Friday, October 10, 2014

Susu Ibu Bertambah Khasiat Dengan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum WBT,

Semua orang tahu susu ibu yang terbaik untuk diberi kepada bayi kita. Kan..Subhanallah ciptaan Allah sangat agung. Dari darah menjadi susu...Subhanallah.

Susu ibu memang terbaik kerana khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Ini untuk memastikan bayi membesar dengan sihat dan kuat.

Apa yang paling penting susu ibu mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi untuk melindunginya dari sebarang serangan atau jangkitan yang biasa dihadapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebnayakkan susu formula menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyususan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan secara ekslusif disarankan untuk diberi sehingga 2 tahun atau lebih. Diet seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu disamping mengekalkan kesihatan si ibu.

Protien
Bayi memerlukan protien yang banyak untuk tumbesarn yang berkekalan dan sempurna. Sumber protien yang baik seperti protien soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protien membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protien berkhasiat sehari.

Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunnjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara ekslusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan Vitamin C (1)

Vitamin B Complex
B Complex merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B Complex uantuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Kalsium
40 % daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pda bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium sehari.

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan asid lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara sainstifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumupuan (ADHD) atau autisme.

Alfalfa
Alfalfa mengandungi banyak nutrien dan pelbagai vitamin seperti Vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium zinc dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara traditional untuk meningkatkan pengeluran bekalan susu ibu.

Untuk pembelian, boleh hubungi

Daya
012-6891597

No comments:

Post a Comment