Showing posts with label Vitamin Penyusuan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Vitamin Penyusuan Shaklee. Show all posts

Monday, April 22, 2013

Keperluan Kalsium Untuk Ibu Yang Menyusukan Bayi


Kalsium adalah satu elemen yang diperlukan oleh tubuh, samada menyusu atau tidak. Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira2 1.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?
Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari… Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopos. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium.
Osteoporosis atau kehilangan jisim tulang adalah masalah utama bagi kebanyakan orang, terutama warga tua WANITA. Kebanyakan pakar kesihatan bersetuju bahawa osteoporosis disebabkan oleh kekurangan kalsium. Pengambilan kalsium bukan untuk mengubat, tapi mencegah. Yakni ia perlu ada dalam diet harian kita.
Kalsium, seperti mineral lain, berinteraksi dengan nutrien lain. Misalnya ia membantu penyerapan vitamin B12, dan ia memerlukam Vitamin D untuk penyerapan, dan juga Vitamin C untuk penyerapan lebih berkesan.
Banyak sebab yang menjadikan kita perlu kepada suplemen kalsium, antaranya ialah kebanyakan makanan kita yang factory-made mengandungi bahan2 yang boleh mereputkan tulang.
Berbalik kepada penyusuan susu ibu, kebanyakan ibu mengalami masalah susu badan kurang semasa haid (period). Ini adalah kerana semasa haid, blood calcium atau kalsium dalam darah menjadi rendah, dan in memberi kesan kepada kebanyakan ibu. Ada ibu yang tidak mengalaminya dan anda memang bertuah.
Jadi kepada ibu2 yang mengalami masalah susu kurang semasa period, ibu boleh mengambil suplemen kalsium yang dilengkapi dengan magnesium dan Vitamin D serta mineral lain bagi memastikan fungsi kalsium dapat dimanfaatkan dengan optimum.
Minum susu tak cukup ke? Tak ada masalah, anda boleh buat apa saja untuk diri dan si manja selagi tak memudaratkan untuk jangkamasa panjang. Saya sendiri mengamalkan Ostematrix dan alhamdulillah tidak pernah mengalami susu kurang semasa period.

Tapi janganlah kalau susu kurang, ibu pun kurang mengepam.. Tambahkan sesi mengepam, jika boleh buat power pumping.
Siapa kata jika ambil suplemen tak perlu pam banyak2?
Walaupun ini pilihan, namun ingatlah untuk faedah diri sendiri, kalaupun tidak untuk penyusuan… Pasti tak sanggup hadapi masalah tulang nanti kan.
Untuk pesanan produk dan pertanyaan, boleh hubungi:
Puan Daya @ Ibu Iman,
012-6891597
hidayazakaria@yahoo.com
FB: Norhidaya Zakaria
Fan Page: Sihat Itu Nikmat

Saturday, April 20, 2013

Petua Banyakkan Susu Badan


Assalamualaikum WBT,

Since dah bersalin ni, minat untuk mendalami ilmu-ilmu tentang penyusuan semakin menebal. Saya sangat berazam untuk menyusukan baby Najla dengan susu ibu sehingga 2 tahun, Moga Allah mudahkan. Saya banyak blog walking ke blog-blog otai dalam penyusuan dan saya kreditkan artikel mereka di sini sebagai panduan kita bersama. Breastfeeding is Sunnah :)

Petua Banyakkan Susu Badan

Ramai ibu yang mencari cara terbaik nak banyakkan dan tambah susu ibu, terutama bila susu badan dah kurang dari biasa, tatkala ibu dah mula bekerja.
Konsep utama dalam mebanyakkan susu ibu adalah:

PENGELUARAN berkadar terus dengan KEPERLUAN


Apakah yang dimaksudkan dengan pengeluaran berkadar langsung dengan keperluan? Atau supply vs demand?
Ia bermakna susu yang dihasilkan oleh ibu berkadaran dengan susu yang diperlukan oleh anak atau bayi yang disusukan.
Bayi minum banyak, maka susu badan yang dihasilkan adalah banyak.
Bagaimana pula dengan susu banyak dan berlambak macam ni?

susu badan banyak

Ya, ia masih mengekalkan konsep yang sama - pengeluaran vs permintaan.
Jadi untuk mendapatkan susu yang banyak macam tu ibu kena BANYAKKAN PERMINTAAN terhadap susu ibu.

1. Melalui hisapan bayi ==> Kerapkan Menyusu terutama di awal kelahiran
2. Mengepam ==> samada gunakan pam susu atau pun menggunakan tangan (teknik Marmet)

Bagaimana dengan makanan tambah susu, milk booster, pil tambah susu semua tu? Adakah tak berkesan?

Ibu harus tahu, konsep penyusuan seperti di atas adalah mutlak. Walau bagaimana bagus pun milk booster yang ibu telan, ibu perlu mengepam dan menyusukan secara konsisten untuk mendapatkan susu yang banyak.
Milk booster yang terbaik adalah yang membekalkan nutrisi buat ibu secara keseluruhan, dengan kata lain bukan sekadar ‘mengaktifkan hormon penyusuan’ tapi menjadikan tubuh ibu ‘fit’ untuk menyusukan dan menjaga anak di samping menjalankan aktiviti harian dengan tenang dan gembira.
Ibu juga perlu berada dalam keadaan tenang dan gembira agar hormon oxytocin yang bertindak mengeluarkan susu dari payudara ibu dapat dirembes dengan baik.

Jadi ibu memerlukan bukan saja pemakanan dengan nutrisi seimbang malah mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuhnya dan mood-nya. Tahukah anda mood juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan?
Makanlah makanan seimbang, halal, penuh nilai nutrisi dan lengkap untuk keperluan tubuh hingga ke peringkat ODA.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:


Puan Daya @ Ibu Iman
SMS/Wassup/iMassage: 012-6891597
FB: Norhidaya Zakaria
Fan Page: Sihat itu Nikmat (Vitamin Store Ibu Iman)

Friday, March 15, 2013

Tambah Susu Dengan Set Breastfeeding Shaklee


Bagi ibu yang menyusu badan, kurang pengeluaran susu adalah dilema terbesar dalam diari harian. Resah dan gelisah apabila susu badan yang dihasilkan tidak dapat memenuhi keperluan anak tercinta.

Usah terlalu cepat mengambil keputusan untuk memberikan bayi tersayang dengan susu formula.

Periksa dulu kenapa susu badan boleh menjadi kurang.

  • Kurang stimulasi e.g. kurang mengepam atau tidak mengepam susu.
  • Tidak mengepam susu dengan konsisten.
  • Pengambilan ubat atau jamu yang boleh memberi kesan kepada susu badan
  • Pengurusan susu badan oleh pengasuh bayi yang tidak efisyen.
  • Bayi mengalami nursing strike.
  • Ibu cuba berdiet.
  • Ibu mengalami stress atau tekanan perasaan.
Periksa dulu kenapa susu anda boleh kurang, sama ada sebab2 di atas, atau sebab2 lain.
Set breastfeeding Shaklee, dapat membantu anda untuk melegakan dari stress yang dihadapi dan membantu menambah susu badan dengan syarat anda tidak mengenepikan prinsip asas penyusuan yakni melakukan stimulasi yang kerap – mengepam dengan konsisten.


sumber



Untuk pesanan dan maklumat lanjut, boleh hubungi:
IbuIman @ Daya
SMS/Call/ Wassup/iMessage: 012 6891597
hidayazakaria@yahoo.com
FB: Norhidaya Zakaria
Fan Pages: Sihat Itu Nikmat

Thursday, September 27, 2012

VitaLea Shaklee Sumber Lengkap Vitamin dan Mineral Untuk Tubuh


Kebanyakkan orang ramai mengambil multivitamin untuk memebuhi keperluan nutrisi untuk tubuh. Namun, tak ramai yang sedar, kandungan multivitamin yang mereka beli sebenarnya tidak lengkap. Mengapa saya berkata begitu? Ini kerana tak semua multivitamin dilengkapi dengan multimineral yang diperlukan badan. Vitamin dan mineral saling memerlukan untuk mengoptimumkan proses yang berlaku dalam tubuh.

Tahukan anda VitaLea Shaklee merupakan salah satu multivitamin dan multimineral yang lengkap untuk memenuhi keperluan seharian anda? Mengapa? Jom saya kongsikan...

VitaLea merupakan makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Antara fungsi Vita Lea secara umunya

~Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
~Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
~Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
~Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

Apa istimewanya VitaLea Shaklee?

Kemajuan Saintifik
~Disokong oleh tujuh kajian klinikal

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
~Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

Kualiti yang luar biasa
~Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan

>Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat

>Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi

>Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi

>Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot

>Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang

>Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung

>Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak

>Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet

Diformulasi dengan zat besi (Vita Lea Iron Formula)
Zat besi adalah nutrien penting untuk badan dan kesihatan secara menyeluruh. Ia membantu sel-sel kita "bernafas." Zat besi berfungsi dengan protein untuk membuat hemoglobin dalam sel darah merah. Hemoglobin membawa oksigen ke semua bahagian badan supaya ia boleh melakukan fungsi normal. Badan menyimpan besi di dalam hati, limpa, dan sumsum tulang. Wanita mengandung memerlukan zat besi yang lebih banyak daripada wanita biasa. Ini kerana kekurangan zat besi boleh mengurangkan hemoglobin dan ia boleh merencatkan perkembangan bayi.


Perhatian: Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Jika anda merasakan kurang mengambil makanan yang berkhasiat, anda amat memerlukan produk ini. Ia bukan pengganti makanan tetapi ia pelengkap makanan anda.

Mahu membuat tempahan?

Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247, anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA

Thursday, June 21, 2012

Set Breastfeeding Shaklee: Puan Amy Punya Cerita


Sangat  seronok tengok orang yang berjaya breastfeeding dan menyokong breasfeeding. Dan alhamdulillah makin ramai memilih Shaklee sebagai peneman setia ketika breastfeeding. Jom ikuti kisah Puan Amy.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Memule ibu amik Shaklee dgn niat nk tmbh susu bdan yg memg drop lpas period…Ameer bru 3 buln tyme tu, tp susu mcm dh nk kering…ibu risau, sbb ibu memg dh niat nak beri Ameer yg terbaik sme mcm ape yg kakak die dpt dlu ( Amirah BF ngan sy smpi 2thun 3 buln )2minggu lpas amik Trial Pack Set B tu, Alhamdulillah, susu ibu klau tiap kali pump tu msti dpt 4 – 5 oz…hepi sesangat…n bile ibu add on ESP tu kdang2 blh smpi 8oz klau pump…heee, pnye la hepi…n yg pling best susu ibu jd lebih pekat…yummy! Ameer pon klau mnum, cept je kenyg…dan Alhamdulillah ibu berjy wat Exclusive BF utk Ameer smpi die 6 bulan….

TQ ye kak Cery…tgk anak sy membesar ngan sihat….Ameer dh nk msuk 7 buln, Alhamdulillah tk pernah demam lg, sbb ibu die sihat…heeee…tgk anak sy tembam kan…rmi org tnye, mcm mne blh tembam ni, sbb ibu die kecik je saiznye…hubby sy lg la slim…


Ibu kn dudk berjauhan ngan ayahkan…en suami klau tk keje kt KL, die akn outstation ke oversea ,ibu kat johor, so memg ibu la yg akn uruskan anak2 sendirian…memg penat mne nk keje lg, wat keje2 rumh lg, lyan anak2 yg msih kecil…. Sejk amik Shaklee ni ibu rs lbh cergas tau, klau dlu lpas amik anak2, ibu akn tros kunci sume pintu dudk je dlm umah…sian kan ank2 ibu wlaupon bru kul 5pm…tp skrg ibu siap je letk brg2 kat umah, kitorg siap leh jlan kaki g playground…sronoknye anak2 ibu, n ibu mstilah lg sronok…serious ibu ckp, bab ni wat sy rs nk bgtau 1 dunia, betapa ibu brsyukur pd Allah sbb gerakkan hati ibu nk amik Shaklee ni as my supplmnt…smpi mr hubby kate : baby tk pent ke, klau dl drive g plygroungd tu pon tk lrat, ni siap jln kaki..heheh! ibu ckp ok je…smbil tu blh brsenam…10,000 lngkh shari..heheh!
lg 1, ibu prasan, ank sy tk penh kembung, wlaupon ibu main blasah je mkn sume2…n another 1, ibu ni ade mslh pengnyah toksik sbnrnye…klau “nyah toksik” tu 2hr skali…tu yg bdan cept letih, xsegar…tp sejk amik Shaklee ni, hr2 ibu “menyah toksik” tu yg ibu jd lbh segar n Ameer jg tk kembung…heeee….
Rmai org kt ibu nmpk muda n slim tak nmpk mcm dah ade anak 2….hehehe! syukur, tu lg slh satu kbaikan yg ibu dpt bile amik Shaklee…Sbb tu klau ade je yg tnye psal supplmt ape ibu mkan cept je sy suggest SHAKLEE…sbb ibu dh dpt mcm2 kbaikn…Syukur Ya Allah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah atas segala kurnia dari Allah. Ha, Puan Amy dah merasainya, anda bila lagi ;)
Info tentang set breastfeeding shaklee, boleh di baca di sini
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke             012 6891597 begin_of_the_skype_highlighting            012 6891597      end_of_the_skype_highlighting      . Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Saya juga akan kongsikan jadual pemakanan vitamin. Ada masalah kekangan budget?? boleh hubungi saya. Jom, tempah sekarang!!

Wednesday, June 13, 2012

Ingin Susukan Bayi Semula? Panduan Relaktasi


Apa itu relaktasi? Relaktasi ialah proses penyambungan semula penyusuan susu ibu selepas pemberhentian penyusuan selama beberapa lama atas sebab-sebab tertentu. Sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula, masalah kesihatan bayi, kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas sepeti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.

Usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi namun ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6 bulan.Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:
-memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu;
-mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).

Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor:
Faktor #1 – Pengeluaran susu sebelum berhenti
Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi.
Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungki
nan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.

Faktor #2 – Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu?
Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu. Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula.
Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.

Faktor 3# – Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu?
Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula. Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif  selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja.Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.

Faktor #4 – Kesediaan ibu
Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh serta kekuatan mental dan semangat yang kuat daripada ibu. Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi. Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi. 

Bagaimana caranya?

1) Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu.

Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah. Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?

  • Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur
  • Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising
  • Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra;
  • Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan;
  • Jika bayi menolak payudara ibu, jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi.
  • Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.


Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu: Bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.
bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.

[Paten 1]
Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan.  Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu. Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula. Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu. Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.

[Paten 2]
Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu,lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan.
Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu. Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan. Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu,  jangan putus asa… tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.


MEDELA Supplemental Nursing System (SNS)

2. Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.
Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu. Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah. Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi. Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.

Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?
  • perah/pam dengan kerap (ibu perlu mengepam setiap 2-3 jam untuk hasilkan stimulasi pada payudara untuk meransang penghasilan susu. 
  • pada waktu malam lakukan power pumping secara berterusan)
  • makan makanan berkhasiat dan seimbang (ambil supplemen jika perlu. -Dapatkan konsultasi untuk set yang paling sesuai)
  • makan makanan penambah susu seperti Fenugreek
  • menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium)
  • kurangkan stress
  • berfikiran positif
  • Banyakkan zikir, solat sunat hajat dan doa


Kesimpulan: Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.

Last but not least, ingatlah bahawa susu ibu itu adalah rezeki. Rezeki yang sangat unik. Namun rezeki ini datangnya dari ALLAH jua. Dekatkan diri padaNYA, nescaya kita kuat dalam melalui apa jua cabaran. cabaran boleh hadir dalam banyak bentuk namun jika mentally prepared, insyaALLAH kita teruskan jua perjuangan demi anak tersayang.
kredit: hanis amin
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mahu relakstasi tapi tiada sokongan. Jom saya bantu..InsyaAllah, kalau niat baik mesti Allah akan bantu..yang penting USAHA, DOA dan TAWAKAL :)


Sunday, June 3, 2012

Set 3M : Pilihan Terbaik Untuk Ibu Menyusu


Ramai ibu yang tercari-cari set penyusuan yang terbaik untuk diri mereka. Memang terdapat banyak set breastfeeding yang boleh dicadangkan, namun ia berfungsi ikut keperluan para ibu dan budget. 

Jom saya kongsikan Set Breastfeeding yang OPTIMUM untuk para ibu. Nak tahu, jom baca:

Triple M atau 3M fullpack mengandungi Vitamin C, B Complex, Vitalea, Alfalfa dari Set B dan tambahan Ostematrix(kalsium) dan Energizing Soy Protein. Semua kombinasi ini membantu ibu menjadi lebih sihat, cergas seterusnya mampu menghasilkan susu ibu dengan lebih mudah. Tak dilupakan prinsip kerap mengosongkan payudara, minum air 3L dan mendekatkan diri dengan Allah sebagai syarat wajib untuk berjaya.

Siapa yang perlu amik set ini?
- Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan,

- si ibu yang nak mula menyimpan stok,

- si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan

- ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.





B Complex
B Complex Shaklee mengandungi semua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk asid folik. B Complex penting untuk metabolism dimana menukarkan makanan kepada tenaga, meninggikan sistem pertahanan badan, mengimbangi hormon, membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang. Ianya juga membantu mengelakkan kulit kusam.

Vitamin C (Sustained Realesed Vita C) 

Vitamin C Shaklee bertindak sebagai anti-oksidan. Ianya juga mencegah kelenjar daripada rosak & berdarah, penting untuk pembentukkan kolagen (hasilkan kulit cantik dan mulus). Ia juga penting untuk meningkatkan system imun. Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Percaya atau tidak, Vitamin C ini benar-benar membantu mengurangkan/menghilangkan stretch marks! Alhamdulillah berkat mengamalkan vitamin c sejak mengandung, tiada stretch mark semasa mengandungkan Iman Ihsan walaupun saya amat malas pakai losen setiap hari J
Vitamin C & B tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.
Vita Lea Shaklee adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian, formulasi lengkap dengan zat besi. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.
Ia benar-benar membantu tumbesaran anak supaya berat badan seimbang dengan umur bayi.

Alfalfa (Milk Booster)
Raja Segala Tumbuhan, sumber mikronutrion yang paling kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar, sebagai milk booster-bagi ibu-ibu yang menyusukan, membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan. Namun, perlu diingatkan Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE.
Komposisi utama susu ibu adalah protein, diikuti dengan kalsium, dan barulah vitamin, mineral, lemak dll.
Protien adalah makanan sel yang mana kita tahu 25% badan kita adalah protein, unsur kedua terbesar selepas air (75% badan kita adalah air). Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian. Selain membantu dalam penysuan ibu, bayi cepat kenyang, protein juga membantu anjalkan kulit, elak payudara kendur.

Ostematrix (Kalsium Magnesium dengan Vitamin D)
Umum mengetahui Kalsium sangan penting dalam pembina darah, tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang enteng. Minumim 1000mg kalsium diperlukan dalam diet harian ibu menyusu. 1000mg bersamaan 1L fresh milk! Bayangkan anda perlu mengambil 1L fresh milk setiap hari, jika dicongak, Ostematrix jauh lebih jimat J
Kekurangan kalsium kita boleh mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu dan kebas kaki atau tangan. Satu lagi perkara penting, jika anda mengambil kalsium pastikan bersama vitamin D, kerana Vitamin D membantu penyerapan Kalsium dalam tubuh dimana mengelakkan penghasilan batu dalam ginjal.


ANTARA YANG DAH MERASAI HASIL 
SET PENYUSUAN 3M (TESTIMONIAL)



InsyaAllah, pelaburan dalam penyusuan adalah sangat berbaloi. 

*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!

Monday, March 5, 2012

Produk Tambah Susu Badan

Entri akhir-akhir ni semua pasal breastfeeding. Hehehe. Maaf kepada pembaca lelaki. Saya sebagai seorang ibu yang menyusukan anak sangat faham apabila ibu kekurangan susu. Saya sendiri mengalaminya. Saya pernah jumpa pakar laktasi untuk berbincang tentang penyusuan. Beliau berkata, bukan salah kamu jika kamu tak berjaya menyusui anak sepenuhnya, sebenarnya, masyarakat dan orang sekeliling turut main peranan dalam menjaya penyusuan. Ha..betul tu. Memanglah seorang ibu yang menyusukan anak, tapi orang sekeliling perlu menyokong ibu yang menyusu. Suami, ibu, ibu mentua, majikan, kawan-kawan sekeliling dan lain-lain lagi. Oh, saya tidak bermaksud untuk menunding jari pada siapa-siapa, cuma apa yang saya nak tekankan adalah budaya penyusuan bayi itu perlu diperluas agar orang lain juga memberi sokongan dan dorongan. Bukan susah pun kan.

Saya ingat lagi, lepas saya balik semula ke USM, saya terus hubungi kawan saya Paa untuk bertanyakan produk tambah susu. Saya berterima kasih pada Paa kerana telah memperkenalkan Shaklee kepada saya. Paa sangat memberi sokongan pada saya. Ya, sokongan inilah yang saya perlukan untuk seorang ibu anak pertama dalam penyusuan. Paa bagi solution pada saya. Nak banyakkan susu, makan Fenugreek dan nak pekatkan susu amalkan Shaklee.

Alhamdulillah. Ia sangat berbaloi.

Vitamin tersebut ialah: Vitamin C, B Complex, Vita-Lea, Alfalfa Complex, Energizing Soy Protien, Ostematrix.

Vitamin C 500mg (Sustained Released)

~untuk kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan. ~membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi.

~membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka.

~membina kalogen untuk kulit yang sihat.

~bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan

~meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging

B-Complex ( Bersama Asid Folik dan Biotin)

~membantu mengurangkan tekanan dan kelesuan

~membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran

~membantu dalam sintesis DNA dan sel-sel baru

~membantu dalam pemeliharaan sel darah merah

~menukarkan makanan kepada tenaga

~menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein,

~membatu mencegah barah serviks,penyakit jantung dan kecacatan spina

~menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular

Vita-Lea (Multivitamin dan Multimineral)

~mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral utama

~membantu mempertingkatkan kesihatan badan dalam jangka masa yang panjang

~membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya

Energizing Soy Protein (ESP)

~membekalkan tenaga pada masa yang panjang

~maintain milk supply,

~pertumbuhan kulit yg sihat dan cantik, tumbesaran bayi yg sihat dan normal

~ membantu kurangkan kulit kendur

~rendah lemak, tidak mengandungi kolestrol dan laktosa (ibu-ibu yang alergik pada laktosa boleh makan ye)

Alfalfa

~bertindak sebagai “milk booster”

~penawar allergy, asma dan resdung

~berfungsi sebagai fiber dan dapat mengurangkan sembelit

~mengurangkan keputihan untuk wanita

OsteMatrix(Calsium-Magnesium)

~membantu membina tulang dan gigi yang kuat

~membantu mengekalkan paras tekanan darah menjadi normal

~membantu kontraksi muscle (otot) dan transmisi saraf) dan mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

Mungkin ada yang rasa terlalu banyak nak makan dan mungkin mahal. Betul tak. Tapi percayalah ia sangat berbaloi kerana dengan pembelian full-pack, ia tahan selama empat bulan. Kira dalam setahun, hanya 2-3 kali sahaja perlu beli. Lagipun, bahan-bahan dalam vitamin Shaklee adalah semulajadi dan ia tiada kesan sampingan selagi diambil mengikut dos dan syarat yang ditentukan. Saya tidak pernah menyesal menggunakan Shaklee malah bersyukur kerana ia memberi saya kesihatan yang lebih baik berbanding dulu. Yelah, kalau suami sendiri puji, takkan tak nak mengaku kot. ;)..Jom cuba sekali, pasti tak rugi. InsyaAllah. Apepun, kita hanya berusaha, Allah jugalah yang mengizinkan

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 012-6891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA.

Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.