Thursday, November 6, 2014

Tanda-Tanda Asma di Kalangan Bayi dan Kanak-Kanak

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera 1 Dunia :)

Penyakit asthma atau asma atau lelah sering terjadi di kalangan kanak-kanak dan bayi. Kadang-kadang bila anak kita batuk teruk, terfikir juga kita, adakah anak kita hadapi asma atau lelah.


Meh nak kongsi tentang asma.

APA ITU ASTHMA

Asthma adalah penyakit kronik di dalam paru-paru yang melibatkan saluran pernafasan.

BAGAIMANA ASTHMA TERJADI
Asthma disebabkan oleh inflamasi / keradangan pada saluran pernafasan
  • Keradangan ini menyebabkan saluran paru-paru  membengkak dan menghasilkan lendir yang berlebihan serta  menjadi lebih sensitif
  • Otot di sekeliling saluran pernafasan akan mengecut dan
  • menyebabkan lapisan saluran pernafasan menjadi sempit.
  • Beberapa faktor pencetus boleh menyebabkan inflamasi dan  radang pada salur pernafasan.
  • Saiz saluran pernafasan yang sempit menyebabkan anak anda
  • mengalami kesukaran bernafas


PENCETUS SERANGAN ASTHMA


  • Habuk/kutu rumah, debunga dan bulu binatang.
  • Jerebu dan pencemaran udara.
  • Persekitaran yang sejuk.
  • Jangkitan saluran pernafasan, batuk dan selsema
  • Merokok dan asap rokok


TANDA-TANDA PENYAKIT ASTHMA

  • Batuk terutama pada waktu malam atau cuaca sejuk
  • Nafas berbunyi/ „wheezing“ (seperti siulan)
  • Rasa ketat/ ketegangan di dada.
  • Kesusahan bernafas atau batuk selepas aktiviti fizikal.


TANDA-TANDA PENYAKIT ASTHMA YANG TERUK

  • Kesusahan bernafas.
  • Kesusahan untuk bersuara/bercakap
  • Kelihatan sangat penat
  • Kebiruan pada kuku dan bibir.
  • Terdapat lekuk pada bahagian dada apabila bernafas.


BAGAIMANA SERANGAN ASTHMA DAPAT DIELAKKAN.

  • Kenalpasti faktor pencetus Asma
  • Jauhi/ elak bahan pencetus Asma
  • Menggunakan ubatan asthma seperti yang diarahkan oleh doktor.
  • Bawa anak berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda penyakit asthma
  • Amalkan minyak ikan kerana ia dapat membantu mengurangkan keradangan di saluran pernafasan

sumber

Jika bayi atau anak-anak anda mempunyai tanda-tanda yang disebutkan, lebih baik buat pemeriksaan doktor secepat mungkin.

Jika ibu-ibu mahu meredakan keradangan yang berlaku di saluran pernafasan, boleh cuba rawatan alternatif ini.

No comments:

Post a Comment