Tuesday, October 21, 2014

Cara Mudah Buang Angin Dalam Badan

Sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin dan pernah bersalin, saya dapati badan sering masuk angin. Kesan dari banyak angin dalam badan ini menyebabkan rasa lesu, letih, kebas, lenguh, selalu mengantuk, sukar bernafas, perut berangin, badan rasa tidak selesa, sakit kepala dan selalu moody.
Memang tidak dapat dinafi, bila angin serang satu badan rasa tidak selesa, rasa bloating. Memang rasa sangat tak selesa. Sebenarnya, apa punca angin masuk dalam badan ni?

Kewujudan gas dalam badan kita sebenarnya datang dari sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar). Gas ini berpunca dari udara yang kita sedut dan gas dari bakteria yang duduk dalam usus besar. Gas yang terdapat dalam usus ini terhasil apabila sesetengah makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik. Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dikoksida, hidroegn dan metana. Kentut atau gas yang berbau adalah disebabkan gas yang menagndungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bacteria yang sememangnya ada dalam usus besar.

Makanan juga boleh menyebabkan badan berangin. Antaranya:

  • kekacang seperti kacang hijau,
  • Timun
  • keladi
  • kentang
  • kacal dal
  • pulut
  • betik 
  • kobis
  • tehdan kopi
  • nangka
  • cempedak
  • kangkung
  • labu

Sebenarnya, banyak cara untuk buang angin dalam badan Contohnya dengan minum air halia dan bunga cengkih. Serta air bawang putih. Namun, tidak ramai yang tahan bau bawang putih dan halia.

Antara cara mudah untuk buang angin adalah dengan pengambilan Peppermint-Ginger Plus Shaklee.

Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur ini boleh membantu merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.


Manfaat Utama Peppermint-Ginger Plus

Daun Pudina
Pudina bantu melegakan otot peurt, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit birit. Selain itu, ia melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi. Pudina meransang mengeluarkan peluh, oleh itu ia meyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

Halia
Halia meransang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia adalah berkesan sebagai penawar untuk mabuk laut. 

Pokok Adas (Fennal) 
Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia mnelegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi dalam saluran usus.

Cekur Manis (Anise)
Ia digunakan oleh orang-oran Mesir Purba. Ia mmebantu melegakan pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang meyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembab, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

Cadangan pemakanan:

Membantu penghadaman: 3 biji selepas makan
Mencuci usus dan perut : Larutkan 3 biji Peppermint Ginger dan 10 biji alfalfa di dalam air panas suam untuk diminum

Merawat sakit gastrik, nausea, batuk: 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba

Kelegaan tekak dan batuk : Hisap 2 biji



cepat grab!!

hanya RM 45 untuk 90 biji

Sila hubungi,

Daya 012-6891597




Tuesday, October 14, 2014

Senaman Untuk Ibu Hamil

Mengapakah senaman disyorkan semasa hamil?

Senaman menghasilkan pelbagai perkara baik bagi anda semasa mengandung. Ia membantu mempersiapkan anda untuk bersalin dengan memperkukuhkan otot-otot anda, membina ketahanan, serta memudahkan anda kembali semula ke bentuk badan asal sebaik sahaja bayi itu dilahirkan. 

Mengekalkan kehidupan aktif semasa mengandung tidak semestinya bermakna anda bertujuan membakar kalori. Badan anda mengeluarkan hormon bergelar relaxin semasa mengandung yang melonggarkan sendi anda sebagai persediaan untuk bersalin, jadi anda perlu berhati-hati dengan pilihan senaman dan memberi perhatian kepada teknik senaman. Adalah penting untuk mencari senaman-senaman yang tidak akan mencederakan anda atau membahayakan bayi. 

Senaman apakah yang terbaik bagi saya?

Senaman yang ideal akan mengepam jantung anda, membuat badan lebih mudah dilentur, menjaga berat badan daripada bertambah, dan menyediakan otot untuk bekerja keras semasa proses bersalin dan kelahiran - tanpa menyebabkan sebarang tekanan fizikal kepada anda atau bayi anda. 

Pelbagai aktiviti seperti berlari dan angkat berat yang ringan tidak merbahaya pada peringkat awal, tetapi anda mungkin perlu mengubah rejim anda apabila anda lebih sarat mengandung. Lebih baik jika anda mengelakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mendedahkan anda kepada risiko tergelincir dan terjatuh, seperti berbasikal, menggunakan sepatu roda, menunggang kuda dan bermain ski, walaupun pernah terjadi di mana orang-orang yang terlibat dalam sukan kompetitif seperti itu, akan terus berlatih walaupun sarat mengandung. 

Senaman berikut adalah agak selamat untuk ibu-ibu mengandung, walaupun ada di antaranya mungkin tidak sesuai buat anda dalam bulan-bulan terakhir kehamilan. Untuk selamat rujuklah kepada doktor anda sebelum memulakan salah satu aktiviti ini. 

Sebagai salah satu senaman kardiovaskular terbaik untuk wanita hamil, berjalan mengekalkan kecergasan anda tanpa mencederakan lutut dan pergelangan kaki anda. Ia adalah selamat sepanjang sembilan bulan kehamilan dan mudah dimasukkan ke dalam jadual harian anda. 

Pakar-pakar kesihatan dan kecergasan menganggap renang sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita mengandung. Renang adalah ideal sebab ia menggerakkan kedua-dua kumpulan otot besar (lengan dan kaki), menyediakan manfaat kardiovaskular yang baik, dan membuatkan wanita hamil berasa badannya ringan walaupun badan telah berat akibat kehamilan. 

Kelas senaman air 

Ramai wanita mendapati kelas senaman air semasa mengandung menyeronokkan. Bersenam sambil berdiri di dalam air adalah lembut buat sendi dan boleh membantu mengurangkan bengkak di kaki, yang merupakan perkara biasa lewat dalam kehamilan. Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mencari kelas sebegini di Malaysia, jadi anda mungkin tiada pilihan selain berenang beberapa pusingan di kolam terdekat. 

Yoga dan regangan dapat membantu mengekalkan kekencangan otot dan membuat anda fleksibel tanpa apa-apa kesan buruk ke atas sendi anda. 
Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu menambah rejim yoga dengan berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung anda bekerja dengan baik. Berhati-hatilah supaya tidak keterlaluan dalam membuat senaman regangan. Anda akan menjadi lebih lentur akibat kesan hormon relaxin, yang menyebabkan ligamen anda lebih elastik. Jangan terlalu lama mengekalkan mana-mana regangan atau cuba untuk membangunkan fleksibiliti anda secara keterlaluan. 


                                                           source : Google

Pilates adalah satu bentuk senaman yang menggabungkan latihan fleksibilti dan kekuatan dengan kesedaran tubuh badan, serta pernafasan dan relaksasi. Senaman ini berdasarkan pola gerakan tertentu yang dilakukan dengan perut dan otot lantai pelvis - dikenali dalam Pilates sebagai "teras stabil" atau asas. Otot ini juga dikenali sebagai otot penstabilan dalam. Sebab Pilates mensasarkan perut dan lantai otot pelvik dan sememangnya otot-otot ini boleh menjadi lemah semasa mengandung, senaman Pilates boleh menmanfaatkan. 
Banyak senaman Pilates dilaksanakan dalam posisi "tangan dan lutut", dan ini adalah kedudukan yang ideal semasa mengandung. Ia membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang dan pelvis anda pada peringkat akhir kehamilan anda dan boleh membantu meletakkan bayi anda ke dalam posisi baik untuk bersalin. 

Jika senaman angkat berat sudah menjadi sebahagian daripada senaman anda, tidak ada sebab untuk anda berhenti, walaupun anda perlu mengelakkan mengguna besi yang terlalu berat dan melakukan postur tertentu. 
Jika anda mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan mempunyai teknik yang baik, senaman berat badan adalah cara yang baik untuk mengencangkan dan menguatkan otot-otot anda. 
Elakkan panas badan yang keterlaluan juga keletihan, dan kurangkan aktiviti ini apabila kehamilan berlanjutan. 

Tarian 
Jantung anda boleh dapat mengepam dengan baik jika anda menari menggunakan muzik latar kegemaran anda dalam keselesaan dan privasi ruang tamu anda, tetapi elakkan pergerakan yang memerlukan anda berlonjak, melompat, memutar atau menggoyangkan punggung anda. Teknik adalah penting. Elakkan pertukaran hala secara tiba-tiba. 
Jika anda menyertai kelas tarian, anda boleh lupakan segala-segalanya buat sementara dengan muzik, di samping kekal cergas, dan bertemu dengan orang lain. 

Aerobik berimpak rendah dan Fitball 
Satu perkara yang baik mengenai kelas aerobik adalah bahawa ia merupakan satu tempoh masa di mana anda tahu anda akan bersenaman dengan baik. 
Jika anda menyertai kelas khusus untuk wanita hamil, anda boleh menikmati keakraban berdamping dengan orang-orang sama seperti anda, dan mendapat keyakinan bahawa setiap pergerakan terjamin selamat untuk anda dan bayi. 

kesimpulannya, walaupun hamil ...jangan lupa untuk bersenam


Cara Nak Turun Berat Selepas Bersalin

Assalamualaikum WBT,

Siapa kenal Diane Sera? Personal Trainer yang kecil molek tapi strong babe!
hehe...

Saya pernah ikuti program Bakar Lemak Boot Camp under Diane Sera pada bulan Jun 2014 yang lalu. Best sangat progam tu. Bakar Lemak Boot Camp ni bukan program nak kuruskan badan tapi ia lebih kepada fitness dan strength.

Antara aktiviti yang kami lakukan ialah angkat kayu balak dan squat, angkat air bergelen-gelen, flip tayar besar dalam 80 kg, tarik rantai besi....

Fuh....penat tapi memang bestttttt!!!!

Bagi saya Diane Sera sangat berpengalaman dalam bidang fitness. Beliau ada fan page di Facebook. Boleh follow di sini, Fan Page Diane Sera.

Banyak yang saya belajar dari beliau tentang fitness dan strength.



Banyak sangat tips-tips yang Diane share di page beliau. Beliau kini tengah hamil!!

Since saya tengah pregnant juga sekarang, satu topik yang menarik dalam page beliau ialah cara nak turun berat badan selepas bersalin...

Saya telah bersalin dua kali..memang berat akan turun betul-betul lepas bersalin, tapi lepas pantang..aduh...selera naik beb...sadis betul...yang tak tahan nya saya kuat makan time pantang sebab mak masak sedap.

Untuk kehamilan ke tiga ni, saya nak betuk-betul ikut nasihat Diane Sera.



1. Jangan makan merapu waktu preggy! 
Kekalkan clean or healthy diet supaya bodyfat % tidak naik terlalu mendadak dan lemak yang membiak dalam badan bukanlah hasil dari sumber lemak tepu sekiranya anda jaga pemakanan.

2. Teruskan bersenam
Teruskan bersenam sejak sebelum preggy, di awal trimester, pertengahan trimester, akhir trimester dan selepas bersalin. Setiap fasa mempunyai senaman yang bersesuaian mengikut keadaan preggy mommy.

3. Stay active & positive! 

Waktu hormon tak stabil macam ni, preggy mommies mmg sensitif dan mudah stress. Jadi belajar berfikiran positif dan belajar teknik pernafasan yang betul bagi membantu pengaliran darah dalam badan dan otak. Jangan duduk terperap satu tempat. Banyakkan bergerak dan bersosial dengan keluarga dan kawan2. Rajin2kan diri menyertai kelas2 senaman untuk ibu mengandung atau penuhi waktu terluang dengan aktiviti yang menyeronokkan anda. Ini membantu anda menjadi lebih ceria dan tidak murung.

4. Rehat mesti cukup

Pastikan rehat anda cukup paling kurang 8jam dalam sehari. Belajar tidur dalam posisi mengiring ke kiri, mengalas kaki dan perut dengan bantal, meninggikan sedikit posisi kaki dan tidur dalam bilik yang gelap. Suhu bilik hendaklah berada dalam keadaan yang bersesuaian dengan preggy mommies. 

5. Jaga pemakanan

Pastikan dalam waktu berpantang, jaga betul2 pemakanan anda. Lakukan juga senaman ringan untuk orang berpantang. Anda digalakkan menyertakan sekali jamu atau ubat tradisi di dalam diet pantang anda SELEPAS anda bersalin dan tidak menyusukan anak lagi.

6. Breastfeeding! 

Breastfeeding! Breastfeeding!
Ia mampu membakar kalori anda dengan lebih cepat!

Menghadapi waktu bersalin ibarat anda akan menghadapi pertandingan marathon. Hanya mereka yang membuat persediaan awal seperti menjaga pemakanan, bersenam rehat cukup dan menjaga kestabilan mental emosi mampu berjaya menghadapi dengan jaya. Dengan persediaan sebegini juga memastikan kandungan anda berada dalam keadaan yang sihat. Bila ibu sihat, perkara yang tidak di ingini seperti pembedahan cesear atau bayi pra matang, dapat di elakkan. Sekiranya anda melalui proses bersalin secara normal, ia membantu anda menjimatkan masa dalam menurunkan berat badan sepanjang berpantang..

Jangan malas untuk jaga makan dan bersenam! Mulakan penjagaan dari anak pertama supaya proses penurunan berat badan tidak menjadi rumit pada pregnancy akan dtg. Ingat, mengandung bukan alasan untuk tidak menjaga makan atau tidak bersenam..


Ingat nak turun berat selepas bersalin, kena bermula sebelum hamil lagi...


Saturday, October 11, 2014

Set Slimming Shaklee Bantu Buang Berat Badan Berlebihan

Set Slimming Shaklee adalah antara produk yang paling banyak permintaan sepanjang saya mula berniaga produk Shaklee. Alhamdulillah :)Saya tidak nafikan ada yang berjaya turun sampai lebih 10 kg dan ada yang tidak berjaya...Apa bila saya kaji, individu yang berjaya turunkan berat adalah sangat berdisiplin dalam menjaga mengambilan kalori.

Makan Shaklee + Jaga makan + Senaman = Boleh kurusMakan Shaklee + Makan Tak Jaga = Tak akan kurus sampai bila-bila. Hihi...Kena faham konsep ini.Pengambilan kalori yang berlebihan adalah punca pengumpulan lemak. Ini kerana gula ringkas yang datang dari karbohidrat akan disimpan di dalam badan sebab tidak digunakan.Jika anda mengambil kalori yang berlebihan pada hari tersebut, kena pastikan kalori tersebut digunakan dengan membuat senaman/circuit trainning/high interval intensity trainning (HIIT).


Konsep Shaklee adalah BUANG, BINA, BAKAR

BUANG

Buang sama erti dengan detox. Detox di sini adalah dengan mengeluarkan toksin dan kotoran dalam usus kita, membersihkan sekaligus memudahkan untuk penyerapan nutrient. Usus yang tidak bersih, penuh dengan toksik akan menyebabkan penyerapan nutrisi akan terganggu.

Untuk detox ini antara produk pilihan adalah:

Antara kandungan ramuan dalam Herb Lax adalah senna

Herb-Lax


Herb-Lax adalah detox usus, mengadungi daun senna yang digunakan oleh Rasulullah sebagaimana dinyatakan dalam Tibb An-Nabawi:
Rasulullah s.a.w bersabda “Apa yang kamu gunakan untuk melancarkan pergerakan usus besar dan menggalakkan pengaliran daripada perut?” Aishah r.a. menjawab, “Euphorbia”. Baginda bersabda lagi, “Padanya terdapat penyakit dan ia sepanas api, sebaiknya gunakan senna”. 


herb lax shaklee


Alfalfa Complex
Daun Alfalfa merupakan makanan tinggi nutrisi dan sumber fiber yang baik untuk detox tubuh. Ia digunakan oleh pasukan tentera Tariq bin Ziyad sewaktu mendapat di Sepanyol pada tahun 711.alfalfa shaklee 
DTX Complex
DTX Complex juga dikenali sebagai tonik detoks hati, mengandungi milk thistle yang sekian lama digunakan dalam perubatan Islam sebelum ia dibawa ke Eropah.liver tonic shaklee


Yang mana satu pilihan hati? Bergantung kepada bajet anda. Biasanya produk yang selalu menjadi pilihan adalah Alfalfa Complex (yang juga bagus untuk ibu menyusu), dan Herb-Lax (perut rasa kempis).


Selain dari aktiviti metabolisma (purata kita bakar 1200 kalori sehari dengan hanya duduk diam-diam!) Shaklee juga menyediakan produk untuk membantu dalam pembakaran lemak-lemak badan.


BAKAR


Omega Guardomega guard shakleeOmega Guard terdiri dari asid lemak perlu Omega-3 yang bertindak dengan hormon termasuk hormon leptin yang berkaitan dengan rasa lapar. Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak Omega-3 membantu menjadikan tubuh kita ‘mesin pembakar lemak’.


Lecithin
Lecithin adalah sejenis pengemulsi lemak yang tidak dihasilkan oleh tubuh. Ia juga berguna untuk ibu menyusu bagi mengelakkan bengkak susu.lecithin shaklee

BINA

Membina otot adalah penting dalam berdiet. Otot yang sihat membakar lemak lebih baik dan menjadikan kawalan berat badan kita menjadi lebih baik, dan mengelakkan – mudah turun mudah naik.
Oleh kerana itu pengambilan protien penting dalam program penurunan berat badan.


Cinch Shake Mix
Cinch Shake Mix merupakan produk hebat untuk inchloss dan weight loss kerana ia mengandungi protein leucine yang penting dalam pembinaan otot.


ESP (Soy Protein)

Pilihan alternatif untuk Cinch Shake Mix, adalah ESP yang membekalkan protein soya yang istimewa.

shaklee weight management

Pilihlah produk anda. Turunkan berat dengan cara yang betul agar kesihatan terjamin, bukan sekadar kurus!
Hubungi saya untuk set slimming dan set diet yang sesuai dengan anda dan budget anda!

Daya 012-6891597


Friday, October 10, 2014

Kencing Manis Ketika Hamil (Gestation Diabetes)

Kencing manis ketika hamil atau gestational diabetes ialah keadaan di mana paras gula yang berlebihan dalam darah yang hanya berlaku semasa mengandung.

Siapakah yang berisiko untuk mendapat kencing manis ketika hamil
=> Ibu-ibu yang mempunyai berat badan yang berlebihan
=> Ibu-ibu yang mempunyai riwayat berat bayi yang lalu melebihi 4.0 Kg
=> Ibu-ibu yang mempunyai riwayat anak lahir mati atau mati dalam perut
=> Mempunyai ibu bapa yang mengidap kencing manis

Tanda-tanda
=> Rasa dahaga berlebihan
=>Kerap kencing
=>Jumlah air kencing yang berlebihan daripada biasa
=> Kehadiran gula yang berlebihan dalam kencing dan darah

Jika kencing manis tidak dikawal, kompilasi berikut boleh berlaku

=> Bayi mati dalam kandungan (IUD)
=> Berat anak boleh melebihi 4 kg dan menyebabkan sukar bersalin secara normal
=> Kandungan cacat
=> Jangkitan kulat dan vagina (candidiasis)
=> Kembar air (polyhydramnios)

Langkah untuk hadapi kencing manis
=> Amalkan pemakanan mengikut piramid makanan
=> Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula
=> Amalkankebersihan diri
=>Selalu bersenam
=> Menukar ubat makan kepada suntikan insulin bagi yang telah mengidap kencing manis sebelum mengandung
=> mematuhi arahan kakitangan kesihatan

Susu Ibu Bertambah Khasiat Dengan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum WBT,

Semua orang tahu susu ibu yang terbaik untuk diberi kepada bayi kita. Kan..Subhanallah ciptaan Allah sangat agung. Dari darah menjadi susu...Subhanallah.

Susu ibu memang terbaik kerana khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Ini untuk memastikan bayi membesar dengan sihat dan kuat.

Apa yang paling penting susu ibu mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi untuk melindunginya dari sebarang serangan atau jangkitan yang biasa dihadapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebnayakkan susu formula menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyususan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan secara ekslusif disarankan untuk diberi sehingga 2 tahun atau lebih. Diet seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu disamping mengekalkan kesihatan si ibu.

Protien
Bayi memerlukan protien yang banyak untuk tumbesarn yang berkekalan dan sempurna. Sumber protien yang baik seperti protien soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protien membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protien berkhasiat sehari.

Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunnjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara ekslusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan Vitamin C (1)

Vitamin B Complex
B Complex merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B Complex uantuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Kalsium
40 % daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pda bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium sehari.

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan asid lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara sainstifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumupuan (ADHD) atau autisme.

Alfalfa
Alfalfa mengandungi banyak nutrien dan pelbagai vitamin seperti Vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium zinc dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara traditional untuk meningkatkan pengeluran bekalan susu ibu.

Untuk pembelian, boleh hubungi

Daya
012-6891597

Saturday, September 20, 2014

Tips Cergas Para Jemaah Haji Dengan Performance Drink

Alhamdulillah, hari tu dengar di berita lebih  beribu jemaah haji Malaysia akan ke Tanah Suci Mekah bulan ini untuk menunaikan haji.

Allah, seronok sangat perasaan tu. Walaupun tiada saudara mara terdekat nak naik Haji tapi saya tetap gembira tengok kawan-kawan kongsi gambar ahli keluarga mereka nak pergi Makkah.
Pernah dapat notes di Whatsapp, kawan saya kata Raya Haji ini sangat simbolik sebab Allah buat “open house”.Berjuta muslim dan muslimah dapat ke sana.. Sangat grand kan….Bagi kita yang tidak dapat ke Baitullah, baik sekiranya kita menunaikan korban.

Ok lah, sebenarnya nak share tentang minuman yang sesuai untuk jemaah haji ketika berada di Tanah Suci. Dalam keadaan, rebut pasir dan cuaca yang tidak menentu di tanah suci Mekah, saya agak para jemaah mungkin akan berasa penat dan exhausted. Suka untuk saya share tentang air Performance Drink yang sesuai untuk diminum bagi mengurangkan rasa penat dan dahaga ketika berada di Tanah Suci.

Mengapa perlu Perfomance Drink?
Untuk pengentahuan umum, Performance Drink adalah minuman isotonic tanpa gas yang boleh dibancuh. Ujian klinikal membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberi tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh.  Komponen utama dalam PD ini adalah elektrolit dan mineral. Kesinambungan eloktrolit dan mineral ini membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar berasa tidak kekeringan.
Apa yang pasti ialah ia membantu meningkatkan daya ketahanan badan, mencegah penyahhidratan dan mengekalkan paras dulu. Jadi, tidaklah tenaga anda turun secara mendadak.

InsyaAllah, dengan minuman isotonik tanpa gas ini ia boleh membantu para jemaah haji dan umrah untuk lebih rasa bertenaga untuk melakukan ibadah.




Jika pembaca ingin dapatkan cepat-cepat hubungi saya ye. saya akan bgtau juga cara bancuh performance drink ini.


Daya
012-6891597
hidayazakaria@gmail.com