Monday, October 24, 2016

Review Clean 9 Detox Programme Forever Living

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia.

Hari ini Daya nak share tentang macam mana saya tetiba yakin nak Set Detox Clean 9 Forever Living. Ye la, produk ini baru up di Malaysia. Takut juga nak ambil sebarangankan.

Ok sebelum tu nak cerita macam mana tetiba rasa nak langsingkan badan semula. Actually saya sangat geram bila baju banyak dah tak muat. Sendat dan Melekat. Ya Allah buruk benar bila pakai baju sendat ni. Macam sarung nangka. Sedih sangat.

Baju sendat menunjukkan badan makin membesar. Bukan saya sahaja yang perasan, anak saya Najla pun perasan. Pernah sekali, saya pergi ke petrol pump, tiba-tiba Najla dengan tanpa rasa bersalah terus cakap,

"Ibu, kenapa orang tu (sambil tunjuk kereta depan kami) tak gemuk macam ibu??".

Saya macam...haaaaa.......jujurnya kamu wahai anak!!
Itu teguran secara jujur tapi terseksa saya mendengarnya.

Maka bermulalah episod "Saya Mahu Kembali Langsing".

Actually sebelum saya betul-betul nak kembali langsing ni, saya ada baca satu Ebook tentang The Green Body Cleanse dari seorang Dr. dari US. Nama Dr ini Dr Edward. Dan saya terkejut sebab Dr tu sendiri cadangkan ambil aloe vera gel untuk detox usus! Walaweh Dr pun cadangkan ambil aloe vera, biar betul.

Saya bukan cakap kosong.Ini buktinya.



Best sangat baca buku ni. Dalam buku ini Dr Edward cerita mengapa kita mesti jaga usus kita. 



Saya suka resepi Super Water ini dari Dr Edward.

Super Water = Purified Water + Apple Cider Vinegar  + Aloe Vera



Dr Edward terangkan mengapa aloe vera yang digunakan?




Apa yang menyebabkan aloe vera begitu istimewa.


Lepas saya baca buku ni, ya Allah tak sabar nak buat Clean 9 Detox Programme ni.

Ok lah, nanti Daya sambung lagi tentang Review Clean 9. Nak tahu berat Daya turun berapa? Nanti Daya cerita.







Pengedar Aloe Vera Forever Living Shah Alam, Klang, Puchong, Subang Jaya dan seluruh Malaysia.

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia.

Saya sangat teruja untuk bagitahu semua saya kini pengedar/agen produk Forever Living di Shah Alam?Klang dan seluruh Malaysia.

Apa itu Forever Living Product?

Syarikat Forever Living adalah syarikat yang menghasilkan produk berasaskan  aloe vera. Produk ini sangat bagus untuk detox, cuci usus, untuk kulit dan seluruh badan.



Nak jadi ahli forever dan cuba bisnes?

Untuk jadi ahli biasa Forever Living, hanya rm 90 sahaja dan anda secara automatik mendapat Aloe Vera Gel secara PERCUMA. Kemudian, untuk pembelian seterusnya, anda akan mendapat diskaun 15 % untuk semua produk.

Untuk menjadi ahli VIP, anda perlu membuat pembelian  barang sebanyak RM 1600 (dulu rm 1300) dan secara automatik anda mendapat 1 FREE AVG, dan mendapat diskaun 35 % untuk semua produk. Ianya sangat berbaloi. Sesuai untuk anda yang ingin buat bisnes.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut di 012-6891597.

Saya akan berkongsi bagaimana untuk memulakan perniagaan bersama Forever Living.

Nak walk in daftar sendiri di Center di Malaysia? Boleh hubungi saya segera!

Kurangkan Kolestrol Dengan Aloe Vera dan Arctic Sea Supaya Tidak Diserang Sakit Jantung

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia.

Dalam tahun ini, saya telah menerima 2 berita kematian disebabkan serangan jatung. 

Tahukah anda penyakit serangan jantung dan strok secara tiba-tiba kerap kali terjadi di kalangan orang lelaki. Ini berpunca dari kolestrol yang tinggi dalam salur darah.  






Kolestrol Baik dan Kolestrol Jahat


Kolestrol terbahagi kepada dua iaitu kolestrol baik HDL dan kolestrol jahat LDL.  Kolestrol jahat yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat manakala kolestrol baik HDL akan membawa pembuluh darah untuk di bawa ke hati dan seterusnya dikeluarkan dari tubuh. 

3 Cara Untuk Mengurangkan Kolestrol Dengan Cepat Secara Semulajadi

1. Sterol Tumbuhan

Sterol tumbuhan yang turut dikenali dengan phytosterol atau stanol adalah sebatian yang ada dalam tumbuhan dan dapat merendahkan kolestrol dengan cepat. Pengambilan tumbuhan yang mempunyai sterol dapat menurunkan kolestrol sebanyak 10-15 %. 

Gambar di bawah menunjukkan bagaimana tumbuhan yang mempunyai strerol membantu untuk mengurangkan penyerapan kolestrol ke dalam salur darah.Tumbuhan yang mempunyai sterol secara aktif akan menghalang kolstrol dari diserap ke dalam salur darah dan hapuskannya dari tubuh badan.




2. Oat
Oat bijirin yang mengandungi serat larut iaitu beta glukan yang terbukti merendahkan tahap kolestrol mereka yang mengamalkannya. 





3. Minyak ikan

Minyak ikan mmepunyai asid lemak Omega 3. Ia berfungsi untuk mengekalkan paras kolestrol baik dalam pembuluh darah dan menyahkan kolestrol jahat ke hati untuk disingkirkan. Secara tidak langsung ia melakukan pembersihan salur darah dari plak yang terkumpul.


Kurangkan Kolestrol Dengan Cepat Menggunakan Produk Forever Living

Produk Forever Living juga boleh membantu mengurangkan kolestrol dengan cepat. Lagi bagus ia menggunakan bahan semulajadi.

1. Aloe vera gel.
Aloe vera gel merupakan tumbuhan yang mempunyai sterol secara semulajadi. Kewujudan sterol di dalam aloe vera ini membantu untuk menurunkan paras kolestrol jahat dalam darah.

2. Artic sea
Artic sea merupakan gabungan minyak ikan dan minyak zaitun yang mmepunyai omega 3 dan omega 9. Gabungan 2 asid lemak ini membantu untuk menghapuskan kolestrol dengan lebih pantas. 

3. Garlic Thyme
Bawang putih tanpa bau ini membantu untuk mengawal tekanan darah supaya ia menjadi normal. 


Jika anda mempuyai paras kolestrol yang tinggi, jangan tunggu lagi. Hapuskan segera. 

Jangan biarkan strok dan serangan jantung mengganggu anda.

Whatsapp Daya ke 012-6891597

10 Fakta Tentang Aloe Vera dari Forever Living

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia.

Ada orang tanya apa beza kalau saya makan aloe vera yang saya tanam dengan aloe vera dari Forever Living?

Sudah semestinya ada beza. Aloe vera yang ditanam oleh Syarikat Forever Living adalah sangat dijaga dari segi kualitinya. Jom kita periksa, apa yang membezakannya.

1. Aloe Vera Gel Forever adalah salah satu yang paling tulen yang terdapat di pasaran, tanpa pempasteuran, pengeringan beku dan pemanasan. Ketulenan Aloe Vera Forever mendapat mengiktirafan daripada International Aloe Science Council.

2. Untuk memastikan kualiti yang tinggi, Forever memiliki perladangan Aloe, membekalkan satu pendapatan bagi petani tempatan.


3. Dengan lebih dari 50 juta pokok Aloe Vera, perladangan Forever membersihkan DUA JUTA TAN CO2 setiap tahun.

4. Ditanam secara organik. Kambing dan biri-biri digunakan untuk mengawal pertumbuhan rumpai secara semulajadi dan mengelakkan racun perosak kimia dan racun rumpai. Mendapat pengiktiran 

Kosher bahawa produk Aloe Vera Gel Forever adalah 100% organik.

5. Hanya terdiri daripada spesis aloe yang terbaik - Aloe Barbadensis Miller. Tumbuhan dituai secaramanual. Hanya 100% gel daun dalaman digunakan, dan helaian daun yang sihat dipilih dan dihiris dengan tangan.


6. Daun yang dituai akan diangkut dalam tempoh 3 jam ke pusat pemprosesan yang terletak di kawasan yang sama.



7. Daun Aloe dicuci dan dihiris untuk membuang getah / aloin yang tidak dikehendaki. Hanya menggunakan gel yang terkandung dalam daun Aloe, dan bukannya bahagian-bahagian lain. 

8. Produk ini tidak ditapis. Gel Aloe Vera akan kekal segar didalam botol dengan kaedah penstabilan yang telah dipatenkan.

9. Ia melalui proses penstabilan sejuk, di mana tiada haba panas berlebihan digunakan. Semua bahan-bahan penstabil dan antioksidan terdiri daripada sumber-sumber semulajadi. Kawalan penuh ke atas kualiti produk di setiap peringkat, iaitu daripada tanaman kepada produk.

10. Sijil Pengesahan Halal Persatuan Islam IFANCA. Diiktiraf untuk digunakan di pasaran Global. 



Cara Saponin Dalam Aloe Vera Bantu Cuci Usus

Assalamualaikum WBT dan salam senatero dunia.

Kita selalu dengar perkataan detox usus. Tapi kenapa ya kita perlu detoks usus kita.
dan bagaimana cara saponin yang ada dalam aloe vera bantu mencuci usus?







Usus adalah antara organ yang sangat penting dalam badan kita kerana usus berfungsi:


1) untuk mencernakan makanan yang kita makan, 
2) menyerap nutrien dan membekalkan nutrisi kepada badan kita.


Jika usus tercemar dengan toksin, kita mudah untuk dijangkiti penyakit kerana tubuh kita tidak mendapat nutrien yang mencukupi untuk meningkatkan tahap imunisasi badan. Toksin dalam badan terhasil daripada makanan yang tidak sihat (contohnya seperti makanan segera "fast food", makanan berminyak , dll), air & udara yang tercemar, racun yang disembur pada sayur, dll. Jadi kita wajib menjaga usus kita agar bersih daripada toksin supaya usus dapat berfungsi dengan baik.



Cara yang paling efektif untuk menjaga/mencuci usus adalah melalui proses detoks/penyaktoksik. Ada banyak produk di pasaran yang mendakwa produk-produk mereka mampu untuk membuang toksin dalam badan. Tetapi, bagaimana kita sebagai pengguna perlu tahu samaada produk-produk ini betul-betul berkesan bagi membuang toksin dalam badan kita? Apakah kandungan bahan yang terdapat dalam produk-produk detoks yang mampu melakukan proses pembersihan usus ini secara efektif dan berkesan? Jawapannya adalah bahan yang dinamakan SAPONINS di mana ia boleh didapati di dalam tumbuhan Aloe Vera.



Apa itu SAPONINS?
Bagi yang nak tahu, Saponins ini adalah buih semulajadi yang wujud dalam Aloe Vera. Hanya buih sahaja yang mempunyai kesan pembersihan yang sangat tinggi. Hari ini, tiada di kalangan kita yang basuh baju guna air paip, mesti nak guna sabun sebab sabun ada buih. Sebab ape? Sebab buih merupakan agen pembersihan yang berkesan. Nak cuci/detoks usus juga kena la guna bahan yang ada buih dan Allah SWT telah menjadikan Aloe Vera sebagai salah satu tumbuhan yang mempunyai Saponins yang merupakan buih semulajadi yang mampu detoks usus kita dengan sangat efektif.



Bagaimana Saponin mencuci usus?



Gambar 1




Merujuk pada gambar keratan rentas usus diatas (Gambar 1)saluran usus kita mempunyai bentuk seperti liang-liang bulu yang sangat kecil dan sangat rapat (bayangkan bulu-bula yang ada pada tuala mandi ataupun anda boleh membayangkan babat lembu/peru2 lembu bagi mereka yang menggemari memakannya) yang terjuntai di sekeliling inner diameter usus. Usus kita berbentuk seperti ini adalah bagi mempunyai luas permukaan yang tinggi bagi mempertingkatkan penyerapan nutrien dalam badan kita. Jadi, makanan-makanan yang tidak diurai/dicernakan dengan baik akan melekat, mendap dan menyumbatkan liang-liang bulu usus ini (Gambar 2).


Gambar 2: Toksin yang mendap di celah-celah liang bulu



Toksin-toksin yang telah mampat dan tersumbat dicelah liang-liang bulu ini hanya mampu diuraikan oleh molekul cecair yang sangat kecil dan mempunyai keupayaan untuk menyerap yang sangat tinggi. Oleh kerana molekul air (air yang biasa kita minum seharian) tersangat lah besar untuk masuk ke celah liang-liang bulu ini, maka air kosong/suam yang kita minum tak mampu untuk melarutkan dan memecahkan toksin-toksin yang terkumpul ini. Semakin lama ia terkumpul, semakin mampat toksin-toksin ini menutupi liang-liang bulu usus ini (Gambar 3) dan lama-kelamaan apabila mendapan ini telah padat maka toksin ini susah untuk dibersihkan, menyebabkan usus tak dapat mencernakan makanan dan menyerap nutrien dengan baik. Akibatnya sistem imun badan semakin lemah dan sistem badan amat mudah diserang penyakit.

Gambar 3: Toksin yang tersumbat dan menutupi liang-liang bulu usus

Di sinilah mineral Saponins berperanan. Saponins merupakan buih semulajadi yang mempunyai molekul yang sangat kecil (lebih kecil daripada molekul air) dan sangat banyak yang mampu menembusi di celahan liang-liang bulu usus. Saponins akan menembus, memecahkan dan menguraikan toksin-toksin yang terkumpul mampat (Gambar 4)

Gambar 4: Saponins menguraikan toksin-toksin yang telah padat

Setelah toksin diuraikan, toksin-toksin ini akan dikeluarkan dari liang-liang bulu usus ini dan kemudiannya akan di "flash-out" oleh air yang kita minum (sebagai agen flushing) melalui sistem perkumuhan badan (Gambar 5). 

Gambar 5: Toksin yang telah terurai akan dinyahtoksin melalui sistem perkumuhan

Sebab itu pentingnya untuk kita amalkan minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari bagi membuang toksin-toksin yang telah diuraikan. Jika tidak, toksin ini berkemungkinan masih lagi berkumpul dalam usus kita atau mengambil masa yang lama untuk di buang dari badan kita. Detoksyang efektif akan memberi kesan positif dimana pembuangan najis akan menjadi lancar (tidak sembelit) dan badan akan lebih cergas apabila bangun daripada tidur.

Apa istimewanya Aloe Vera Gel Forever Living ni?

Okay ni saya nak story sikit. Aloe Vera Gel Forever Living merupakan pati Aloe Vera yang tulen.Forever Living merupakan syarikat pertama yang mendapat pengiktirafan cop mohor daripada IASC (International Aloe Science Committee) yang mengesahkan bahawa Aloe Vera Gel ini mempunyai kandungan Aloe Vera sebanyak 99.9%. Jadi nutrien Saponins ini memang terkandung di dalam botol Aloe Vera Gel Forever Living. 

Bilangan pesakit yang menghadapi kanser usus meningkat dari ke hari. Salah satu punca ialah mengambil makanan yang banyak kolestrol dan tidak sihat. Bertindak sekarang. Sayangi usus kita yang panjang tu. Hubungi saya Daya Ratu AloeVera di 012-6891597 segera.