Thursday, May 24, 2012

Fungsi Zink Untuk Kesuburan Lelaki

Setelah mendalami ilmu nutrisi dan setelah banyak membaca tentang vitamin dan mineral, saya boleh katakan lelaki tidak boleh hidup tanpa zinc. Zinc yang saya maksudkan di sini, bukalah "atap zink" kat rumah tu, bukan "zinger" burger KFC atau seangkatan dengannya. Tidak sama sekali. ;). Hehe ;)


Zinc yang dimaksudkan adalah unsur surih iaitu "Zink" dalam bahasa Melayu dan "Zinc" dalam Bahasa Inggeris.


Zink merupakan sejenis unsur dalam Jadual Berkala. Ia biasanya dirujuk sebagai logam peralihan. Sebenarnya, badan manusia hanya memerlukan sejumlah kecil Zink untuk mendapatkan kesihatan yang optimum. Antara peranan Zink dalam tubuh kita ialah membantu dalam meningkatkan sistem imun dan mencegah dari jangkitan di sistem pernafasan. Malah, zink juga digunakan dalam rawatan malaria dan penyakit lain yang disebabkan oleh parasit. Pengambilan juga mampu untuk mempercepatkan proses pemulihan luka.


Mengapa saya katakan lelaki tidak boleh hidup tanpa Zink?

Lelaki dan Zink
Salah satu fungsi zink yang paling penting dalam badan lelaki ialah ia membantu dalam meningkatkan kualiti sperma. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai tahap zink yang rendah dalam badan, mempunyai sperma yang kurang kualiti, manakala lelaki yang mengambil suplemen zink, mempunyai sperma yang berkualiti dan subur.

Kesihatan Prostat
Satu lagi peranan penting zink di dalam badan adalah bahawa ia membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat dan membantu mengurangkan potensi mendapat kanser prostat dan pembesaran prostat.

Tahap Testosteron
Bekalan zink dalam badan juga membantu dalam peningkatan paras testosteron dalam badan yang penting untuk kehidupan seksual yang baik. Faedah lain zink termasuk mengelakkan rambut gugur, mengurangkan kemandulan dan mencegah mati pucuk. Tahukan anda, pengambilan zink juga membantu menghalang pertumbuhan hormon wanita dalam badan lelaki dan secara lansung merencatkan pertumbuhan buah dada pada lelaki.

Tips Pengambilan Zinc Complex
 1) Digalakkan mengambil Vitamin A seiring dengan Zinc
2) Zink menjadi lebih efektif dengan kawan-kawan nya iaitu Vitamin A, Fosforus dan Kalsium
3)Zinc dan Iron tidak digalakkan untuk diambil serentak.

Lelaki di luar sana, jom jadikan Zinc Complex sahabat anda. Ingin mencuba??


*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!

No comments:

Post a Comment