Sunday, November 9, 2014

7 Tip Elak Bibir Kering dan Pecah Paling Mudah

Assalamualaikum WBT dan Salam Seantero Dunia!


Sebagai seorang wanita yang mementingkan keserian wajah, bahagian bibir adalah bahagian yang paling penting untuk diberi perhatian. Ini kerana senyuman yang manis terukir dari bibir yang lembab dan sihat. Masalah bibir kering dan pecah sering selalu terjadi terutama pada kaum wanita. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila ia menjadi luka dan berdarah. 

Bila bibir kering dan pecah, nak senyum pun dah tak de mood. Lagi teruk, makin senyum jadi makin sakit. Aduhhh!!

Jika pembaca nak tahu bagaimana bibir boleh menjadi kering dan pecah dan apa tip untuk kurangkan bibir kering dan pecah ini, teruskan membaca!



Bagaimana keadaan bibir yang kering?

Ramai orang menghadapi masalah kekeringan pada bibir, malah mulut, bermula dari kekeringan biasa akhirnya masalah melarat menjadi luka dan kadang kalanya bernanah atau menjadi kuping (scaling).

Bibir yang kering lalu merekah dan menyebabkan luka mengganggu aktiviti seharian yang melibat bibir seperti senyuman, berciuman, makan malah ketika bercakap.
Perlu dibezakan antara bibir kering yang disebabkan oleh faktor non-infeksi dan faktor infeksi. Bezanya adalah kadar masa yang diambil untuk menjadikan bibir itu menjadi luka (atau bernanah).

Bibir kering kerana bukan jangkitan (non-infeksi)
Jika kekeringan bibir disebabkan oleh faktor non-infeksi (bukan jangkitan kuman), maka biasanya keadaan di mana bibirnya menjadi kering dan kemudiannya bertukar menjadi luka mengambil masa beberapa hari.

Bibir kering kerana jangkitan
Namun jika ianya disebabkan infeksi, terutama virus herpes simplexpesakit kadang kala tidak mengalami kekeringan bibir itu langsung. Apa yang disedari oleh pesakit adalah luka di bibir yang menyakitkan. Jangkitan herpes simplex ini juga menyebabkan luka selain di bahagian bibir, pada bahagian gusi dan juga kemaluan.
Sementara perleche adalah keadaan yang sering berlaku terutama pada warga tua dan pesakit diabetes mellitus, dimana ianya disebabkan oleh jangkitan kulat atau candida.
Selain merekah, bibir akan menyebabkan berkuping (scaling) di tepi bibir.  
Biasanya ianya muncul di sudut mulut, lembap berwarna agak kemerahan dan ada lepuhan putih yang pecah di situ. Akhirnya menyebabkan rekahan yang menyebabkan luka yang menyakitkan.

Punca-punca bibir menjadi kering

1. Terdedah kepada suhu yang keterlaluan

Bibir akan menjadi kering apabila terdedah kepada suhu yang keterlaluan. Tidak kira sama ada ianya suhu tinggi atau suhu yang terlalu rendah (berada dalam air conditioner). Bibir boleh merekah dan menyebabkan ketidakselesaan. Bila keadaan ini berlaku, menggunakan pelembap bibir akan membantu mengurangkan kekeringan itu.

2. Kurang air dalam badan

Kekurangan air (dehydration) yang sederhana juga akan menyebabkan bibir menjadi kering. Ramai yang menyangka dengan meminum air, seseorang itu boleh menyahidrasi. Namun berhati-hatilah dengan apa minuman yang kita minum. Meminum caffeine atau alkohol juga sebenarnya menyebabkan dehidrasi tanpa disedari.

Cara terbaik ialah dengan minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari.  Namun kita harus minum air jika keadaan lebih panas, ata melakukan aktiviti di luar rumah atau badan seseorang dikirakan obese.
Orang obese memerlukan air melebihi orang yang tidak obese kerana permukaan kulitnya yang lebih besar, menyebabkan lebih banyak air tersejat melalui kulit.
Kekeringan dan rekahan bibir turut dialami oleh orang yang cuba membasahkan bibir mereka dengan air liur sendiri. Mereka menyangka dengan ’menjilat’ bibir sendiri dapat mengekalkan kelembapan bibir. Sebaliknya ianya menyebabkan bibir menjadi lebih lebih kering.  Jadi, jangan selalu menjilat ya!

3. Masalah keradangan

Masalah keradangan (irritation) juga menyebabkan kekeringan bibir berlaku. Selain dari air liur (saliva), lipstick dan makanan juga boleh menyebabkan perkara yang sama.




Tanpa disedari makan yang dimakan mengandungi bahan yang seseorang alergik terhadapnya, lalu bibirnya secara tiba-tiba menjadi bengkak, kadang kala kering akibat alahan terhadap bahan itu. Ini menjadi isu serius bagi penghidap penyakit eczema.

4. Stress


Kehidupan di bandar kadang kala memerlukan seseorang itu bekerja dengan waktu yang panjang. Secara tidak langsung menyebabkan bibir seseorang itu kering.
Ini kerana stress dan kepenatan bekerja menyebabkan daya tahan tubuh (immune system) menjadi rendah. Maka senanglah berlaku jangkitan kuman di sekitar mulut dan bibir.

Tip Elak Bibir Kering dan Pecah


1. Minum air kosong yang mengcukupi

Minum air yang cukup setiap hari. Selain ianya mengurangkan kekeringan pada bibir, air juga membantu bahan toksik (urea) dalam badan dibuang melalui air kencing. Jadi jangan risaukan kekerapan membuang air kecil. Kerana ianyanya membantu pembuangan toksik dalam badan.





2. Mengambil makanan yang sihat

Memakan makanan yang sihat (healthy diet) juga membantu memulihkan keadaan ini. Pastikan makanan yang dimakan mengandungi banyak zat  C, E dan B, serta elemen zinc, zat besi (iron) dan beta-carotene.

3. Rehat yang mencukupi serta melakukan senaman
Rehat yang mencukupi dan senaman yang berterusan (regular exercise) akan menyebabkan tubuh mempunyai daya tahan yang kuat lalu menjauhkan serangan kuman.

4. Kurangkan makanan bergaram dan pedas


Cuba elakkan memakan makanan yang mempunyai garam yang tinggi dan pedas. Bahan-bahan ini akan menyebabkan kulit bertambah kering.


5. Mengurangkan makanan yang berminyak yang boleh keringkan bibir

Ada beberapa kajian menunjukkan ada sebahagian makanan menyebabkan phototoxicity, yang mana menyebabkan bibir akan menjadi terlalu sensitif kepada cahaya matahari. Apabila terdedah kepada cahaya matahari, ianya akan menyebabkan bibir menjadi mudah melepuh dan kering.
Buah-buahan jenis Citrus, beberapa jenis minyak masakan dan beberapa jenis ubatan kadang kala menyebabkan lepuhan (blister).

6. Mengurangkan penggunaan ubat gigi yang mempunyai sodium lauryl sulfate

Begitu sesetengah ubat gigi yang mengandungi sodium lauryl sulfate, boleh menyebabkan kekeringan bibir.

7. Menggunakan minyak semulajadi

 Pakar mencadangkan minyak semula jadi seperti minyak biji kastor, minyak jojoba, minyak biji bunga matahari dan minyak zaitun untuk melegakan bibir merekah dan luka. Pergi ke dapur anda dan sapukan minyak ini pada kapas. Setelah ia basah, sapukan pada bibir anda dan gosok ia secara lembut pada bibir setiap hari.

Cara Mengatasi Masalah Bibir Kering dan Pecah dari Akar Umbi

Masalah bibir kering dan pecah boleh diatasi dengan produk Forever Living yang berasaskan aloe vera. Seperti mana yang kita tahu aloe vera mempunyai banyak nutrient penting. Ia mempunyai sifat antikulat, antivirus,antibakteria dan ia berfungsi untuk melembab.




Untuk permasalahan bibir kering, boleh mulakan dengan SUN LIPS. Sun Lips ini memang direka khas untuk mereka yang mempunyai masalah bibir pecah,kering dan berdarah.
Bahan utama dalam SUN LIPS ini ialah aloe vera. Harga cuma RM 15.

Pada waktu malam, boleh sapukan Aloe Vera Gelly untuk pastikan bibir dibaiki dan dilembabkan. Sapukan hanya sedikit sahaja terutama di kawasan bibir yang pecah dan berdarah. Harga retail cuma RM59 sahaja.  AloeVera Gelly ini merupakan krim serbaguna, boleh digunakan untuk luka-luka, jerawat yang pecah, tumit kaki merekah, gigitan nyamuk juga.


Kurang Budget?

Anda boleh cuba SUN LIPS sahaja dahulu.

InsyaAllah, anda akan teruja dengan hasilnya!! insyaAllah berbaloi.

Cepat elak bibir kering dan pecah ini dari akar umbi, kalau mahu senyuman yang manis dan cantik!


Daya Rudy

Whatsapp/SMS: 012-6891597



1 comment: