Wednesday, February 18, 2015

Cara Hilangkan Sakit Belakang Yang Kronik Tanpa Makan Ubat-Ubatan

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!

Ramai orang menghadapi masalah sakit belakang dan lenguh-lenguh badan. Keadaan ini buat kita sangat tidak selesa dan bila bangun dari tidur, kita rasa tidak cergas dan kadang-kadang rasa mahu tidur semula.

Sakit belakang boleh menjadi semakin parah jika seseorang itu kerap mengangkat barangan yang berat, banyak berjalan, tidur dalam keadaan posisi tidak betul dan macam-macam faktor lagi. Disebabkan terlalu ramai yang menghadapi sakit belakang ini, hari ini saya ingin berkongsi cara hilangkan sakit belakang tanpa makan ubat-ubatan.





Menurut kajian, sebanyak 80% orang pernah mengalami sakit belakang dan sakit belakang juga antara punca utama ketidakupayaan bekerja dan penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit. Pakar Bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong berkata, sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

Faktor Sakit Belakang
Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa. 

Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan. 

Struktur tulang belakang

Tulang belakang terdiri daripada 33 tulang vertebra yang dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vertebra servikal (tujuh tulang pertama bermula di bahagian bawah tengkorak), 12 tulang vertebra torasik, lima tulang vertebra lumbar (pada bahagian bawah belakang badan) serta lima tulang sakrum dan empat tulang koksiks yang bercantum. 

Di antara setiap tulang ini ada satu cakera (diska) yang bertindak sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan tulang belakang untuk ‘dilentur’ ke kiri, kanan, depan dan belakang. Cakera ini juga berfungsi mengagihkan berat badan secara seimbang. 




Antara punca sakit belakang yang biasa ialah masalah diska tergelincir pada tulang belakang akibat posisi badan tidak betul (apabila cakera terkeluar sedikit, ia akan menekan saraf yang menyebabkan rasa sakit); otot terlalu lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang atau mengangkat benda berat dengan cara salah. 


Bagaimana sakit belakang boleh terjadi?
Menurut Dr Siow, kekuatan tulang dan keanjalan otot merosot dengan peningkatan umur. Bahkan cakera yang terletak di antara setiap tulang pada tulang belakang juga mula kehilangan cecair dan keanjalannya; menyebabkan ia hilang kebolehan untuk menyerap hentakan. 
Kesakitan boleh berlaku dalam banyak keadaan contohnya mengangkat benda yang terlalu berat atau regangan berlebihan terjadi menyebabkan salah satu otot atau ligamen tergeliat atau kejang. 
Jika tulang belakang mengalami regangan atau mampatan keterlaluan, satu cakera boleh pecah atau tertolak keluar. Cakera ini akan memberi tekanan kepada lebih 50 saraf yang bercabang daripada saraf tunjang. Apabila akar saraf ini terhimpit atau mengalami keradangan, kita akan mengalami rasa sakit. Lokasi kesakitan itu bergantung kepada saraf mana yang terhimpit atau radang. 

Selain itu, bagi masalah sakit pinggang, ia juga boleh disebabkan masalah cakera, artritis, osteoporosis atau lain-lain penyakit tulang,” katanya. 


Supplement Untuk Sakit Belakang
Untuk mengembalikan kekuatan tulang, pengambilan kalsium dan magnesium adalah sangat penting. Ostematrix Shaklee merupakan salah satu produk yang lengkap untuk memenuhi keperluan kalsium anda supaya kekuatan tulang anda kembali meningkat.
Ostematrix Shaklee mempunyai kalsium, magnesium, vitamin D, boron, manganese, kuprum dan zinc.


Ciri-Ciri Istimewa Ostematrix Berbanding Calsium Lain di  Farmasi

1. Kalsium dalam Ostematrix Shaklee adalah dari sumber semulajadi dan ia mudah diserap ke dalam badan.

2. Antara fungsi magnesium ialah ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Ia juga membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pemgecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, ia menghalang mendapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ia juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

3. Vitamin D pula berfungsi untuk mengoptimumkan penyerapan kalsium ke dalam badan.



4. Boron pula membantu dalam metabolisme tulang.

5. Manganese, kuprum dan zink pula berfungsi untuk mengaktifkan enzim yang membantu dalam membina tulang yang padat.

Sangat lengkap Ostematrix Shaklee ini.


 Dan apa yang paling penting, Ostematrix Shaklee mudah diserap ke dalam badan. 




Testimonial Sakit Belakang Ostematrix Shaklee

Saya ingin berkongsi testimonial seorang customer saya yang kini telah pun menjadi ahli Shaklee di bawah saya, Kak Nor.
Alhamdulillah, pengambilan Ostematrix yang konsistan membantu beliau untuk pulih dari sakit belakang. Saya sangat seronok dengan perkembangan beliau. Mengikut Kak Nor, 95 % sakit belakang beliau sudah tiada.



Jika pembaca mengalami sakit belakang sampai tak boleh nak buat kerja, jom bertindak segera. Harga Ostematrix Shaklee hanya RM 61 ada 120 biji, sangat berbaloi untuk membantu mencegah sakit belakang dan lenguh-lenguh badan anda.

Jangan tunggu lama-lama. Saya tahu sakit belakang membuatkan anda tidak boleh menikmati hidup dengan selesa.

Laju-laju Whatsapp saya or SMS saya, Daya di 012-6891597.




No comments:

Post a Comment