Selama saya mengambil vitamin dahulu kala, saya tidak pernah terfikir bahawa vitamin ni ada yang diperbuat dari bahan sintetik iaitu bahan kimia. Ye la, dah nama pun vitamin, mestilah ia selamat untuk kesihatan. Namun, sejak saya menyusukan anak dan menggunakan Shaklee, saya mendalami produk yang saya makan,saya baru tahu bahawa di luar sana, sangat banyak vitamin yang sintetik. Alhamdulillah, vitamin Shaklee adalah vitamin SEMULAJADI. Dan apabila lebih mendalami tentang kebaikkan vitamin semulajadi, saya tidak menoleh kebelakang dan terus memilih Shaklee. Nak tahu kenapa kita perlu elak untuk makan vitamin sintetik?? Jom saya kongsikan.
Kredit: MommyLyna
1. Penghasilan
-Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi
dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber.Contohnya
pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam
buah limau dan menyingkirkan serat2nya.
-Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia
yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya
asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari
molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi
menghasilkan asid askorbik.
2.Keserasian dgn badan
-Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi
ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak
mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
-Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak
sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana
penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya
katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan
untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.
3. Harga
- Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya
dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
- Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya
diberi percuma saja.
4.Kesan kepada tubuh badan
- Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi,
jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam
vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk
menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan
sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu
buah pinggang.
- Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk
menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang
dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita
kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2
lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak
ada dalam vitamin sintetik.
5. Kesan jangka panjang
- Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingankerana
penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
- Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang,
salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin
sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses
penghasilannya.
Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan
vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik
itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup
tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut.
Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun
kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.
Fikir-fikirkan..
~Ibu Iman
No comments:
Post a Comment