Sunday, December 14, 2014

Cara Hilangkan Jerawat dan Parut Jerawat Paling Berkesan dan Selamat

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia.

Ramai wanita di luar sana mempunyai masalah parut jerawat. 
Kita orang perempuan mudah sangat naik jerawat terutama sekali ketika nak datang period. Menimbun jerawat keluar. Paling banyak kat dahi kan? Aduh....

Dan paling parah kalau jerawat tu tinggalkan parut di muka. Rasa kurang yakin untuk berjumpa orang dan rasa rendah diri, betul tak? 

Tapi banyak betul produk-produk kecantikan di luar sana. 
Selamat ke produk-produk tu untuk hilangkan parut jerawat kita ni?




Jom, hari ini saya ingin kongsi cara hilangkan parut jerawat dengan berkesan tanpa bahan kimia berbahaya.

Sebelum itu, saya nak kongsi apa yang menyebabkan kita perlu berhati-hati dalam membuat pilihan produk kecantikan.

Bahan-bahan kimia yang berbahaya dalam produk kecantikan


Sekarang ni, kalau tengok iklan produk kecantikan di majalah-majalah, di surat khabar memang banyak sangat produk untuk kecantikan kulit. Namun, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjual produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya.

Saya mengambil jurusan Kimia Industri masa Degree dan Master, dan sangat faham tentang keburukan bahan kimia yang bahaya ni. Dulu masa nak buat experiment, respirator dan sarung tangan benda wajib yang saya guna untuk elak bahan kimia berbahaya.

Antara bahan kimia yang berbahaya dan telah dikesan yang dimasukkan ke dalam formula produk kecantikan adalah tretinoin, merkuri (logam berat), plumbum (logam berat), hidrokuinon dan lain-lain lagi. 


Kajian Oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang Tentang Bahan Kimia Berbahaya

Mengikut, Pegawai penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim, bahan kimia yang terdapat di dalam bahan perawatan wajah yang ada yang sebenarnya amat menakutkan kita. 

Kajian CAP mendapati kandungan raksa atau merkuri di dalam produk tertentu melebihi dua peratus manakala hidrokuinon yang digunakan sebagai agen pemutih wajah melebihi 0.5 peratus daripada bahagian persejuta (ppm)
Contohnya, Hidrokuinon ialah sejenis peluntur turut berperanan menghakis kulit. Lebih membimbangkan, ada di antara produk tersebut menggunakan lemak babi.
Gambar di bawah menunjukkan produk-produk kecantikan yang mempunyai bahan kimia yang berbahaya.
Sila berhati-hati ye pembaca sekalian. Banyak sangat ni!


Senarai Produk Kecantikan Yang Mempunyai Bahan Kimia Berbahaya






Kebanyakkan produk-produk ini merupakan produk yang digunakan untuk luaran. Amat menakutkan kerana kita tahu bahan-bahan kimia yang berbahaya ini boleh memberi kesan yang negatif pada tubuh kita.

Jadi, saya memang sangat kesal dengan pembuat produk sebegini. Bahan kimia yang 
berbahaya ni kebanyakkannya adalah agen kanser. No wonder lah, ramai sangat yang mengidap kanser sekarang.

Hilang Jerawat dan Parut Jerawat Setelah 7 Tahun Tersalah Pilih Produk


Di sini saya nak kongsi pengalaman seorang sahabat yang dahulunya muka sangat teruk, banyak jerawat, berparut bagai, akibat mengambil produk yang salah dan mempunyai bahan kimia.

Namun, setelah mengambil produk tertentu, muka beliau sudah menjadi licin, gebu dan kesan parut dah tak nampak sangat. 

Jom lihat perubahan adik manis. Saya sangat teruja melihat perubahannya.


Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.

Best kan...

Seronok tengok perubahan adik manis ni. Dari muka penuh berjerawat akibat mengambil produk yang salah, kini wajah beliau sangat licin, putih, gebu..

Semua dapat lihat dari video ini kan.

Terdapat beberapa tip yang saya boleh kongsi untuk hilangkan jerawat dan parut jerawat.

1. Mengamalkan vitamin yang sesuai untuk dalaman 
2. Menggunakan pencuci muka yang betul untuk luaran

Kombinasi kedua-dua ini mampu untuk membantu mengurangkan parut dan jerawat.


Set Hilangkan Parut Jerawat

Di bawah adalah set lengkap untuk membaiki dalaman dan luaran anda yang mempunyai jerawat dan parut jerawat. Jom saya terangkan satu-satu keistimewaan produk ini dan cara ia berfungsi dalam menghilangkan parut dan jerawat.



1. Vitamin E Shaklee

Vitamin E dengan selenium ini membantu untuk memperbaiki parut pada kulit dan muka. Selain itu, Vitamin E berfungsi untuk menjaga kesegaran dan keremajaan kulit, melindungi kulit dari sinar UV, menjaga kelembapan kulit dan menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel.

Vitamin E dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E ( alpha,  beta, gamma dan delta).

Vitamin E Shaklee mengandungi 10 mg seleneium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot.


2. Vitamin C Sustained Released 500 mg

Vitamin C meransang pembentukan kolagen. Kolagen  adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan keanjalan kulit, dapat elakkan kulit dari berkedut. Vitamin C juga membantu untuk mencerahkan kulit. Ia juga berfungsi sebagai antioksidan yang dapat melindungi kulit dari pencemaran

Vitamin C Shaklee adalah jenis sustained released (SR). SR ini bermaksud Vitamin C akan dilepaskan perlahan-lahan ke dalam tubuh. Setiap Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500 mg).

3. B Complex

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting Vitamin B termasuk 100 % biotin dan asid folik. Ia berfungsi sebagai pelembab, membantu mencegah pigmentasi, melambatkan tanda penuan dan membantu untuk mengubati jerawat.

4. Collagen Powder

Kolagen Shaklee adalah sangat ringan kerana mempunyai 1,000 dalton berat molekul. Ini memudahkan proses penyerapan ke dalam badan dan dapat membantu kepada peningkatan sisntesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Daripada kajian yang dilakukan, selepas penggunaan selama 8 minggu, Collagen Powder Shaklee terbukti berkesan untuk:

Collage Powder terbukti berkesan untuk:
>>Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
>>Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
>>Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
>>Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
>>Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
>>Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
>>Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
>>Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
>>Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%

5. Pencuci Muka Nutriwhite

Antara fungsi nutriwhite adalah menjadikan kulit wajah segar dan bersih. Ramuan rumpai laut membantu untuk menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan kulit. 

Bahan seperti alga hijau di dalam nutriwhite membantu menyahtoksin dan melembabkan kulit serta strawberi begonia membantu mencerahkan dan mengimbangi pigmen. 

Cucian muka dengan menggunakan Nutriwhite Cleanser membantu menyegarkan dan ia tidak menghakis dan mengelupas.

Apa yang paling penting semua bahan-bahan untuk vitamin dan pencuci muka adalah dari sumber semulajadi dan tidak mempunyai bahan kimia yang berbahaya.


FAQ

1. Saya mempunyai parut dan telah mengamalkan produk lain, boleh kah saya ambil produk ini bersama?

Jika anda sedang  mengamalkan produk lain, anda boleh mengambil sekali dgn produk Shaklee. Saya akan tunjukkan cara pengambilan.

2. Perlukah saya mengambil semua produk? Rasa macam banyak je.

Jika anda inginkan keputusan yang cepat dan optimum, saya galakan anda untuk mengamalkan semua produk kerana ianya saling melengkapkan untuk menghilangkan parut jerawat yang banyak. Namun, jika anda kekurangan budget, saya akan maklumkan "Set Basic" kepada anda. Jangan risau.



3. Saya penggemar kopi, bolehkah saya mengambil produk ini?
Kopi tidak bersalah. Ya, anda boleh mengambil minuman seperti kopi dan tea dan dalam masa yang sama, mengambil semua produk. Saya akan tunjunkkan cara terbaik supaya semua khasiat masuk secara optimum ke dalam badan anda.

4. Berapa lamakah boleh nampak kesan bila guna produk ini?
Ia bergantung kepada tahap jerawat dan kesan jerawat anda. Saya akan sediakan maklumat bagaimana untuk mendapat kesan yang cepat.


Segera SMS/Whatsapp saya Daya di 012-6891597 dengan menaip

Set Hilang Parut Full atau Set Hilang Parut Basic

Fast Action Fast Result!

Lagi cepat anda menggunakan produk ini, lagi cepat kesan parut yang banyak di muka anda, hilang!

No comments:

Post a Comment