Thursday, November 13, 2014

18 Tip Pikat Hati Suami Tanpa Modal Besar!

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, hari ini saya nak kongsi tip pikat hati suami yang mudah dan tanpa memerlukan modal yang besar!

Perlu ke nak pikat hati suami? Kan dah kawin!

Ehhh...mesti lah. Hati suami perlu dipikat sepanjang perkahwinan agar semarak kasih sayang itu berpanjangan sampai ke akhir hayat.

Jom para isteri, kita pikat suami agar kita menjadi permaisuri di hati suami sampai bila-bila.





1. Sentiasa taat pada suami .
Taat pada suami tu perintah Allah. Jangan selalu melawan. Jika ada perkara yang tidak puas hati, jangan memberontak. Bawa lah berbincang.

2. Berkelakuan baik terhadap suami
Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang 'melegakan' setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka.

3. Jangan bebankan suami
Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri. 

4. Sentiasa bersolek untuk suami
Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.

5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami
Jangan biar malaikat melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami. Selagi terdaya, penuhi permintaan suami. Jika ada masalah berbangkit, bawalah berbincang.

6. Sentiasa mendapatkan izin pada suami
Minta izin pada suami jika mahu kemana-mana dan jika ingin membeli barang. Ini membuatkan suami rasa lebih beliau penting di mata isteri.

7. Hormat pada suami
Tak kira suami bergaji kecil dari isteri atau punyai kekurangan, isteri mesti hormat pada suami. Jangan biasa tengking suami. Berlembut lah dengan suami.

8. Jangan membelakangkan suami
Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.

9. Jaga harta suami
Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.

10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah / menderhaka pada suami
Jadikan ia amalan biasa dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk minta maaf. Sesungguhnya isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.

11. Solat bersama suami
Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan mengelakkan menderhaka kepada suami.

12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa
Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.

13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami
Isteri sedemikian akan dimuliakan di akhirat. Cubalah amalkan setiap hari. Ceria-ceriakan hari suami kita.

14. Pandang muka suami bila bercakap
Lihat dan tenung dengan penuh kasih sayang. Ia lebih dekat di hati. Bukan bercakap membelakangkan atau sambil buat kerja.

15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga
Jangan biar suami berubah hati dan mencari wanita lain. Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana ada benda yang tidak ada pada isteri.

16. Jangan terlalu kongkong suami
Beri kebebasan dengan batasan yang wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada privasi.

17. Urut badan/manjakan suami selepas balik kerja
Walaupun penat tetapi satu-satunya cara memikat suami ialah dengan memberi sentuhan pada suami.

18. Jaga makan minum suami
Rajin-rajin masak untuk suami. Ketahui masakan kegemaran suami. Mesti suami seronok

Nah...tak de la susah sangat nak pikat hati suami kan!! hehehe..

Apa yang penting suburkan kasih sayang terhadap suami kita. InsyaAllah suami sentiasa terpikat pada kita!



No comments:

Post a Comment