Sejak kebelakangan ini, ramai ibu-ibu menyusu hubungi saya mengatakan masalah mereka tentang susu badan makin kurang.
Saya juga dahulu begitu. Waktu first time bersalinkan Iman Haikal, saya rasakan susu amat sedikit sehingga saya mula nak campur formula.
Sebenarnya waktu di awal-awal kelahiran perut bayi hanyalah sebesar guli dan cukup sebulan perut bayi hanya sebesar sebiji telur. Jadi, ibu-ibu jangan risau. Berikan susu ikut demand. Jika bayi kerap menangis mungkin bukan kerana susu ibu sikit atau susu tak cukup. Mungkin ada sebab lain.
Namun, jika ibu merasa cik B tidak penuh dan susu tidak memancut jika ibu memicit puting susu, mungkin penghasilan susu ibu kurang memberansangkan.
Di sini saya kongsikan kisah seorang ibu yang mempunyai masalah penyususan dan bagaimana beliau selesaikan masalah beliau.
Tips lagi untuk ibu nak tingkatkan penghasilan susu ibu
Ibu boleh praktikkan skin to skin contact!
5. Minta sokongan suami! Insya Allah. Kalau ibu rasa letih, minta si dia picit-picit belakang bahu ibu. Insya Allah. Bila ibu tenang dan tidak stress susu mudah terhasil. Banyakkan berehat ya!
2. Konsep asas penyusuan MORE DEMAND MORE SUPPLY. Kerapkan mengosongkan breast. Kosongkan breast. Kosongkan breast! Nanti otak akan beri signal supaya susu dihasilkan sebab breast kosong. Konsep asas ini WAJIB dipatuhi jika ibu ingin menyusukan anak.
Tempoh ideal kekerapan 8-12 kali. Itu yang diukur. Tetapi secara praktikal ibu tidak perlu pun mengukur masa. Anak nak susu bagi. Kalau taknak menyusu tu check semula pampers, perut, urut-urut anak.
Sembilan bulan dalam perut, sunyi sepi. Dengar jantung ibu sebagai halwa telinga, tiba-tiba bayi dah lahir memang la terkejut sebab dengar macam-macam bunyi. Bagi masa pada bayi.
3. Ibu, anak yang baru lahir atau umur lebih kurang sebulan, tidak perlu susu beroz-oz. Berliter-liter! Susu ibu cukup untuk keperluan anak kita. Perut pun baru sebesar sebiji guli. Ok?
4. Pastikan cara penyusuan yang betul. Kalau puting tu dah crack atau luka, masa inilah ibu mudah berputus asa sebab tak sanggup nak menghadapi ZAMAN KELUKAAN gituww!
5. Ibu jangan lupa banyakkan minum air kosong ye. Kalau boleh 3 Liter sehari supaya ibu kekal terhidrat.
Jika ibu mahu mencuba set penyusuan Shaklee dan tip-tip penyusuan, boleh baca di sini.
Inginkan konsultasi secara percuma tentang penyusuan. Saya sedia membantu anda!
Jangan malu, jangan segan.. Whatsapp saya di 012-6891597 (Daya)
No comments:
Post a Comment