Wednesday, November 5, 2014

Seminar Internet Marketing Pertama Saya Yang Sangat Havoc!

Alhamdulillah, 1-2 November 2014 yang lalu, diizinkan Allah SWT untuk menghadirkan diri ke Seminar Internet Marketing yang dianjurkan oleh Geng ABS ( Aku Sayang Bini) iaitu kumpulan suami-suami dari kumpulan iReach Family yang merupakan satu group paling berprestig di dalam Shaklee.

Buat pengetahuan semua, iReach adalah Group Jutawan Shaklee di bawah Presidental Master Zainul Anuar dan Master Lyna Noh.

Sebagai usahawan yang menggunakan medium online untuk marketing, saya rasa teruja sangat menyertai seminar ini. Dengan  yuran yang sangat rendah iaitu RM150 per couple untuk 2 hari, dapat pula belajar dari pakar seperti Tuan Firdaus Azizi, pakar FB marketing yang diiktiraf oleh wangcyber.com,  ( tak caya? Baca di SINI), Tuan Daud, pakar FB marketing juga.

Saya juga berasa teruja dengan perkongsian ilmu dari pakar blog dan SEO Tuan Zainul Anuar dan Tuan Faiz serta belajar copywriting dari bekas wartawan surat khabar dan juga salah seorang leader Shaklee yang mendapat puluhan ribu sales sebulan, Tuan Najah.

Memang havoc!

Havoc dengan ilmu dan elmu :)

Hari pertama, kelas bermula dengan kepentingan keywords research sebelum membuat enrty, rahsia copywriting yang paling mantap dan juga On-Page and Off-Page SEO yang boleh diaplikasi untuk naikkan traffic blog dan buat Google sayang sangat pada blog kita. Paling best sangat-sangat dapat ratusan keyword research hasil dari tugasan hands on yang dilakukan pada masa itu juga!Jimat masa buat keyword reseacrh. Yeay...!!




Hari kedua lebih mantap, kerana pertama kali saya didedahkan dengan FB marketing. Sangat teruja terutama tentang 9 perkara yang newbie perlu tahu dan pengguna Power Editor untuk menarik tarffic ke blog.

Alhamdulillah, banyak yang saya belajar. Apa yang penting, praktikan apa yang telah diajar!

Apa yang lagi menarik, saya dapat berjumpa dengan kawan-kawan iReach yang sangat hebat.
Selama ni kami banyak share info di Whatsapp group sahaja. Alhamdulillah, pada hari tersebut kami dapat bertentang mata dan berlaga pipi! Hey, geng pompuan sahaja tau.


Aura berdiri sebelah Jutawan Muslimah...berpeluh habis...Yang pakai tudung belang-belang tu lah Master Lyna Noh, jutawan Shaklee a.k.a Upline saya


Apa yang buat saya terharu, suami saya sudi menjaga anak-anak ketika seminar berlangsung. Terima kasih suami :) Pengorbananmu akan ku bayar dengan kejayaan pada hari esok. InsyaAllah.

Jom tengok kemeriahan Seminar Mega ASB 2014 ini.








Seronok dapat makan Nasi Arab di restoren Marhabah, Sunway ni. Sedap!



Kami juga dihiburkan dengan sambutan Hari Lahir salah seorang warga iReach..Saya sangat suka sebab dapat makan Coklat Indulgence Secret Recipes! Itu memang Favorite saya tau! Jom layan vidoe ini. Aww...romantik sangat Master Lydzar dan master Din..sweettt...


Group Jutawan Shaklee Paling ROCK - ASB Mega Seminar 2014 from iReach HD on Vimeo.



Gambar yang terakhir adalah gambar para peserta. Semua havoc!



Alhamdulillah, Allah SWT jumpakan saya dengan group Jutawan Shaklee yang sangat mantap. Mantap dari segi penambahan ilmu motivasi, ilmu marketing, ilmu blog dan lain-lain lagi. Semua ilmu ni saya dapat FREE sahaja. Perkongsian segala ilmu ni dikongsi di secret group iReach.

Apa yang paling menyeronokkan, saya dapat bersilaturrahim dengan ramai orang. Yeay..orang-orang yang dah berjaya dan nak berjaya.

Moga Allah merahmati semua peserta yang terlibat. 

Tak sabar nak join Seminar macam ni lagi?


Anda ingin menjadi sebahagian dari kumpulan kami? Nak belajar ilmu marketing secara PERCUMA?
Boleh hubungi saya di:

Daya
012-6891597

No comments:

Post a Comment