Friday, November 10, 2017

Viagra dan Ubat Yang Tak Boleh Makan Serentak

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Lelaki yang mempunyai masalah mati pucuk atau lemah tenaga batin boleh mengambil Viagra (sildenafil) untuk membantu mengatasi masalah mati pucuk. Namun begitu, jika anda sedang memakan ubat lain, sila maklumkan kepada doktor yang bertauliah kerana viagra tidak boleh makan serentak dengan beberapa ubat yang lain.

Bolehkan Viagra  (Sildenafil ) Dimakan Bersama Ubat Lain?

Pesakit yang mengambil sebarang jenis ubat nitrat organic tidak boleh mengambil  Viagra. 
Viagra tidak boleh dimakan oleh pesakit yang sedang memakan ubat – ubatan yang mengandungi NITRAT.

Jika anda memakan sebarang ubat nitrat seperi  ISORDIL, NITROPASTE, NITROPRESS, NITROLSTAT atau NITROGLYCERIN, anda tidak boleh makan sildenafil.

Pesakit yang mengambil ubat untuk tekanan darah tinggi boleh mengambil sildenafil tetapi adalah lebih bijak untuk memeriksa semula tekanan darah selepas rawatan.

Sildenafil atau Viagra diproses secara kimia di dalam hati. Ubat-ubatan yang mengganggu aktiviti tersebut akan menyebabkan peningkatan tahap  darah oleh sildenafil dan mengakibatkan kesan-kesan sampingan lain.

Contoh ubat tersebut seperti Tagamet, Eryhromycin dan ubat anti fungal seperti Nizoral (ketoconazole). 

Pesakit yang mengamalkan ubat-ubat tersebut hanya boleh mengambil dos 25 mg atau menghabiskan penggunaan ubat-ubat lain sebelum mengambil sildenafil.

Viagra Hanya Membantu


Menurut Pfizer New York, Viagra bertujuan untuk menegangkan buah zakar bukannya meningkatkan libido. Mereka yang tidak mengalami masalah ketegangan buah zakar tidak faham tentang fungsi Viagra dan cuba-cuba mengambilnya untuk tujuan lain seperti untuk memanjangkan daya seks sedangkan kesanya lebih bahaya. Ia hanya boleh dimakan sekali sehari.

Tidak semua lelaki menerima kesan yang sama. Malah, jangka lama ketegangan juga tidak dijamin.

- Ambil mengikut cara yang telah ditentukan oleh doktor anda. Viagra datang dalam kapsul 25mg, 50mg dan 100mg. Doktor akan memberitahu anda berapa banyak yang perlu diambil.

- Jika anda berumur melebihi 65 tahun dan mempunyai masalah hati atau buah pinggang yang serius, doktor kemungkinan akan memulakan dengan pengambilan dos yang rendah (25mg).

- Ambil Viagra kira-kira sejam sebelum anda melakukan hubungan badan. Viagra mula bekerja dalam masa 30 minit semasa anda mula merasakan keghairahan seksual. Viagra berakhir sampai 4 jam.


Namun begitu, jangan ambil Viagra lebih dari sekali dalam sehari- Jangan ambil dos melebihi dari yang diberitahu oleh doktor anda. Jika anda fikir anda perlukan lebih dos, cakap dengan doktor anda.

Jangan mula atau berhenti mengambil apa-apa ubat sebelum berjumpa dengan doktor.
Ini adalah ringkasan sebahagian dari maklumat penting yang perlu diketahui sebelum mengambil Viagra.

Apapun keadaan anda, ubat mana pun yang anda ambil, sila jumpa doktor terlebih dahulu.
Hal ini kerana ia boleh risikokan nyawa anda.



sumber : Pemakanan dan Kesihatan, Syed Mahadzir

Sebarang maklumat tentang Viagra dapatkan di Viagra.com

~Hidup Sekali, Hebatkan Ia~

No comments:

Post a Comment