
B-Complex
B-Complex tergolong dalam vitamin jenis larut air. Ia tidak boleh disimpan dalam badan dan perlu dimakan setiap hari. Dalam B-Complex Shaklee, terdapat semua jenis vitamin B, asid folik, biotin dan pantothenic acid. Vitamin B-Complex mempunyai fungsi yang pelbagai. Jadual dibawah menunjukkan komponen bahan yang terdapat dalam B-Complex Shaklee dan fungsi Vitamin B- Complex secara amnya.
           | Komponen    Vitamin B | Sebatian    Kimia | Fungsi | 
     | Vitamin    B1          | Thiamin |      Membantu     dalam metabolisma karbohidrat di dalam badan, mengawal tindak     balas kimia melalui hasil terakhirnya, iaitu glukosa yang     ditransformasi kepada tenaga.Diperlukan     untuk urat saraf | 
     | Vitamin    B2 | Riboflavin |      Membantu     pertumbuhan badan dan menjadi pemangkin terhadap bahan kimia yang     diperlukan untuk mendapatkan karbohidrat dan protein.Membantu     pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi,      pernafasan sel dan tumbesaran      Diperlukan     untuk metabolisma karbohidrat, lemak dan protin. Dengan kehadiran     vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam     saluran penghadaman.Ia     membantu metabolisma karbohidrat, lemak dan protien. Bersama     dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa     dalam saluran penghadaman.        Memudahkan     penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ;     menghapuskan kelemumur ; dan membantu penyerapan zat besi dan     vitamin B6       | 
     | Vitamin    B3 | Niacin    (Niacinamide) |      Terlibat     untuk menjana tenaga untuk fungsi sel biasa.Diperlukan     oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sihat.      Penting     dalam menghasilkan tenaga daripada gula darah (blood sugar) dan     dalam pembuatan lemak. Membantu     dalam fungsi sistem saraf ; dalam metabolisma karbohidrat, lemak     dan protin ; dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem     penghadaman. Terlibat     dalam pengeluaran cecair hempedu dan perut yang normal dan     sitesis hormon seks.Merendahkan     paras kolestrol dan membaiki peredaran darah. Ia membantu dalam     penyakit mental seperti schizophrenia  dan ia juga sebagai     menambah ingatan.       | 
     | Vitamin    B6 | Pyridoxine    hydrochloride |      Mengawal     metabolisma protien terutamanya dalam tisu-tisu saraf, hati dan     kulitMenyumbang     kepada pembentukan sel-sel darah merah dan antibodi. Ia     perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan     untuk sintesis nukleik asid RNA   dan DNA, yang mana     mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua     sel-sel dan pertumbuhan normal selular.Mengaktifkan     banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12, dalam     fungsi sistem imuniti, dan dalam pengeluaran antibodi.  | 
     | Vitamin    B12 | Cyanocobalamin |      Vitamin     yang mempunyai kobalt.Diperlukan     untuk sintesis DNA dan RNA. Tisu  badan tidak boleh terbahagi dan     tumbuh secara normal tanpa vitamin iniMembantu     pembentukan     sel darah merah oleh sum-sum tulang      Menolong     memelihara sel saraf dan sel darah merah.  Ia juga terlibat     dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan. Asid     hidroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses     penghadaman. Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yang     dipanggil  faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke     dalam darah.      Memelihara     sistem saraf yang sihat.       | 
     | Biotin | d-Biotin |           Berfungsi     sebagai pemangkin dalam tindak balas kimia yang dipanggil “carbon     dioxide fixation”.           Biotin     membantu dalam pertumbuhan sel; dalam pengeluaran asid lemak;     dalam metabolisma karbohidrat, lemak, dan protin ; dan dalam     penggunaan vitamin B-complex yang lain.  Kuantiti yang     mencukupi adalah diperlukan untuk rambut dan kulit yang sihat. Memelihara agar kilang peluh,  tisu saraf, dan sum-sum     tulang sentiasa sihat. Selain daripada itu , ia menolong     melegakan kesakitan otot. | 
     | Asid    Folik | Asid    Folik |           Bertindak     bersama-sama Vitamin B12 untuk menghasilkan eritrosit dalam     sum-sum tulang.     Sebagai     makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan     pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan     membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah     putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam     sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan     penyalinan sel yang sihat.            Terlibat     dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan     dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu     dalam depresi dan "anxiety".     Membantu     mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan "     fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal     untndunguk ibu menga 
 | 
     | Pantothenic    Acid | D-Calcium    Pantothenate |           Ditukar     dalam badan manusia sebagai pemangkin yang dipanggil ko-enzim.           dikenali     sebagai "vitamin anti-stress" .      Membantu     pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu     dalam penggunaan vitamin, dan menolong menukarkan lemak,     karbohidrat dan protin kepada tenaga.     Diperlukan     oleh semua sel dalam badan dan tetumpu dalam organ badan.     Ia     juga terlibat dalam pengeluaran " neurotransmitters ".     Vitamin ini adalah elemen perlu koenzim A, bahan kimia badan     penting yang terlibat dalam kebanyakkan fungsi metabolisma.      Menambah     stamina dan mencegah sesetengah bentuk anemia. Ia diperlukan     untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan boleh menolong     dalam merawat tekanan dan rasa cemas (anxiety). | 
 
Pentingnya Vitamin B-Complex kan. Terlalu banyak fungsi penting sehingga kita takut jika mengabaikan pengambilannya. 
Rujukan;
1) The Vitamin Book, Harold M. S et. al, 1985.
2) Diet Penyembuh Semulajadi, George D. P-R., 2002
-Ibu Iman-
 
No comments:
Post a Comment