Wednesday, May 7, 2014

Part 1: Pengalaman Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri Musim Ke 2 Yang Super Awesome

Saya dengan suami tidak tinggal bersama. Kami adalah pasangan PJJ. Perkahwinan Jarak Jauh. Saya yakin ramai di luar sana seperti kami.

Suami perasan yang saya kuat makan bila makan bersama.

Lalu suami berpesan, " Sayang kena jaga kesihatan. Pa duduk jauh".

Tetiba saya rasa macam dunia berhenti seketika. Walaupun suami saya cakap itu aja, tetiba saya terus ter"refleks" apa yang selama ni telah saya buat.

Yes, selepas 4 tahun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak saya sangat jarang exercise. Sangat jarang. Boleh kira dalam setahun berapa kali je excercise.

Berat saya naik almost 15 kg selepas anak yang kedua. Wah...dua kali bersalin, berat 15 kg naik. Biar betul...Bila analisis balik...saya terkejut dgn angka 15 kg tu...sangat banyak!!!!

Saya mesti buat perubahan...tapi macam mana??

Bila ternampak iklan Jom Kurus 1 Malaysia di FB Kevin Zahri, saya tanpa ragu terus nak join walaupun bayaran adalah agak mahal iaitu RM 300. Bila saya fikir apa yang akan saya belajar, saya rasa ia mesti sesuatu yang sangat berbaloi.

Target saya, saya mesti buang 6-10 kg dalam program ni!!

Berjaya kah saya?

Kita sambung dalam Part 2...

Tunggu....


No comments:

Post a Comment