Saturday, January 6, 2018

Kebaikan dan Kandungan CoQ Trol Shaklee

Assalamualaikum dan salam senatero dunia.

Sekarang tengah kecoh produk baru Shaklee, CoQ Trol. Apa yang menarik tentang CoQTrol ini.

Dulu Shaklee pernah keluarkan produk CoQ Health tetapi telah dihentikan penjualan pada 2015.

Pada 2018 ini, Shaklee tampilkan CoQ10 Shaklee yang baru dengan nama CoQ Trol.

Apa beza CoQ10 Shaklee yang lama dan baru.

CoQ10 yang terbaru atau namanya CoQTrol mengandungi

Coenzyme 100mg
Tocoperol  5.5 mg
Resveratrol 2.0 mg

Lengkap dengan super antioksidan, resveratrol dari sumber polyganum caspidatum.

Polyganum caspidatum ini juga ada terkandung dalam Vivix Shaklee.

Jadi, semua kebaikannya ada dalam 1 kapsul. Mudah sangat nak telan.

Selain itu, CoQ Trol ini mengandungi minyak zaitun untuk memudahkan sistem penghantaran di dalam badan.

Superb betul kandungan CoQ Trol ni.

Jadi, bagi sesiapa nak cuba cepat dapatkan CoQ Trol di 012 6891697

Thursday, January 4, 2018

Apa beza CoQ Trol Shaklee dan CoQ10

Assalamualaikum wbt dan salam senatero dunia.

Nak tahu tak berita paling hangat minggu ni iaitu pelancaran produk baru Shaklee iaitu CoQ Trol.

Apa itu CoQ Trol dan Apa Bezanya dengan CoQ10?

Kita biasa dengat tentang CoQ10 bagus untuk jantung kan. Hari ni Daya nak kongsi tentang apa itu CoQ10.

Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

Jadi semakin berumur, semakin kurang CoQ10 dalam badan.

CoQ10 ini bagus untuk lelaki sebab orang lelaki kerja kuat dan perlukan banyak tenaga.

Satu lagi, zaman sekarang tabiat makan sudah berubah. Rakyat Malaysia suka makan pada waktu malam.

Sup daging, kambing grill, satay dan macam - macam lagi. lagi penuh kolestrol dalam badan.

Cara terbaik untuk kuatkan jantung, kembalikan tenaga adalah dengan mengamalkan CoQTrol.


Endometriosis dan Bagaimana Vivix Bantu Pesakit Endometriosis

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak kongsikan tentang ensometrosis. Biasa dengar tak tentang endometrosis?

Apakah endometriosis?


Endometrosis adalah satu keadaan di mana,  lapisan paling dalam uterus iaitu endometrium yang berdarah setiap bulan tu tumbuh di tempat lain - fallopio tiub, ovari, usus, pundi kencing, tulang belakang.

Ini menyebabkan di tempat lain juga akan akan berdarah apabila period dan rasa sakit seperti senggugut juga namun turut dirasai ditempat lain.


sumber : Google


Penyebab endometriosis


Punca sebenar endometriosis tidak diketahui, namun beberapa teori yang ditimbulkan oleh saintis. Antara teori yang popular ialah:

1.Seseorang itu memang dilahirkan dengan tisu endometrium di tempat lain. Tunggu waktu haid pertama sahaja untuk penyakit ini menunjukkan belangnya.

2.Retrograde menstuation – pembalikan haid. Darah haid yang sepatutnya mengalir keluar badan melalui faraj, telah mengalir ke belakang melalui tiub fallopio. Kalau nak tahu, tiub fallopio ialah tiub yang terbuka. Maksudnya ada 3 pintu untuk darah haid mengalir. Darah haid yang mengalir ke belakang itu akan mengubah tisu pada organ lain tu jadi macam lapisan endometrium.
Menurut teori ini, keadaan ini selalunya terjadi jika darah hadi tak turun lancar akibat pintu rahim sempit atau posisi rahim yang luar biasa. Namun begitum banyak kajian membuktikan endometriosis dan retrograde menstruation juga berlaku kepada wanita yang mempunyai rahim yang normal.
3.Sel-sel endometrium merebak ke organ lain seperti merebaknya sel kanser.
4. Ada kajian menunjukkan bahawa radikal bebas juga terlibat dalam perkembangan tisu endometriosis dalam badan.

Simptom endometriosis


Antara simptom endometriosis ialah:

1. Pendarahan berlebihan masa haid
2. Kencing berdarah/berak berdarah
3. Tak subur
4. Sakit belakang masa haid
5. Sakit masa hubungan seks
6. Endometrioma - terbentuk dinding yang kumpul darah.

Mengikut kajian, 5% endometriosis berisiko jadi kanser

Kelebihan Resveratrol Dalam Membantu Pesakit Endometriosis & mengurang risiko kanser


Resveratrol membantu dengan menghantar mesej yang betul kepada sel dengan mengawal proses penyahsetilan dan mengaktifkan umur gen yang lebih panjang. Ini berpontensi mengaktifkan gen untuk menghentikan proses pembiakan kanser.

Menterbalikkan kesilapan DNA

Salah satu punca terjadinya kanser ialah apabila sel yang sudah tua membuat silap dalam meniru DNA sendiri secara terperinci. Kesilapan DNA ini menyebabkan sel tidak berfungsi lagi. Lagi teruk jika dia membiak sebagai sel kanser.

Jadi, dengan mengurangkan kesilapan replikasi DNA, resveratrol boleh meningkatkan usia sel. Ini juga salah satu sebab kenapa resveratrol merupakan pencapaian besar dalam melambatkan proses penuaan.


Resveratrol Menunjukkan Kesan anti-kanser

Kajian menunjukkan resveratrol bukan sahaja mampu menghalang pertumbuhan dan pembiakan sel kanser. Malah ada saintis yang mencadang resveratrol sebagai rawatan tambahan kepada kanser kerana boleh memberi kesan baik bersama-sama kemoterapi.

Bagaimana Resveratrol Dalam Vivix menghalang Kanser?

1. Menyekat penyerapan estrogen dan androgen, sekaligus membantu mencegah kanser yang dipengaruhi oleh hormon. Contohnya kanser payudara atau kanser prostat.

2. Mengubah gen yang rosak. Apabila gen suatu sel telah rosak, risiko untuk membiak sebagai sel kanser adalah tinggi.
3. Membunuh sel kanser

Resveratrol mampu menghalang sel kanser tanpa memudaratkan sel-sel lain. Kebolehan ini berkait rapat dengan kemampuan Vivix membezakan antara sel normal dan sel kanser berbanding rawatan kemoterapi yang tidak spesifik. 

Jadi, disamping menyerang sel kanser, sel sihat juga terjejas sama. Sebab tu kita dapat tengok kesan sampingan kemoterapi termasuklah rambut gugur, keletihan, muntah-muntah, cirit-birit dan ulser dalam mulut.

Bertindak sebagai antioksida, resveratrol mampu menghilangkan radikal bebas, mengaktifkan atau menyahaktifkan enzim, gen, hormon dan bahan kimia dalam tubuh yang berkait dengan kanser.

Jika anda mahukan Vivix, boleh hubungi saya di 012-6891597

Saturday, December 30, 2017

Hilangkan Kecutkan Fibroid Dengan Cepat

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia.
Masalah fibroid dikalangan wanita bukan perkara asing lagi. Fibroid ialah ketumbuhan dari pada otot uterus.
Faktor risiko untuk mendapat fibroid ialah bila wanita tu terdedah kepada hormon estrogen yang berlebihan, sama ada terlalu tinggi atau jangkamasa panjang.
Selain itu juga, antara penyebab fibroid adalah:
1. Peningkatan usia
2. Haid pada usia muda dan menopaus pada usia tua
3. Sejarah keluarga yang mempunyai fibroid
4. Obesiti.
5.pil perancang tempoh yang lama
Bagaimana Fibroid Boleh Terjadi?
Sama macam kanser lain. Akibat tindakan radikal bebas --> sel rosak --> membiak jadi fibroid
Simptom fibroid
1. pendarahan berlebihan semasa haid --> anemia.
2. Saiz makin besar --> boleh tekan organ keliling. Pundi kencing --> balik2 nak kencing. Usus--> susah nak membuang.
3. Sukar dapat anak
4. Perut buncit
Rawatan fibroid
1. Ubat untuk kurangkan hormon estrogen --> kesan buruk jadi macam manopos.
2. Pembedahan - buang fibrod saja atau rahim terus
3. Ikat / potong salur darah ke fibroid
Bagaimana Nak Kecutkan Fibroid Tanpa Kena Bedah
Disebabkan punca fibroid adalah disebabkan oleh radikal bebas, maka perlu amalkan antioksidan yang kuat dan berkuasa untuk "lawan" balik radikal bebas yang buat havoc dalam badan kita.
Dengan bekal kan antioksida utk kurangkan oksidatif stress yang merosakkan sel.
Salah satu antioksidan yang kuat adalah Vivix. Kandungan utama Vivix adalah resveratrol dan 15 jenis antioksidan yang lain.

Monday, December 25, 2017

Kenapa Perlu Ambil Suplemen? Penting Sangat Ke?

AssalamualaikumWBT, salam sejahtera dan salam senatero dunia.

Hari ini saya nak kongsikan, kenapa kita perlu ambil suplemen?
Wajib ke? Doktor tak suruh pun.Makan nasi dan lauk setiap hari, tak cukup ke?

Ok memang betul, kita makan setiap hari. 
Tapi sejauh mana nutrisi yang ada dalam makanan kita diserap masuk ke tubuh? 

Ye la dengan tahap pencemaran sekarang, adalah makanan kita betul betul penuh nutrisi?

Di sini saya nak kongsi, 8 sebab utama mengapa kita perlu ambil suplemen.

Kepentingan Suplemen Yang Ramai Tak Tahu


1. Tubuh kita memerlukan dos vitamin yang tinggi daripada sumber makanan seharian. Vitamin daripada makanan tidak mencukupi bagi kesan pencegahan penyakit dan anti-penuaan.

Mengikut kajian,pengambilan multivitamin dan multimineral, dapat mencegah dari mendapat penyakit kronik. Kesemua jumlah vitamin yang kita perlukan 28 jenis.

Rasa-rasa dengan makan, nasi, sayur yang dimasak lama, ayam yang digoreng, kita dapat ke semua vitamin.

2. Buah-buahan dan sayuran semakin tercemar. Penggunaan baja sintetik dan racun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

Saya pernah tonton 1 video Ted Talk tentang sayur-sayuran di Cameron Highland yang tokei-tokei sayur ini menggunakan bahan kimia tanpa label untuk membuang serangga pada sayur-sayuran.

Dan mengikut video TED ini, tokei sayuran tersebut pun tidak mahu makan sayuran hasil dari kebun mereka. Dasyatkan!

                       
3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengankutan, penyimpnan makanan dan penyediaan.     

Ada sesetengah sayuran yang vitaminnya musnah bila terkena haba.
                   
4. Gangguan penyerapan zat makanan di dalam tubuh berlaku akibat pegambilan pil tahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik.       

Selalunya, antibiotik boleh mematikan semua bakteria-bakteria baik dalam usus.
                 
5. Amalan diet yang tidak sihat seperti pengambilan kafien berlebihan, lemak, kolestrol, gula dan garam telah mengurnagkan simpanan mineral dan menggangu penyerapan mineral.

                       
6. Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang mencabar, sibuk dan stress menyebabkan kurangnya penagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan.         

              
7. Kurangnya penyediaan makanan sihat di rumah dan gemar makanan segera yang tinggi kandungan MSG dan garam merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan.
                        
8. Persekitaran yang tercemar dan immunisasi yang lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin telah menyebabkan tubuh badan mudah dihinggapi penyakit.

Sebab tu, zaman sekarang sangat relevan untuk mengambil suplemen.

Dan dapatkan suplemen yangberkualiti tinggi dan dihasilkan dari bahan-bahan semula jadi.


 Apa yang penting pilih suplemen yang berkualiti dan diperbuat dari bahan semulajadi okay :
 Dapat sesuatu?


Tuesday, November 28, 2017

Cara Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Cepat Supaya Tidak Perlu Cucuk Insulin

Assalamualaikum WBT dan salam sejantera.

Zaman sekarang bilangan pesakit kencing manis semakin meningkat. Ini adalah disebabkan paras gula yang tinggi dalam darah akibat pemakann tidak seimbang. Mengikut statistik 4 juta rakyat malaysia ada diabetes. Takutnya. Ramai rakyat Malaysia yang sakit. 

Tapi sebenarnya ada cara untuk turunkan gula dalam darah dengan cepat dan pantas. Nak tahu? Jangan lupa sambung baca artikel ini.


Kisah Pesakit Kencing Manis Yang Dapat Turunkan Gula Dengan Cepat


Ada seorang kakak mengadu suaminya mempunyai bacaan gula sangat tinggi. Masalahnya suami dia tidak mahu makan suplemen jenis biji. So makin hari, makin tinggi bacaan gula dalam darah. Kakak ni pun dah risau. Dia cuba bagi suami dia makan Vivix. Sebab Vivix dalam bentuk cecair.Mudah untuk ditelan.


Alangkah terkejutnya dia, bila bacaan gula turun dari 14.5 hingga 7.5 setelah sebulan mengambil Vivix  secara konsistan.

Di sini saya kongsi testimonial kakak tu.



Bagaimana Vivix Boleh Membantu Kurangkan Kadar Gula Dalam Darah

Kandungan utama dalam minuman botani Vivix ialah eldebeery eropah, anggur muscadine, polyganum caspidatum dan purple carrot.

Kandungan satu bahan antioksidan yang berkuasa yang ada dalam anggur muscadine iaitu Resveratrol yang boleh bantu kurangkan gula dalam darah.

Mengikut kajian, ada 5 mekanisme bagaimana resveratrol dapat bantu kurang metabolik sindrom akibat kencing manis dalam badan.

1. Resveratrol bantu memperbaiki keseimbangan glukosa dalam darah==> jadi elok balik ikut sistem yang betul macam body kita patut buat.

2. Resveratrol Bantu Kurangkan rintangan insulin==> vivix tolong betulkan fungsi "kunci dan mangga" tadi supaya glukosa boleh masuk dalam sel dan tak terkumpul di salur darah sahaja

3. Resveratrol bantu melindungi pankreas==> kita nak nourish balik pankreas yang dah rosak dan terbeban tadi, supaya boleh berfungsi semula dengan baik. 
Kita tak nak cucuk insulin tiruan. Kita nak hasilkan sendiri insulin oleh pankreas kita. Vivix akan reduce radang di pankreas-->protect sel di pankreas--> supaya insulin akan increase ke normal semula.

4. Resveratrol bantu membaiki rembesan insulin ==> bila sel pankreas dah normal, insulin akan dihasilkan secara normal oleh badan kita.

5. Resveratrol bantu membaguskan keseimbangan metabolisme- fungsi tubuh.

Mengikut kajian Annals of New York Academy of Sciences, resveratrol diuji pada tikus yang mempunyai kadar gula yang tinggi dan selepas diuji dengan resveratrol, bacaan gula dalam darah tikus menurun.

Jadi, jika anda mahu menurunkan gula dalam darah supaya tidak perlu cucuk insulin lagi, cepat-cepat dapatkan Vivix dengan hubungi saya di.

Daya
012-6891597.




Friday, November 10, 2017

Bagaimana Mati Pucuk Boleh Berlaku?

Assalamualikum WBT dan salam seantero dunia.

Secara umumnya, lemah tenaga batin atau lebih dikenali sebagai mati pucuk adalah keadaan yang merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. 

Dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘impotensi’. Mati pucuk ialah kecacatan yang serius yang di mana ia boleh meruntuhkan sesebuah institusi perkahwinan kerana pasangan tidak mendapat zuriat.

Menurut kajian dan sumber yang boleh dipercayai, pada masa ini lebih kurang tiga juta rakyat Malaysia mengalami masalah mati pucuk (erectile dysfunction - ED).

Simptom mati pucuk misalnya seseorang lelaki tidak berupaya untuk mencapai dan mengekalkan ketegangan, ketegangan tidak memadai untuk penetrasi dalam hubungan seks atau ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks.

Bagaimana zakar menegang?


Lelaki yang normal selalunya apabila terangsang, isyarat akan dihasilkan daripada otak dan dihantar ke jantung untuk memberi arahan mengepam darah dengan segera ke saluran darah di bahagian zakar. Ini dibuktikan dengan dengupan jantung anda yang semakin laju dan kuat.

Darah yang dipam akan memasuki saluran darah pada Corpus Cavernosum. Ereksi akan berlaku dan zakar akan menjadi keras.

Lihat gambar di atas.

A. Adalah di mana keadaan zakar sedang lembik 

B. Adalah di mana zakar mengeras


Bagaimana Mati Pucuk Boleh Berlaku?


Ereksi adalah keadaan fisiologi, di mana terdapat isyarat dari otak memicu darah untuk mengalir ke dalam zakar. Zakar akan terisi dengan darah dan kemudian memerangkap darah sehingga menjadi lebih tegak dan lebih keras sehingga ada ereksi yang memuaskan untuk penembusan untuk hubungan seksual. 

ED adalah masalah di mana terdapat gangguan di sepanjang laluan itu.

Pertama, isyarat timbul daripada otak. Adalah penting untuk mempunyai keinginan seks. Dan testosteron pada tahap normal membolehkan keinginan itu berlaku pada seseorang lelaki.

Kemudian laluan saraf yang  dari otak ke zakar mesti berada dalam keadaan yang baik; iaitu saraf tunjang serta saraf yang berjalan melalui pelvis, serta saraf dalam zakar itu sendiri.

Saraf yang melepaskan bahan kimia, yang menyebabkan saluran darah memasuki zakar untuk membuka dan membolehkan lebih banyak darah mengalir melalui.

Kemudian memasuki jenis khas ruang spongy di dalam badan zakar, yang sebenarnya adalah matriks halus otot licin dan saluran darah seperti lapisan yang lembut dan patuh. 

Dan isyarat menjadikan mereka menjadi lebih lembut supaya mereka dapat mengisi darah yang meluaskan saiz zakar. Dan kemudian darah terperangkap, dan semakin banyak aliran darah masuk, zakar menjadi lebih kuat, seperti mengepam tayar basikal.

Mati pucuk berlaku apabila berlaku halangan sepanjang laluan itu. 

Jika paras testosteron seseorang terlalu rendah, dia mungkin tidak mempunyai keinginan untuk memulakan keseluruhan proses. Sekiranya dia mengalami kecederaan saraf tunjang atau kecederaan pada saraf pelvisnya dari pembedahan sebelum ini, terutamanya pembedahan kanser prostat, maka isyarat tidak dapat sampai ke zakar.

Mati Pucuk Boleh Berlaku Disebabkan Diabetes, Tekanan Darah Tinggi dan Tahap Kolstrol Tinggi


Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya. Diabetes (kencing manis) adalah satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, antara sebab mati pucuk adalah seseorang itu mengalami penyakit mental (kemurungan dan kebimbangan), kecederaan pada otak dan saraf tunjang, masalah kekurangan paras hormon testosterone, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang, penyakit Parkinson, angin ahmar, komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing, kesan sampingan ubat-ubatan, cara hidup yang tidak sihat seperti merokok dan kurang aktiviti fizikal.

Ubat yang diberikan doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor kesan sampingan sebelum mula mengambilnya.

Pesakit dengan masalah jantung sering diberikan ubat yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate) mampu berinteraksi dengan nitrat dan melegakan tekanan darah ke aras berbahaya dan boleh membawa maut.

Cara atasi masalah ini

Dengan kemajuan teknologi perubatan yang ada pada masa kini, kita mempunyai pilihan yang pelbagai seperti merawat menggunakan dadah atau ubat-ubatan, terapi suntikan, farmakoterapi melalui saluran kencing dan pembedahan implan zakar.

Jika dilihat pada senario ini, seharusnya masyarakat kita terutama golongan yang berkahwin sewajarnya mengambil serius untuk mengatasi masalah ini dari awal.

Ini kerana dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan menghindari aktiviti yang boleh menyumbang kepada masalah mati pucuk, adalah sangat baik seperti kata pepatah ‘mencegah lebih baik daripada merawat’ dalam konteks kerohanian rumah tangga.

 sumber :