Wednesday, May 23, 2012

Tips Cepat Hamil Dengan GLA Complex Shaklee

Menimang cahaya mata memang menjadi impian semua pasangan yang sudah berkahwin. Anak-anak yang bakal dilahirkan, insyaAllah akan menjadi pewaris keluarga. Tidak dapat dinafi, bukan semua pasangan berjaya mendapatkan anak pada tahun pertama berkahwin. Ada yang menunggu sehingga 10 tahun dan lebih. Namun kita sebagai manusia perlulah berusaha. Contohnya, pergi jumpa Doktor dan periksa tahap kesuburan suami isteri dan banyakkan berdoa.


Antara produk Shaklee yang boleh membantu meningkatkan kesuburan wanita ialah GLA Complex. Bagaimana GLA Complex membantu kehamilan? Jom saya kongsikan.



 GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.


Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA(gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.


Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^
Jadi, puan-puan yang masih belum dikurniakan rezekia anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan dan kering, itu petanda yang kurang baik kerana ia boleh menghalang persenyawaan.
Jadi, penting untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.
Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur :P.


Betul, anak itu rezeki. Tapi sudah sunnatullah, kalau nak sesuatu tu, kita perlu berusaha...Nak cuba...Hubungi saya segera.
Kredit: Blog MommyLyna



*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya dihidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA


2 comments:

  1. Saya baru mencuba produk nie. Alhamdulillah, kitaran hiad saya kembali teratur dan mengikut kiraan. Sengugut juga tiada selain itu sindrom sebelum haid pun kurang. Diharapkan usaha saya untuk memperoleh zuriat dipermudahkan InsyaALLAH...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah Siti Saleha..banyak2kan doa tau :)

    ReplyDelete