Saturday, June 16, 2012

Rangkain Get Clean Shaklee Alternatif Kepada Sabun Yang Berbahaya


Universiti Sains Malaysia (USM) antara universiti yang sangat menyokong usaha untuk menghijaukan bumi. Banyak aktiviti dan tindakan yang diambil untuk memastikan kelestarian bumi USM ini. Ia mungkin hanya langkah kecil sebab dilakukan hanya di USM tapi  bagi saya ia perlu diperluaskan lagi untuk memastikan bumi kita ini betul-betul dipelihara.

Apabila kita bercakap tentang hijaukan bumi, kita akan memperkatakan tentang "recycle, reuse, reduce" dan sebagainya. Hal itu memang dah sebati dalam diri kita. Banyak benda yang kita boleh kitar semula contoh: surat khabar lama, botol-botol plastik, kotak, tin aluminum dan sebagainya. Semua orang insyaAllah, sikit-sikit boleh buat aktiviti kitar semula ni..Kan..kan...anda semua dah mula ke program kitar semula di rumah anda?? ;)

Sebenarnya, salah satu perkara yang menyebabkan bumi kita belum "hijau" adalah pencemaran yang semakin berleluasa. Contohnya, pencemaran udara, air dan persekitaran. Tahukah kita, sebenarnya, sabun dan detergen yang kita guna di rumah tu antara bahan-bahan yang menyumbang kepada pencemaran air dan persekitaran??? Bagaimana ia berlaku??

Sabun dan Pencuci
Nak katanya, sabun dan bahan pencuci merupakan antara bahan kimia di rumah yang paling bahaya berbanding dengan bahan-bahan lain. Ini disebabkan bahan ini boleh dikatakan terdapat di setiap rumah dan biasanya kita tidak berapa mengambil peduli tentang cara penyimpanannya secara selamat. Di samping itu tidak ramai yang mengetahui tentang kandungan dan bahaya bahan aktif yang terdapat di dalamnya. Kajian yang dilakukan terhadap 140,000 kes keracunan di Amerika Syarikat mendapati 10% daripadanya disebabkan oleh sabun dan bahan pencuci. Ramai di kalangan mangsa menemui maut akibat tertelan bahan beracun tersebut.
Detergen merupakan produk teknologi yang strategik, karena telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakat moden dari rumah hinggalah perindustrian yang besar.

Pada umumnya, detergen mengandung bahan-bahan berikut :
Surfaktan (surface active agent) yang berfungsi untuk menurunkan tegangan permukaan air sehingga dapat melepaskan kotoran yang menempel pada permukaan bahan. Surfaktan pada deterjen pencuci pakaian dikategorikan sebagai anionik, umumnya tersusun dari alkyl benzene sulfonate rantai bercabang (ABS), alkyl benzene sulfonate rantai lurus (LAS) dan Alpha Olefin Sulfonate (AOS).
Builder (pembentuk) yang berfungsi untuk meningkatkan efisiensi kerja surfaktan. Salah satu builder yang banyak digunakan adalah fosfat.
Filler (pengisi) yang berfungsi untuk menambah kuantiti produk detergen.
Additives yang berfungsi untuk meningkatkan daya tarik produk seperti pewangi, pemutih dan pewarna.

Detergen diperbuat melalui dua cara: 
detergen semulajadi-minyak sayuran
detergen sintetik-pecahan petroleum.

Detergen merupakan bahan yang digunakan untuk mencuci bekas atau permukaan dan tidak digunakan pada tubuh. Sediaan yang didapati biasanya dalam bentuk serbuk, cecair dan semburan. Bahan pencuci mengandungi egen aktif permukaan (surfaktan) yang membolehkan air bersentuh dengan bahan yang dicuci dan bahan tambahan seperti pelembut yang berupaya mengurangkan zat-zat logam yang mengganggu proses pencucian.

Terdapat beberapa jenis serbuk pencuci terdiri surfaktan negatif sintetik untuk menggantikan sabun-sabun biasa.

Surfaktan negatif dan tidak berion merupakan komponen utama terdapat dalam kebanyakan sabun pencuci buku, cecair pencuci pinggan mangkuk dan sesetengah pencuci pakaian. Sesetengah bahan pula mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat atau fosfat dan silika iaitu bahan kimia yang meningkatkan keupayaan mencuci. Fosfat telah dikenal pasti boleh menyebabkan pencemaran air dan pertumbuhan alga. Walaupun penggunaan fosfat dalam kebanyakan sabun pencuci telah diharamkan, tetapi sesetengah jenama masih lagi dicampurkan dengan bahan tersebut. Walau bagaimanapun indeks ketoksikan fosfat lebih rendah berbanding bahan-bahan pemukal lain. Sekiranya termakan bahan pencuci berfosfat akan mengakibatkan mangsa mengalami keradangan pada mukosa mulut dan muntah-muntah.

Pencuci Sintetik
Pencuci sintetik merupakan sabun yang dihasilkan dari bahan petroleum bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap sabun asli. Di antara bahan pencuci yang di hasilkan ialah pencuci benzil sulfonat berantai bercabang (Benzyl Alkyl Sulfonate - BAS). Baru-baru ini pengunaan BAS telah pun diharamkan di Malaysia.

Kesan Pencuci Sintetik
Pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan manusia melalui interaksinya dengan sel sehingga menyebabkan kematian sel. Selain dari itu pencuci sintetik berupaya mengeluarkan lapisan lelemak pada kulit. Lapisan lelemak ini berfungsi menghalang bahan-bahan toksik dari memasuki tubuh. Ini akan menyebabkan molekul pencuci sintetik bertindak pada lapisan dalaman kulit untuk membunuh lebih banyak sel. Ada laporan menyatakan bahawa organ dalaman seperti hati dan organ pembiakan juga menghadapi ancaman kerosakan yang serius akibat tindakbalas molekul pencuci sintetik ini. Pencuci sintetik juga sukar dilupuskan yang mana ini akan menyebabkan pengumpualn dan seterusnya mencemar alam sekitar. Kehadiran bahan pencuci sintetik pada kepekatan yang kecil juga boleh membunuh hidupan akuatik. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel yang mana sel-sel mutan ini berkemungkinan berkembang dengan cepat untuk membentuk kanser.

Pencuci sintetik mengandungi bahan-bahan seperti fluorescent untuk memutihkan pakaian, fosfat sebagai agen menanggalkan kotoran, silika untuk meningkatkan keupayaan mencuci dan garam beralkali seperti natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat.

Kebanyakan bahan pencuci terdapat di pasaran tidak melabelkan kandungannya. Ini menyukarkan pengguna membezakan antara pencuci asli dan pencuci sintetik.

Kenali Pencuci Sintetik
1) Sediakan bahan pencuci yang hendak dikenal pasti, air, bekas lutsinar dan cuka (asid asitik).
2) Campurkan sedikit bahan pencuci ke dalam bekas lutsinar mengandungi air. Biarkan sehingga campuran tersebut larut seketika.
3) Campurkan sedikit cuka ke dalam bekas tersebut.
4) Hasil yang akan didapati adalah seperti berikut:
jika sabun asli - tiada buih dan air menjadi keruh.
jika sabun pencuci sintetik - ada buih dan air kelihatan jernih.
jika campuran pencuci sintetik dan sabun asli - berbuih dan air menjadi keruh.
Di antara bahan pencuci di rumah yang mempunyai risiko keracunan teruk ialah bahan peluntur, bahan pencuci, cermin kereta, pembunuh kuman, pencuci kerak cerek air dan pencuci pinggan mangkuk automatik.

Bahan-Bahan Lain Yang Bahaya
Bahan peluntur dikenali sebagai egen menghakis dan mengandungi bahan aktif natrium hipoklorit pada kepekatan 5%. Bahan ini tidak menunjukkan sifat terlalu beralkali dan mangsa yang terminum bahan ini kebiasaannya hanya perlu meminum segelas susu. Namun begitu keradangan mulut dan esofagus mungkin berlaku jika termakan dengan kuantiti yang banyak. Peluntur dalam bentuk serbuk mempunyai komposisi lebih pekat oleh itu keradangan yang lebih teruk akan berlaku jika termakan. Percampuran bahan peluntur dengan bahan-bahan pencuci lain boleh mengakibatkan kesan yang lebih teruk. Bahan peluntur yang dicampurkan dengan bahan pencuci tandas yang berasid kuat akan menghasilkan klorin manakala campuran bahan peluntur dengan ammonia akan menghasilkan gas kloramin. Kedua-dua gas ini amat toksik pada selaput mukosa terutamanya pada saluran pernafasan.

Bahan pencuci cermin kereta mengandungi metil alkohol (metanol) pada kepekatan tinggi. Bahan ini berupaya membersih dan menghalang pembekuan. Metanol dimetabolismakan kepada metabolit toksik yang boleh mengakibatkan kerosakan sistemik serius. Mata boleh menjadi buta dengan hanya meminum lima hingga sepuluh mililiter bahan ini.

Pembunuh kuman biasanya mengandungi bahan kimia fenol manakala pencuci longkang dan ketuhar adalah bahan berbes yang terdiri dari ammonia pada kepekatan melebihi 10% dan hidrogen peroksida atau natrium peroksida. Pencuci tandas biasanya mengandungi bahan aktif berasid yang menghakis.

Pencuci kerak cerek air dan pencuci pinggan mangkuk automatik pula mengandungi bahan kimia yang sama dan boleh mengakibatkan kesan radang kepada mangsa. Pencuci mesin basuh juga boleh menyebabkan keracunan. Kebanyakan pencuci mesin basuh diketahui mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat yang boleh mengakibatkan keradangan yang teruk jika terkena mata.


Apa ALTERNATIF kita untuk selesaikan maslaah ini?? 

Jangan risau. Sebenarnya, kita memang ada alternatif untuk bertukar kepada sabun dan detergent yang selamat digunakan, tidak mencemarkan bumi dan jimat..
Memperkenalkan rangkaian Get Clean Shaklee. Ia terdiri daripada
1) Soft Fabric Concentrate (Pelembut Fabrik)
2) Fresh Laundry Concentrate ( Pencuci Kain Baju)
3) Dish Wash Concentrate ( Pencuci Pinggan)
4) Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate ( Pencuci Serbaguna)






Apa beza Rangkain Get Clean Shaklee dengan Pencuci di Pasar Raya?
1) Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
2) Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda 
  • Dua kali ganda lebih pekat
3) Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Dengan menggunakan rangkain Get Clean ini, kita bukan sahaja dapat membersihkan rumah, peralatan rumah dan baju dengan jimat malah kita dapat menyelamatkan alam sekitar. Ia sangat berbaloi.


Tindakan kecil kita dengan menggunakan pencuci yang mesra alam memberi impak yang besar terhadap alam sekitar. Sesunggunya bumi ini dipinjamkan dari generasi akan datang kepada kita. Cintailah bumi ini kerana ia tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. 


~MENGHIJAUKAN BUMI  ADALAHTANGGUNGJAWAB BERSAMA~




Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 012 6891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Jom, tempah sekarang!!

Wednesday, June 13, 2012

Ingin Susukan Bayi Semula? Panduan Relaktasi


Apa itu relaktasi? Relaktasi ialah proses penyambungan semula penyusuan susu ibu selepas pemberhentian penyusuan selama beberapa lama atas sebab-sebab tertentu. Sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula, masalah kesihatan bayi, kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas sepeti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.

Usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi namun ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6 bulan.Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:
-memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu;
-mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).

Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor:
Faktor #1 – Pengeluaran susu sebelum berhenti
Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi.
Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungki
nan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.

Faktor #2 – Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu?
Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu. Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula.
Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.

Faktor 3# – Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu?
Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula. Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif  selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja.Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.

Faktor #4 – Kesediaan ibu
Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh serta kekuatan mental dan semangat yang kuat daripada ibu. Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi. Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi. 

Bagaimana caranya?

1) Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu.

Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah. Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?

  • Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur
  • Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising
  • Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra;
  • Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan;
  • Jika bayi menolak payudara ibu, jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi.
  • Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.


Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu: Bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.
bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.

[Paten 1]
Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan.  Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu. Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula. Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu. Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.

[Paten 2]
Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu,lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan.
Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu. Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan. Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu,  jangan putus asa… tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.


MEDELA Supplemental Nursing System (SNS)

2. Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.
Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu. Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah. Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi. Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.

Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?
  • perah/pam dengan kerap (ibu perlu mengepam setiap 2-3 jam untuk hasilkan stimulasi pada payudara untuk meransang penghasilan susu. 
  • pada waktu malam lakukan power pumping secara berterusan)
  • makan makanan berkhasiat dan seimbang (ambil supplemen jika perlu. -Dapatkan konsultasi untuk set yang paling sesuai)
  • makan makanan penambah susu seperti Fenugreek
  • menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium)
  • kurangkan stress
  • berfikiran positif
  • Banyakkan zikir, solat sunat hajat dan doa


Kesimpulan: Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.

Last but not least, ingatlah bahawa susu ibu itu adalah rezeki. Rezeki yang sangat unik. Namun rezeki ini datangnya dari ALLAH jua. Dekatkan diri padaNYA, nescaya kita kuat dalam melalui apa jua cabaran. cabaran boleh hadir dalam banyak bentuk namun jika mentally prepared, insyaALLAH kita teruskan jua perjuangan demi anak tersayang.
kredit: hanis amin
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mahu relakstasi tapi tiada sokongan. Jom saya bantu..InsyaAllah, kalau niat baik mesti Allah akan bantu..yang penting USAHA, DOA dan TAWAKAL :)


Vivix Bantu Lambatkan Penuaan Wajah

"Umur berapa kak?" tanya seorang adik ni. "30 tahun" jawab seseorang. "Oh, ingat dah 40-an" sangka si adik
Situasi macam ni mungkin pernah terjadi pada kita. Rasa "sentap" apabila orang lain merasakan kita lebih tua dari umur sebenar. Eh, sapa yang tak sentap kan...tapi kalau orang cakap kita lagi muda dari umur yg sebenar, mesti kita suka..kan..kan..biasalah orang perempuan...
Nampak tua pada umur yang muda memang terjadi dikalangan wanita. Hal ini terjadi disebabkan banyak faktor. Antaranya, cara hidup, stress di tempat kerja, pemakanan yang tak terjaga, kurang menjadi kesihatan kulit, kurang rehat dan sebagainya...
Shaklee pengeluar makanan kesihatan telah menemui satu formula iaitu Vivix, minuman yang mempunyai  kandungan antioksida yang tinggi berbanding minuman yang lain...Jom saya kongsikan artikel yang disiarkan oleh harian metro ini


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ramai wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran.





Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan.

Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan. Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung. 

Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan. Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.  Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah. Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan.

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.

Vivix boleh didapati menerusi harga ahli Shaklee di semua cawangan Shaklee seluruh negara.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kagum dengan hasil penyelidikan yang dibuat ke atas semua bahan-bahan semulajadi yang menjadi formula dan Vivix. Ramai yang dah menikmati Vivix ini, anda bila lagi...JOM dapatkan sekarang!!


sumber: HARIAN METRO 22/1/2010



Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 012 6891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Jom, tempah sekarang!!

Monday, June 11, 2012

Sek Skin Care (Testimonial)


Alhamdulillah, semakin ramai pengguna Shaklee berpuas hati selepas menggunakan Produk Shaklee. Di bawah adalah seorang pelanggan group Shaklee kami yang sangat teruja dengan hasilnya selepas menggunaka set skin care untu selama sebulan lebih. Alhamdulillah, walaupun sebulan, dah nampak kesannya...




                            Dari adik Noor Aishah Mohd. Ikhwan 


       (sudah mendapat kebenaran beliau untuk di kongsikan testi ini)


"After 1 month and 2 weeks menggunakan VIT E.. Ini lah hasilnya... Kulit rasa lebih flawless.. Sekarang ni dh stat guna vit e & vit c.. Alhamdulillah.. Hasil yg lebih positive.. Bekas jerawat dah makin hilang.. Thank you my dearie sis Nur Najmah Salleh for introducing me such an awesome product.. Dia yg perasan muka saya kusam dan tak berseri dan suggest ambil vit e... Tq tq :-) ... Love Shaklee and my sis ♥"


Secara Umumnya, Set Skin Care Shaklee mempunyai:


Vitamin B Complex 
Vitamin B berfungsi untuk mengekalkan kelembapan pada kulit. Ia juga dapat menjaga kulit dari kekeringan sekaligus dapat mengurangkan kedutan pada kulit. Pengambilan Vitamin B mampu menghilangkan garis-garis halus pada kulit dan menolong menetapkan "kelenjar thyroid" dengan melicinkan/meratakan serat menegangkan kulit. Ia juga perlu untuk menghilangkan 'stress'. 'Stress' boleh menyebabkan kulit berkedut dan nampak cepat tua.


Vitamin C
Vitamin C amat masyhur untuk kecantikan. Pengambilan Vitamin C secara konsisten mampu untuk membuang toksin dalam badan. Vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapuskan  radikal bebas. Pengurangkan radikal bebas didalam badan kita, memmudahkan Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen. Kolagen amat penting untuk mengukuhkan sel kulit. Kekurangan kolagen akan menyebabkan kerosakan kulit (kering, lembik dan mudah lebam).


Vitamin E 
Vitamin E berupaya memberi perlindungan kepada kulit. Ia juga boleh memperlahankan pembentukan tanda penuaan dan degenerasi sel kulit. Ia juga dikenali sebagai bahan yang dapat mempercepat penyembuhan dan pembentukan saluran darah.



Kulit anda juga kusam dan kurang bermaya?? Tak salah untuk bagi diri anda mencuba set Skin Care Shaklee ini..Jom dapatkan sekarang...



*Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 012 6891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget?? saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!




Kebaikan Vitamin E Yang Buat Anda Rasa Teruja


Kebanyakkan orang tahu fungsi vitamin E untuk mencantikkan kulit, untuk nampak muda dan sebagainya. Tapi, kalau orang tu kulit dah cantik dan dah nampakmuda, tak perlu ke makan vitamin E?? Sebenarnya, fungsi vitamin E, lebih dari itu.  

kredit: mamafaiz

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan.

Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Sesuai untuk ibu menyusu yang mengalami bengkak susu yang ketara. Ibu menyusu boleh mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.






3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek mengurangkan kedinginan

Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen.  Pengambilan vitamin E membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar
Membantu mengatasi masalah sakit saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka
Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak
Perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.


Vitamin E Shaklee adalah dari sumbersemulajdi.Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E (d-alpha tocopherol concentrate) dan (d-alpha tocopheryl acetate) selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]. Gabungan Vitamin E dengan Selenium mengoptimumkan fungsi Vitamin E. 

Tak rugi anda mencuba....

*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, 

hidayazakaria@gmail.com atau 
SMS/WhatsApp ke 0126891597. 
Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. 

Lecithin, Lebih Dari Sekadar Pengemulsi Lemak


Lecithin memang diketahui fungsinya sebagai agen pengemulsi lemak. Dan kini ia merupakan antara produk Shaklee yang paling terlaris. Sehingga pada awal tahun 2012, stok lecithin satu Malaysia dah habis. Ish ish...;) Ramai orang makan lecithin untuk mengurangkan berat badan termasuk saya ;). Lecithin keluaran shaklee adalah berasaskan soya, dan soya merupakan sumber lecithin yang paling kaya, dan yang paling best, ianya bebas kolestrol. Tahukah anda kita tak dapat menghasilkan lecithin dengan sendiri, sebab itu kita perlu ambil daripada sumber makanan seperti lecithin berasaskan soya ini. Fungsi lecithin sebenarnya lebih dari sekadar membakar lemak. Jom saya share, mengapa lecithin ni penting untuk kita. Sharing from sista, kak cery

Sekilas fakta: Lecitin itu sendiri adalah lemak...FAT??..oppss...Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn .. contoh buat kek...yg basic tu mcm tepung gula telur..kalo dak..tak jadi kek tu..haa gitulah. Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans ...dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin...dan yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean... saya nak share 13 kelebihan tentang Lecitin yang anda perlu tahu...
  • Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.
  • Kenapa org yang nak kurus suke lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan. 
  • Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecithin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan....Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2...jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecithin ,pasti ianya keputusan yg bijak.
  • Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati...
  • Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin
  • Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Disamping itu, struktur lecitin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan...
  • Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  • Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  • Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  • Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan.


Antara yang dah berjaya kurangkan berat badan dengan lecithin:




sebab tu, lecithin antara favorite saya sebab ia banyak fungsi untuk tubuh kita...especially untuk otak...maklumlah dah "tua-tua" ni cepat pelupa...so bila kita mengambil lecithin, bukan saja boleh kurus malah boleh bantu sihatkan jantung, otak, untuk hormon, untuk sistem imunisasi dan macam-mcam lagi...maka silalah berasa rugi jika tak mengambilnya ;) 


*Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!

Thursday, June 7, 2012

Nutriferon: Agen Immune Booster Anda

Nutirferon merupakan satu produk yang membantu untuk menyokong imunisasi seseorang.
Kalau nak tahu, Nutriferon ni dicipta oleh pakar imun yang bernama Dr. Yasuhiko Kojima. Nutriferon ni, satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun. Bukan senang dah buat penyelidikan tentang nutriferon ni sebab setelah 40 tahun para penyelidik membuat research, barulah mereka berjaya mencipta Nutriferon. Sebelum tu, mereka telah beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. Dan, finally, terhasilah Nutriferon. 


NutriferonTM  mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Bukan senang kot, nak dapatkan combinasi herba-herba yang beratus-ratus kat dunia ni. Dengan adanya nutriferon ni, dapat mengurangkan masalah-masalah kepada mereka-mereka yang mudah jatuh sakit, mudah demam, mudah selsema dan sebagainya.


Ini sharing dari blog kak cery



seronok baca entry kat sini..wpon saya xbf baby lg..tp saya ambik for my self dan kecantikan la opkos..ehehe since saya ade eczema, resdung n asthma..so kak Cery MamaFaizsuggest ESP n nutriferon memandangkan asthma yg teruk..tu pon pas baca blog kak cery satu hari tah berapa kali utk get the confident tuu..ehehe...so consume nutriferon everyday and esp 2kali sehari..xsmpai 2mggu, alhamdulillah, xsedar lgsg masalah eczema, allergy kulit dah ilang!magic kan..dah xperlu laa nak sapu2 cream farmasi macam2..hanya org yg ade masalah eczema n kulit aje yg tau betapa susahnye kalau datang tang gatal2 tu..blom lg kulit jd xcantik, berkudis lg..tp alhamdulillah sgt..satu masalah ilang..kulit muka rs makin better..yg lain2 xperasan plak..ehehe skrg tgh sabar n menunggu my other improvement especially utk asthma n resdung lak..tq to kak kak Cery MamaFaiz yg sabo aje layan mcm2 soalan..tp yg utama, kita usaha, Allah jua yg MAHA menyembuhkan..



Hai kak cery
xxx.. Akak nak tau tak, fida punya ekzema dah tinggal 10% lagi nak baik.. maksudnya gatal2 dah hilang, tinggal nak elokkan kulit kering je..alhamdulillah, berkat consume shaklee and tawakkal pada Allah..




***************************************************************************************
Nutriferon ni baik buat standby bubuh dalam handbeg. Asal rasa nak demam je, cepat-cepat minum, InsyaAllah cepat kebah. Apa2 pun, yang menyembuhkan adalah Allah SWT tapi yang penting kita kena usaha dulu...kan Kan...

Rugi ni kalau tak bubuh dalam first aid kit kita. Jom tempah sekarang.

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!