi, “Padanya terdapat penyakit dan ia sepanas api, sebaiknya gunakan senna”. 
herb lax shaklee
Alfalfa Complex
Daun Alfalfa merupakan makanan tinggi nutrisi dan sumber fiber yang baik untuk detox tubuh. Ia digunakan oleh pasukan tentera Tariq bin Ziyad sewaktu mendapat di Sepanyol pada tahun 711.
alfalfa shaklee

DTX Complex
DTX Complex juga dikenali sebagai tonik detoks hati, mengandungi milk thistle yang sekian lama digunakan dalam perubatan Islam sebelum ia dibawa ke Eropah.
liver tonic shaklee
Yang mana satu pilihan hati? Bergantung kepada bajet anda. Biasanya produk yang selalu menjadi pilihan adalah Alfalfa Complex (yang juga bagus untuk ibu menyusu), dan Herb-Lax (perut rasa kempis).

BAKAR

Selain dari aktiviti metabolisma (purata kita bakar 1200 kalori sehari dengan hanya duduk diam-diam!) Shaklee juga menyediakan produk untuk membantu dalam pembakaran lemak-lemak badan.
Omega Guard
omega guard shaklee
Omega Guard terdiri dari asid lemak perlu Omega-3 yang bertindak dengan hormon termasuk hormon leptin yang berkaitan dengan rasa lapar. Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak Omega-3 membantu menjadikan tubuh kita ‘mesin pembakar lemak’.
Lecithin
Lecithin adalah sejenis pengemulsi lemak yang tidak dihasilkan oleh tubuh. Ia juga berguna untuk ibu menyusu bagi mengelakkan bengkak susu.
lecithin shaklee

BINA

Membina otot adalah penting dalam berdiet. Otot yang sihat membakar lemak lebih baik dan menjadikan kawalan berat badan kita menjadi lebih baik, dan mengelakkan – mudah turun mudah naik.
Oleh kerana itu pengambilan protein penting dalam program penurunan berat badan.
Cinch Shake Mix
Cinch Shake Mix merupakan produk hebat untuk inchloss dan weight loss kerana ia mengandungi protein leucine yang penting dalam pembinaan otot.
ESP (Soy Protein)
Pilihan alternatif untuk Cinch Shake Mix, adalah ESP yang membekalkan protein soya yang istimewa.
shaklee weight management

Pilihlah produk anda. Turunkan berat badan dengan cara yang betul, agar kesihatan terjamin, bukan sekadar kurus!
Hubungi saya untuk set slimming dan set diet yang sesuai dengan anda.
Daya (ID: 860756)
Fan Page: Sihat itu Nikmat
Email: hidayazakaria@yahoo.com


Sunday, November 17, 2013

Set Kurus Shaklee Bantu Ramai Wanita Kurus

Mempunyai berat badan yang berlebihan, bukan lah satu perkara yang menggembirakan seseorang wanita. Ini kerana kesan dari berat badan yang berlebihan memberi impak yang negatif terhadap tubuh, seperti

> period tak teratur
>kurang subur
> bau badan
> mudah letih
> kurang stamina
> wajaha tak bermaya
> baju banyak tak muat
> diperli kawan-kawan
> tak yakin pada diri
> merasakan diri sudah tidak cantik
> diperli suami sendiri

dan lain-lain lagi.

Sebenarnya punca berat badan bertambah adalah disebabkan kita mengambil jumlah kalori yang berlebihan dalam satu-satu hari. Apabila jumlah kalori yang diambil berlebihan, ia akan disimpan di dalam badan dan secara tidak lansung akan menambahkan berat badan. Di Malaysia, kita terdedah kepada makan yang tinggi kalori seperti:

1) Nasi Lemak ~ 340 kcal
2) Ayam goreng KFC~ketul(peha)  110 kcal
                              ~1 ketul (dada) 160 kcal
3) Nasi lemak telur mata kerbau + timun + sambal ~350 kcal
4) Nasi minyak (kosong) 3 senduk ~265 kcal
5) Lontong + nasi impit 1 mangkuk ~300 340 kcal

dan lain-lain lagi.

Fuh fuh...

Nak kurus apa yang penting ialah kita tahu berapa nilai calori yang kita ambil dan berapa yang kita bakar.
Antara faktor yang menyebabkan diet gagal adalah:

==> Kekurangan nutrisi
==> Sukar untuk Mengikuti diet
==> Hasil yang lambat
==> Kandungan yang tidak selamat
==>Merendahkan kadar metabolisme

Jom saya ceritakan tentang Set Kurus Shaklee. Bagaimana ia membantu anda untuk kurus.

Set Kurus Shaklee boleh membantu terutama bagi anda yang tidak dapat menahan nafsu makan. Bagaimana?

Dalam kebanyakkan plan diet, kita mudah kehilangan lemak dan otot. Apabila kita kehilangan otot, kita juga kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan merendahkan kadar metabolisme. Apabila kita tidak meneruskan lagi diet tersebut, kita tidak boleh membakar kalori seperti anda lakukan sebelum ini. Sebaliknya, berat badan akan bertambah berat. Kitaran ini akan berulang setiap kali kita meneruskan diet. Ia adalah kesan yo-yo.

Set Kurus Shaklee

1) Cinch Shake Mix
Apa yang anda dapat jika mengambil Cinch Shake Mix?
Setiap kali anda minum Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut.

Mengapa kandungan protien penting?

Ini kerana protien digunakan untuk membina otot dan ototlah menaikkan kadar metabolisme dan juga membakar kalori. Selain jumlah protien yang ini cukup untuk anda merasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Hal ini membantu untuk mengurangkan pengambilan makanan.

2) Lecithin dan Omega

Lecithin Shaklee diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO. Setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin soya termasuk 80 mg koalin dan 48 mg inositol. Lecithin mebantu untuk memecahkan lemak dan kolestrol. Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, membantu mengelmusi dan metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.

Begitu juga Omega Guard. Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan terbaik di dunia. Ia dihasilkan daripada minyak ikan paling tulen  di dunia. Ia mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Omega 3 yang ada di dalam Omega Guard Shaklee membantu  meningkatkan aliran darah kepada otot (muscle) semasa latihan dan membantu untuk merangsang enzim yang mengangkut lemak di mana ia boleh digunakan untuk tenaga. Maka, dengan pengambilan Omega Guard, lemak boleh disingkirkan dan boleh bertukar kepada tenaga untuk digunakan

3) Alfalfa dan Herblax

Alfalfa (Medicago Sativa)  terkenal  sebagai " Raja Segala Tumbuhan" . Tumbuhan ini sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Ia kaya dengan protien, asid amino, klorofil, serat 15 zat galin, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Dalam tujuan pengurusan berat badan, alfalfa  membantu dalam menyingkirkan lemak dan kolestrol. Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka masa panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah sakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

Herblax Shaklee mengandungi 9 herba semulajadi: alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root. Herba ini bertindak menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut dan ia terbukti membantu untuk meransang usus untuk mempercepatkan proses pemberhishan secara lenbut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.

4) Cinch Energy Tea Mix
Cinch Energy Tea Mix mengandungi Matcha Green Tea Powder, Red Tea Extract, White tea Extract dan Rooibos Red Tea Extract. Energy Tea Mix ini adalah penggalak tenaga semulajadi. Ia ditambah dengan taurina yang membnatu meningkatkan tenaga dan ketahanan badan. Ia tidak mempunyai gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis. Ia sangat selamat untuk diambil.



Produk: Herb Lax, Lecithin, Cinch Energy Tea Mix dan Cinch Shakle Mix

Omega Guard Shaklee
Alfalfa dan Herblax

TESTIMONIAL SET KURUS SHAKLEE YANG DOKONGSI OLEH PARA PENGGUNA SET KURUS SHAKLEE DARI GROUP SECRET SHAKLEE KAMI



klik untuk gambar yang lebih jelas

klik untuk gambar yang lebih jelas

klik untuk gambar yang lebih jelas

Ramai yang sudah berpuas hati dengan hasilnya. Anda bila lagi??

Dapatkan berat badan anda yang anda mahukan.
Jangan berlengajh lagi.

Pembelian SET KURUS SHAKLEE dengan saya, anda layak untuk:

1) mendapat jadual makan yang ekslusif
2) akan dijemput ke group BURN THE FAT CLUB di bawah kelolaan saya
3) FREE EBOOK Tips Kawal Nafsu
4) FREE Ebook Buang 5 KG dalam masa 5 minggu
5) Consultation PERCUMA melalui Whatsup

Berminat boleh hubungi saya di:
SMS/Whatsup: 012-6891597
Email :hidayazakaria@yahoo.com










Friday, May 24, 2013

Ubat Sakit Sendi dengan Shaklee


Sakit sendi memang boleh terjadi, tidak kira pada mana-mana peringkat umur. Bila sakit sendi, ia serba sedikit mengganggu pergerakkan kita. Betul? 
Secara umunya, sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.
Sebab-Sebab Sakit Sendi
Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
  • Berat badan berlebihan
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  • Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  • Penyakit sendi seperti arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  • Penyakit kronik
  • Ubat-ubatan
Kurangkan Sakit Sendi Dengan Shaklee

Untuk produk-produk Shaklee, set untuk kurangkan sakit sendi terdiri daripada:

                 Joint Tablet, Omega Guard dan Ostematrix




FUNGSI-FUNGSINYA:

JOINT HEALTH TABLET
 Joint Health Tablet mengandungi glukosamina, vitamin C, Zinc, Copper, Manganese dan Vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

OSTEMATRIX 
membina sel tulang yang sihat dan memastikan matrix tulang kukuh dan padat

OMEGA GUARD
berfungsi sebagai anti inflamasi dalam sendi

InsyaAllah, kita usaha. Moga Allah mudahkan.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:

Puan Daya @ Ibu Iman,
012-6891597
hidayazakaria@yahoo.com
FB: Norhidaya Zakaria
Fan Page: Sihat Itu Nikmat

Friday, May 3, 2013

Kurangkan Asma Dengan Omega Guard


Penyakit asma merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh orang dewasa dan kanak-kanak. Teringat waktu sekolah menengah dulu, seorang dormate saya yang ada asma. Kesian tengok sebab nafas tak sampai. Mak saya sendiri pun ada asma. Dah lama dah. Alhamdulillah, dah bagi mak cuba Omega Guard lebih 3 bulan, dan mak cakap nafas mak dah panjang. Senang nak baca al-Quran. Syukur. Alhamdulillah :). 
Sakit dada pun dah kurang, malah mak lebih bertenaga untuk buat kerja-kerja rumah :)

Jom saya kongsikan satu artikel disebalik fungsi asid lemak Omega 3

Ramai orang tahu asid lemak Omega-3 mempunyai banyak kebaikan. Satu penyelidikan telah dilakukan untuk melihat kesan Omega 3 terhadap asma. Sebuah kajian di Universiti Indiana mendapati bahawa orang dewasa yang mengidap asma (simpton asma dari ringan-ke-sederhana) yang mengambil minyak ikan yang kaya dengan omega-3 setiap hari untuk tiga minggu, dapat memperbaiki fungsi paru-paru sebanyak 64 peratus.  Apa yang menarik lagi, ia juga membolehkan penurunan 31 % dalam penggunaan inhaler.


Mereka yang mempunyai asma biasanya mengalami keradangan saluran udara, yang dipanggil bronchoconstriction. Asid lemak Omega-6 dan asid lemak Omega-3, dipercayai mempunyai kesan anti-radang. Dalam kajian ini, penyelidik mendapati dengan mengambil minyak ikan tambahan 3.2 gram asid eicosapentaenoic (EPA) dan 2 gram asid docohexaenoic (DHA) dalam diet harian,  sampel lendir yang diambil daripada peserta menunjukkan mengurangkan jumlah sel-sel pro-radang. Minyak ikan yang digunakan dalam kajian ini adalah gred farmaseutikal, yang bermakna ia adalah mengikut standar dan kualiti yang ditetapkan dan ia juga ditapis pada tahap molekul untuk menghapuskan bahan-bahan seperti merkuri. Selain memberi manfaat kepada penghidap asma, asid lemak Omega-3 membantu untuk mencegah penyakit kardiovaskular, meningkatkan fungsi otak, dan juga melawan kemurungan.

Kelebihan Omega Guard Shaklee

1) Omega Guard Shaklee tidak mempunyai rasa hanyir dan bau hanyir



2) Omega Guard Shaklee adalah ultratulen dan bergred Farmaseutikal

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*







Jika anda mengalami sakit asma boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Puan Daya @ Ibu Iman,
012-6891597
hidayazakaria@yahoo.com
FB: Norhidaya Zakaria
Fan Page: Sihat Itu Nikmat

Saturday, February 2, 2013

Kepentingan Omega-3 (Minyak Ikan) Untuk Ibu Hamil


Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana sekarang saya dah pun 30 minggu hamil. Syukur...cepatnya masa berlalu :)

Jom hari ni nak kongsi cerita tentang supplement terpenting yang saya ambil setelah masuk trimester ke 2.

Seperti mana yang kita tahu, perkembangan otak bayi telah pun bermula pada minggu-minggu awal kehamilan lagi. Untuk memastikan perkembangan otak bayi berada di tahap optimum, antara supplement yang baik untuk diambil ialah minyak ikan. Minyak ikan sangat kaya dengan Asid Lemak Omega-3. Pentingkah minyak ikan ini?

Buat pengetahuan semua, penyelidikan saintifik sentiasa memperluaskan pengetahuan kita tentang keperluan pemakanan semasa mengandung. Antara perkembangan terkini dalam bidang ini, adalah pentingnya omega-3 asid lemak dalam kedua-dua perkembangan bayi yang sihat dan kesihatan ibu.


Apakah Asid Lemak Omega -3?

Omega-3 adalah satu rantaian asid lemak politaktepu yang merupakan antara nutrien terpenting untuk kesihatan dan tumbesaran. Malangnya, asid lemak ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan oleh itu ia mesti diperolehi dari diet atau suplement.

Penyelidikan menunjukkan bahawa asid lemak omega 3 mempunyai DHA dan EPA. Walaupun EPA dan DHA secara semulajadi  bekerjasama di dalam badan, kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. Antara fungsi EPA adalah menyokong sistem jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. Manakala, fungsi DHA pula, menyokong otak, mata dan sistem saraf pusat. Dan hal ini sangat penting bagi wanita hamil dan menyusu.


Mengapa Omega-3 penting?

Pengambilan Omega 3 yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran seimbang bahan seperti hormon yang dipanggil prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, tindak balas keradangan dan alahan, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung pada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar, manakala yang lain tidak boleh dihasilkan pada semua proses. Apa yang lebih berbahaya, ketidakseimbangan prostaglandin boleh membawa kepada penyakit.

Peranan omega-3 dalam menghasilkan prostaglandin memberi banyak bermanfaat.  Dan banyak pesakit, apabila mengamalkan suplement yang kaya dengan omega-3, telah menunjukkan kesihatan yang lebih baik termasuk dapat mencegah penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan peraturan keradangan. Dos yang tinggi dalam pengambilan omega-3 telah digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan mood dan kajian terbaru telah mengenalpasti potensi kebaikan omega 3 termasuk untuk merawat kanser, penyakit keradangan usus dan lain-lain penyakit autoimun seperti lupus dan artritis reumatoid.


Mengapa mengambil Omega-3 penting terutamanya semasa mengandung?

Kajian menunjukkan, Omega-3 adalah penting bagi perkembangn otak bayi dan visual awal bayi. Walau bagaimanapun, diet orang Malaysia sangat kurang dengan omega 3 ini. Lebih memburukkan keadaaan, selalunya disebabkan pengurangan pengambilan omega-3 oleh ibu-ibu hamil, kandungan omega 3 yang perlu disalurkan kepada bayi adalah tidak mencukupi.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa menambah EPA dan DHA untuk diet wanita hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan visual dan kognitif bayi. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan omega 3 yang tinggi boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi. Kajian juga menunjukkan, pengambilan EPA dan DHA dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia dan boleh meningkatkan berat badan ketika lahir. Sebaliknya, kekurangan Omega-3 boleh meningkatkan risiko ibu untuk kemurungan. Ini mungkin menjelaskan mengapa kecelaruan mood selepas bersalin boleh menjadi lebih teruk dan mula lebih awal dengan kehamilan berikutnya.


Apa makanan mengandungi Omega-3 (EPA + DHA)?


Sumber terbaik EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis, dan ikan hering. Ramai orang bimbang tentang kandungan merkuri dan bahan toksin lain dalam ikan. Atas sebab ini, suplemen minyak ikan yang melalui proses penyulingan sering menjadi sumber paling selamat. Untuk mendapat minyak ikan yang berkualiti tinggi, perlu dilihat kepada pengilang yang mempunyai reputasi tinggi. Hal ini untuk memastikan kandungan EPA dan DHA adalah tanpa risiko ketoksikan.



Adakah ia selamat untuk mengambil Minyak Ikan semasa mengandung?

Minyak ikan dalam bentuk kapsul adalah selamat untuk diambil semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan)  boleh mengandungi toksin alam sekitar seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh dihapuskan semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi dan proses penapisan lanjutan.


Apakah yang perlu saya mencari apabila membeli minyak ikan?

1) Proses penghasilan minyak ikan 
Bagaimana minyak ikan dikeluarkan dan apakah standard kualiti yang digunakan oleh pengilang? Standard yang digunakan oleh para pengilang seharusnya menggunakan standard yang diiktiraf oleh badan-badan farmaseutikel.


2) Bau 
Adakah minyak ikan berbau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan adalah disebabkan minyak ikan itu telah mula merosot dari segi kualiti dan selaunya ia menjadi tengik.  Minyak ikan  yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir.

3) Rasa 
Adakah minyak ikan berasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi yang tidak berasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa yang benar-benar kuat atau bahan tiruan ditambah ke dalamnya. Ini kerana berkemungkinan besar pengilang cuba untuk menyembunyikan rasa hanyir minyak ikan yang telah menjadi tengik.


Berapa banyak Minyak Ikan perlu diambil?

ISSFAL (Persatuan Antarabangsa bagi Kajian Lipid dan Asid Lemak) telah ditubuhkan minimum berikut disyorkan dos carta:

>>Bayi (1-18 bulan):
0-15 lbs: 32 mg / lb EPA + DHA

>>Kanak-kanak (1,5-15 thn):
15 mg / lb EPA + DHA

>>Dewasa (15-115 tahun):
500 mg EPA + DHA

(Dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)

>>Wanita hamil dan menyusu:
300 mg DHA setiap hari



Megapa perlu pilih Omega Guard Shaklee?

1) Omega Guard Shaklee tidak mempunyai rasa hanyir dan bau hanyir
2) Omega Guard Shaklee adalah ultratulen dan bergred Farmaseutikal


Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

OmegaGuard Shaklee dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*







Untuk pesanan dan maklumat lanjut, boleh hubungi:
IbuIman @ Daya
SMS/Call/ Wassup/iMessage: 012 6891597
hidayazakaria@yahoo.com
FB: Norhidaya Zakaria
Fan Pages: Sihat Itu Nikmat