Showing posts with label ALoe Vera Murah. Show all posts
Showing posts with label ALoe Vera Murah. Show all posts

Friday, November 11, 2016

Daftar Ahli Forever Living Aloe Vera

Assalamualikum WBT, salam sejahtera dan salam seantero dunia.

Sejak akhir-akhir ini, ramai nak jadi ahli sebab nak dapat diskaun 15 %.

Ok sekarang daya nak kongsi macam mana nak daftar ahli dan jadi ahli Forever Living.

Ada 2 cara, sama ada nak jadi ahli BIASA atau ahli VIP.


Ahli Biasa :
~~~
✨RM90 Yurannya Seumur Hidup.

 ✨Dapat Diskaun 15%.

✨Tidak Boleh Menaja.
Untung Runcit15%.

✨Hadiah Produk : Percuma Aloe Vera Gel(RM95.40)

"Bagaimana Nak Jadi VIP❔❓"

VIP/ AS😍😄
~~~~.

👣PANGKAT Terus 35%

Untuk Jadi VIP, Belian Terkumpul Atas Nama Sendiri RM1549.70√

👣Boleh Kumpul Dalam 2 Bulan Utk Ckupkan RM1549.70√

👣Dapat Produk Bernilai RM1932 x

👣Melayakkan Dapat Bonus (Dlm Akaun)

👣Boleh Menaja Tanpa Had & Income Tanpa Had.

👣Boleh Dapat Pelbagai Insentif Forever.

👣Berpeluang Mendapat Royalti Kepimpinan Bulanan Dan Royalti Tahunan (CBM)👍👍


Saya galakkan anda jadi ahli VIP terus kalau ada modal sebab pembelian seterusnya terus dapat 35%. Tak perlu tunggu hujung bulan. Contoh anda dah jadi ahli VIP pada 2 November 2016, esoknya pada 3 November dah boleh dapat 35%. Best kan.

Pm saya di 012-6891597

Monday, October 24, 2016

Cara Saponin Dalam Aloe Vera Bantu Cuci Usus

Assalamualaikum WBT dan salam senatero dunia.

Kita selalu dengar perkataan detox usus. Tapi kenapa ya kita perlu detoks usus kita.
dan bagaimana cara saponin yang ada dalam aloe vera bantu mencuci usus?







Usus adalah antara organ yang sangat penting dalam badan kita kerana usus berfungsi:


1) untuk mencernakan makanan yang kita makan, 
2) menyerap nutrien dan membekalkan nutrisi kepada badan kita.


Jika usus tercemar dengan toksin, kita mudah untuk dijangkiti penyakit kerana tubuh kita tidak mendapat nutrien yang mencukupi untuk meningkatkan tahap imunisasi badan. Toksin dalam badan terhasil daripada makanan yang tidak sihat (contohnya seperti makanan segera "fast food", makanan berminyak , dll), air & udara yang tercemar, racun yang disembur pada sayur, dll. Jadi kita wajib menjaga usus kita agar bersih daripada toksin supaya usus dapat berfungsi dengan baik.



Cara yang paling efektif untuk menjaga/mencuci usus adalah melalui proses detoks/penyaktoksik. Ada banyak produk di pasaran yang mendakwa produk-produk mereka mampu untuk membuang toksin dalam badan. Tetapi, bagaimana kita sebagai pengguna perlu tahu samaada produk-produk ini betul-betul berkesan bagi membuang toksin dalam badan kita? Apakah kandungan bahan yang terdapat dalam produk-produk detoks yang mampu melakukan proses pembersihan usus ini secara efektif dan berkesan? Jawapannya adalah bahan yang dinamakan SAPONINS di mana ia boleh didapati di dalam tumbuhan Aloe Vera.



Apa itu SAPONINS?
Bagi yang nak tahu, Saponins ini adalah buih semulajadi yang wujud dalam Aloe Vera. Hanya buih sahaja yang mempunyai kesan pembersihan yang sangat tinggi. Hari ini, tiada di kalangan kita yang basuh baju guna air paip, mesti nak guna sabun sebab sabun ada buih. Sebab ape? Sebab buih merupakan agen pembersihan yang berkesan. Nak cuci/detoks usus juga kena la guna bahan yang ada buih dan Allah SWT telah menjadikan Aloe Vera sebagai salah satu tumbuhan yang mempunyai Saponins yang merupakan buih semulajadi yang mampu detoks usus kita dengan sangat efektif.



Bagaimana Saponin mencuci usus?



Gambar 1




Merujuk pada gambar keratan rentas usus diatas (Gambar 1)saluran usus kita mempunyai bentuk seperti liang-liang bulu yang sangat kecil dan sangat rapat (bayangkan bulu-bula yang ada pada tuala mandi ataupun anda boleh membayangkan babat lembu/peru2 lembu bagi mereka yang menggemari memakannya) yang terjuntai di sekeliling inner diameter usus. Usus kita berbentuk seperti ini adalah bagi mempunyai luas permukaan yang tinggi bagi mempertingkatkan penyerapan nutrien dalam badan kita. Jadi, makanan-makanan yang tidak diurai/dicernakan dengan baik akan melekat, mendap dan menyumbatkan liang-liang bulu usus ini (Gambar 2).


Gambar 2: Toksin yang mendap di celah-celah liang bulu



Toksin-toksin yang telah mampat dan tersumbat dicelah liang-liang bulu ini hanya mampu diuraikan oleh molekul cecair yang sangat kecil dan mempunyai keupayaan untuk menyerap yang sangat tinggi. Oleh kerana molekul air (air yang biasa kita minum seharian) tersangat lah besar untuk masuk ke celah liang-liang bulu ini, maka air kosong/suam yang kita minum tak mampu untuk melarutkan dan memecahkan toksin-toksin yang terkumpul ini. Semakin lama ia terkumpul, semakin mampat toksin-toksin ini menutupi liang-liang bulu usus ini (Gambar 3) dan lama-kelamaan apabila mendapan ini telah padat maka toksin ini susah untuk dibersihkan, menyebabkan usus tak dapat mencernakan makanan dan menyerap nutrien dengan baik. Akibatnya sistem imun badan semakin lemah dan sistem badan amat mudah diserang penyakit.

Gambar 3: Toksin yang tersumbat dan menutupi liang-liang bulu usus

Di sinilah mineral Saponins berperanan. Saponins merupakan buih semulajadi yang mempunyai molekul yang sangat kecil (lebih kecil daripada molekul air) dan sangat banyak yang mampu menembusi di celahan liang-liang bulu usus. Saponins akan menembus, memecahkan dan menguraikan toksin-toksin yang terkumpul mampat (Gambar 4)

Gambar 4: Saponins menguraikan toksin-toksin yang telah padat

Setelah toksin diuraikan, toksin-toksin ini akan dikeluarkan dari liang-liang bulu usus ini dan kemudiannya akan di "flash-out" oleh air yang kita minum (sebagai agen flushing) melalui sistem perkumuhan badan (Gambar 5). 

Gambar 5: Toksin yang telah terurai akan dinyahtoksin melalui sistem perkumuhan

Sebab itu pentingnya untuk kita amalkan minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari bagi membuang toksin-toksin yang telah diuraikan. Jika tidak, toksin ini berkemungkinan masih lagi berkumpul dalam usus kita atau mengambil masa yang lama untuk di buang dari badan kita. Detoksyang efektif akan memberi kesan positif dimana pembuangan najis akan menjadi lancar (tidak sembelit) dan badan akan lebih cergas apabila bangun daripada tidur.

Apa istimewanya Aloe Vera Gel Forever Living ni?

Okay ni saya nak story sikit. Aloe Vera Gel Forever Living merupakan pati Aloe Vera yang tulen.Forever Living merupakan syarikat pertama yang mendapat pengiktirafan cop mohor daripada IASC (International Aloe Science Committee) yang mengesahkan bahawa Aloe Vera Gel ini mempunyai kandungan Aloe Vera sebanyak 99.9%. Jadi nutrien Saponins ini memang terkandung di dalam botol Aloe Vera Gel Forever Living. 

Bilangan pesakit yang menghadapi kanser usus meningkat dari ke hari. Salah satu punca ialah mengambil makanan yang banyak kolestrol dan tidak sihat. Bertindak sekarang. Sayangi usus kita yang panjang tu. Hubungi saya Daya Ratu AloeVera di 012-6891597 segera.

Kebaikan Aloe Vera Forever Yang Patut Anda Tahu

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Hari ini saya nak kongsi kebaikan aloe vera. 
Seperti mana yang kita tahu, aloe vera telah digunakan sejak beribu zaman dahulu lagi. Khasiatnya yang unik membuatkan ianya masih digunakan sehingga kini. Alhamdulillah, dengan teknologi yang ada kita boleh mengoptimumkan penggunaan aloe vera untuk dalaman dan luaran.


Kebaikan Aloe Vera

Apa yang membuatkan  rangkaian produk Forever begitu unik adalah bahan utama khas kami: gel aloe vera tulen yang distabilkan 100%. Bahan semulajadi ini diekstrak  dengan teliti daripada tumbuhan aloe yang ditanam di ladang-ladang milik persendirian kami.

Produk kami dibuat dengan pengekstrakan gel daun dalaman . Kami kemudiannya meneliti bahan-bahan tambahan lain bagi menghasilkan produk penjagaan kulit dan produk pemakanan yang berkualiti tinggi.

Aloe vera begitu serba guna; ia juga boleh diambil sebagai minuman, untuk membolehkan anda menjaga badan anda dari dalaman dan luaran. Kepelbagaian gel minuman Forever menggabungkan kuasa semulajadi aloe vera dengan bahan-bahan lain yang sesuai untuk keperluan anda. Gel manakah yang anda akan pilih?


Forever Aloe Vera Gel

Gel aloe vera yang distabilkan dalam bentuk minuman. Produk terlaris ini adalah hampir sama dengan jus tumbuhan semula jadi dan mengandungi lebih dari 200 jenis sebatian. Ia adalah sumber yang kaya dengan nutrien yang menyediakan makanan tambahan yang sempurna untuk diet yang seimbang. Ia juga membantu untuk menyokong sistem imun dan menyokong metabolisme badan.

Forever Aloe Berry Nectar

Nikmati manfaat minuman Aloe Vera Gel yang asli, ditambah pula dengan campuran manis epal segar dan jus kranberi. Gel yang lazat ini menjadi pilihan yang baik untuk wanita. Kandungan antioksidan yang tinggi sesuai diambil untuk mereka yang inginkan awet muda kerana antioksida membantu menghapuskan radikal bebas.

Forever Bits N’ Peaches

Forever Bits N’ Peaches menggabungkan khasiat aloe vera dengan ketulan buah pic yang masak. Minuman semulajadi ini adalah sesuai untuk seisi keluarga terutama sekali kanak-kanak. Kanak-kanak yang sembelit sesuai diambil Aloe Bit N' Peaches ni. Rasa manis semulajadi menjadikan anak-anak sukakanya.

Forever Freedom*

Dengan semua nutrien Aloe Vera Gel yang digabungkan dengan glukosamina, kondroitin dan MSM, minuman lazat berperisa oren ini adalah sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah pergerakan. Ia juga merupakan sokongan pemakanan bagi mereka yang aktif dalam sukan.

*Didapati di Singapura sahaja (boleh dibeli menggunakan ID anda)

Nak cuba? Boleh hubungi Daya Ratu Aloe Vera di 012-6891597