Monday, October 24, 2016

Kebaikan Aloe Vera Forever Yang Patut Anda Tahu

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Hari ini saya nak kongsi kebaikan aloe vera. 
Seperti mana yang kita tahu, aloe vera telah digunakan sejak beribu zaman dahulu lagi. Khasiatnya yang unik membuatkan ianya masih digunakan sehingga kini. Alhamdulillah, dengan teknologi yang ada kita boleh mengoptimumkan penggunaan aloe vera untuk dalaman dan luaran.


Kebaikan Aloe Vera

Apa yang membuatkan  rangkaian produk Forever begitu unik adalah bahan utama khas kami: gel aloe vera tulen yang distabilkan 100%. Bahan semulajadi ini diekstrak  dengan teliti daripada tumbuhan aloe yang ditanam di ladang-ladang milik persendirian kami.

Produk kami dibuat dengan pengekstrakan gel daun dalaman . Kami kemudiannya meneliti bahan-bahan tambahan lain bagi menghasilkan produk penjagaan kulit dan produk pemakanan yang berkualiti tinggi.

Aloe vera begitu serba guna; ia juga boleh diambil sebagai minuman, untuk membolehkan anda menjaga badan anda dari dalaman dan luaran. Kepelbagaian gel minuman Forever menggabungkan kuasa semulajadi aloe vera dengan bahan-bahan lain yang sesuai untuk keperluan anda. Gel manakah yang anda akan pilih?


Forever Aloe Vera Gel

Gel aloe vera yang distabilkan dalam bentuk minuman. Produk terlaris ini adalah hampir sama dengan jus tumbuhan semula jadi dan mengandungi lebih dari 200 jenis sebatian. Ia adalah sumber yang kaya dengan nutrien yang menyediakan makanan tambahan yang sempurna untuk diet yang seimbang. Ia juga membantu untuk menyokong sistem imun dan menyokong metabolisme badan.

Forever Aloe Berry Nectar

Nikmati manfaat minuman Aloe Vera Gel yang asli, ditambah pula dengan campuran manis epal segar dan jus kranberi. Gel yang lazat ini menjadi pilihan yang baik untuk wanita. Kandungan antioksidan yang tinggi sesuai diambil untuk mereka yang inginkan awet muda kerana antioksida membantu menghapuskan radikal bebas.

Forever Bits N’ Peaches

Forever Bits N’ Peaches menggabungkan khasiat aloe vera dengan ketulan buah pic yang masak. Minuman semulajadi ini adalah sesuai untuk seisi keluarga terutama sekali kanak-kanak. Kanak-kanak yang sembelit sesuai diambil Aloe Bit N' Peaches ni. Rasa manis semulajadi menjadikan anak-anak sukakanya.

Forever Freedom*

Dengan semua nutrien Aloe Vera Gel yang digabungkan dengan glukosamina, kondroitin dan MSM, minuman lazat berperisa oren ini adalah sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah pergerakan. Ia juga merupakan sokongan pemakanan bagi mereka yang aktif dalam sukan.

*Didapati di Singapura sahaja (boleh dibeli menggunakan ID anda)

Nak cuba? Boleh hubungi Daya Ratu Aloe Vera di 012-6891597



No comments:

Post a Comment