Sunday, February 19, 2012

Menjayakan Penyusuan

Sahabat Yang Dikasihi,

Sejak akhir-akhir ini, banyak kempen yang dilaksanakan untuk menggalakkan ibu-ibu untuk menyususkan anak kecil mereka. Masyarakat kini sudah tahu kepentingan untuk menyusu bayi dengan susu ibu. Tambahan pula, banyak kedai-kedai bayi yang menyediakan peralatan untuk mengepam bagi ibu yang bekerja. Di Malaysia kini, terdapat beberapa hospital-hospital kerajaan dan swasta yang mendapat gelaran "Hospital Rakan Bayi" yang mana, mereka sangat menyokong dan menggalakan penyusuan ibu dan staf-staf di sana boleh memberi konsultansi tentang penyususan. Maka, tidak hairanlah kini, rata-rata ibu yang mempunyai anak kecil sangat bersemangat untuk menyusukan anak mereka walaupun selepas kembali bekeja nanti.

Saya juga yang mempunyai seorang anak kecil, masih lagi menimba ilmu tentang penyususan. Ye lah, kalau boleh nak anak ramai dan perlu terus korek ilmu tentang penyusuan.


Jom saya kongsikan tips penyusuan yang berjaya:

1) Memakan makanan yang sihat



Pemakanan ibu sangat mempengaruhi kualiti susu ibu. Apa yang ibu makan, itu lah yang anak dapat. Waktu berpantang, ibu yang menyusu tidak digalakkan mengambil makanan yang berangin dan sejuk. Hal ini ditakuti akan memberi kesan kepada bayi seperti angin dan cirit-birit. Sewaktu berpantang, ibu boleh mengambil ikan, ayam dan sayur-sayuran. Namun cuba elakkan makanan seperti timun, kubis, nenas, makanan pedas dan sebagainya. Selepas berpantang, ibu perlu mengambil makanan yang cukup khasiat dari segi karbohidrat, lemak, protien, vitamin dan mineral. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pemakanan yang sihat dan seimbang dapat membantu memberi kesihatan badan pada ibu dan secara tidak langsung dapat menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi.


2) Banyakkan minum air.
Ramai yang melarang ibu selepas bersalin minum air yang banyak. Betul tak ibu-ibu? Mungkin kerana risau ibu akan merasa sejuk. Sebenarnya, ibu yang menyusukan anak, perlu minum air sekurang-kurangnya 2 Liter satu hari. Ini untuk menggantikan segala bendalir yang telah keluar dari badan ibu melalui urin dan peluh.



3) Rehat dan Tenang
Ibu-ibu yang menyusu perlulah banyak berehat. Ini kerana , jika ibu stess, penghasilan susu akan terganggu. Semasa menyusu atau pengepam, perlulah berfikiran tenang, ingat memori indah bersama anak. Fikirkan perkara-perkara yang gembira supaya susu lebih banyak terhasil. Emosi ibu semasa menyusukan anak amat mempengaruhi penghasilan susu.


4) Mendapatkan sokongan
Bukan semua ibu, mempunyai susu yang banyak terutama pada awal kelahiran anak. Saya juga begitu. Tapi ia bukanlah satu halangan untuk meneruskan penyusuan. Dapatkan sokongan dari kawan-kawan yang pernah, sedang dan suka untuk menyusukan anak. Kalau tak ada, cari di internet, nama-nama peer counselor untuk penyusuan. Di Malaysia, terdapat ramai lactaion councelor (LC) dan peer councelor (PC). InsyaAllah mereka akan membantu anda.



5) Dapatkan maklumat tentang penyusuan
Di internet kini, terdapat ribuan artikel tentang penyusuan. Pelbagai forum dibangunkan seperti susuibu.com untuk membincangkan masalah tentang penyususn. Cuba sertai mereka. Jangan rasakan masalah anda tiada penyelesaian. Sentiasa berfikiran positif. Lebih digalakkan ibu-ibu yang bakal melahirkan anak pergi ke kelas-kelas asas tentang penyusuan yang dianjurkan oleh kedai-kedai penyusuan bayi seperti My Scriptory Box, Mom's Little One, Sara Kid dan banyak lagi. Di situ, mereka akan mengajar ibu A-Z tentang penyusuan. Cedok ilmu banyak-banyak ketika itu.

6) Tawakal kepada Allah
Sesunggunya rezeki itu dari Allah. Setelah berusaha, banyakkan doa kepada Allah. Sesungguhnya, Allahlah tempat kita meminta. InsyaAllah dengan niat murni kita untuk menyusukan anak, Allah akan memudahkan jalan untuk kita.


Semoga Berjaya Sahabat!

~Ibu Iman~

No comments:

Post a Comment