Tuesday, February 14, 2012

Lecithin

Lecithin

Lecithin merupakan pengelmusi semulajadi. Ia sangat membantu badan untuk menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Lecithin boleh didapati dari telur, jagung dan kacang soya. Antara kegunaan lecithin adalah:
  • untuk proses metabolisme-kolestrol, triglycerides dan lemak darah. Lecithin akan memecahkan serta mencairkan lemak terutama kolesterol.
  • membantu mengawal paras triglycerides
  • membantu memecahkan lemak dalam badan dan mengurangkan lemak yang menyelaputi pembuluh darah.
  • mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol.
  • penting untuk fungsi otak kerana ia mengandungi kolina.

Vitamin E

Vita-E Complex

Selain Vitamin C, Vitamin E juga adalah antioksidan. Golongan wanita selalu dikait
kan dengan Vitamin E kerana ia menjadikan kulit lebih cantik, tona sekata dan berseri. Umumnya Vitamin E berfungsi sebagai:
  • penghalang proses pengoksidaan untuk melindungi kerosakan sel
  • membantu sel-sel dalam tubuh untuk menyerap oksigen
  • melambatkan proses penuaan
  • mencegah Vitamin A dan C dari dimusnahkan
  • berperanan untuk mencegah kanser

Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee
  • 400 IU Vitamin E dari sumber semulajadi
  • mengandungu 10 mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E
  • menggunakan kapsul gel yang lembut

Monday, February 13, 2012

OsteMatrix (Kalsium-Magnesium)

Oste-Matrix

Semua orang tahu kalsium adalah nutrisi penting untuk tulang dan gigi yang sihat. Antara kepentingan kalsium adalah untuk:

  • mengekalkan kesihatan tulang dan gigi
  • mencegah osteoporosis (tulang reput)
  • membantu pengecutan otot jantung
  • penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah
  • melegakan pedih ulu hati
  • membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.
  • kesuburan
  • melancarkan sistem jantung dan aliran darah.

Keistimewaan OsteMatrix Shaklee

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Kaplet bersalut yang mudah ditelan

Vitamin C (Sustained Release)

Vita-C (Sustained Release)

Badan kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C sendiri. Ia perlu diambil dari makanan. Vitamin C sangat penting kerana ia terlibat dalam banyak aspek kesihatan badan kita. Mengapa Vitamin C ini sangat penting. Jom kita lihat kepentingan Vitamin C
  • merupakan antioksidan
  • diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal dan untuk gusi yang sihat.
  • menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.
  • Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran, menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.
  • membantu meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan.
  • Racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi.
  • mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi.
  • membantu mencegah " atherosclerosis"
  • keperluan dalam pembentukan kolagen
  • mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam
  • boleh mengurangkan risiko katarak
  • mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar
  • memelihara saluraran darah yang sihat.
Istimewanya Vita-C (Sustained Release) Shaklee

Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi Vitamin C yang tinggi dan sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.

Rujukan: http://moodpro.tripod.com

-Ibu Iman-

B-Complex

B-Complex

B-Complex tergolong dalam vitamin jenis larut air. Ia tidak boleh disimpan dalam badan dan perlu dimakan setiap hari. Dalam B-Complex Shaklee, terdapat semua jenis vitamin B, asid folik, biotin dan pantothenic acid. Vitamin B-Complex mempunyai fungsi yang pelbagai. Jadual dibawah menunjukkan komponen bahan yang terdapat dalam B-Complex Shaklee dan fungsi Vitamin B- Complex secara amnya.

Komponen Vitamin B

Sebatian Kimia

Fungsi

Vitamin B1

Thiamin

  • Membantu dalam metabolisma karbohidrat di dalam badan, mengawal tindak balas kimia melalui hasil terakhirnya, iaitu glukosa yang ditransformasi kepada tenaga.

  • Diperlukan untuk urat saraf

Vitamin B2

Riboflavin

  • Membantu pertumbuhan badan dan menjadi pemangkin terhadap bahan kimia yang diperlukan untuk mendapatkan karbohidrat dan protein.

  • Membantu pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, pernafasan sel dan tumbesaran

  • Diperlukan untuk metabolisma karbohidrat, lemak dan protin. Dengan kehadiran vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman.

  • Ia membantu metabolisma karbohidrat, lemak dan protien. Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman.

  • Memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur ; dan membantu penyerapan zat besi dan vitamin B6

Vitamin B3

Niacin (Niacinamide)

  • Terlibat untuk menjana tenaga untuk fungsi sel biasa.

  • Diperlukan oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sihat.

  • Penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula darah (blood sugar) dan dalam pembuatan lemak.

  • Membantu dalam fungsi sistem saraf ; dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin ; dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman.

  • Terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu dan perut yang normal dan sitesis hormon seks.

  • Merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah. Ia membantu dalam penyakit mental seperti schizophrenia dan ia juga sebagai menambah ingatan.

Vitamin B6

Pyridoxine hydrochloride

  • Mengawal metabolisma protien terutamanya dalam tisu-tisu saraf, hati dan kulit

  • Menyumbang kepada pembentukan sel-sel darah merah dan antibodi.

  • Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA dan DNA, yang mana mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular.

  • Mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12, dalam fungsi sistem imuniti, dan dalam pengeluaran antibodi.

Vitamin B12

Cyanocobalamin

  • Vitamin yang mempunyai kobalt.

  • Diperlukan untuk sintesis DNA dan RNA. Tisu badan tidak boleh terbahagi dan tumbuh secara normal tanpa vitamin ini

  • Membantu pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang

  • Menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah. Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan. Asid hidroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman. Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yang dipanggil faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah.

  • Memelihara sistem saraf yang sihat.

Biotin

d-Biotin

  • Berfungsi sebagai pemangkin dalam tindak balas kimia yang dipanggil “carbon dioxide fixation”.

  • Biotin membantu dalam pertumbuhan sel; dalam pengeluaran asid lemak; dalam metabolisma karbohidrat, lemak, dan protin ; dan dalam penggunaan vitamin B-complex yang lain. Kuantiti yang mencukupi adalah diperlukan untuk rambut dan kulit yang sihat.

  • Memelihara agar kilang peluh, tisu saraf, dan sum-sum tulang sentiasa sihat. Selain daripada itu , ia menolong melegakan kesakitan otot.

Asid Folik

Asid Folik

  • Bertindak bersama-sama Vitamin B12 untuk menghasilkan eritrosit dalam sum-sum tulang.

  • Sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat.

  • Terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

  • Membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal untndunguk ibu menga


Pantothenic Acid

D-Calcium Pantothenate

  • Ditukar dalam badan manusia sebagai pemangkin yang dipanggil ko-enzim.

  • dikenali sebagai "vitamin anti-stress" .

  • Membantu pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin, dan menolong menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga.

  • Diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tetumpu dalam organ badan.

  • Ia juga terlibat dalam pengeluaran " neurotransmitters ". Vitamin ini adalah elemen perlu koenzim A, bahan kimia badan penting yang terlibat dalam kebanyakkan fungsi metabolisma.

  • Menambah stamina dan mencegah sesetengah bentuk anemia. Ia diperlukan untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan boleh menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas (anxiety).


Pentingnya Vitamin B-Complex kan. Terlalu banyak fungsi penting sehingga kita takut jika mengabaikan pengambilannya.

Rujukan;

1) The Vitamin Book, Harold M. S et. al, 1985.
2) Diet Penyembuh Semulajadi, George D. P-R., 2002

-Ibu Iman-


Sunday, February 12, 2012

Vita-Lea Shaklee (Multivitamin dan Multimineral)

Vita-Lea (Iron Formula)

Vita-Lea dengan Formula Zat Besi merupakan satu produk Shaklee yang telah berada lama dipasaran. Ia merupakan gabungan multivitamin dan multimineral. Antara fungsi utama multivitamin dan multimineral ini adalah:
  • mengimbangi segala bahan kimia dalam badan manusia
  • untuk menampung kekurangan nutrisi dalam pemakanan harian
  • menguatkan fungsi otak
  • membantu mempertingkatkan kesihatan badan dalam jangka masa panjang
  • untuk proses pertumbuhan dan keupayaan reproduktif
  • sebagai nutrient kepada sel-sel
Istimewanya Vita-Lea Shaklee ini adalah kerana ia merupakan makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Ia menggunakan Biotin-100 % RDA, iaitu komponen vitamin yang terbaik. Apa yang lebih bagus, Vita-Lea ini telah diuji secara klinikal dan ia menggunakan bahan semulajadi bukan sintetik.

Menarik bukan fakta tentang Vita-Lea Shaklee. Nanti juga produk-produk yang lain juga.

-Ibu Iman-


Produk Shaklee Adalah Halal

Sahabat Yang Budiman,

Sebagai seorang muslim, mencari yang halal adalah sesuatu yang fardu. Bab-bab halal ini kita memang tidak boleh ambil ringan kerana ia akan menjadi darah daging kita. Sama juga dengan barangan kesihatan Shaklee. Sebagai satu syarikat antarabangsa yang mementingkan kualiti dan pelanggan, pihak Shaklee memang menitikberatkan tentang pengguna-pengguna Muslim. Untuk pengetahuan semua, sijil Halal barangan produk Shaklee telah dikeluarkan oleh Islam Service of Amerika (ISA). ISA merupakan sebuah badan yang mengeluarkan sijil halal di Amerika Syarikat. JAKIM, iaitu satu badan agama Islam di Malaysia telah mengiktiraf ISA sebagai badan yang mengeluarkan sijil Halal secara sah. Mohon untuk lihat di bawah.


sumber

Ini pula sijil Halal untuk semua barangan Shaklee. Tarikh luput adalah 31 Disember 2012. Selalunya, sijil ini akan diperbaharui setiap tahun.

Sumber

Jom tengok produk-produk Shaklee yang telah diperakui Halal.


InsyaAllah, semua produk Shaklee yang terdapat di Malaysia adalah halal. Jangan ragu-ragu. Jika masih kurang yakin anda sendiri boleh melakukan pemeriksaan di semua cawangan Shaklee di Malaysia. Eh saya pun Muslim, takkan lah saya nak jual produk yang tidak halal. Tak berkat nanti kan.

Jom Lestarikan Diri dan Bumi

-Ibu Iman-