Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!
Dalam minggu ni sungguh viral kisah Mah yang dicurangi oleh suami kerana berbadan dan berambut busuk, selekeh dan gemuk. Secara jujur, alasan yang diberi oleh oleh Mat kerana Mah dah tak mengancam lalu berterusan terlanjur dengan seorang janda adalah sesuatu yang tidak muhasabah.
Namun, bila saya baca artikel tersebut buat kali ke-2, ia bagaikan *wake-up call* untuk kita para isteri agar sentiasa menjaga menampilan diri di rumah.
Saya sendiri bagaikan tersentak dengan surat si Mat tu. Pengakuan dari Mat tentang isterinya yang tidak menjaga menampilkan diri itu saya ambil pengajaran untuk diri saya juga. Saya tidak menyalahkan Mah, namun bagi saya banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini.
Memang secara fitrah lelaki dan perempuan memamg suka yang cantik, hensem, bersih dan wangi. Betul tak? Saya pun, kalau tengok suami kemas dan segak, laju je mulut ni nak puji :)
Jadi, marilah kita, kaum isteri menjaga penampilan agar kita tetap menjadi pujaan sang suami sampai bila-bila.
Di sini saya ingin beri tips para isteri yang ada masalah macam Mah seperti yang dikatakan suami.
1. Atasi Masalah Badan berbau
Kita orang perempuan memang selalu ada di dapur untuk memasak (bagi isteri yang selalu masak ler). Bau bawang/ kari/ikan memang berbau kuat. Badan juga berpeluh bila kita bermain dengan anak-anak. Memang secara semulajadi badan akan jadi berbau. Jadi, make sure selepas siap masak dan bermain dengan anak-anak, kita mandi semula atau tukar baju yang lain dan sembur sikit minyak wangi agar kita tetap wangi. Jangan lupa pakai deoderant.
Jika para isteri memang dalam keadaan semula jadi mempunyai badan berbau yang kuat, saya galakan ambil Alfalfa Complex dan Herblax. Dua makanan tambahan ini membantu untuk membuang toksik dalam bdan dan usus. Makan dengan konsisten agar toksik betul-betul clear dari badan anda. Bila toksik kurang, insyaAllah senang zat-zat nutrien untuk diserap.
Alternatif lain:
Pergi Spa
Badan juga perlu rawatan luaran. Rawatan Spa adalah yang paling sesuai untuk tujuan itu. Saya sangat galakan kita para isteri pergi ke Spa at least 2-3 bulan sekali. At least kita ada *me* time kan. Orang kata masa untuk manjakan diri. Dengan urutan dan servis Spa yang diberikan seharusnya akan memberi isteri ketenangan minda dan tubuh. Selain itu, servis sauna yang ada di Spa juga membantu membuang toksik dalam badan. Bila toksik dah dibuang, insyaAllah masalah bau badan dapat dikurangkan.
Kalau boleh pergi salon rambut juga.
Semua ni memang kena bincang dengan suami. Saya yakin kalau kita terangkan betul-betul tujuan kita, insyaAllah suami akan bagi.
Satu lagi, tetapkan setiap bulan masa untuk ke spa supaya kita tidak terlepas pandang.
Cuba check di sini Spa dan Salon Kecantikan di Malaysia
2. Atasi Masalah Kulit Kusam
Kulit kusam terjadi apabila sel-sel dalaman tidak sihat dan bila kita penat. Nak cantikkan balik kulit kusam ni, paling membantu adalah dengan mengambil protein. Protien berfungsi untuk membina sel-sel baru dan membaiki sel-sel lama. Protien ini ibarat makanan untul sel. Bila dalaman kita sihat, insyaAllah ia akan terzahir melalui luaran.
Selain itu, vitamin-vitamin yang membantu untuk cantikkan kulit ialah Energizing Soy Protien, Vitamin C, B Complex, Vitamin E dan Collagen.
Pengambilan supplement ni tak amik masa pun. Boleh buat sambil-sambil. Contoh, selepas sarapan terus je amik supplement. Jadikan ia habit. Apa yang best, kulit cantik, badan pun sihat.
Tak susah kan?
Alternatif lain:
Buat Facial
Tidak dapat dinafi disebabkan terdedah dengan asap dapur ia menjadikan kulit para isteri kering dan tidak sekata. Untuk mengatasi masalah ini, lebih baik jika para isteri membuat facial 2 bulan sekali. Kulit muka lebih lembut dari kulit dibahagian lain memang sensitif. Jadi, pastikan para isteri membuat facial di tempat yang sesuai.
Memang nak buat facial ni ada cost tertentu. Tapi apa salahnya belanja duit ke arah sesuatu yang memberi faedah, betul tak?
Si isteri yang tidak bekerja, kalau suami dah bagi duit tu, ha..pandai-pandai lah nak invest kat mana ye..
3. Ketatkan Miss V
Memang tidak dapat dinafi hal-hal seksual adalah antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh para isteri. Bila dah beranak, memang akan beri kesan longgar terhadap miss V. Jadi jangan ambil mudah kerana disitulah terletaknya kesukaan suami. So kena lah pikat suami dengan keadaan miss V yang ketat dan mantap.
Banyak produk yang boleh membantu. Alfalfa Complex antara herba yang boleh diambil. Alfalfa Complex bukan sahaja boleh membantu mengetatkan faraj malah boleh mengurangkan keputihan yang busuk.
Kebersihan faraj mestilah sentiasa dijaga. Bulu-bulu perlu dirapikan setiap hari agar bila suami hendak bersama, kita dalam keadaan bersedia dengan penuh keyakinan. Tak de la nanti bila suami nak bersama..."jap bang, nak shave dulu". Tak ke mengganggu mood!
Kalau tak dapat nak rapikan setiap hari, at least seminggu sekali. Sekali lagi, buatlah jadual agar kita tidak terlepas pandang atau tetapkan sendiri hari apa untuk merapikan keadaan di bawah tu.
4. Atasi Masalah Badan Gemuk
Tidak dapat dinafi apabila sudah berkahwin dan umur semakin meningkat kadar metabolisme seorg isteri memang akan menurun. Hal ini serba sedikit memberi peluang kepada lemak-lemak untuk bermaharajalela ditubuh. Lebih memeritkan lagi keadaan, apabila si isteri tidak ada masa nak bersenam. Lalu bertambah lah masalah berat badan.
Jangan risau, masalah ini boleh di atasi berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Perkara basic untuk turunkan berat ialah:
1. Ada target nak turun berapa kg berat dalam masa tertentu.
2. Mengambil makanan yang kurang minyak, gula dan garam
3. Kurangkan kalori. Banyakkan sayur dan buah-buahan.
4. Lakukan senaman at least 30 minit di waktu pagi dan petang.
2. Mengambil makanan yang kurang minyak, gula dan garam
3. Kurangkan kalori. Banyakkan sayur dan buah-buahan.
4. Lakukan senaman at least 30 minit di waktu pagi dan petang.
Antara benda basic yang perlu dilakukan adalah mengurangkan kadar kalori. Kalau betul nak turunlan berat, elak mengambil makanan seperti nasi lemak, nasi arab, nasi yang penuh lemak-lemak secara terselindung.Makanan berminyak seperti pisang goreng, cekodok pisang dan lain-lain.
Antara meal replacement yang boleh diambil adalah Energizing Soy Protien, Cinch Mix Shake.
Kedua-dua protien based ini mampu mengenyangkan perut kita dan iannya sangat rendah kalori.
Anda boleh menggunakan fitness pal apps untuk mengesan berapa banyak kalori yang anda ambil setiap hari. Dari situ kita boleh detect berapa banyak kalori yang sudah diambil pada hari tersebut.
Satu lagi, senaman mudah boleh dibuat di rumah even tgh masak.
Check di YouTube video untuk kecikkan peha, kempiskan perut dan lain-lain lagi.
Antara video favorite saya ialah dari Tiffany Rothe. Exercise yang beliau anjurkan sangat mudah untuk dilakukan. Reverse 15-30 minit untuk lakukan senaman.
5. Bersosial dengan kawan-kawan.
Bila berumah tangga, memang tumpuan kita banyak pada keluarga. Kita dah kurang contact dengan sahabat-sahabat kita yang dahulu.
Bila dah kahwin, mempunyai support group dari kalangan isteri adalah sgt penting. Ini kerana hanya isteri boleh memahami bagaimana sudah menjadi isteri. Buatlah support group di Whatsapp khas untuk bincangkan hal-hal parenting, hal-hal rumah tangga dan kecantikan.
Saya yakin ramai sahabat-sahabat kita yang memang expert bab ni.
Saya bertuah kerana mempunyai banyak support group dan saya banyak belajar dari sahabat-sahabat saya. Mereka semua terror bab mencantikkan diri. Kekadang pasal pemilihan minyak wangi pun saya tanya kawan-kawan.
Kesimpulan.
Saya juga seorang isteri. Saya sangat memahami keadaan isteri yang duduk di rumah dan menjaga anak-anak kecil. Hanya Allah sahaja tahu betapa penat dan lelah nak menguruskan semuanya.
Namun begitu, bagi saya, kita seharusnya sayang diri kita sendiri dulu.
Kita juga perlu tanya pendapat suami apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Si suami pun kena bagitau isteri jika ada perkara yang tidak berkenan di mata. Lakukan komunikasi dua hala. Saya yakin para isteri boleh terima setiap teguran suami.
Jika isteri buat dek je, ha, si suami pandai-pandai la belikan perfume, make-up yang simple2, lipstick dan sebagainya. Faham lah nanti si isteri tu.
Rumah tangga yang bahagia terletak pada rasa tanggungjawab pada isteri dan suami untuk saling membahagiakan.
Sama-sama muhasabah balik keadaan rumah tangga kita agar tidak berakhir macam kisah Mah, Mat dan Zulaika.
Jom jadi isteri bak permaisuri di mata suami :)
No comments:
Post a Comment