Friday, October 10, 2014

Kencing Manis Ketika Hamil (Gestation Diabetes)

Kencing manis ketika hamil atau gestational diabetes ialah keadaan di mana paras gula yang berlebihan dalam darah yang hanya berlaku semasa mengandung.

Siapakah yang berisiko untuk mendapat kencing manis ketika hamil
=> Ibu-ibu yang mempunyai berat badan yang berlebihan
=> Ibu-ibu yang mempunyai riwayat berat bayi yang lalu melebihi 4.0 Kg
=> Ibu-ibu yang mempunyai riwayat anak lahir mati atau mati dalam perut
=> Mempunyai ibu bapa yang mengidap kencing manis

Tanda-tanda
=> Rasa dahaga berlebihan
=>Kerap kencing
=>Jumlah air kencing yang berlebihan daripada biasa
=> Kehadiran gula yang berlebihan dalam kencing dan darah

Jika kencing manis tidak dikawal, kompilasi berikut boleh berlaku

=> Bayi mati dalam kandungan (IUD)
=> Berat anak boleh melebihi 4 kg dan menyebabkan sukar bersalin secara normal
=> Kandungan cacat
=> Jangkitan kulat dan vagina (candidiasis)
=> Kembar air (polyhydramnios)

Langkah untuk hadapi kencing manis
=> Amalkan pemakanan mengikut piramid makanan
=> Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula
=> Amalkankebersihan diri
=>Selalu bersenam
=> Menukar ubat makan kepada suntikan insulin bagi yang telah mengidap kencing manis sebelum mengandung
=> mematuhi arahan kakitangan kesihatan

No comments:

Post a Comment