Monday, April 20, 2015

Atasi Rambut Gugur Selepas Bersalin Dengan Produk Shaklee

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!

Ramai ibu-ibu yang mengalami rambut gugur yang teruk selepas bersalin. Hati tak tenang apabila setiap hari lantai di rumah atau di bilik air penuh rambut. Mana tak nya, selepas bersalin selalunya, ibu akan kehilangan 100 helai rambut sehari. Aduh, banyaknya. Rambut menjadi nipis dan kulit kepala pun boleh nampak. 

Mengikut majalah PaMa, ada 9 perkara yang ibu-ibu perlu tahu, mengapa hal ini terjadi.


1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, ibu tidak perlu panik kerana ibu tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, 5-15 % dari lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut  berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika ibu menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa mama perlu lakukan?

Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

Kurangkan Rambut Gugur Dengan Shaklee


Terdapat 2 cara untuk mengurangkan risiko rambut gugur menggunakan produk Shaklee.

1. Menambah nutrisi yang penting ke dalam pemakanan harian. Energyzing Soy Protien dan Zinc Complex membantu untuk menguatkan rambut.

2. Menggunakan rangkaian shampoo untuk rambut gugur khas dari Shaklee. Set rambut Prosante mampu mengurangkan rambut gugur.



Testimonial Set Atasi Rambut Gugur Menggunakan Shaklee





 Bertindak sekarang wahai ibu. Jangan biarkan dirimu diperli suami akibat rambut hampir botak seperti Gollum dalam cerita The Lord Of The Ring. Sila hubungi saya Daya di 012- 6891597. InsyaAllah saya boleh share pengalaman saya menggunkan shampoo ini dan supplement ESP dan zinc.




Tuesday, April 14, 2015

Pengedar Shaklee di Pulau Pinang

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia :)

Alhamdulillah, kini ramai yang berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan terjun dalam bisnes Shaklee. Ramai yang kini sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan.

Saya ingin perkenalkan pengedar Shaklee di bawah Ultimate Victory Family.
Jika anda berada di Pulau Pinang dan mahu COD or mahu produk secepat mungkin, boleh hubungi pengedar Shaklee di bawah.






                     
                           Puan Rozita Ibrahim (ID Shaklee : 1064504)
                                      No. Tel: 010-2324186

COD : Masjid Negeri, Georgetown, SMKA Al Mashoor, Air Hitam, Farlim
Blog: http://ummualfarhaini.blogspot.com





Salmiah Md Zain (ID Shaklee : 1081104)
No. Tel: 012-9283726
COD : USM, Sungai Dua, Sungai Nibong, Batu Uban, Bukit Gambir, Bukit Jambul, Queensbay