Monday, October 24, 2016

10 Fakta Tentang Aloe Vera dari Forever Living

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia.

Ada orang tanya apa beza kalau saya makan aloe vera yang saya tanam dengan aloe vera dari Forever Living?

Sudah semestinya ada beza. Aloe vera yang ditanam oleh Syarikat Forever Living adalah sangat dijaga dari segi kualitinya. Jom kita periksa, apa yang membezakannya.

1. Aloe Vera Gel Forever adalah salah satu yang paling tulen yang terdapat di pasaran, tanpa pempasteuran, pengeringan beku dan pemanasan. Ketulenan Aloe Vera Forever mendapat mengiktirafan daripada International Aloe Science Council.

2. Untuk memastikan kualiti yang tinggi, Forever memiliki perladangan Aloe, membekalkan satu pendapatan bagi petani tempatan.


3. Dengan lebih dari 50 juta pokok Aloe Vera, perladangan Forever membersihkan DUA JUTA TAN CO2 setiap tahun.

4. Ditanam secara organik. Kambing dan biri-biri digunakan untuk mengawal pertumbuhan rumpai secara semulajadi dan mengelakkan racun perosak kimia dan racun rumpai. Mendapat pengiktiran 

Kosher bahawa produk Aloe Vera Gel Forever adalah 100% organik.

5. Hanya terdiri daripada spesis aloe yang terbaik - Aloe Barbadensis Miller. Tumbuhan dituai secaramanual. Hanya 100% gel daun dalaman digunakan, dan helaian daun yang sihat dipilih dan dihiris dengan tangan.


6. Daun yang dituai akan diangkut dalam tempoh 3 jam ke pusat pemprosesan yang terletak di kawasan yang sama.



7. Daun Aloe dicuci dan dihiris untuk membuang getah / aloin yang tidak dikehendaki. Hanya menggunakan gel yang terkandung dalam daun Aloe, dan bukannya bahagian-bahagian lain. 

8. Produk ini tidak ditapis. Gel Aloe Vera akan kekal segar didalam botol dengan kaedah penstabilan yang telah dipatenkan.

9. Ia melalui proses penstabilan sejuk, di mana tiada haba panas berlebihan digunakan. Semua bahan-bahan penstabil dan antioksidan terdiri daripada sumber-sumber semulajadi. Kawalan penuh ke atas kualiti produk di setiap peringkat, iaitu daripada tanaman kepada produk.

10. Sijil Pengesahan Halal Persatuan Islam IFANCA. Diiktiraf untuk digunakan di pasaran Global. 



No comments:

Post a Comment