Wednesday, May 9, 2012

Kolestrol Pembunuh Dalam Diam

Dalam setahun mungkin beberapa kali kita akan bertemu dengan juadah ini namun hanya hari raya sahaja yang kita dapati meriah sekali.
                            

Dalam kita seronok menjamah juadah raya, adakah kita prihatin dengan apa yang kita makan? Masih ingat lagi 14 tahun dahulu, arwah abah saya di serang strok pada malam raya yang kedua. Beliau mempunyai masalah darah tinggi secara kebetulan sehari sebelum raya arwah sangat suka makan satay. Rupa-rupanya dalam diam kadar kolestrolnya meningkat dan menyebabkan tekanan darah meningkat seterusnya merosakkan saraf dalam otaknya maka arwah paralyse selama 2 minggu sebelum terus meninggalkan kami 8 beranak buat selama-lamanya.



Kisah ini menjadikan iktibar buat saya dan suami. Bila nak makan rendang, lemang atau pulut, kami tak berani nak makan banyak sebab tahu kesannya ke atas kolestrol dan jantung. Makan berpada-pada. Sejak awal perkahwinan, keluarga mertua akan pastikan vitamin utama untuk mengurangkan kolestrol wajib ada untuk menampung seluruh keluarga.Kami akan makan vitamin tersebut dan fokus pada kolestrol terutama musim perayaan yang banyak dengan jemputan rumah terbuka.


                    

 Tanpa kita sedari ada sesetengah juadah boleh menyebabkan kandungan lemak jahat dalam salur darah makin meningkat. Apakah vitamin yang sekurang-kurangnya ada demi mengawal kandungan kolestrol dalam darah terutama dalam mengawal kolestrol jahat iaitu LDL.


                

                         Atau jika anda berkemampuan lebih berkemampuan


                           




Secara ringkasnya kepentingan vitamin yang dinyatakan ialah :



Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.

Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).  Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
GLA Complex ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.

Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.Menguatkan imuniti tubuh.Memperlahankan proses penuaan.



Kredit: Blog Kak N

Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


  • Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!
  • Kurangkan Period Pain dengan GLA Complex Shaklee

    Assalamualaikum wrt wbt,


    Kebanyakkan wanita pasti memilih Evening Primrose Oil untuk meredakan masalah kewanitaan seperti sindrom pra-haid (PMS) dan ketidakstabilan hormon wanita. Ini kerana ketika menghadapi sindrom pra-haid, kebanyakan wanita mengalami kekejangan pada bahagian abdomen dan payudara. Sindrom pra-haid ini tidak EPO dikatakan dapat mengurangkan sindrom pra-haid tersebut. Apa yang ada dalam EPO. Sebenarnya EPO mengandungi kandungan gamma linolenic asid (GLA) yang tinggi. 


    GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin-bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal.




                          Bunga borage yang cantik dan sangat bermanfaat. Subhanallah!!

    Mengikut kajian, asid linolenik gama (GLA) banyak terdapat dalam minyak benih borage. Borage merupakan sejenis bunga.

    Produk Shaklee mempunyai rangkaian produk khas untuk wanita iaitu GLA Complex Shaklee. Apa yang istimewanya GLA Complex Shaklee ialah ia bukan sahaja mempunya minyak benih borage tetapi ia juga mempunya minyak benih bunga matahari yang turut mempunyai asid-asid lemak Omega-6. Selain itu, GLA Complex juga dilengkapi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri (salur darah) dan membantu memelihara integriti sel.Kenapa GLA Complex Shaklee perlu diambil? Ia kerana ia:

    • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
    • Membantu meningkatkan kesuburan 
    • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
    • Membantu dalam menangani menopus
    • Menguatkan kuku dan rambut
    • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
    • Membantu menangai ekzema
    • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
    • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
    • Menguatkan imuniti tubuh
    • Memperlahankan proses penuaan
    • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
    • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
    • Mengawal kolesterol
    • Untuk fungsi saraf
                                       


                                                 GLA Complex Shaklee-60 kapsul


    Kalau ada mempunyai masalah PMS yang teruk, tak rugi untuk mencuba!! Kita berusaha, Allah yang menyembuhkan.



    Disclemer: Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

    Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA.


    Sunday, April 15, 2012

    Meal Shakes, Minuman Berkhasiat Untuk Semua!

    Bismillahirrahmanirrahim,

    Assalamualikum wrt,

    Anda nak tahu, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua vitamin dan ia sesuai dimakan seisi keluarga. Meal Shakes ni boleh jadi alternatif untuk sarapan terutama kepada sesiapa yang sibuk dan selalu tak sempat nak sarapan. Sebab walaupun sesibuk mana pun kita, sarapan jangan ditinggalkan kerana kita memerlukan tenaga untuk memulakan hari kita.

    Lagi, secara amnya, di sebabkan Meal Shakes ni sangat berkhasiat, ia boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Ahli sukan, ibu mengandung, kanak-kanak,dan warga emas. Bau harum French Vanilla dari serbuk Meal Shakes ini sangat mengujakan sesiapa sahaja.

    6 Fakta tentang Meal Shakes Yang Anda Perlu Tahu.


    1. Nutrisi Lengkap
    Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
    *Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
    2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
    Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
    *Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
    3. Untuk Pembesaran
    Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
    *Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
    4. Anti-oksida
    Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
    *Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
    5. Pemulihan Kulit
    Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
    *Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
    6.Detox
    Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
    *Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.
    Apa yang penting Meal Shakes tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.
    Jom cuba, tak rugi pun. Seisi rumah boleh merasa. JIMAT!!
    Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
    Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA.


    Set Berpantang Bersama Shaklee

    Bismillahirrahmanirrahim,

    Assalamualikum wrt semua,

    Jom, hari ni nak cerita pasal set berpantang Shaklee. Biasanya, di saat-saat akhir untuk bersalin, selalunya wanita hamil sibuk memikirkan jamu apa nak makan nanti selepas bersalin bukan. Oh, lihat sahajalah majalah keibupaan dan kewanitaan di pasaran, rata-rata mengiklan pelbagai jamu untuk wanita selepas bersalin. Saya juga tidak ketinggalan sewaktu saya mengandung dua tahun lalu. Setelah "menggoogle" beribu-ribu kali (ada unsur tidak jujur di situ, maaf), saya ambil keputusan untuk memilih jamu AA (bukan nama sebenar) sebagai persiapan selepas bersalin. Tengok ramai bebeno orang suka produk tu. Saya pun layan jer. Lagi pun, tau-tau jelah first time mother, bukan banyak sangat tahu benda-benda yang tradisional. Waktu tu saya beli on-line, dapat murah sikit dari harga di kedai-kedai jamu sebelah pasaraya tuh. Alhamdulillah ;).

    Selepas bersalin, sangat bersemangat nak cuba semua produk jamu AA ni. Saya guna minyak herba, krim herba, macam-macam yang lain dan makan pil yang ada dalam set produk jamu AA. Saya dapat anak lelaki. Orang tua-tua cakap, selalunya anak lelaki cepat "berangin". Tapi ia memang betul untuk anak saya. Anak orang lain saya tak pasti. Lepas saya makan pil jamu tu, selepas saya menyusukan anak saya, saya perasan, tak berapa lama kemudian anak saya sering merengek dan menangis dengan kuat kot. Tanya mak saya! Sebab maklah yang duk sapu minyak kat perut Iman. Mak saya cakap anak saya angin sebab jamu yang saya makan. Oh, tak sanggup nak tengok anak menangis disebabkan angin dalam badan. Dah sapu minyak pun anak masih menangis. Bermula dari episod itu, saya dah tak makan jamu dah. Saya rasa ia kurang sesuai untuk saya dan anak saya. Last-last jamu tu semua jadi pekasam kat almari tu. Haish kan dah rugi duit. Itu pengalaman pertama saya berpantang menggunakan jamu. Namun setelah bertemu dengan Shaklee dan memahami kebaikan vitamin, saya akan memilih untuk berpantang bersama Shaklee bila tiba masanya nanti (oh, bila nak pregnant lagi nih (^_^))

    Bagi saya, untuk berpantang, perlu kiranya ibu memilih produk-produk pemakanan tambahan yang mudah untuk diserap oleh badan. Ye lah, badan kita sudah lemah dan banyak kehilangan darah maka dengan itu haruslah pilih produk-produk yang mampu untuk menyokong sistem tubuh kita. Banyak jer produk yang bagus di luar sana, namun saya nak kongsi set berpantang Shaklee ni.


    Mutivitamin dan Multimineral Bersama Iron
    Vita-Lea Shaklee mengandungi multivitamin dan multimineral yang sangat diperlukan oleh badan. Disebabkan kerana bersalin darah banyak keluar, jadi iron diperlukan kerana ia merupakan sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.
    B-Complex
    Berfungsi sebagai anti-stress , elak kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon.
    Vitamin C
    Penting pembentukan kalogen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta membaiki tisu yang rosak akibat bersalin.
    Zink
    Penting untuk mempercepatkan luka cepat pulih terutama luka dalam rahim. Membantu masalah kedinginan selepas bersalin. Mengurangkan masalah rambut gugur.
    Ada juga beberapa produk tambahan lain yang sesuai untuk dimakan ketika berpantang. Nanti saya kongsikan.
    Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
    Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!





    Tuesday, April 10, 2012

    Anak Anda Kurang Selera Makan? Meal Shakes Boleh Bantu

    Bismillahirrahmanirrahim,

    Assalamualaikum wrt ibu-ibu dan abah-abah seluruh dunia (^_^).
    Saya mood ceria hari ini. Ehem ;)

    Hari ini saya nak kongsikan satu produk Shaklee yang agak "hot" untuk ibu-ibu yang mempunyai anak yang "picky eater". Saya rasa semua ibu-ibu akan berasa sungguh risau kalau anakanda tercinta susah mahu makan. Risau tak cukup zat la, berat tak naik la. Ye la, anak-anak zaman sekarang, boleh tahan sikap memilihnya. Tapi, jangan dimarah anak-anak itu kalau tak nak makan. Mungkin itu sudah fitrahnya, ada yang disukainya dan ada yang tidak. Mesti ada hikmahnya. Tapi sebagai ibu-ibu mithali, janganlah kita berputus asa untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak kita. Oh, sapa yang tak sayangkan anak kan.

    Tengok sikit rupa Meal Shakes tu.

    Ni dia.

    Di bawah ada Q N A tentang produk Meal Shakes ni. Jom layan.

    Q: Ada apa dengan Meal Shakes?

    A: Meal Shakes merupakan sejenis minuman yang berasaskan soya yang mempunyai gabungan multivitamin dan multimineral untuk membekalkan nutrisi kepada anak-anak kita yang tengah membesar. Yang paling 'awesome' Meal Shakes Shaklee ni adalah ia terdiri dari gabungan bahan-bahan semulajadi yang diproses menggunakan metode semulajadi supaya tubuh lebih mudah untuk menyerap semua multivitamin dan mineral tanpa kesan sampingan.

    Q: Anak saya sangat aktif, sesuai ke makan Meal Shakes ni?
    A: Oh, sememangnya Meal Shakes memang amat sesuai untuk anak-anak yang aktif, yang memilih makan, kurang selera makan, sibuk beraktiviti dan yang memerlukan sokongan untuk menguatkan imuniti.

    Q: Sedap sangat ke Meal Shakes ni?
    A: Oh, of coz la sangat umppp!! Saya suka sangat sebab bau vanila yang semulajadi itu, rasanya pun sodap.

    Q: Soya dalam Meal Shakes ni GMO ke?
    Oh, Meal Shakes ini berasaskan soya tanpa GMO. Ia bukan soya yang "dimidified". Say Yes to Neutral Product ;)

    Q: Kata Meal Shakes ni sedap, ibu tak boleh rasa ke? Ke dia untuk kanak-kanak sahaja?
    A: Oh, soalan ini akan dijawab di Entry seterusnya (^_^). Jangan marah. Tunggu

    Jom tengok apa kata pengguna Meal Shakes.
    Alhamdulillah. Seronok sangat bila tengok orang lain pun happy.
    Pengorban kita sebagai ibu bapa untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak sangat dipandang Allah. Selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam, insyaAllah, Allah pandang usaha ibu-ibu dan ayah-ayah yang mulia di luar sana. Oh, saya tidak berkata untuk produk Shaklee sahaja, saya akui masih banyak lagi makanan tambahan yang baik untuk anak anda di luar sana, tapi apa salahnya mencuba, mana tahu berkenan di hati? ;)
    Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
    Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA.

    Wednesday, March 7, 2012

    Cara Atasi Migrain

    Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
    • Sakit kepala kerana tekanan
    • Sakit kepala kerana sinus
    • Sakit kepala kerana migrain
    Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.
    Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
    Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
    1. Kekurangan zat dan nutrisi
    2. Faktor keturunan
    3. Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
    4. Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
    5. Terlalu banyak mengambil kafein
    6. Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
    Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.
    Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.
    Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.
    Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.
    Supplement/vitamin untuk migrain:
    Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)


    Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
    Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
    Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
    B Complex


    Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
    Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.


    Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
    Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA.

    Tuesday, March 6, 2012

    Set Vitamin Shaklee Untuk Ibu Hamil

    Tahniah kepada ibu-ibu yang hamil pada tahun ini. Alhamdulillah. Rezeki tahun ini. Sebagai seorang ibu juga, berita tentang kehamilan sangat meriangkan saya, suami dan keluarga. Anakkan satu anugerah Allah. Kehadiran anak dalam kehidupan setiap pasangan, mestilah sesuatu yang dinanti. Pengalaman mengandung anak pertama amat mematangkan saya terutama dari segi pemakanan. Empat bulan pertama mengandung, saya memang tidak lalu makan. Oh, sangat merugikan orang seperti saya yang sememangnya suka makan. Pada bulan ke-3 mengandung, saya berpeluang ke Brunei untuk menghantar kakak saya pulang setelah lama bercuti di Malaysia. Abang ipar saya yang bekerja sebagai Chef di Hotel Rizqun mempelawa kami untuk makan malam di hotel. Oh, itu satu peluang keemasan. Vitamin F la katakan. Vitamin FREE. Siapa yang nak tolak. Tapi apa yang mendukacitakan saya, saya lansung tidak mampu untuk menjamah satu makanan pun di situ. Semua rasa loya dan nak muntah. Semua makanan saya tidak makan. Hanya makan sedikit kek sahaja. Namun, selepas 4 bulan mengandung, nafsu makan sangat dasyat sekali. Saya lansung tidak berkira makan sehingga satu hari ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kerajaan, jururawat mengatakan saya perlu minum air gula sebab berat badan sudah naik secara berlebihan. Minum air gula bukanlah satu pengalaman yang manis untuk wanita hamil. Tapi ia amat memberi pengajaran pada saya supaya beringat untuk tidak terlebih makan.

    Pemakanan sewaktu hamil perlu dititikberatkan oleh wanita mengandung kerana nutrisi setiap makanan membantu dalam proses tumbesaran janin dalam rahim. Dalam masa yang sama, kesihatan ibu perlu berada dalam keadaan yang optimum bagi memastikan aktiviti harian tidak terjejas. Setiap kali pergi pemeriksaan bulanan di Klinik Kerajaan atau swasta, ibu hamil akan dibekalkan oleh jururawat dengan beberapa vitamin. Antaranya, obimin. Sewaktu hamil, ibu memang memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk memastikan kandungan sihat dan tumbesaran adalah normal.

    Apa yang ibu hamil perlukan?
    Kal Kalori- Pengambilan kalori harus ditambah 300- 400 kkal per hari selama masa kehamilan. Idealnya, 55% kalori adalah sumber karbohidrat, 35% dari lemak, 10% dari protein dan selebihnya dari sayur-sayuran dan buah-buahan.
    Asid Folik. Pada beberapa minggu sebelum dan setelah awal kehamilan, embrio janin memerlukan asid folik yang banyak untuk pembentukan sistem syaraf dan sel-sel. Tambahan 400 mikrogram asid folik per hari diperlukan selama trimester pertama kehamilan. Kekurangan asid folik dapat mengakibatkan janin tidak berkembang sempurna dan boleh membawa kepada kecacatn seperti anenchephaly (tanpa batok kepala), spina bifida (tulang belakang tidak bersambung) dan bibir sumbing. Asid Folik terdapat dalam beras perang, sayuran hijau dan buah-buahan.
    Protein. Selain sebagai sumber kalori, protein juga diperlukan untuk pembentukan sel dan darah. Ibu hamil memerlukan protein sebanyak 60 gram per hari (lebih banyak 10 gram dari biasanya), yang dapat diperoleh dari daging, ikan, putih telur, kacang-kacangan, tahu dan tempe.
    Kalsium. Pengambilan kalsium 1000 mg/hari diperlukan untuk menjaga pertumbuhan tulang dan gigi, kontraksi otot dan sistem syaraf.
    Vitamin A. Vitamin A bermanfaat untuk pemeliharaan kulit, fungsi mata dan pertumbuhan tulang. Namun, pengambilan vitamin A tidak boleh berlebihan karena boleh mengganggu pertumbuhan embrio.
    Zat Besi. Zat besi banyak diperlukan untuk pembentukan darah. Kekurangan zat besi akan mengakibatkan anemia yang berbahaya bagi ibu dan bayinya. Suplemen zat besi mungkin diperlukan mulai minggu ke-20 kehamilan, terutama bila ibu hamil memperlihatkan tanda-tanda anemia. Ibu hamil memerlukan zat besi 30 mg/hari atau dua kali lipat dari biasanya.
    Vitamin C. Vitamin C bermanfaat memudahkan penyerapan zat besi oleh tubuh, selain untuk menjaga kesihatan gigi dan gusi.
    Vitamin D. Vitamin D berguna untuk pembentukan tulang karena membantu penyerapan kalsium.
    Setiap trimester, pemakanan ibu hamil adalah berbeza. Ibu hamil tidak digalakkan mengambil karbohidrat yang berlebihan sewaktu trimester yang terakhir kerana ditakuti akan menggemukkan ibu dan boleh mencetuskan pelbagai penyakit lain seperti darah tinggi dan diabetis.

    Jom saya kongsikan vitamin yang asas Shaklee yang diperlukan untuk ibu hamil.

    Vitamin Asas Trimester Pertama

    Vitamin untuk Trimester ke 2 dan ke 3


    Sumber Protien Sepanjang Kehamilan


    Namun begitu, sekiranya anda mempunyai penyakit ketika hamil, anda perlu merujuk kepada pengamal perubatan sebelum mengambil apa-apa vitamin. Namun, kenapa saya tidak risau mengamalkan vitamin Shaklee adalah kerana ia dari sumber semulajadi dan ia adalah halal. Semoga ibu-ibu semua sihat sepanjang hamil. Boleh hubungi saya jika mahukan penjelasan lanjut tentang vitamin Shaklee.


    Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
    Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA.