Thursday, May 10, 2012

Apa itu Lecithin?

Assalamualaikum wrt wbt,

Seorang junior saya pernah membeli produk soy lecithin untuk projek Final Year beliau. Katanya, fungsi lecithin adalah sebagai pengikat molekul air dan minyak supaya ia boleh terikat bersama. Umum semua tahu bahawa, air dan minyak tidak boleh bercampur. 
Namun, setelah mengenali Shaklee, saya agak terkejut kerana salah satu produk yang Shaklee ada adalah Lecithin. Eh, ni,macam lecithin untuk kegunaan makmal je, fikir saya. Boleh makan ke Lecithin ni? Saya faham masih ramai lagi di luar sana yang tidak tahu fungsi lecithin untuk tubuh kita? 
Jom kita berkenalan dengan lecithin.
                                      


Lecithin adalah pengemulsi lemak (reduce from an oily substance to milky fluid). Dalam badan kita, lecithin hadir dalam hempedu yang dihasilkan dalam hati dan disimpan dalam gall bladder untuk membantu penghadaman. Lemak akan diserap oleh usus kecil. Lecithin ni mengekalkan asid lemak dari bercampur dengan molekul organik yg lain dalam hempedu.

Selain itu, lecithin ni dapat membakar lemak. Lemak yang dimakan akan masuk ke dalam hati dan dicernakan untuk dijadikan sebagai sumber tenaga untuk badan. Jika lemak ini tidak dipecahkan secara sempurna, lemak ini akan berkumpul dan akan jadi radikal bebas yg akan memusnahkan sel-sel hati. Kehadiran lecithin membantu lemak-lemak tadi dipecahkan dengan sempurna. (proses fat metabolism di dalam hati). Secara tidak lansung, dengan pengambilan lecithin, ia boleh membuang lemak di dalam badan.

Lecithin juga membantu lemak bertukar menjadi bentuk cecair (emulsify). Jadi, ia menghalang lemak-lemak ini melekat pada salur-salur darah dan membuatkan salur darah ini tersumbat. Jadi, lecithin sangat bermanfaat dalam membantu fungsi2 kardiovaskular dalam badan.

Apa yang menarik lagi? Kandungan phosphatidyl choline (kolina) dalam lecithin berupaya memecahkan kolesterol dan bermanfaat dalam sistem neuron di dalam badan. Namun, badan tidak menghasilkan kolina ini. Badan mendapat sumber kolina dari pemakanan yang kita ambil setiap hari. 

Antara kebaikan kolina adalah ia boleh meningkatkan kesihatan otak, hati, sistem kardivaskular dan sistem pembiakan.

Nak cuba Lecithin? Ia sangat berbaloi!!!




Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!

No comments:

Post a Comment