Wednesday, January 22, 2014

Hilangkan Selulit Dengan Produk Shaklee

Bermasalah dengan selulit?  Argg..selulit adalah sesuatu perkara yang tidak digemari oleh kaum wanita. Ramai yang berusaha untuk hilangkan selulit. Keindahan kulit bagi para wanita adalah aset yang berharga. Oleh itu keresahan pasti melanda pada para wanita apabila melihat kulit mula berkedut menyerupai lapisan seperti kulit jeruk.


Selulit terbentuk daripada gumpalan-gumpalan minyak, sisa-sisa metabolisme dalam tubuh dan air yang terperangkap dalam kulit. Pada umumnya, selulit dialami oleh wanita tidak kira yang berbadan kurus ataupun yang memiliki badan yang besar dan gemuk. Selulit biasanya menyerang bahagian paha pinggul, betis, perut dan juga lengan. Kewujudan selulit akan menyebabkan kulit kelihatan kendur, kurang kekenyalan dan kehalusan sekali gus mengganggu penampilan para wanita.

Selulit muncul di sekitar permukaan kulit sering mengganggu dan menyebabkan kulit mengalami kecacatan. Walaupun selulit menyerang kebanyakan wanita, kaum adam juga tidak terkecuali.

Selulit sememangnya tidak dapat diatasi dengan cepat, kemungkinan ia akan semakin menebal dan boleh meyebabkan perjalanan pembuluh darah terbantut.

Penyebab selulit:

Selulit tidak berlaku dalam sehari. Banyak faktor yang meyebabkan hal tersebut berlaku:

1)Peredaran darah kurang lancar. Hal ini mungkin disebabkan pakaian ketat. Hal ini sememangnya meransang timbulnya selulit.

2)Kedudukan pembuluh darah kapiler yang tidak seimbang sehingga berlaku perembesan cairan ke dalam jaringan.

3)Faktor hormon. Hormon progesteron, estrogen dan testesteron.
 Hormon progesteron memudahkan terjadinya pengumpulan cairan pada lapisan jaringan. Biasanya pada minggu ketiga edaran menstruasi, progesteron berada pada tahap tinggi. Sedangkan kadar hormon estrogen yang rendah dapat mengakibatkan menurunya proses pembakaran lemak dan lemak cenderung untuk tinggal menimbun. Hormon testosteron hanya sedikit kadarnya pada wanita. Namun peranannya cukup penting untuk pembentukan otot. Berbanding kaum lelaki yang mempunyai kadar hormon testeron yang tinggi. Kurangnya otot di dalam badan inilah yang menyebabkan mudahnya tersebar jaringan lemak di dalam tubuh

4)Bentuk Body
Wanita memiliki bahagian-bahagian tubuh dengan jaringan di bawah kulit yang sangat tebal dan longgar contohnya di bawah pinggul dan perut. Lemak mudah menyerap masuk ke jaringan-jaringan seperti ini, apalagi jika tubuh kurang bergerak.

Produk Shaklee Bantu Kurangkan Selulit

Antara produk yang boleh membantu untuk kurangkan selulit adalah seperti di bawah:

Vitamin C ( ada bioflavonoid)=> Ia berfungsi untuk meransang pembentukan kolagen yang ada dalam badan. Kolagen sangat penting kerana ia menghalang otot jadi lembik. Kandungan bioflavonoid membantu memperkuat dinding pembuluh kapiler.

Vitamin E => Ia berfungsi sebagai antioksida, memerangkap radikal bebas yang terdapat dalam tubuh dan melancarkan peredaran darah. Selain itu, vitamin .E bantu meningkatkan keanjalan salur darah.

Vitamin A ( Caratomax) => berfungsi memperbaharui sel. Ia juga membantu mengurangkan penyakit kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, jerawat dan akne.

Ingin mencuba set selulit ini? Cepat hubungi:







No comments:

Post a Comment