Wednesday, November 5, 2014

Tip Hilangkan Bau Badan Busuk dan Ketiak Hangit Dari Akar Umbi

Sering ditegur kerana badan bau busuk atau bau hangit?
Ia merupakan sesuatu perkara yang memalukan, bukan?
Masalah bau badan tidak akan selesai dengan hanya menyembur perfume atau memakai bedak atau berendam dalam air sabun wangi, bahkan semua ini menjadi sia-sia apabila masalah besar penyebab bau badan tidak di atasi terlebih dahulu.



Peluh yang keluar dari badan pada awalnya tidak berbau. Akan tetapi ketika terjadinya pembiakan bakteria, peluh akan berubah menjadi beraroma tidak sedap atau bau badan.

Dalam tubuh kita, terdapat dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine. 

Kenali Kelenjar Peluh


Kelenjar Eccrine bertangungjawab terhadap proses berpeluh yang mana ia bersambug terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium, atau elektrolit.

Pakar Perubatan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr. Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap. 

Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organic yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine. Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Punca bau badan boleh disebabkan

1. Proses pencernaan yang tidak sempurna
Bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya di tukar ke dalam bentuk sisa buangan ataupun toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluan penghadaman usus berfungsi dengan baik. Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranyna sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punyai masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.
2. Faktor pemakanan
Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita. 
3. Masalah kesihatan
Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiriod. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengaggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetic dah kelenjar yang sangat aktif.

Cara atasi bau badan busuk dan hangit

1. Antara punca bau badan hangit adalah disebabkan proses pencernaan tidak sempurna. Hal ini menyebabkan badan penuh toksik dan boleh jadikan sembelit. Untuk membuang toksik dalam badan, antara yang boleh dilakukan adalah melakukan detox. Cara detox yang paling mudah adalah dengan berpuasa, banyakkan mengambil buah-buahan dan banyakkan mengambil fiber.

Jika anda inginkan cara mudah untuk hilangkan bau badan, anda boleh mencuba produk Shaklee.

Set Hilangkan Bau Badan Shaklee ini terdiri daripada:


1. Alfalfa Complex
Alfalfa Complex berfungsi untuk membuang toksik secara menyeluruh dari badan. Apabila toksik semakin berkurang, bau badan semakin hilang.

2. Herblax
Punca utama sistem pencernaan tidak berfungsi dengan baik adalah disebabkan usus yang penuh toksik. Herblax secara khusus berfungsi membersihkan usus anda dari segala toksik dan kotoran.Bonus dari pengambilan Herblax ini, ia mampu mengurangkan jerawat anda!

3. Ostematrix
Ostematrix mengandungi kalsium dan magnesium yang membantu memenuhi keperluan kalsium dalam tubuh  anda. Tambahan lagi, fungsi magnesium membantu anda untuk kurangkan sembelit. Bonus dari pengambilan Ostematrix ini, anda boleh tidur dengan lena dan bangun tidur tanpa rasa sakit-sakit badan!


Pengambilan Set ini secara konsistan membantu anda untuk menghilangkan bau badan dan ketiak hangit. InsyaAllah lepas ni tiadalah lagi orang yang menutup hidung apabila berdiri disebelah anda dan mungkin lebih ramai ingin mendekati anda disebabkan muka anda lebih bersih kerana tiada lagi jerawat!! 2 dalam 1 gitu!

Cepat dapatkan Set Hilangkan Bau Badan ini atau anda masih tetap berbau busuk dan hangit.

Daya
SMS/Whatsapp: 012-6891597


2 comments:

  1. Terima kasih. Senang-senang ambil vitamin aje kan :) Jom lawati blog saya di www.kindhearty.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam Ukhwah sis ,

    bau busuk memang pening kan ..boleh buat sesok nafas.. elok hadiahkan alfalfa ni kat org bau kuat pastu pastu bagi tips ni

    tq sharing sis

    ReplyDelete