Sejak kebelakangan ini ramai yang bertanyakan saya tentang
produk Shaklee untuk kesuburan atau untuk hamil. Aha, ramai yang inginkan anak kedua selepas tengok anak pertama sudah besar. Saya juga begitu. Iman dah setahun tujuh bulan. Apa salahnya kan, kalau Iman dah nak dapat adik ;).Huhu.
Mengikut pengetahuan saya, kesuburan seseorang lelaki dan wanita sangat mempengaruhi potensi setiap pasangan untuk mendapatkan anak. Namun, ada juga yang sudah mendapatkan rawatan doktor-doktor pakar dan sudah dikatakan subur dan normal, namun susah untuk si isteri mengandung. Mengapa?
Sebagai seorang Muslim kita perlu yakin dan percaya kepada ketentuan Allah. Seperti mana jodoh, rezeki dan kematian, mendapat cahaya mata juga merupakan satu ketetapan. Tidak dapat dinafi, ramai pasangan diluar sana yang sudah lama mendirikan rumah tangga, namun masih belum mendapat cahaya mata. Ada juga yang inginkan anak yang kedua, ketiga dan seterusnya, namun belum sampai rezeki. Bagi saya, apa yang penting, jangan berputus asa. Dalam hidup kita ini, jangan sekali-kali kita berputus asa. Kita perlu berusaha dan terus berusaha serta berdoa. Itu semua ujian dari Allah. Jom kita terus berusaha ;)
Jom saya kongsikan serba sedikit tentang makanan tambahan yang dapat membantu meningkatkan kesihatan suami dam isteri dalam masa yang sama meningkatkan kesuburan. InsyaAllah.
Vitamin Asas Untuk Semua
Energizing Soy Protein- Fungsi utama protein untuk
membaiki sel-sel dalam badan dan menggantikan sel-sel yang rosak. Apabila sel
kita sihat, ia memudahkan penyerapan nutrien. Selain itu ia akan memudahkan
proses berkaitan pensenyawaan dan perlekatan telur.
Vita-Lea (Multivitamin dan Multimineral)-Vita-Lea
diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan
oleh orang dewasa. Vita-Lea membantu untuk proses pertumbuhan dan keupayaan
reproduktif. Selain itu ia berfungsi sebagai nutrient kepada sel-sel. Bila
sel-sel badan sihat, ia akan mengoptimumkan kesihatan seseorang.
Vitamin C- Dalam buku "Nature's Vitamin and Minerals
oleh John Heinerman, vitamin C dikatakan sangat membantu dalam meningkatkan
"kelakian" seseorang lelaki. Mengikut kajian yang dilakukan, 35
pesakit lelaki yang tidak dapat mengandungkan isteri mereka mempunyai paras
asid askorbik (Vitamin C) yang rendah iaitu 0.2 mg per dL darah. Paras yang
normal adalah, 0.6-0.8 mg per dL darah. Untuk lelaki (terutama yang merokok),
anda perlu mengambil 1000-3000 mg vitamin C setiap hari untuk mendapatkan anak.
Kekurangan Vitamin C juga dikatakan boleh merosakkan DNA dalam sperma dan
menyebabkan masalah genetik.
B-Complex- membantu memberi tenaga dan ketenagan kepada
suami isteri. Ia juga dapat mengurangkan stress. Antara vitamin B yang membantu dalam kesuburan ialah Vitamin B12. Vitamin B12 dapat membantu untuk meningkatkan kualiti
dan pengeluaran sperma. Vitamin B6 pula membantu untuk meningkatkan kesuburan wanita. Jika salah seorang dari suami atau isteri dikatakan kurang subur, beliau harus bermula dengan vitamin B tambahan. Jika anda tidak
pasti, atau kedua-dua pasangan kurang subur, kedua-duanya harus
bermula dengan B Complex.
Vitamin Kesuburan Lelaki
Vitamin E dan Selenium-Terkenal sebagai vitamin untuk
hubungan seks. Ini kerana ia membantu meningkatkan kelakian (virility) dan menyuburkan
reproduksi lelaki dan wanita. Ia sangat membantu untuk membangkitkan perasaan
cinta suami isteri. Vitamin E Shaklee sungguh istimewa kerana ia datang bersama
selenium. Kaum lelaki amat memerlukan selenium kerana ia meningkatkan kesuburan
dengan meningkatkan penghasilan sperma dan pergerakan sperma.
Zink Complex-Zink antara mineral yang paling diperlukan oleh
kaum lelaki. Zink adalah nutrien yang paling banyak dikaji dari segi kesuburan
bagi kedua-dua lelaki dan wanita. Ia adalah merupakan komponen penting dalam
bahan genetik. Kekurangan zink boleh menyebabkan perubahan kromosom,
mengurangkan kepada kesuburan dan meningkatkan risiko keguguran. Zink adalah
perlu untuk badan kita untuk mengekalkan hormon reproduktif, estrogen dan
progesteron. Zink didapati dalam kepekatan yang tinggi di dalam sperma. Ia diperlukan untuk membuat lapisan luar dan ekor sperma. Oleh itu, ia penting untuk
kesihatan sperma. Beberapa kajian juga
telah menunjukkan bahawa mengurangkan zink dalam diet seorang lelaki juga akan
mengurangkan jumlah sperma.
Calsium (OsteMatrix)-Satu kajian yang disiarkan dalam isu
2010 November "Jurnal Nasional Andrologi," jurnal perubatan di China,
menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan kalsium dapat meningkatkan pergerakan
sperma, halaju garis lurus sperma serta kepadatan sperma. Hal ini membantu meningkatkan
potensi untuk sel telur ditembusi oleh sperma yang enegertik.
GLA Complex-GLA Complex mengandungi asid lemak yang membantu untuk meningkat kesuburan wanita. Perlu diambil untuk wanita sahaja. Selain, itu ia juga dikatakan membantu untuk memelihara kesihatan wanita sepanjang kitaran haid setiap bulan. Asid Linolenik Gamma juga tmembantu wanita menghasilkan "cervical mucus" yang berkualiti.
Alfalfa Complex-Alfalfa Complex sering diambil oleh wanita kerana ia membantu untuk mengurangkan keputihan. Ia juga turut membantu dalam hubungan suami isteri. Bagi wanita yang sering rasa sakit ketika bersama, pengambilan Alfalfa Complex dikatakan mampu mengatasi masalah tersebut.
Perhatian: Semua vitamin yang dianjurkan untuk diambil tidak menjamin 100 % bahawa anda akan hamil. Banyak faktor yang mempengaruhi kehamilan.
Jika anda ingin mencuba produk-produk di atas yang bertujuan untuk kehamilan, saya sangat menggalakkan anda untuk menghantar emel kepada saya di hidayazakaria@yahoo.com. Ini memudahkan saya untuk mengetahui tahap kesihatan anda suami isteri. Saya bukan ahli perubatan ya, cuma mahu berkongsi ilmu yang saya tahu dan berkongsi kehebatan vitamin semulajadi ini. InsyaAllah, kita berusaha, Allah jugalah yang menentukannya.
*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!
No comments:
Post a Comment