Friday, June 1, 2012

Kenali Fungsi Vitamin B

Vitamin B merupakan vitamin yang paling saya takuti untuk dimakan ketika mengandung. Ini kerana ramai mengatakan bahawa apabila makan Vitamin B, selera akan bertambah. Ramaikan orang mengatakan perkara yang sama. Memang ketika mengandung, vitamin B lah yang saya elak untuk makan konon-konon takut makan banyak, padahal, tak makan vitamin B pun makan banyak juga :)

Sebelum kita semua terus berpandangan negatif pada vitamin B ini, lebih baik kita kenali dulu fungsi-fungsi vitamin B untuk tubuh kita. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta :)

Bila dah tahu bagaimana vitamin B berfungsi dalam tubuh kita, insyaAllah, saya percaya ramai yang tak kan lupa untuk makan Vitamin B dan lebih bersemangat untuk melalui hari-hari dengan tenaga yang sentiasa dijana.

Terdapat 8 jenis vitamin B yang badan kita perlukan. Sebab itu, vitamin B Shaklee dinamakan B Complex kerana ia mempunyai 8 komponen vitamin B yang penting. Tahukah anda, megapa kita perlu mengambil semua jenis Vitamin B Complex ini?? Ini kerana kesemua komponen B Complex LEBIH BERKESAN apabila BERTINDAK BERSAMA.  Kesemua lapan jenis vitamin B termasuk biotin bertindak untuk

  • Menggalakkan kesihatan kardiovaskular,
  • Menolong memetabolisme karbohidrat, lemak dan protien
  • Membantu dalam sintesis DNA dan sel-sel baru
Fungsi-Fingsi Utama Setiap Komponen Vitamin B adalah seperti di bawah


Tiamin (Vitamin B1)

  • membantu memelihara kesihatan badan
  • membantu dalam tumbesaran normal
  • membantu badan dalam metabolisme karbohidrat
  • diperlukan untuk membebaskan tenaga daripada karbohidrat

Riboflavin (Vitamin B2)

  • membantu badan menggunakan tenaga daripada makanan/memetabolisme proyien, lemak dan karbohidrat.
  • dikatakan sangat penting untuk ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak
  • diperlukan untuk membebaskan tenaga daripada protien, lemak dan karbohidrat

Niasin (Vitamin B3)

  • membantu tumbesaran dan perkembangan normal
  • menolong badan dalam penggunaan tenaga daripada makanan
  • diperlukan untuk membebaskan tenaga daripada protien, lemak dan karbohidrat

Piridoksin (Vitamin B6)

  • membantu dalam pemeliharaan kesihatan badan
  • menolong badan dalam memetabolisme protien, lemak dan karbohidrat

Sianokobalamin (Vitamin B12)

  • membantu dalam pemeliharaan kesihatan badan
  • membantu dalam pembentukan sel darah merah
  • diperlukan untuk penghasilan sel darah merah

Asid Folik

  • membantu dalam pembentukan sel darah merah
  • membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk mengandung sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu kehamilan pada dos 400mg sehari
  • perlu untuk tumbesaran dan pembahagian sel-sel

Biotin

  • membantu dalam pemeliharaan badan yang sihat
  • membantu badan dalam metabolisme lemak dan karbohidrat.
Memang kebanyakkan fungsi komponen vitamin B untuk memetabolisme lemak, protien dan karbohidrat. Sebab itu, amat digalakkan untuk mengambil Vitamin B SELEPAS makan, BUKAN sebelum makan yer. B Complex juga bukan untuk ibu mengandung sahaja, tetapi untuk semua orang dewasa. Untuk kanak-kanak, dos yang perlu diambil adalah berbeza.


B Complex Shaklee mempunyai semua komponen vitamin B!! 8 in 1. Tunggu apa lagi, jom dapatkan "spark plug" tenaga anda hari ini juga!!


Berminat??



*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!

No comments:

Post a Comment