Sunday, March 4, 2012

Kesan Pengambilan Vitamin Shaklee Untuk Penyusuan

Sahabat Yang Dihormati,

Jom saya kongsikan pengalaman Mommy Icha tentang selepas menggunakan Set Vitamin Shaklee untuk penyususan.


sekiranya kawan-kawan merasakan pengambilan Set B semata-mata tidak mendatangkan hasil yang memuaskan, provided kawan-kawan buat 3 amalan utama bf mommies (pam konsisten ; air lebih 3L ; doa yang berterusan), maka saya syorkan kawan-kawan mencuba pengambilan Set B ini bersama ESP atau Ostematrix ; atau kedua-duanya sekali!

memang menakjubkan!

saya mula-mula tak perasan sangat benda ni since saya memang dari awal percintaan saya dengan SHAKLEE terus ambik SET E add-on ESP, so, memang saya takde problem apa-apalah. alhamdulillah. tapi, setelah seorang teman saya, kak ita, yang dah hampir give-up makan Set B dan buat segala macam teknik yang perlu nak banyakkan breastmilk tak menjadi, disarankan mengambil Ostematrix (dia dah ambik ESP masa tu). kak ita akhirnya mendapat hasil yang diinginkan! best sangat!

cerita ni dah lama. sms kak ita pun saya dah delete. haha. maybe korang boleh tanya sendiri dengan kak ita di Facebook Kak Ita.dan lagi satu tips, kak ita tak makan semua vitamin sekaligus. dia makan berasingan ikut masa tertentu. tips yang bagus sebab kita sedia maklum pengambilan vitamin akan menambah kepekatan darah. so, lebih baik dimakan pada waktu berlainan, mengikut keperluan dan kesesuaian.

sampai sekarang, kak ita setiap bulan akan topup vitamin-vitamin SHAKLEE tau. dan setiap bulan le cik abang kak ita datang ambil stok vitamin kat rumah saya (sebenarnya nak jenguk bakal menantu hehehe).

so, kepada kawan-kawan yang merasakan masih kurang berpuas hati dengan pengambilan Set B semata-mata, bolehla mencuba add-on Ostematrix ( Set E la ni!) atau ESP. lagipun, penambahan kedua-dua suplemen ni turut membantu melengkapkan lagi keperluan zat dalam badan.

Seronokkan!! Ha, bagi ibu-ibu yang tengah menyusu, jom cuba set Vitamin Shaklee.

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA.


Tuesday, February 28, 2012

Mengapa Perlu Minum Banyak Air Apabila Mengambil Supplemen


Setiap orang yang mengambil supplement Shaklee (tak kira jenis apa) dinasihatkan minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 3L sehari. Kenapa begitu banyak?

Lebih-lebih lagi bila mengambil vitamin untuk tambah susu, kenapa kena minum air banyak? Bukankah nak banyakkan susu memang kena minum banyak air? Kalau dah memang kena minum banyak air buat apa ambil supplement lagi? :)

Fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan supplement semulajadi Shaklee:

  1. Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
  2. Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?

Oleh itu, apabila mengambil supplement Shaklee, takat pengambilan air mestilah ditambah, melebihi kadar biasa. Biasanya kami mencadangkan 3L air sehari. Saya sendiri minum 2L air kosong hanya sebelum waktu tengah hari. Jadi bolehlah bayangkan berapa banyak air saya minum sehari. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tak mengambil sebarang supplement, dinasihatkan agar tidak meminum air dengan kadar sedemikian, kerana ia boleh mencairkan nutrient dalam tubuh. Dalam beberapa keadaan, air yang berlebihan boleh mengurangkan susu badan.

Kredit: vitaminsemulajadi.com


Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA.


Monday, February 20, 2012

Ada Apa dalam Susu Ibu

Sahabat Yang Dikasihi,

Ibu-ibu yang baru melahirkan anak, disarankan untuk melakukan penyusuan ekslusif untuk tempoh 6 bulan pertama dan digalakkan untuk meneruskan penyusukan anak sehingga 2 tahun. Hal ini kerana, ia memberi kebaikan kepada bayi dan ibu. Kenapa yer? Untuk bayi, dengan meminum susu ibu, ia boleh melindungi bayi daripada jangkitan dan mengurangkan kadar masalah kesihatan termasuk obesiti dan asma. Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi pula, ia amat membantu untuk mengecutkan rahim, dan mempercepatkan pendarahan untuk berhenti selepas bersalin. Lagipun, penyusuan boleh mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

Rasanya semua orang tahu, susu ibu merupakan pemakanan terbaik untuk bayi. Banyak khasiat dalam susu ibu yang membantu melindungi bayi daripada jangkitan dan penyakit. Protein susu dalam susu ibu adalah lebih mudah dihadam berbanding susu formula atau susu lembu. Dan, kalsium dan zat besi dalam susu ibu lebih mudah diserap.

Jom kita tengok apa yang ada dalam susu yang istomewa ini?

1) Protein

Salah satu komponen besar susu ibu adalah protein. Malah, terdapat dua jenis protein yang terdapat dalam susu manusia, yang dipanggil "whey protein", dan "protein kasein".Walau bagaimanapun, susu ibu adalah lebih mudah bagi bayi untuk mencerna. Susu ibu adalah sekitar 60 hingga 80 peratus protein whey. Protein ini fungsinya untuk mencegah jangkitan pada bayi anda.

Laktoferin

Protein ini adalah protien yang sangat penting untuk saluran usus bayi anda. Ia menghalang pertumbuhan bakteria dan yis yang memerlukan zat besi untuk hidup. Secara tak langsung boleh mengurangkan risiko untuk mendapat serangan penyakit oleh bayi. Ia juga merupakan satu kuasa besar yang berkesan sebagai anti-pengoksidaan, anti-kulat, anti-bakteria, anti-virus, anti-radang, agen anti-kanser dan ejen untuk meningkatkan imunisasi.

Molekul Laktoferin

Komponen asid amido untuk manusia dan lembu dalam laktoferin

Lysozyme

Merupakan enzim antimikrobial, didapati dalam susu ibu. Bahan ini mempunyai kesan penting kerana ia menentukan jenis bakteria yang boleh hidup dalam saluran usus. Menariknya, tahap lysozyme dalam susu tidak terjejas dengan pemakanan ibu. Bermaksud ia sentiasa ada dan tidak merosot kandungannya.

Faktor bifidus

Fungsi Faktor bifidus dalam susu ibu adalah untuk menyokong pertumbuhan Lactobacillaceae, iaitu bakteria bermanfaat yang melindungi bayi daripada bakteria dan parasit berbahaya. Bayi yang menyusu dengan susu ibu mempunyai tahap lactobacillus sepuluh kali lebih besar daripada yang bayi yang diberi susu formula.

Secretory IgA

Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobin. Salah satu immunoglobin yang penting dipanggil Secretory immunoglobin A (slg A). IgA ini mempunyai keupayaan untuk mengikat bahan-bahan asing (termasuk bakteria berbahaya) supaya mereka boleh dihapuskan dari badan. SlgA banyak melindungi tekak, hidung dan telinga serta saluran gastrousus. Kolostrum (susu pekat berwarna kuning) yang keluar dari payu dara ibu pada awal kelahiran mempunyai slg A yang tinggi. Ia juga membantu untuk memberi perlindungan terhadap E. Coli dan juga alahan. Imunoglobulin lain, termasuk IgG dan IgM, di dalam susu ibu juga membantu melindungi daripada jangkitan bakteria dan virus.


2) Lemak

Susu ibu juga mengandungi beberapa lemak yang sangat bermanfaat. Terutamanya, Omega 3 lemak seperti DHA dan AA. Lemak ini adalah untuk membantu kerja-kerja otak bayi, memastikan bahawa sistem imun berfungsi dan membantu dalam pengambil vitamin larut lemak. Walau bagaimanapun, jenis lemak boleh dipengaruhi oleh diet ibu.Lemak untuk perkembangan otak.

3) Karbohidrat
Laktosa merupakan sejenis karbohidrat utama yang ditemui dalam susu ibu. Dianggarkan 40% jumlah kalori adalah dari susu ibu. Laktosa membantu untuk mengurangkan jumlah bakteria yang tidak sihat di dalam perut, meningkatkan penyerapan kalsium, fosforus, magnesium dan. Ia membantu untuk melawan penyakit danmenggalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam perut.

4) Vitamin

Jumlah dan jenis vitamin dalam susu ibu secara langsung berkaitan dengan pengambilan vitamin oleh ibu. Disebabkan itu, ibu menyusu perlu mendapatkan pemakanan yang berkhasiat termasuk vitamin. Vitamin larut lemak, termasuk vitamin A, D, E, dan K, adalah penting untuk kesihatan bayi. Vitamin larut air seperti vitamin C, riboflavin, niasin, dan asid panthothenic juga penting. Selalunya, ibu-ibu yang mengandung telah dibekalkan dengan vitamin secukupnya untuk memastikan tumbesaran bayi dan kesihatan adalah normal di dalam kandungan. Ia juga merupakan persiapan untuk menyusukan bayi apabila bayi lahir nanti.

Lihat betapa, berkhasiatnya susu ibu. Semua khasiat yang diperlukan oleh bayi ada dalam susu ibu. Alhamdulillah. Jom kita sokong penyusuan susu ibu!

Set Vitamin Penyusuan Shaklee

Sahabat Yang Dihormati,

Perjalanan penyususan bagi setiap ibu-ibu yang menyusu memang berbeza. Tidak semua ibu-ibu bertuah mempunyai susu yang banyak. Dan tidak semua ibu-ibu yang menyusu dikelilingi oleh orang menyokong penyusuan susu ibu. Namun semua itu bukanlah satu penghalang untuk semua ibu menjayakan penyususan khas untuk anak mereka. Jom saya kongsikan set penyususan vitamin Shaklee yang menjadi pilihan ibu-ibu menyusu di Malaysia.

Empat set itu ialah

1. Set B (Set Penyusuan Bersama Alfalfa)

  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.
2. Set Eu Four Pack ( Set Penyusuan Bersama Kalsium, Tanpa Alfalfa)


  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.
3. Set E (Set Penyusuan Bersama Kalsium dan Alfalfa)


  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.


4. Set 3M

  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan Energizing Soy Protien.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.


Sudah tahu yang mana kalian perlukan.

Jom tempah sekarang! Ia pasti berbaloi.

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247, anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA.

~Kita hanya mampu berusaha, Allah jualah yang mengizin segalanya~


Sunday, February 19, 2012

Menjayakan Penyusuan

Sahabat Yang Dikasihi,

Sejak akhir-akhir ini, banyak kempen yang dilaksanakan untuk menggalakkan ibu-ibu untuk menyususkan anak kecil mereka. Masyarakat kini sudah tahu kepentingan untuk menyusu bayi dengan susu ibu. Tambahan pula, banyak kedai-kedai bayi yang menyediakan peralatan untuk mengepam bagi ibu yang bekerja. Di Malaysia kini, terdapat beberapa hospital-hospital kerajaan dan swasta yang mendapat gelaran "Hospital Rakan Bayi" yang mana, mereka sangat menyokong dan menggalakan penyusuan ibu dan staf-staf di sana boleh memberi konsultansi tentang penyususan. Maka, tidak hairanlah kini, rata-rata ibu yang mempunyai anak kecil sangat bersemangat untuk menyusukan anak mereka walaupun selepas kembali bekeja nanti.

Saya juga yang mempunyai seorang anak kecil, masih lagi menimba ilmu tentang penyususan. Ye lah, kalau boleh nak anak ramai dan perlu terus korek ilmu tentang penyusuan.


Jom saya kongsikan tips penyusuan yang berjaya:

1) Memakan makanan yang sihat



Pemakanan ibu sangat mempengaruhi kualiti susu ibu. Apa yang ibu makan, itu lah yang anak dapat. Waktu berpantang, ibu yang menyusu tidak digalakkan mengambil makanan yang berangin dan sejuk. Hal ini ditakuti akan memberi kesan kepada bayi seperti angin dan cirit-birit. Sewaktu berpantang, ibu boleh mengambil ikan, ayam dan sayur-sayuran. Namun cuba elakkan makanan seperti timun, kubis, nenas, makanan pedas dan sebagainya. Selepas berpantang, ibu perlu mengambil makanan yang cukup khasiat dari segi karbohidrat, lemak, protien, vitamin dan mineral. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pemakanan yang sihat dan seimbang dapat membantu memberi kesihatan badan pada ibu dan secara tidak langsung dapat menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi.


2) Banyakkan minum air.
Ramai yang melarang ibu selepas bersalin minum air yang banyak. Betul tak ibu-ibu? Mungkin kerana risau ibu akan merasa sejuk. Sebenarnya, ibu yang menyusukan anak, perlu minum air sekurang-kurangnya 2 Liter satu hari. Ini untuk menggantikan segala bendalir yang telah keluar dari badan ibu melalui urin dan peluh.



3) Rehat dan Tenang
Ibu-ibu yang menyusu perlulah banyak berehat. Ini kerana , jika ibu stess, penghasilan susu akan terganggu. Semasa menyusu atau pengepam, perlulah berfikiran tenang, ingat memori indah bersama anak. Fikirkan perkara-perkara yang gembira supaya susu lebih banyak terhasil. Emosi ibu semasa menyusukan anak amat mempengaruhi penghasilan susu.


4) Mendapatkan sokongan
Bukan semua ibu, mempunyai susu yang banyak terutama pada awal kelahiran anak. Saya juga begitu. Tapi ia bukanlah satu halangan untuk meneruskan penyusuan. Dapatkan sokongan dari kawan-kawan yang pernah, sedang dan suka untuk menyusukan anak. Kalau tak ada, cari di internet, nama-nama peer counselor untuk penyusuan. Di Malaysia, terdapat ramai lactaion councelor (LC) dan peer councelor (PC). InsyaAllah mereka akan membantu anda.



5) Dapatkan maklumat tentang penyusuan
Di internet kini, terdapat ribuan artikel tentang penyusuan. Pelbagai forum dibangunkan seperti susuibu.com untuk membincangkan masalah tentang penyususn. Cuba sertai mereka. Jangan rasakan masalah anda tiada penyelesaian. Sentiasa berfikiran positif. Lebih digalakkan ibu-ibu yang bakal melahirkan anak pergi ke kelas-kelas asas tentang penyusuan yang dianjurkan oleh kedai-kedai penyusuan bayi seperti My Scriptory Box, Mom's Little One, Sara Kid dan banyak lagi. Di situ, mereka akan mengajar ibu A-Z tentang penyusuan. Cedok ilmu banyak-banyak ketika itu.

6) Tawakal kepada Allah
Sesunggunya rezeki itu dari Allah. Setelah berusaha, banyakkan doa kepada Allah. Sesungguhnya, Allahlah tempat kita meminta. InsyaAllah dengan niat murni kita untuk menyusukan anak, Allah akan memudahkan jalan untuk kita.


Semoga Berjaya Sahabat!

~Ibu Iman~

Thursday, February 16, 2012

DTX Complex

DTX Complex

Shaklee DTX ComplexTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok.

Satu gabungan Shaklee yang unik di mana formula ini mengandungi ekstrak benih milk thistle yang ditunjukkan dalam satu penyelidikan ia dapat menyokong keupayaan badan untuk membentuk protein-protein yang diperlukan dalam regenerasi pembentukan semula sel-sel hati. Ia juga mengandungi cendawan Reishi dan Schizandra Chinensis yang mempunyai ciri-ciri antioksidan serta Dandelion, Kunyit dan Artichoke untuk membantu memelihara aliran hempedu.*


• Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, warna-warna, atau bahan pengawet tambahan.

GLA Complex

GLA Complex

Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.