Friday, November 3, 2017

Apa itu Viagra dan Bagaimana Viagra Berfungsi

Assalamualaikum dan salam seantero dunia.

Malaysia adalah antara negara pengguna terbesar pil Viagra dengan 40,000 orang mendapat priskripsi ubat ini secara tetap (statistik pada 2002). Bagaimanapun, ia tidak termasuk jumlah mereka yang menyalahgunakan pil berkenaan.

Ramai lelaki menggunakan pil Viagra terutamanya yang mempunyai masalah tenaga batin atau mati pucuk. Nak tahu apa itu pil Viagra dan bagaimana ia berfungsi?

Teruskan membaca.




Apa Itu Viagra?

Sildenafil citrate adalah nama saintifik bagi Viagra. Ia diambil daripada kumpulan ubat- ubatan yang dipanggil phosphodiesterase inhibitors atau perencat fosfodiesterase jenis 5 (PDE5).

Fungsi sildenafil adalah untuk mencegah enzim phosphodiesterase jenis 5.

Secara umumnya, ubat tersebut diuji guna untuk merawat tekanan darah tinggi yang tidak teratur. Setakat ini tiada sebarang ubat daripada kumpulan phosphodiesterase inhibitors yang boleh digunakan di America kerana ia cenderung menghasilkan kesan sampingan.

Namun begitu pada masa sildenafil gagal menunjukkan kesannya mengawal ketidaknormalan tekanan darah tinggi, didapati pula kebanyakan pesakit yang mengamalkan kumpulan ubat ini yang kebetulan mempunyai masalah mati pucuk, dilaporkan mengalami ketegangan zakar.

Fungsi Viagra Berfungsi?


Perencat PDE5 menyebabkan pelebaran diameter pembuluh darah ketika otot di dinding pembuluh darah mengendur dalam zakar dan paru-paru dengan mengurai kitaran guanosine monophosphate (cGMP) yang menyebabkan pemanjangan tindakan mediator pelebaran diameter pembuluh darah itu termasuk nitrik oksida (NO).
Tindakan utama perencat PDE5 adalah untuk menguat­kan ereksi zakar dan mengurangkan tekanan vaskular paru-paru. Perencat PDE5 juga mempunyai kesan yang kecil terhadap vaskulatur sistemik (aliran darah).
Empat jenis perencat PDE5 yang diluluskan dan digunakan merawat mati pucuk adalah sildenafil, tadalafil, vardenafil dan avanafil dan kesemuanya disyorkan untuk diambil secara oral sejam hingga empat jam sebelum melakukan hubungan kelamin. Penggunaan pula tidak lebih sekali sehari dan tidak boleh digunakan wanita.
Sildenafil, tadalafil, verdanafil dan avanafil adalah ubat yang digunakan untuk rawatan mati pucuk yang hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh seorang doktor atau ahli farmasi berlesen dengan preskripsi daripada seorang doktor. 


Viagra tidak boleh diambil sebarang tanpa konsultasi dari doktor yang bertauliah. Viagra tidak menyembuhkan masalah mati pucuk, tetapi ia membantu memberi ketengangan yang sementara kepada lelaki yang mempunyai mati pucuk.

Nanti saya akan sambung tentang bahaya Viagra.

Rujukan 
1. Pemakanan dan Kesihatan, Syed Mahadzir



Sebarang pertanyaan, boleh hubungi www.wasap.my/60126891597


1 comment:

  1. If are you interested in news about ED medications and not only then see full information by: https://viagrabestbuy.com/blog/ . Men will find a lot of intriguing articles and interesting information.

    ReplyDelete