Saturday, May 19, 2012

Projek "One Family, One Lamp"

Assalamualaikum WBT,


Ingin mewar-warkan disini, pada 10-19 Jun 2012 akan datang, satu konvoi dari Aqsa Syarif yang dinamakan Aqsa2Gaza7(A2G7) akan bergerak ke Gaza untuk menyalurkan bantuan “solar lamp’ kepada rakyat Gaza melalui Projek “One Family, One Lamp”. Pihak Aqsa Syarif mensasarkan 1000 ‘solar lamp’ untuk konvoi kali ini dengan harga RM60 setiap satu. Seperti mana yang kita tahu, bumi Palestin sering diserang oleh pihak Zionis. Kesan atas peperangan yang berlanjutan menyebabkan penduduk menghadapi ganguan bekalan elektrik yang berterusan. Masalah ini memuncak apabila tiba waktu malam yang menyulitkan aktiviti mereka terutama anak-anak yang ingin mengulangkaji pelajaran. Jom kita infaq untuk mereka.

No comments:

Post a Comment