Assaalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!
Saya sangat teruja dengan isi kandungan buku Say No To Diabetes hasil tulisan Patrick Holford tentang 10 cara untuk "reverse" kencing manis sepenuhnya!
Saya teruja kerana saya pernah berfikiran penyakit kencing manis tidak akan boleh sembuh.
Sebenarnya fikiran begitu adalah tidak benar.
Saya ada terbaca banyak kisah yang menyayat hati tentang penderitaan pesakit kencing manis sebelum ini. Ada yang kena potong kaki, ada yang dapat penyakit berangkai, ada yang mengalami sakit buah pinggang akibat terlalu bergantung pada ubat dan lain-lain. Amat menyedihkan.
Saya tahu ramai orang di luar sana terseksa dengan penyakit ini.
Namun, tahukah anda penyakit kencing manis boleh sembuh sepenuhnya jika anda betul-betul tahu "resepi"nya?
Mengikut satu kajian (case study) yang diterbitkan di Norwegian Journal of Medicine, seorang jururawat bernama Hannemor telah berjaya mencapai kawalan gula dalam darah yang normal tanpa memerlukan ubatan-ubatan setelah diberi rawatan alternatif oleh Dr Fedon Lindberg. Dr Fedon meletakkan beliau pada diet rendah glisemik yang ketat, senaman dan pemakanan supplemen.
Akhirnya beliau, tidak lagi bergantung pada insulin dan mempunyai gula dalam darah yang normal.
Ini membuktikan dengan mengubah gaya hidup, penyakit kencing manis boleh sembuh.
Namun, apa yang penting, anda perlu mengikuti langkah-langkah penting. Bukan semberono kerana kesannya berbeza!
Saya ingin kongsikan 10 langkah yang sangat penting untuk sembuh dari penyakit kencing manis yang dicadangkan oleh pakar nutrisi yang telah berjaya membantu ribuan pesakit ke arah bebas kencing manis.
Teruskan membaca jika anda mahu BEBAS dari penyakit kencing manis.
1. Mengambil Makanan Yang Rendah Glisemik (RG)
Pengambilan "refined carbohydrates" (RC) yang tinggi antara penyebab terjadinya peningkatan berat badan dan kenaikan paras gula dalam darah. Pengambilan RC yang banyak dinamakan diet glisemik tinggi (TG).
"Refined carbohydrate" adalah sumber makanan yang karbohidratnya telah diproses atau bertapis. Kandungan akhir dari karbohidrat bertapis ini hanyalah kanji. Jika pemakanan kita dipenuhi dengan RC, ini bermaksud kita menjalankan diet glisemik tinggi kerana kebanyak makanan yang mempunyai karbohidrat bertapis mempunyai glisemik indeks yang tinggi.
Sebaliknya, diet rendah glisemik tidak menyebabkan gula dalam darah naik mendadak tetapi ia mampu mengekalkan kadar gula menjadi kekal. Terdapat 2 cara untuk mengamalkan diet rendah glisemik.
1. Mengambil sedikit karbohidrat + protien
2. Mengambil karbohidrat yang mempunyai glisemik rendah sahaja. Selalunya karbohidrat yang mempunyai glisemik rendah akan melepaskan gula secara perlahan-lahan ke dalam badan. Saya akan terangkan dengan lebih jelas diet rendah glisemik pada entry akan datang.
2. Makan Makanan Yang Mempunyai Kadar Serat Larut (Soluble Fibre) Yang Tinggi
Antara kebaikan mengambil makanan yang mempunyai karbohidrat berglisemik rendah seperti oat, kekacang seperti kacang kuda adalah kerana ia mempunyai serat larut yang semulajadi tinggi.
Mengambil makanan yang mempunyai kadar serat larut yang tinggi bukan sahaja memberi kesan yang luar biasa dalam menstabilkan tahap gula dalam darah, tetapi ia juga membantu untuk menghapuskan kolesterol yang berlebihan dan lemak serta dapat menurunkan tahap trigliserida dalam darah.
3. Amalkan pemakanan yang boleh membantu insulin untuk lebih berfungsi
Langkah 1 dan 2 akan menyebabkan penghasilan insulin yang kurang, namun perkara yang penting juga adalah bagaimana untuk meningkatkan sensitiviti terhadap insulin, jadi insulin dapat bekerja dengan lebih baik. Antara pembantu insulin adalah mineral yang dipanggil kromium dan juga serbuk kayu manis. Kedua-dua bahan ini amat membantu untuk menjadikan insulin bekerja dengan lebih baik.
4. Meningkatkan pengambilan minyak Omega 3 serta lemak monotaktepu dan mengurangkan omega-6 serta lemak tepu dan elak terus lemak trans.
Salah satu sebab utama mengapa sindrom metabolik (kesan buruk diabetes), rintangan insulin (kesan buruk diabetes) dan diabetes menyebabkan gejala yang tidak baik pada penyakit adalah kerana ia boleh "switch" atau tukar seluruh sistem kita terhadap keradangan. Simptom keradangan yang sering dialami oleh pesakit kencing manis ialah anggota badan mudah menjadi kemerahan atau bengkak.
Apa yang membimbangkan kesan keradangan ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain dan lagi teruk ia adalah tersembunyi, seperti "arteri inflammed", yang akhirnya membawa kepada serangan jantung.
Mengurangkan keradangan adalah amat penting, kerana ia membantu kita keluar dari kitaran ganas sindrom metablic.
Daging dan produk tenusu seperti keju mempunyai lemak tepu yang tinggi dan pengambilan makanan jenis ini cenderung untuk meningkatkan keradangan dan memburukkan lagi keadaan.
Antara makanan yang bersifat anti radang semulajadi adalah kunyit dan buah zaitun. Kekacang mempunyai sterol yang tinggi yang membantu untuk mengurangkan keradangan dan membantu paras kolestrol menjadi normal.
Salah satu langkah untuk mengukur tahap keradangan adalah dengan melakukankan ujian C-reactive protien (CRP) yang boleh diukur dari darah. Ideal skor untuk CRP adalah bawah 1.69mg/l. CRP yang tinggi menunjukkan ciri diabetes dan boleh dikaitkan dengan tahap insulin yang lebih tinggi dan hemoglobin terglikosilat.
5. Tingkatkan pengambilan antioksidan
Antioksidan membantu mengurangkan keradangan. Sayuran dan buah-buahan yang mempunyai warna yang intense mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi seperti blueberries dan brokoli.
Pengambilan makanan yang tinggi antioksidan perlu ditingkatkan. Banyak kajian menunjukkan bahan antioksidan boleh membantu untuk mengurangkan paras gula dalam darah.
6. Mengambil makanan yang "mesra" hati (liver)
Makanan yang mempunyai antioksidan yang tinggi seperti brokoli dan bawang merah adalah sangat penting kerana ia juga membantu untuk menyokong keupayaan hati untuk bekerja secara optimum. Hati perlu bekerja keras menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak. Hati yang tidak "aktif" dipanggil penyakit hati berlemak sering terjadi akibat komplikasi dari kencing manis.
Benar, hatilah paling terseksa sebenarnya, bukan pankreas. Kita perlu bantu hati kita untuk membalikkan proses-iaitu, membakar lemak dan BUKAN bina lemak atau kumpul lemak. Antara Makanan Yang sokongan hati ialah sayuran seperti brokoli, kubis, kale, selada air dan sawi.
Sebenarnya kita boleh mengukur keupayaan hati anda untuk memproses glukosa dengan mengambil ujian darah yang mudah dengan mengukur dua enzim dipanggil AST dan ALT.
Apabila hati kita mempunyai terlalu banyak lemak, enzim ini melimpah keluar ke dalam darah, jadi tahap enzim ini akan naik.
Kita juga boleh melakukannya untuk diri sendiri menggunakan kit ujian di rumah yang dipanggil LiverCheck. Jika skor anda adalah tinggi anda perlu mengikuti diet yang "mesra hati". Dan mengambil supplemen tertentu yang menyokong proses detoksifikasi hati ini. Ini kerana hati bukan sahaja bertanggungjawab untuk singkirkan lemak tetapi menyingkirkan mana-mana toksin dalam badan.
7. Buat senaman setiap hari
Senaman adalah satu kemestian jika anda mempunyai diabetes atau rintangan insulin. Kebaikan senaman adalah lebih daripada sekadar membakar kalori. Ia sebenarnya membantu merendahkan insulin, membantu untuk stabilkan tahap darah dan ia membantu anda untuk membakar lemak dan membina otot. Senaman yang menggunakan berat badan (weight-training) merupakan senaman yang membantu membina otot. Hal ini secara tidak langsung membuat badan anda lebih sensitif kepada insulin.
Paling mudah, anda hanya perlu bergerak selepas anda makan dalam sepuluh minit iaitu dengan berjalan pantas. Hal ini sebenarnya membantu glukosa daripada darah, masuk ke dalam sel-sel yang memerlukannya, seperti sel-sel otak dan otot. Pergerakan ringan selepas makan ini membantu anda "mengguna" balik kalori makanan yang telah diambil.
Sangat banyak senaman yang boleh dilakukan. Sebaiknya anda juga mempunyai jam tangan yang mempunyai "heart rate" dan "calori used" supaya dapat memantau jumlah kalori yang telah digunakan
8 Kurangkan stress dan tidur secukupnya
Tekanan atau stress terjadi bukan hanya disebabkan oleh perkara-perkara di luar diri anda, ia juga boleh disebabkan oleh perubahan gula dalam darah anda. Jika sel anda "kebuluran"gula atau jika tahap gula dalam darah terlalu rendah, badan anda akan menghasilkan hormon tekanan dipanggil kortisol.
Kesan dari stres, anda menjadi lebih cepat terganggu, cepat marah, cepat lapar dan mempunyai keinginan karbohidrat atau gula yang tinggi. Hal ini membuat anda menjadi lebih tertekan.
Jadi, dengan menstabilkan tahap gula dalam darah, anda akan berasa kurang tertekan dan anda akan peroleh tidur yang lebih baik.
9 Ubah apa yang anda minum dan cara anda minum
Peningkatan terbesar dalam pengambilan gula datang daripada minuman. Banyak minuman yang mengandungi tahap glukosa dan fruktosa yang tinggi. Jika anda mempunyai diabetes, anda perlu benar-benar berhati-hati apa yang anda minum.
Tiada apa-apa yang lebih baik untuk pesakit diabetes daripada air dan herba teh. Sedikit teh dan kopi tidak menjadi masalah tetapi anda perlu berhati-hati apa yang anda masukkan ke dalam dan apa yang anda makan bersamanya. Menggabungkan kopi dengan snek karbohidrat boleh menghantar gula ke dalam darah kali tahap tiga kali lebih tinggi. Ini kerana gabungan antara kopi dan makanan berkarbohidrat akan memberi kesan terhadap sensitiviti insulin.
Jika anda mempunyai habit suka menambah gula dan susu, kombinasi ini adalah sesuatu yang membahayakan. Susu sebenarnya membuatkan paras insulin menjadi tinggi, walaupun ia rendah karbohidrat.
10 Ambil supplemen setiap hari
Kita semua mungkin pernah dengar jika kita mengambil makanan yang seimbang kita akan dapat semua nutrisi yang kita perlukan. Sebenarnya perkara ini adalah TIDAK BENAR.
Pertama sekali, ada banyak nutrient yang kita tidak cukup untuk menampung keperluan kita dari makanan termasuk Vitamin C, D dan B12. Apa yang paling penting untuk memastikan untuk memaksimakan penyerapan ke dalam sistem tubuh kita.
Vitamin C dan B kompleks adalah penting untuk menukarkan gula kepada tenaga dan bukannya lemak.
Vitamin B6, B12 dan asid folik adalah penting untuk proses yang dipanggil metilasi (methylation). Ia penting untuk membuat insulin berfungsi sepenuhnya, dan juga neurotransmitter penting seperti adrenalin dan serotonin yang membuat anda bermotivasi dan dalam suasana yang baik.
Kekurangan Vitamin B ini menyebabkan tahap homocysteine menjadi tinggi dalam darah anda. Homocysteine (H) adalah asid amino yang terdapat secara semula jadi dalam darah. Tahap "skor H"-memberitahu kita bagaimana badan kita melaksanakan proses metilasi, Itulah sebabnya tahap "skor-H" anda adalah penting untuk statistik kesihatan.
Jika titik "skor H" anda adalah tinggi, anda memerlukan ketiga-tiga jenis vitamin B.
Jika proses metilasi tidak berjalan dengan baik dalam tubuh anda, ia akan meningkatkan homocysteine. Jadi anda perlu mengambil Vitamin B dan ia akan kembalikankan metabolism anda kepada normal.
Di German, mengambil ujian homocysteine adalah wajib. Skor H yang paling bagus adalah di bawah paras 7.Jika skor H anda lebih dari 7, ia menunjukkan anda kurang pengambilan Vitamin B.
Selain B Complex, terdapat beberapa supplement yang boleh bantu anda untuk mendapat paras gula yang normal seperti Vitamin C, Vitamin E, Zinc, Magnesium, Co-enzyme Q10, Resveratrol and anthocyanidins, milk thistle, gymnema sylvestre, alpha lipoic acid dan glutathione.
10 langkah ini lah yang perlu anda lakukan jika ingin kembali mendapat paras gula yang normal dan hidup tanpa dadah.
Jika dilihat satu per satu, langkah-langkah untuk "reverse" kencing manis ini memerlukan anda untuk mengubah cara makan dan kehidupan. Bukan mudah saya tahu, tapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Sudah beribu pesakit kencing manis mendapat paras gula darah yang normal dan tidak lagi bergantung pada ubat.
Mereka sudah, anda bila lagi?
Showing posts with label Akibat Kencing Manis. Show all posts
Showing posts with label Akibat Kencing Manis. Show all posts
Sunday, December 14, 2014
Thursday, December 11, 2014
Bahaya Ubat Diabetes/Kencing Manis dan Darah Tinggi
Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia.
Pengambilan ubat diabetes dan darah tinggi untuk tempoh terlalu lama boleh menyebabkan risiko yang lain.
Hari ini saya nak kongsikan pengalaman seorang blogger Cikgu Hairul tentang bapa saudara yang menghadapi kencing manis dan kesan pengambilan ubat terhadap tubuh bapa saudaranya. Cerita ini boleh diambil sebagai pengajaran.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Penyakit paling ditakuti abad ini ialah penyakit tiga serangkai. Darah tinggi, diabetes dan sakit jantung. Semua penyakit tu datang dari Allah asbab cara hidup kita. Seringkali di usia muda, kita tidak terlalu mengambil berat tentang kesihatan. Bila umur mencecah 30-an pelbagai penyakit mula menjenguk.
Saya bukan nak jual insurans. Ayat mukadimah macam orang nak jual insurans je kan.. hehehe. Dah banyak kali terdengar ceramah percuma dari ejen insuran guna ayat macam tu. Tapi jangan risau. Saya tak jual insurans, cuma nak cerita apa yang salah seorang ahli keluarga saya alami.
Hujung minggu lepas saya melawat pak sedara yang dikatakan sakit. Memang sebelum ni dia dah berulang alik masuk hospital akibat kencing manis dan darah tinggi. Nasib baik sakit jantung tak ada. Jadi khabar berita sedih dan lain macam sakitnya kali ni membuatkan kami sekeluarga datang ziarah.
Keadaannya sangat menyedihkan kami. Seluruh badannya bengkak. Bila bercakap sepatah dua, mula tercungap-cungap kepenatan. Mengikut ceritanya dia jadi macam tu sebab kedua-dua ginjalnya telah rosak dan tidak dapat mencuci darah. Badannya yang bengkak adalah akibat dari bahan yang dimakan tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna. Manakala bila cakap cepat penat tu sebabnya dia betul-betul mengawal pemakanan sehingga tidak mengambil sedikit pun nasi dan manisan. Takut diabetisnya menyerang katanya. Akibatnya badannya tak ada tenaga.
Paling menyedihkan, dia juga hilang kenikmatan tidur. Baring pun tak boleh, menyandar pun tak selesa. Senang cerita duduk, baring dan berdiri akan mengakibatkan dia penat. Kadang-kadang tu pengsan tiba-tiba. Apa pun tak boleh.
Setelah dia cerita satu persatu, penyakit ini bermula lama dulu dah. Diabetis dan darah tingginya dikesan seawal umur 40-an. Sejak itu, ubat yang doktor bekalkan diambil secara tetap tanpa gagal. Bila masuk usia pencen, ginjal mula mengalami kerosakkan teruk. Saluran kencing juga tersumbat. Kebergantungan kepada ubat kencing manis dan darah tinggi memberi kesan besar dalam kehidupannya.
Sekarang, dia hanya menunggu pembedahan untuk pemasangan alat yang membolehkan dia mencuci darahnya setiap minggu. Walau bagaimanapun, hospital kerajaan memerlukan masa yang lama untuk menunggu. Sedangkan darah dalam badannya perlu dicuci untuk mengelakkan bengkak badannya menjadi semakin parah. Hospital swasta juga tidak berani menjalankan pembedahan berisiko tersebut. Kami dalam kebuntuan….
Insaf.
Sebagai anak sedara, tiada daya usaha yang mampu saya lakukan kecuali berdoa semoga pakcik selamat dan dikurniakan ketabahan. Di samping itu perkara ini perlu dijadikan pengajaran supaya menjaga kesihatan sebaik-baiknya agar tragedi seperti ini tidak menimpa kita satu hari nanti.
Mungkin anda ada cerita di sebalik penggunaan ubat diabetis dan darah tinggi yang boleh dikongsikan bersama. Saya bukanlah pakar dalam membuat analisa penggunaan sesuatu ubat-ubatan. Tetapi berdasarkan kepada pemerhatian dua-tiga orang yang pernah saya dengar ceritanya, itulah yang diperkatakan.
Perhatian kepada penghidap diabetes
Untuk nasihat yang lebih profesional berdasarkan ilmu, jumpalah doktor pakar. Saya cuma kongsikan akibat penggunaan ubat diabetis dan darah tinggi berdasarkan pengalaman orang-orang terdekat dengan saya. Bukan kongsi berdasarkan kepada ilmu perubatan.
.......................................................................................................................................................
Betul ubat sangat diperlukan untuk merawat kesakitan namun ubat bukanlah jalan terbaik untuk mencegah
penyakit diabetes ini.
Friday, November 21, 2014
Risiko Kencing Manis Yang Buat Anda Tak Senang Hidup
Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!
Semalam saya sempat menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Antara topik yang menarik perhatian saya ialah kesan buruk terhadap penglihatan kepada pesakit kencing manis. Sebenarnya banyak sangat risiko kencing manis yang berbahaya pada tubuh.
Sejak saya mula membaca buku Say No To Diabetes hasil tulisan Patrick Holford, saya mahu mengetahui lebih lanjut tentang penyakit kencing manis sebab penyakit ini bukan lagi hanya penyakit tetapi ia satu penyakit yang semakin menular atau boleh dipanggil epidemic dieseas.
Apa yang lebih memeranjatkan saya, mengikut Doktor yang memberi penerangan tentang kesan penglihatan terhadap pesakit kencing manis, kini, sebanyak 3.5 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah kencing manis!!
Ini menjadikan Malaysia sebagai tempat PERTAMA di Asia Tenggara yang mempunyai pesakit kencing manis paling ramai dan tempat ke EMPAT di Asia!
Allahu akhbar...Terlalu ramai yang terseksa dengan penyakit ini sebenarnya.
Sebenarnya, terlalu banyak risiko atau kesan berbahaya jika penyakit kencing manis ini tidak diubati. Terlalu banyak dan ianya terlalu seksa untuk dihadapi.
Di sini saya kongsikan risiko dan kesan kencing manis terhadap kesihatan para pesakit kencing manis.
We just have one short life and let make it to the fullest!
Semalam saya sempat menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Antara topik yang menarik perhatian saya ialah kesan buruk terhadap penglihatan kepada pesakit kencing manis. Sebenarnya banyak sangat risiko kencing manis yang berbahaya pada tubuh.
Sejak saya mula membaca buku Say No To Diabetes hasil tulisan Patrick Holford, saya mahu mengetahui lebih lanjut tentang penyakit kencing manis sebab penyakit ini bukan lagi hanya penyakit tetapi ia satu penyakit yang semakin menular atau boleh dipanggil epidemic dieseas.
Apa yang lebih memeranjatkan saya, mengikut Doktor yang memberi penerangan tentang kesan penglihatan terhadap pesakit kencing manis, kini, sebanyak 3.5 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah kencing manis!!
Ini menjadikan Malaysia sebagai tempat PERTAMA di Asia Tenggara yang mempunyai pesakit kencing manis paling ramai dan tempat ke EMPAT di Asia!
Allahu akhbar...Terlalu ramai yang terseksa dengan penyakit ini sebenarnya.
Sebenarnya, terlalu banyak risiko atau kesan berbahaya jika penyakit kencing manis ini tidak diubati. Terlalu banyak dan ianya terlalu seksa untuk dihadapi.
Di sini saya kongsikan risiko dan kesan kencing manis terhadap kesihatan para pesakit kencing manis.
We just have one short life and let make it to the fullest!
Kesan dan Risiko Kencing Manis
Paras gula dalam darah yang tidak terkawal untuk jangka masa
yang panjang, boleh mengakibatkan kesan-kesan (komplikasi) akibat kencing manis
(diabetes). Komplikasi ini terbahagi kepada dua iaitu kesan kepada salur darah
yang besar (macrovascular) dan kesan kepada salur darah yang kecil
(microvascular).
Kesan kepada salur darah yang besar (macrovascular complication)
:
- Serangan jantung
- Halangan kepada laluan pembuluh salur darah (arteri) di kaki
- Lumpuh (stroke) – samada sepenuhnya (tidak boleh berjalan, bercakap atau makan) atau lumpuh separuh badan
Kesan kepada salur darah yang kecil (microvascular
complication):
- Kegagalan fungsi buah pinggang. Jika kegagalan kedua-dua fungsi buah pinggang adalah sepenuhnya, pesakit tersebut memerlukan dialysis.
- Mata yang kabur dan buta. Tiada jalan untuk sembuh daripada buta disebabkan oleh kencing manis (diabetes).
- Saraf yang kurang rangsangan (terutamanya di bahagian hujung tangan dan kaki). Pesakit biasa akan merasa kebas pada hujung kaki dan tangan. Dia juga mungkin kurang deria rasa (sakit/ panas) pada kaki dan tangan. Oleh itu, mereka kadangkala tidak perasan dan tidak sedar jika terpijak benda tajam atau berdiri di atas permukaan yang terlalu panas. Ini akan menyebabkan mereka mendapat luka yang tidak disedari di tapak kaki.
- Boleh juga mengakibatkan mati pucuk.
Kesan-kesan lain:
- Jangkitan kulat pada kulit. Biasanya terjadi kepada mereka yang mempunyai resistant terhadap insulin dan orang yang obese.
- Mudah mendapatkan apa jua jenis jangkitan termasuk jangkitan paru-paru.
- Jangkitan dan ulcer pada kaki. Disebabkan saraf yang kurang rangsangan, mereka mudah mendapat luka di kaki. Jika paras gula sentiasa tinggi di dalam darah, luka sudah pasti sukar untuk sembuh. Luka yang tidak sembuh disertai dengan jangkitan dan paras gula yang tinggi, menyebabkan jangkitan mudah untuk merebak. Apabila jangkitan merebak ke tulang di bahagian kaki, ini akan menyebabkan kaki dipotong untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke bahagian lain dalam badan.
Jika kita lihat kesan-kesan ini semua adalah sangat teruk.
Mata buta, lumpuh, kaki dipotong dan buah pinggang gagal berfungsi sehingga
menyebabkan dialysis adalah perkara yang kita sama sekali tidak mahu terjadi
kepada diri sendiri mahupun ahli keluarga yang lain. Oleh itu, bermula daripada
sekarang, pilihlah untuk mencegah diabetes. Jika anda sudah pun mempunyai
diabetes, pilihlah untuk mengawalnya dengan bijak. Buat pilihan yang bijak,
pilih untuk sihat tanpa perlu ada komplikasi diabetes.
Cegah sebelum parah!
Subscribe to:
Posts (Atom)


